You are on page 1of 5

TEMPOH :

JAN – FEB
ANJURAN :
JAWATANKUASA 3K (KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN
KESELAMATAN SEKOLAH)
KERTAS KERJA

1.0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah


kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang
kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah
sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau
kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga
dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan
ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah.

2.0 RASIONAL
Kebersihan, kesihatan dan keselamatan merupakan tiga aspek yang penting
dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, projek Sekolahku Indah ini dijalankan berhasrat
menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai persekitaran
pembelajaran yang ceria dan berseri. Persekitaran yang bersih dan sihat akan
memberangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

3.0 MATLAMAT
3.1 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik
secara tidak langsung di sekolah.
3.2 Menjadikan suasana bangunan dan gambaran bilik darjah supaya lebih
efektif dan kondusif bagi meningkatkan keberkesanan P&P di sekolah.
3.3 Meningkatkan kemudahan prasarana sekolah.
3.4 Memupuk dan membangkitkan semangat cintakan sekolah di kalangan
warga guru,PIBG,ibu bapa dan murid.
3.5 Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan
indah.
4.2 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.
4.3 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akuntabiliti dan
integriti dalam melaksanakan tugas.
4.4 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.
4.5 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan
secara berterusan.

5.0 NAMA PROGRAM


Projek Sekolahku Indah

6.0 ANJURAN
Jawatankuasan 3K (Keceriaan, kebersihan dan keselamatan sekolah)

7.0 TARIKH
15 Januari 2015 – 16 Februari 2015 (1 Bulan)

8.0 TEMPAT
Bilik Darjah, Bilik – bilik Khas dan sekitar kawasan SJKT Ladang New Cococut.

9.0 AKTIVITI CADANGAN YANG AKAN DIJALANKAN :


i. Projek tanda nama sekolah. (banner)
ii. Menghias sudut - sudut dan pondok-pondok.
iii. Mengindahkan kantin, bilik guru, bilik guru besar, pusat sumber dan bilik –
bilik khas.
iv. Mengindahkan Taman Lestari berdekatan tandas sekolah.
v. Memperkasakan program keceriaan kelas.

AKTIVITI CADANGAN PELAKSANAAN


Projek tanda nama sekolah. Menghasilkan banner untuk
memaparkan tanda nama sekolah.
Menghias sudut-sudut dan pondok- Mencantikkan dan menghias sudut-
pondok sudut dan pondok-pondok yang
terdapat di sekolah.
Mengindahkan kantin, bilik guru, bilik Membuat carta organisasi, dan
guru besar, pusat sumber dan bilik – keperluan lengkap dalam bilik
bilik khas. disamping mengindahkan dan
menceriakan bilik.
Mengindahkan Taman Lestari Mengindahkan Taman Lestari
berdekatan tandas sekolah. berhampiran tandas sekolah dengan
tanaman baharu.
Memperkasakan program keceriaan Memperkasakan program keceriaan
kelas. kelas yang sedia ada di sekolah.
Mengadakan gotong-royong perdana
Program gotong royong perdana.
pada 24 Januari 2015

10.0 ORGANISASI
Penasihat : Pn.V.Thilagam (Memangku Guru Besar)
Pengerusi 1 : Cik. S. Suvarnamuhe (GPK Hem)

Pen. Pengerusi 1 : En.C.Atavan ( GPK koko)


Setiausaha : Cik.B.Thilagam
Ajk : Pn.F.Victorya
: En. R.Jegathis
: Cik.P.Vikneswari
: Cik.B. Nanthini
: Cik.A.Ranjina
: Cik.M.Vimoshiny

11.0 SUMBER KEWANGAN


Peruntukan dari SJK T Ladang New Coconut

12.0 ANGGARAN BELANJAWAN


Bil Perkara Unit Perbelanjaan
1 Kertas A4 putih dan warna 4 set RM 30
2 Cat 2 tin RM 50
3 Laminate film 2 set Rm 70
4 pembalut warna 10 keping Rm 10
5 Pembalut plastic 1 gulung besar Rm 40
6 Lain – lain Rm 50
Jumlah Rm 200

13.0 PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah
dikemukakan. Sesungguhnya kejayaan Projek Sekolahku Indah peringkat sekolah
yang dirancang ini bergantung kepada sikap serta komitmen yang positif daripada
semua pihak yang terlibat. Konsep permuafakatan menjadi tunjang ke arah kejayaan
program ini. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan
kelulusan pihak Tuan.

Sekian, terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

(CIK.B.THILAGAM )
Setiausaha Keceriaan Sekolah

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

You might also like