You are on page 1of 20

TAJUK : PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM INDUSTRI PENANAMAN ORKID TEMPATAN

OLEH PENGUSAHA DI **********

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman
orkid tempatan di *******. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti jenis sains dan
teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid oleh pengusaha di Butterworth dan
mengkaji penggunaan sains dan teknologi terhadap penanaman orkid oleh pengusaha di ********.
Kajian ini dijalankan di************************************ Informen kajian ini ialah Encik
****** dan Encik ******. Kaedah kajian yang digunakan ialah temu bual, pemerhatian, dan rujukan
perpustakaan. Data di analisis melalui skrip temu bual yang melibatkan 2 orang informen. Pengkaji
menyediakan 12 soalan untuk di temu bual oleh pengkaji. Selain itu pengkaji melakukan pemerhatian di
lokasi kajian untuk mendapatkan maklumat. Dapatan utama bagi kajian ini adalah pengkaji dapat
mengenal pasti sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid ialah
teknik kacukan orkid melalui keratan dan kultur tisu oleh pengusaha di ********. Di samping itu,
terdapat beberapa kesan dari penggunaan sains dan teknologi yang diaplikasikan oleh pengusaha
di********* antaranya biji benih yang berkualiti, kawalan penyakit, dan pontensi perniagaan.
Kesimpulannya, pengkaji berharap penggunaan sains dan teknologi dalam bidang penanaman orkid
dapat diperluaskan lagi.

Senarai Kandungan

Perkara Muka Surat

Abstrak i

Kandungan ii-iii

Penghargaan iv

1.0 Pengenalan 1

2.0 Objektif Kajian

3.0 Lokasi Kajian

3.1 Peta Negeri

3.2 Peta Daerah

3.3 Peta Lokasi Kajian

3.4 Foto Lokasi Kajian


4.0 Metodologi Kajian

4.1 Reka Bentuk Kajian

4.2 Instrumen Kajian

4.3 Sampel Kajian

4.4 Cara Pengumpulan Data

4.5 Pemprosesan, Analisis Dan Mempersembahkan Data

5.0 Dapatan Kajian Dan Perbincangan

5.1 Mengenal Pasti Sains Dan Teknologi Yang Digunakan Untuk

Meningkatkan Hasil Tanaman Orkid Oleh Pengusaha Orkid

Di *******

5.2 Mengkaji Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Terhadap

Penanaman Orkid Oleh Pengusaha Orkid Di********

6.0 Rumusan Dan Kesimpulan

6.1 Mengenal Pasti Sains Dan Teknologi Yang Digunakan Untuk

Meningkatkan Hasil Tanaman Orkid Oleh Pengusaha Orkid

Di *******

6.2 Mengkaji Kesan Penggunaan Sains Dan Teknologi Terhadap

Penanaman Orkid Oleh Pengusaha Orkid Di ******

7.0 Rujukan

8.0 Lampiran

Penghargaan

Alhamdulillah
Dengan Izin dan Rahmat-Nya saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah, SMK ******
iaitu Pengetua Tuan Haji ***************** dan Penolong Kanan Tingkatan Enam iaitu Puan
********* kerana memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Puan ********* selaku guru Pengajian Am. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam
memberi tunjuk ajar dan membimbing untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga
ingin berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya
sepanjang penghasilan kerja kursus ini

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada ibu bapa saya, ******* dan ********** yang
banyak menyokong dan membantu saya dalam melaksanakan Kerja Kursus Pengajian Am Kertas 4
(900/4) Penggal 2 tahun 2017 yang bertajuk penggunaan sains dan teknologi dalam industri penanaman
orkid tempatan di daerah *******

Seterusnya, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada guru Pengajian Am saya Puan
************* yang telah membimbing, memberi tunjuk ajar dan panduan serta memastikan saya
menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan.

Di samping itu, saya juga hendak mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan
pihak-pihak yang telah menyumbangkan masa dan tenaga dalam menyiapkan tugasan ini.

Yang benar,

1.0 Pengenalan

Definisi sains dan teknologi menurut Kamus Dewan (2007), sains bermaksud ilmu pengetahuan
yang teratur dan sistematik yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. Sains juga didefinisikan
sebagai cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata seperti
fizik, kimia, biologi dan lain-lain. ( Kamus Dewan,2007). Sains bukan saja fakta, konsep, dan prinsip tetapi
juga merupakan suatu proses penemuan. Sains berasal dari kata sienz, science, syence,scyence,scyense,
scyens,scienc,sciens,scians. Manakala, teknologi pula bermaksud aktiviti atau kajian yang menggunakan
pengetahuan sains untuk tujuan pratikal dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dan lain-
lain. Kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal.(Kamus Dewan,2007) Teknologi ialah
penggunaan bersistem dengan pengetahuan sains untuk tujuan amali (Galbraith,1978).

Teknologi dianggap sebagai penerapan sains dalam pengertian bahawa penerapan itu
menunjukkan perbuatan atau kewujudan sesuatu( Kamus Dewan ,2007). Teknologi merupakan
keterampilan manusia mengunakan sumber daya alam untuk memecahkan masalah-masalah yang
dihadapi dalam kehidupan. Secara lebih umum teknologi merupakan suatu sistem penggunaan pelbagai
guna yang tersedia untuk mencapai tujuan-tujuan pratikal yang ditentukan.

Perkembangan sains dan tekonologi dapat membina kemakmuran. Perkembangan tersebut


menimbulkan cabang ilmu pengetahuan baru. Sains dan teknologi memungkinkan terjadinya
perkembangan keterampilan dan kecerdasan manusia kerana perkembangan sains dan teknologi
menyediakan sarana dan prasarana penunjang kegiatan ilmiah. Sains dan teknologi adalah perkara yang
tidak dapat terlepas daripada kehidupan manusia. Sains dan teknologi akan terus berkembang seiring
dengan perkembangan peradaban manusia di dunia. Pada hakikatnya sains dan teknologi merupakan
dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Perkembangan sains sangat berpengaruh pada perkembangan
teknologi begitu juga sebaliknya. Perkembangan sains dan teknologi memberikan kemudahan bagi
manusia.

Orkid atau anggerik sering dipilih sebagai bunga kegemarann untuk menghias taman dan sudut
ruagan (Ir. Edhi,2004). Ia merupakan bunga exotic yang melambangkan kecantikan, kekayaan dan juga
elegan (Geoffrey,2009). Daya tarikan utamanya terletak pada bentuk bunganya yang unik, indah dan
tahan lama. Ia merupakan tanaman yang digemari bukan sahaja oleh kaum wanita malah juga kaum
lelaki.

Nama orkid berasal daripada perkataan Greek iaitu orkhis yang bermaksud testis. Nama tersebut
diberikan oleh seorang saintis inggeris, John Lidley pada tahun 1845. Hal ini kerana beliau menjumpai
sejenis tanaman yang pada akarnya terdapat struktur yang menyerupai testis. Tanaman tersebut
dikenali sebagai sejenis orkid yang hidup di tanah (terrestrial ). Orkid dipercayai telah mula dijumpai
kira-kira 100-120 juta tahun lalu. Malah Malaysia disebut sebagai tempat taburan hidupan orkid liar
yang mencapai ribuan jenis. Orkid tergolong dalam keluarga Orchidaceae iaitu famili yang mempunyai
banyak perbezaan dari segi bentuk bunga dan pokok bagi menentukan genus dan spesies. Di Malaysia
terdapat lebih daripada 111 genus dan 808 spesies orkid. (Khairi Nordin, 2011)

Pokok orkid boleh dikenali melalui bentuk bunga, akar, daun dan batangnya. Walau
bagaimanapun, bunga adalah bahagian pokok yang paling sesuai dilihat untuk mengenal pasti genus
tanaman orkid. Secara umum, orkid kormesil boleh dikelaskan kepada dua jenis kumpulan yang besar,
iaitu orkid simpodium dan monopodium.

Simpodium adalah cara pertumbuhan yang berakhir dengan pengeluaran bunga. Orkid dalam
kumpulan ini boleh tumbuh sama ada di atas pokok (epifit ) atau di atas tanah (terrestrial). Batang
pokok berbentuk seperti bebawang semu, menjalar dan mempunyai pertumbuhan dua atau berbagai
hala. Akar dan daun akan terbit daripada bebawang semu manakala tunas baru pula akan mengeluarkan
bunga apabila matang. Genus-genus orkid kormesil yang terdapat di dalam kumpulan simpodium ialah
Oncidium, Cattleya dan Dendrobium.

Monopodium adalah cara pertumbuhan yang tidak berakhir dengan pengeluaran bunga.
Batangnya kecil dan diliputi oleh upih-upih (bertindih) daun. Akar udara yang keluar daripada batang
terpaksa menembusi upih daun. Batang orkid monopodium tidak bercabang dan boleh mengeluarkan
tunas-tunas baru selepas dipotong. Keratan batang kemudian di tanam di dalam pasu di atas tanah yang
tidak lembab. Genus-genus orkid komersil yang terdapat di dalam kumpulan monopodium ialah Vanda,
Arachnis, Renanthera, Aranda dan Mokara. ( Khairi Nordin,2011)

Menanam orkid adalah satu hobi yang menarik, menceriakan dan terapeutik sekiranya kita
memahami ciri-ciri dan keperluan spesifik jenis orkid yang ditanam. Terdapat beberapa faktor asas yang
perlu diambil kira untuk mencapai kejayaan di dalam penanaman bunga orkid. Namun, ramai yang lebih
suka membeli dari menanamnya. Pada kebiasaannya, kecantikan bunga merupakan kriteria utama bagi
peminat orkid apabila membeli orkid.

Hobi mengumpul orkid dikatakan telah bermula pada kurun ke-19. Mr. William Cattley seorang
pengumpul tanaman menjumpai tanaman tidak bernama dan dikaji oleh John Lindley. Akhirnya
tanaman tersebut diberi nama Cattleya labiata. Cattleya sempena nama Mr. William dan labiata kerana
John Lindley tertarik dengan bentuk bibir bunga tersebut. Terdapat juga ahli falsafah Cina yang terkenal,
Confucius juga seorang peminat orkid. Pada tahun 500 SM, beliau memberi nama orkid genus
cymbidium sebagai 'Raja Yang Wangi' (King of Frangrance) . ( Khairi Nordin, 2011)

Melalui penyelidikan menggunakan sains dan teknologi, penemuan terkini telah menjadikan
orkid sebagai tumbuhan prasejarah. Hal ini disebabkan pada tahun 2007, penyelidik telah menjumpai
fosil polen sejenis orkid yang terlekat pada badan sejenis lebah yang dianggarkan telah berusia diantara
10juta hingga 15juta tahun dahulu di Republik Dominik. (Khairi Nordin,2011)

Penyelidik tumbuhan orkid sehingga kini masih dijalankan termasuklah proses menghibrid
(kacuk) orkid dan hasil pembungaan yang banyak. Sains dan teknologi banyak menyumbang kepada
kemajuan terhadap perkembangan ilmiah. Kajian yang masih dilakukan serta diselidik sekarang adalah
formula media dan sinaran gama. (utasan, 2013) Selain itu sains dan teknologi turut meyumbang kepada
pendapatan negara.

Orkid juga penyumbang kepada pendapatan negara melalui beberapa medium iaitu melalui
pelancongan sperti pembinaan taman-taman orkid di seluruh Malaysia. Penyelidikan yang dilakukan
oleh penyelidik luar yang datang ke Malaysia, manakala industri bunga seperti jualan orkid pasuan dan
keratan bunga, dan kraftangan daripada produk berasaskan orkid. Oleh itu, industri orkid dijadikan
sumber komersil negara. (Harizamrry,2008)

Ramai yang tidak tahu, pokok vanilla merupakan sejenis orkid. Perisa vanilla sebenarnya berasal
daripada sejenis orkid liar. Tetapi trend penanaman vanilla di Malaysia belum meluas. Di Malaysia
terdapat beberapa taburan spesis orkid yang terkenal diberi nama orkid vanilla. (Khairi Nordib,2011)

Dalam kajian ini pengkaji telah memilih Ooi Leng Sun Orchids Nursery and Laboratory sebagai
subjek kajian. Nurseri ini terletak di 873,Sungai Dua, 13800 Butterworth, Penang. Nurseri ini mempunyai
pengalaman selama 50 tahun dalam bidang penanaman orkid. Bermula pada tahun 1967. Misi mereka
adalah membekalkan orkid kepada pengemar orkid ke seluruh dunia. Orkid yang ditanam terdiri
daripada Vanda, Catteleyas, Trias, Dendrobium, Oncidiym dan lain-lain kacukan.

Rasional kajian ini dijalankan adalah kerana penkaji mendapat manfaat tentang kajian
penanaman orkid. Pengkaji akan mendapat pengetahuan tentang orkid secara teori mahupun pratikal,
dapat mengasah bakat pemerhatian, menambah pengalaman dan juga medapatkan khidmat nasihat
penanaman orkid dan panduan yang berguna sebagai individu yang berminat memulakan penanaman
orkid. Selain itu, melalui kajian ini pengkaji berhasrat khalayak tidak menafikan keindahan bunga orkid.
Hal ini disebabkan pengkaji mahukan supaya tanaman ini dipilih sebagai bunga pilihan untuk hiasan
ruangan. Fenomena perniagaan orkid juga semakin rancak, selain dari nurseri-nurseri para peniaga di
kaki jalan pun banyak yang menjualnya. Bahakan sudah jadi komoditi penting perdagangan florikultur
dunia. (Ir. Edhi,2004)

Akhir kata, Malaysia merupakan pengeksport orkid terpenting di Asia. (Sinar Harian,2014)
Industri orkid merupakan perniagaan komersil bernilai tinggi. Pengkaji berhasrat penanaman orkid
diperbanyakkan kajian mengenai penggunaan sains dan teknologi supaya masyarakat lebih mendapat
pengetahuan tentang orkid. Harapan pengkaji terhadap pengusaha nurseri orkid agar dapat meneruskan
penanaman orkid supaya manfaat dan khasiat orkid dapat diketahui oleh masyarakat.

2.0 Objektif Kajian


Kajian ini dilakukan berdasarkan 2 objektif yang boleh dijadikan panduan semasa menjalankan kajian
ini. Objektif kajian adalah seperti berikut iaitu :

1. 1. Mengenal pasti jenis sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman
orkid oleh pengusaha orkid di *******

2. 2. Mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi terhadap penanaman orkid oleh pengusaha
orkid di ***********

3.0 Lokasi Kajian

3.1 Peta: Negeri Pulau Pinang.

Peta 1: Negeri Pulau Pinang.

Sumber : Kajian Lapangan 2017

3.2 Peta : Daerah Seberang Perai Utara

Peta 2 : Daerah Seberang Perai Utara.

Sumber : Kajian Lapangan 2017

3.3 Peta Lokasi Kajian

Peta 2: Lokasi Kajian******Orchids Nursery

Sumber : Kajian lapangan 2017

Peta 3: Lokasi Kajian****** Garden and Landscape

Sumber : Kajian Lapangan 2017


3.3 Gambar : Pengkaji Di Lokasi Kajian **********.

Gambar : Pengkaji di Lokasi

Sumber : Kajian Lapangan 2017

4.0 Metodologi Kajian

4.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan berbentuk deskriptif. Kajian ini merupakan satu rangka rujuk
mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pemerhatian dan analisis data.
Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan
fenomena yang sedang berlaku. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis sains dan teknologi yang
digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid oleh pengusaha di ******* dan mengkaji kesan
penggunaan teknologi dan sains terhadap penanaman orkid oleh pengusaha di *******.

4.2. Instrumen Kajian

Instrumen ialah proses menyediakan alat pengumpulan data menerusi konsep yang berkaitan dengan
sains, teknologi, jenis, kesan, dan keterangan mengenai tanaman.

Kaedah Instrumen

Kualitatif Rujukan , Pemerhatian, Temubual

Jadual 1 :keadah instrumen kajian

Sumber : Kajian Lapangan 2017.

4.2.1 Pemerhatian

Instrumen pemerhatian adalah kaedah yang dijalankan secara langsung. Kaedah ini dijalankan
semasa lawatan ke **********. Pengkaji menyediakan borang pemerhatian jenis terbuka untuk
memerhati dan menganalisa dapatan kajian. Pengkaji mencatat item-item yang diperhatikan dan
menyediakan gambar-gambar yang berkaitan. Pemerhatian dilakukan dari pagi hingga petang dan
menyatakan perkara-perkara yang diambil kira dalam pemerhatian.
BORANG PEMERHATIAN

Hari : **** (******* 2017)

Masa : *****pagi – **petang

Tempat : **************

Bil Aspek Pemerhatian Catatan

1 Jenis Orkid Rujuk lampiran

2 Teknik Menanam Orkid Rujuk lampiran

3 Pembinaan Rumah Teduhan Rujuk lampiran

4 Penyiraman Orkid Rujuk lampiran

5 Pembajaan Orkid Rujuk lampiran

Jadual 2: Borang pemerhatian kajian

Sumber : Kajian Lapangan 2017

4.2.2 Temu Bual

Instrumen temu bual ialah alat mendapatkan maklumat yang sahih dalam kajian tinjauan.
Soalan temu bual ini dibina mengikut prinsip KISS (Keep It Short and Simple) iaitu mengemukakan soalan
yang mudah difahami dan ringkas. Soalan temu bual ini mengandungi beberapa soalan. Soalan temu
bual ini merangkumi objektif yang ingin dicapai iaitu jenis sains dan teknologi yang digunakan untuk
meningkatkan hasil tanaman orkid oleh pengusaha di ******* dan kesan penggunaan sains dan
teknologi dalam terhadap penanaman orkid oleh pengusaha di ********

4.2.3 Rujukan

Instrumen rujukan utama yang pengkaji peroleh daripada bahan ilmiah seperti buku-buku, kamus dan
sumber internet yang berkaitan daripada Perpustakaan Awam Negeri. Berserta rujukan daripada borang
pemerhatian. Sumber rujukan adalah penting untuk melihat hasil dapatan kajian.

4.3 Sampel Kajian

Persampelan ialah kumpulan manusia, institusi, tempat atau fenomena yang menjadi sumber informasi
yang diperlukan oleh pengkaji. Informen terbatas kepada pengusaha nurseri orkid yang berada di
********* dan pengkaji melakukan pemerhatian pada hari kejadian. Bagi teknik persampelan yang
digunakan dalam kajian ini ialah menggunakan teknik persampelan menemui informen untuk ditemu
bual dan menggunakan borang pemerhatian mengikut prosedur kajian di ******** dan **********.
Sampel kajian terdiri daripada sesi temu bual bersama 2 informan untuk memperoleh data yang lebih
tepat.

4.4 Cara Pengumpulan Data

Data dan maklumat kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti dokumentasi, temu bual dan
pemerhatian.

4.4.1 Dokumentasi

Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang telah diterbitkan seperti
sumber buku dan sumber internet bagi mendapatkan maklumat berkenaan jenis penggunaan sains dan
teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid oleh pengusaha di ********* dan
kesan penggunaan sains dan teknologi terhadap penanaman orkid oleh pengusaha di ***********.

4.4.2 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian ini telah dijalankan selama satu hari di ********* . Borang pemerhatian ini
adalah jenis borang pemerhatian terbuka iaitu pengkaji melihat suasana di ********* sepanjang
tempoh berkenaan. Sesi pemerhatian ini telah dijalankan pada********** Begitu juga di **********

4.4.3 Temu Bual

Soalan temu bual yang sesuai telah pengkaji buat untuk mendapatkan dan mengumpul
maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Soalan temu bual terdiri daripada soalan
jenis sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid oleh pengusaha di
************ dan soalan mengenai kesan penggunaan sains dan teknologi terhadap penanaman orkid
oleh pengusaha di **********. Kajian ini menekankan kesahan sesuatu maklumat. Soalan temu bual ini
ditanyakan kepada informan ketika pengkaji mengunjungi ************

4.5 Pemprosesan, Analisis dan Mempersembahkan Data

Pada peringkat akhir kajian ini, telah dijalankan analisis secara deskriptif untuk menganalisis data
daripada temu bual dan pemerhatian serta rujukan untuk menghasilkan laporan kajian. Data yang telah
diperoleh daripada analisis ini menggunakan jadual. Selain itu, pengkaji juga menganalisis data bagi
penyataan adalah seperti berikut :

Bahagian A : Mengenal pasti jenis sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil
tanaman orkid oleh pengusaha di **********

Jenis sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid di ***********

Bil Jenis sains dan teknologi yang digunakan

1 Teknik Menanam Orkid


2 Cara pembiakan Orkid

3 Pembinaan rumah teduhan

4 Penyiraman orkid

5 Pembajaan orkid

6 Teknik kacukan Orkid

7 Rawatan penyakit Orkid

Jadual 3 : jenis penggunaan sains dan teknologi terhadap tanaman orkid

Sumber : Kajian Lapangan 2017

Bahagian B : Mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi terhadap penanaman orkid di *********

Kesan penggunaan sains dan teknologi terhadap penanaman orkid di *************

Bil Kesan penggunaan sains dan teknologi.

1 Kualiti biji benih / anak pokok

2 Sebagai Aromaterapi

3 Mengelakkan aktiviti mencari orkid liar di hutan.

4 Potensi perniagaan

5 Kawalan penyakit

7. Nilai perubatan.

Jadual 4: kesan penggunaan sains dan teknologi terhadap tanaman orkid

Sumber : Kajian Lapangan 2017

5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan

Bab ini menerangkan penilaian analisis data berdasarkan tindak balas informen terhadap temu bual,
rujukan dan pemerhatian yang telah dijalankan oleh pengkaji penggunaan sains dan teknologi yang
digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid di *********. Seterusnya, menganalisis data
terhadap jenis sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid oleh
pengusaha di ******* dan kesan penggunaan sains dan teknologi terhadap penanaman orkid oleh
pengusaha di **********

5.1 Mengenal pasti jenis sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan hasil tanaman orkid di
daerah ***********

5.1.1 Teknik menanam Orkid

Cara penanaman untuk orkid yang dikelaskan kepada tanah, epifit, memanjat dan litofit. Bagi
orkid tumbuh di tanah, sekuranya di hutan orkid jenis ini hidup di hutan yang kaya dengan humus di
bawah lindungan kanopi pokok-pokok hutan yang besar. (Geoffrey Hands,2009) Biasanya penanam
orkid menggunakan tanah pasuan yang memerlukan tanah sebagai medium untuk hidup. Bagi epifit,
sejenis orkid yang hidup menumpang di atas pokok. Walaupun begitu orkid episit bukanlah parasit yang
mencuri keperluan perumah. Kini orkid ini menggunakan medium sebagai ganti pokok perumah. Orkid
memanjat pula, hidup di tanah dan menjalar atau melilit medium sokongan. Orkid memanjat
mempunyai akar udara yang menjadi tempat berpaut pada perumah. Orkid litofit pula, menjadikan batu
sebagai medium untuk hidup. Di hutan, orkid jenis ini hidup di batu tepian air terjun yang ditumbuhi
dengan lumut dan daun-daun kering. Dikenali sebagai ' Jewel Orchids'.

Penanaman orkid memerlukan penentuan medium yang sesuai mengikut habitat asal seperti Simpodial
dan Monopodium. Jenis medium yang biasa digunakan penanam orkid adalah mengikut iklim mikro
kawasan penanaman. ( Jabatan Pertanian S. Malaysia ) Pemilihan medium pula, bergantung kepada jenis
orkid yang hendak ditanam seperti pecahan arang, habuk kayu, pecahan batu-bata, sabut kelapa,
sphagnum moss, tunggul kayu, tanah dan potongan pakis gajah. Bagi orkid epifit, medium tanaman yang
sesuai ialah batu- bata, arang, sphagnum moss dan paku pakis gajah. Manakala, untuk tanaman orkid
memanjat adalah medium utamanya serbuk kayu beserta campuran medium lain. Bagi Orkid yang hidup
di tanah, biasanya medium yang digunakan ialah campuran tanah semaian dan pasir pada kadar 1:1.
Disamping orkid yang tidak memerlukan medium tanaman, orkid ditanam menggunakan sabut kelapa
dan digantung di dalam pasu. Pembinaan struktur seperti trelis juga dapat memaksimumkan tanaman
orkid dengan cara menyangkut. ( Khairi Nordin , 2011) Melalui penyelidikan kini, seorang profesor di
UPM berjaya menghasilkan formula medium baru untuk tanaman orkid. ( utusan online, 2011)

Jadual 1 : Jenis orkid sesuai bersama medium.

Jenis orkid Medium tanaman

Tanah Campuran tanah semaian

Pasir

Epifit Paku pakis gajah

Tunggul kayu

Pecahan batu bata

Arang

Serbuk kayu
Memanjat Sphagnum moss

Tunggul kayu

Litofit Batu

Sabut kelapa

Pasu tanpa medium

Sumber : kajian lapangan 2017

5.1.2 Cara Pembiakan Orkid

Pembiakkan orkid terbahagi kepada beberapa cara. Antaranya ialah pembiakan melalui anak
benih, pot komuniti, pot individu, pembahagian rumpun, keratan daripada pokok induk dan biji benih
atau kultur tisu.(Jabatan Pertanian S. Malaysia,2009) Malah pembiakkan melalui hidroponik juga kini
diaplikasikan. (Geoffrey hands, 2009) Pembiakan anak benih biasanya adalah hasil semaian yang
dilakukan di dalam makmal yang sudah boleh dipindahkan ke dalam pasu. Orkid yang ditanam secara
kelompok di dalam satu pasu dikenali sebagai pasu komuniti di nurseri orkid. Setiap pasu mengandungi
antara 10-20 anak pokok. Setelah orkid membesar di dalam pasu komuniti, nurseri akan
mengasingkannya ke dalam pasu besar. Selain itu, pembahagian rumpun hanya sesuai untuk orkid
simpodial. Manakala, keratan daripada pokok induk yang sesuai untuk orkid monopodial.(Jabatan
Pertanian Malaysia,1998)Pokok induk akan mengeluarkan tunas baru. Seterusnya, berdasarkan rujukan
ilmiah, proses pemasuan semula orkid boleh dilakukan apabila rumpun yang tumbuh diluar pasu. Hal ini
akan menggandakan bilangan orkid.

Penyelidikan terkini, terdapat teknologi baru yang menjadikan orkid sebagai orkid mutan komersil
melalui sinaran gama. Pegawai Penyelidik, Sakinah Ariffin dari Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear
Malaysia) berkata, projek R&D menggunakan teknologi tersebut atau juga dikenali sebagai projek mutasi
aruhan ke atas orkid di agensi terbabit bermula semenjak tahun 1990an lagi dan masih diteruskan
sehingga kini. Projek penyelidikan orkid di Agensi Nuklear Malaysia dijalankan dengan objektif untuk
menghasilkan varieti baru orkid yang mempunyai ciri yang lebih menarik. Teknologi terbabit dinamakan
mutasi aruhan yang menggunakan sinaran gama dari sumber Kobalt-60 (60Cobalt) dan kultur tisu in
vitro digunakan untuk melengkapi teknik ini bagi proses penggandaan tisu yang lebih cepat sehingga
planlet lengkap diperoleh. (utusan Online, 2013)

5.1.3 Pembinaan Rumah Teduhan

Pembinaan rumah teduhan merupakan satu struktur wajib untuk dibina oleh nurseri orkid.
Pembinaan rumah teduhan adalah amat penting bagi kebanyakan genus orkid. Kebanyakan orkid
memerlukan perlindungan daripada cahaya matahari terus seperti habitat asalnya yang hidup di bawah
kanopi(kanopi) hutan.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji di nurseri orkid, pengusahanya memilih reka bentuk rumah
lindungan berbumbung separa bulat. Selain itu, pengusaha nurseri tersebut juga membina rak untuk
orkid-orkid mereka. Berkenaan dengan jaring teduhan, biasa di pasaran terdapat dua warna iaitu hitam
dan hijau. Namun, jaring berwarna hitam lebih popular. Jaring teduhan digunakan untuk memberi kadar
teduhan berbeza di nurseri orkid. Pengusaha orkid mengunakan jaring teduhan berwarna hitam dengan
kadar teduhan sebanyak 20% bermaksud jaring teduhan menapis cahaya yang diperlukan orkid
mengikut keperluan. Suhu, tahap kelembapan dan pencahayaan di dalam rumah teduhan boleh dikawal
sepenuhnya oleh pengusaha. Rumah lindungan didirikan bagi mengekalkan kelembapan, mengelakkan
pancara ultra unggu serta terik cahaja matahari yang berlebihan.

5.1.4 Penyiraman Orkid

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, kekerapan pengusaha menyiram orkid sangat jarang. Hal ini
kerana orkid lebih mampu bertahan dalam keadaan kurang air berbanding lebih air. Orkid mampu
menyimpan air di dalam bebawangnya. Orkid juga mempunyai akar udara yang mampu menyerap wap
air di persekitaran. Kadar penyiraman orkid bergantung kepada beberapa faktor iaitu cuaca semasa,
medium tanaman yang digunakan, dan iklim mikro. Merujuk bahan ilmiah, tips penyiraman hendaklah
dilakukan sebaik-baiknya pada waktu pagi sahaja. Teknik penyiraman boleh digunakan secara manual
atau memasang satu sistem penyiraman automatik. ( Geoffrey Hands, 2009)

Pada hasil pemerhatian , pengkaji mendapati pengusaha menggunakan kaedah penyiraman manual.
Penyiraman ini menggunakan sumber air paip atau pam. Kerana kaedah penyiraman ini sekata dan
siraman terkena keseluruhan orkid. Campuran baja dengan air memudahkan pengusaha untuk
menyiram orkid. Penyiraman orkid dilakukan 2 kali sehari. (informen 2 , J4, S1)

5.1.5 Pembajaan Orkid

Pembajaan adalah sesuatu yang mesti diberikan kepada orkid. Pembajaan perlu menggunakan
sukatan kepekatan baja yang rendah untuk setiap minggu semburan. Orkid hanya menyerap nutrien
dalam jumlah tertentu pada waktu tertentu. Di pasaran terdapat pelbagai jenis baja yang dijual untuk
pilihan pengguna. Untuk tumbesaran pokok yang baik, orkid memerlukan unsur -unsur Nitrogen,
Fosforus, Kalium, Magnesium, Kalsium, Sulfur, serta nutrien surih seperti Manganam, Zink, Ferum,
Boron, Kuprum, dan Molibdenum. ( Jabatan Pertanian Malaysia,1998)

Pemilihan baja organik atau baja kimia, kedua-duanya memberikan kebaikan penggunaan. Kandungan
NPK dalam baja organik biasanya tidak tinggi . Baja organik boleh dikelaskan kepada dua iaitu najis
haiwan dan berasaskan tumbuhan. Manakala, baja kimia merupakan baja yang popular digunakan
kerana peratusan NPK yang tinggi dan boleh direka bentuk oleh pengguna. Pembajaan dengan baja
kimia perlu dilakukan pada lewat petang bagi memberikan masa yang cukup untuk daun dan akar
menyerap nutrien. (Jabatan pertanian semenanjung Malaysia,1998). Antara teknik membaja orkid
dengan baja kimia adalah melalui siraman, semburan kabus ke daun, bunjut atau bekas baja, tabur, dan
bersama penyiraman setiap hari. ( Khairi Nordin, 2014)

Jadual 2 : jenis dan kadungan baja dagangan untuk orkid

Baja Dagangan N P K

Actafas Blue* 21 21 21

Actafas Green* 18 33 18
Bayfolan*,Bio Gro 8 8 6

Bayfolan Foliar Feed* 11 8 6

Cifo Floral K EU* 12 5 35

Foliar Fertilizer 67 16 30 18
(Bio67)*

Foliar Fertilizer 63 ( Bior


21 21 21
63)*

Green Care* 20 5 10

Grofas Yellow* 22 22 10

Grofas Blue 21 21 21

Hargro Liquid Foliar B* 11 8 6

Hargro Liquid Foliar N

5 8 10

Orchidea* 19 19 19

Osmocote 14 14 14

Welgrow* 15 30 15

Westcotts Garden 15 15 -

* : mengandungi unsur- unsur surih

Sumber : Jabatan pertanian Malaysia

Jadual 3 : Jenis dan kandungan bahan organik untuk Orkid

Bahan Organik N P K Unsur unsur surih

Ikan 5 2 2 B,Ca,Cu,Fe,Mg,Mn,Mo,S,Zn

Buangan ubi kayu Mo,B Ca,Cu, Fe,Mg,Mn

Tahi ayam 5 4 4 B,Ca,Cu,Mg,Mn,Na,Zn

Buangan kelala sawit 5 5 5 B,Ca,Cu,MgMn,Mo,Zn

Ikan dan tulang 8 8 8 B,Mg,Mo,Mn

Tahi biri-biri 3 1 3 Ca,Cu,Mg,Mo,S

Darah dan tulang 14 4 11 B,Cu,Co,Fe,Mg,Mn,Mo


Lembu

Sumber : Jabatan Pertanian Malaysia

5.1.6 Teknik kacukan Orkid

Proses menghibrid orkid memerlukan masa yang panjang untuk melihat hasilnya. Setiap hibrid yang
dihasilkan bunga pertama dapat dilihat dalam tempoh masa antara 3 hingga 10 tahun bergantung pada
jenis orkid yang dikacukkan.

Antara kaedah untuk menggacukkan bunga ialah mengambil polen dari orkid dan meletakkan polen
pada stigma bunga yang melekit pada orkid lain. ( Khairi Nordin, 2014)

Hibrid merujuk kepada orkid yang telah dikacukan di antara sesama genus atau dua genus yang
berlainan. Terdapat tiga kemungkinan yang boleh berlaku untuk kesinambungan proses kacukan orkid.
Spesis dengan spesis seperti Bulbophyllum Meen Garuda. Spesis dengan hibrid seperti Cirrhophyllum
Lion King. Hibrid dengan hibrid seperti Dendrobium Tungku Abdul Rahman. Pokok penerima polen
biasanya ditulis dahulu diikuti dengan pokok yang menyumbang polen.

Proses menghibrid sentiasa diteruskan untuk memperbaiki kualiti dan struktur bunga orkid,
mendapatkan warna bunga orkid yang lebih menarik, mengeluarkan baka orkid yang lebih tahan lasak
terhadap penyakit, mengeluarkan baka orkid yang dapat berkembang lebih lama, meningkatkan stok
orkid untuk memenuhi permintaan pasaran dan mengelakkan aktiviti mencari orkid liar di hutan
sehingga orkid diancam kepupusan.

5.1.7 Rawatan Penyakit Orkid

Pengusahaan tanaman orkid perlu mengambil perhatian terhadap serangan perosak dan penyakit
yang boleh menyebabkan kemusnahan tanaman dan mengakibatkan kerugian. Kawasan ladang yang
akan di tanam dengan orkid hendaklah dibersihkan dengan menggunakan racun rumpai. Semburan
racun perosak perlu dilaksanakan bagi mengelakkan kerosakan oleh perosak. ( Jabatan Pertanian S.
Malaysia, 1998)

Penyakit orkid boleh dibahagikan kepada 4 elemen iaitu virus, bakteria, serangga dan kulat. Caranya
dengan memotong dan buang bahagian jangkitan. Jika orkid simpodial, buang rumpun yang dijangkiti.
Jika orkid monopodial,hanya potong daun yang dijangkiti sahaja. Racun kulat yang bersesuaian disembur
atau disapu kepada rumpun atau pokok yang sihat untuk mengelakkan jangkitan.(khairi Nordin,2014)

5.2 Mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi terhadap penanaman orkid di daerah **********

5.2.1 Kualiti biji benih / anak pokok

Pembiakan orkid boleh boleh dilakukan samaada secara kacukan atau tampang. Pembiakan
kacukan biasanya dilakukan untuk dapatkan genus-genus dan variati baru. Bagi pengusahaan orkid
secara komersil boleh di dapati dalam dua bentuk iaitu dari kultur tisu atau keratan pokok orkid. Bahan
tanaman yang digunakan hendaklah bebas daripada jangkitan virus dan penyakit.
Pengusaha disyorkan menggunakan bahan tanaman tisu kultur kerana faedahnya yang dapat kekalkan
sifat-sifat seperti warna dan hasil, pengeluaran anak benih yang seragam,anak benih bebas dari
serangan penyakit dan bilangan yang dapat dikeluarkan dalam jangkamasa yang pendek.

Anak-anak benih orkid yang dihasilkan melalui kaedah pengkulturan tisu mempunyai ciri-ciri yang baik
seperti bersih, sihat, kadar kejayaan pertumbuhan yang tinggi, mempunyai saiz dan tempoh matang
yang seragam, jangka masa mengeluarkan hasil disingkatkan dan kesemua anak benih mempunyai
keupayaan hasil yang seragam.( Jabatan pertanian S. Malaysia,1998)

5.2.2 Sebagai Aromaterapi

Kini, terdapat kegilaan popular bagi peminat orkid mengumpul orkid yang mengeluarkan bau wangi yang
boleh berfungsi sebagai aromaterapi untuk pengumpulnya. Di pasaran sekarang terdapat ratusan hibrid
orkid yang mengeluarkan bau wangi. Antaranya NOID Cycnoches hibrid, Cynodes Wine Delight, Vanda
denisoniana, Cattleya Hawaiian Passion berbau seperti bunga melur, Coelogyne rochussenii orkid liar
yang berbau seperti madu dan Aerides lawrencae berbau harum yang kuat.

Orkid yang ditanam mampu memberikan ketenangan kepada pemiliknya. Sekaligus baik untuk kesihatan
dan menonjolkan gaya hidupnya elegan. Orkid bukan saja berfungsi sebagai tanaman hiasan sahaja
tetapi keunikan dengan terapi melalui bau-bauan yang menyenangkan. Melalui teknik hibrid, orkid
berbau wangi kini mendapat permintaan di pasaran dan mengahasilkan produk wangian melalui orkid.

Coelogyne rochussenii merupakan salah satu orkid berbau harum yang ditanam oleh pengusaha
informen pertama dalam sesi temubual pertama jawapan ke-7.

5.2.3 Mengelakkan aktiviti mencari orkid liar di hutan.

Melalui aktiviti hibrid orkid, pengemar orkid tidak perlu ke hutan untuk mencari orkid liar. Di
samping kualiti orkid hibrid lebih baik kerana pokok tahan lasak berbanding dengan orkid liar. Saiz
bunganya juga lebih besar berbanding orkid liar dan lebih kerap berbunga berbanding dengan orkid liar.
Hal ini supaya orkid liar dapat hidup dan mengekalkan populasinya yang semakin terancam. Sikap
sesetengah pengemar orkid yang mementingkan keuntungan untuk mengeksploitasi orkid liar di hutan
menyebabkan kepupusan orkid dan habitatnya. Faktor utamanya kerana bentuk bunga yang lebih unik,
cabaran memelihara orkid liar lebih susah daripada orkid hibrid dan untuk disimpan sebagai induk untuk
melakukan proses penghibridan orkid.

5.2.4 Pontensi Perniagaan


Secara keseluruhan, potensi pasaran dalam negeri untuk bunga keratan termasuk orkid adalah
cerah. Peluang pasaran utama dalam negeri ialah pengedar dan peruncit (pemilik kedai bunga) di
bandar-bandar utama di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bharu. Saluran pemasaran yang
digunakan bergantung keoada saiz ladang yang dimiliki oleh seseorang pengusaha orkid. Kerana
permintaan terhadap orkid tidak pernah putus. Orkid merupakan tanaman hiasan yang paling digemari
kerana kecantikannya. Pengusaha yang menjalankan usaha ini secara sampingan, kebiasaannya mereka
menjual terus kepada pengguna. Bagi pengusaha komersil, mereka menjual bunga-bunga orkid kepada
pemborong. Permintaan kepada bunga orkid di pasaran tempatan mempunyai kaitan langsung dengan
musim-musim perayaan dan sambutan hari-hari tertentu. Keadaan ini menyebabkan permintaan bunga
keratan orkid kurang menentu kerana sesetengah orkid tumbuh mengikut musim selain mendapat
permintaan dari pengemar orkid yang sentiasa ada dan bagi memenuhi permintaan pasaran dunia yang
kian berkembang.

Bagi pasaran eksport pula, Malaysia antara pengeksport Asia terpenting ke Eropah. Pasaran eksport
utama bunga-bunga orkid dari Malaysia ialah negara Singapura, Jepun, Australia, Taiwan, Germany, dan
Netherlands. Malaysia kini antara pengeksport yang berjaya meluaskan pasarannya ke beberapa buah
negara Eropah Barat. Manakala Singapura pula merupakan pengeksport Orkid utama di Asia.

5.2.5 Kawalan Penyakit.

Kesan penggunaan racun serangga dan kulat ialah mampu merawat penyakit, malah mengelakkan orkid
dari terkena penyakit. Pencegahan lebih baik dari merawat. Akar dan daun pokok orkid lebih sihat.
Rumpun orkid juga menjadi besar kerana bebas dari sebarang penyakit. Melalui penyelidikan sains kini
meracun dilakukan secara berkala bagi mengelakkan imunisasi pokok berkurangan. Penggunaan racun
kimia dan racun organik kedua-dua mempunyai kelebihan tersendiri. Racun kimia cepat bertindak dan
perlu dikendalikan berhati-hati. Manakala, racun organik bertindak secara sentuh dan makan masa
untuk proses penyediaan racun. Kesannya, pokok orkid tampak lebih sihat berbanding terkena serangan
penyakit. Tumbesaran orkid juga tidak terbantut. Di samping penggunaan racun serangga, pokok orkid
dapat mengekalkan nutrien pada sel-selnya.

6.0 Rumusan

6.1 Rumusan

Kajian ini bertujuan untuk penkaji mendapat manfaat tentang kajian penanaman orkid. Pengkaji akan
mendapat pengetahuan tentang orkid secara teori mahupun pratikal, dapat mengasah bakat
pemerhatian, menambah pengalaman dan juga medapatkan khidmat nasihat penanaman orkid .

Objektif kajian ini untuk mengenal pasti jenis sains dan teknologi yang digunakan untuk meningkatkan
hasil tanaman orkid di daerah ******* dan mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi terhadap
penanaman orkid di daerah********.

6.1.1 Kaedah kajian


Pengkaji menggunakan 3 kaedah kajian iaitu temu bual, pemerhatian dan rujukan.

Melalui temubual yang dijalankan pengkaji telah mengajukan soalan kepada 2 informen. Selain itu,
pengkaji juga melakukan pemerhatian untuk mencapai objektif kajian. Di samping pengkaji juha
melakukan rujukan berkaitan orkid mengunakan bahan ilmiah.

6.2 Kesimpulan

Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan sains dan teknologi moden dalam penanaman orkid
membantu pengusaha orkid untuk meningkatkan hasil bagi industri florikultur, penyiraman orkid,
pembajaan orkid, dan teknik penanaman orkid. Namun begitu, penggunaan sains dan teknologi dalam
bidang penanaman orkid memberikan kesan positif yang banyak. Malah hasil tanaman orkid mendapat
permintan tinggi dari dalam negara dan luar negara. Oleh itu, pengkaji berharap kajian ini dapat
memberi manfaat kepada masyarakat sekaligus menjelaskan kegunaan sains dan teknologi bukan sahaja
dari aspek pertanian malah seluruh kehidupan.

7.0 Rujukan

1. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-4,2007. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Google. https ://maps.google.com.my/ (diakses pada 10 Februari 2017)

3. Jabatan Pertanian Malaysia, 1998. Pakej Teknologi Tanaman Orkid Komersial Untuk Bunga Keratan.
Jabatan Pertanian Malaysia.

4. Khairi Nordin, 2011. Variasi Teknik Menanam Dan Menjaga Orkid. Shah Alam: Alaf 21 Publications.

5. Geoffrey Hands,2009. Beginner's Guide to Orchids. Devon England: Kerswell Farm Ltd.

6. Ir. Edhi Sandra dan Nor Hazreen Hamzah. Menghasilkan Anggerik Kerap Berbunga. Kuala Lumpur :
Synergy Media

7. Utusan Online, 2013. Teknologi Sinar Gama. Dicapai pada 4/2/2017 dari http://ww1.utusan.com.my.

8. Utusan Online, 2011. Teknologi Baru Industri Orkid. Dicapai pada 4/2/2017 daripada
http://ww1.utusan.com.my

9.

8.0 Lampiran

# gambar-gambar sebagai bukti kajian.


SEKIAN, TERIMA KASIH...

You might also like