You are on page 1of 5

KEMASKINI TALIAN DAN SPEEDTEST INTERNET

1. Login ke Aplikasi Pelaksana ICT di URL https://pelaksanaict.jpnperak.gov.my


2. Klik pada menu ‘INTERNET INTERIM’ -> ‘KEMASKINI TALIAN TELAH DIPASANG’ seperti pada
rajah di bawah.

3. Paparan terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian atas adalah maklumat Talian yang dipasang
di sekolah merangkumi maklumat ISP,bilangan talian, tarikh SAP dan SPP.

4. Bahagian bawah adalah maklumat Kelajuan Capaian internet yang diterima oleh sekolah
pada setiap bulan.

5. Untuk mengemaskini maklumat talian yang telah dipasang, klik pada butang arahan

untuk memasukkan maklumat talian.


6. Paparan “Kemaskini Talian Internet Interim” akan dipaparkan seperti rajah berikut.

7. Masukkan maklumat ISP, Bilangan talian yang diterima bagi ISP tersebut , tarikh SAP dan SPP

ditandatangan serta catatan (Jika ada). Kemudian klik butang arahan untuk simpan
maklumat.
KEMASUKAN MAKLUMAT KELAJUAN CAPAIAN (SPEEDTEST)

8. Untuk mengemaskini maklumat speedtest, klik pada butang arahan di bahagian


bawah ‘KEMASUKAN MAKLUMAT KELAJUAN CAPAIAN (SPEEDTEST) INTERNET’ seperti
rajah berikut.

9. Setelah itu paparan bagi kemasukan speedtest akan dipaparkan seperti rajah di bawah.
10. Masukkan maklumat speedtest yang telah dibuat seperti tahun, bulan dan kelajuan
download dan upload mengikut kedudukan talian ditempatkan.

11. Kemudian klik butang arahan untuk menyimpan maklumat speedtest. Maklumat
yang telah disimpan akan dipaparkan seperti berikut.
12. Klik butang arahan untuk mengemaskini maklumat speedtest bagi bulan-bulan
seterusnya. Pastikan rekod speedtest dikemaskini setiap bulan dalam aplikasi ini.

13. Untuk mengemaskini maklumat yang telah disimpan klik butang arahan pada
maklumat yang ingin dikemaskini. Paparan seperti berikut akan dipaparkan.

14. Pinda maklumat yang ingin diubah kemudian klik butang arahan untuk menyimpan
maklumat yang telah diubah.
15. Untuk memadam maklumat yang salah dimasukkan, klik pada butang arahan pada
rekod yang hendak dipadamkan.
16. Paparan tetingkap “Adakah anda pasti untuk padam info ini?” akan dipaparkan seperti
rajah berikut. Klik “OK” untuk padam rekod tersebut atau klik “Cancel” untuk membatalkan
arahan padam.

You might also like