You are on page 1of 5

Pokok Berembang adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia.

Pokok ini juga dipercayai terdapat di negara-negara ASEAN yang lain. Nama
saintifiknya Sonneratia caseolaris (L.) Engl. Kajian makmal mendapati buah berembang yang masak mengandungi 80 g air, protin (2.3 g), lemak (1 g),
karbohiderat (9.4 g), serat (5.7 g), Abu (1.6 g), Posforan (50 mg), Kalsium (40 g) dan tenaga 235 kiloJoule bagi setiap 100 g buah. Buah Berembang
mempunyai rasa seperti 'cheese' sama ada dimakan mentah atau di masak. Ada kandungan Pectin yang tinggi dalam buah berembang yang boleh di
eksploit. Terdapat orang tempatan yang makan daun berembang tetapi agak jarang. Buah berembang digunakan sebagai ubat untuk mengurangkan batuk.
Daunnya pula yang ditumbuk halsu dicampur dengan garam sangat berkesan untuk ditampal dikawasan luka-luka dan menghantikan darah. Batang pokok
berembang agak lembut dan sering digunakan untuk kayu api sahaja. Akar Udara berembang boleh dikutip dan dikeringkan untuk dijadikan gabus (Cork)
yang mengandungi 10% bahan tanin bagi mengilatkan barangan kulit.

You might also like