Professional Documents
Culture Documents
PUNCA Konflik Agama
PUNCA Konflik Agama
Dalam konteks sekarang, sebagaimana kata mantan Perdana Menteri Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau menjadi Perdana Menteri dalam ucaptama pada
Persidangan Antarabangsa Ketiga Dunia Islam dan Barat, bahawa konflik yang timbul
antara dunia Islam dengan negara barat ( kristian ) bukan berpunca daripada kepercayaan
agama yang berbeza tetapi kerana manipulasi terhadap agama oleh pihak yang berfikiran
sempit atau secular. Mereka menganjurkan ‘kekerasan’ atas nama agama. Kekerasan
yang dianjurkan ini pada umumnya didorong oleh keyakinan keagamaan yang mana
mereka merasakan tindakan mereka adalah sejajar dengan perintah Tuhan yang telah
terdapat dalam teks-teks kitab suci mereka.
Tambahan lagi, timbulnya konflik peradaban pada abad ini disebabkan oleh
kejahilan yang disertai dengan rasa kesangsian dan permusuhan terhadap satu sama lain
yang telah menghalang mereka daripada menjalinkan hubungan yang berkekalan dan
berkembang maju. Contohnya, ketegangan antara Islam-Kristian berakar umbi daripada
interaksi yang berasaskan sikap bahawa pihak masing-masinglah yang benar. Masing-
masing menganggap merekalah pengikut agama yang unggul. Mereka bersaing untuk
menyebarkan dakwah. Saingan ini kadang-kadang membawa ketegangan dan
menyukarkan kewujudan situasi yang saling memahami dan menghormati sesama Islam
dan Kristian.
Selain itu, faktor kemiskinan juga menyebabkan konflik agama berlaku. Hal ini
kerana, faktor kemiskinan merupakan salah satu medium yang sangat mudah untuk
mempengaruhi pemikiran dan pandangan masyarakat. Dalam keadaan kemiskinan, amat
susah dan sukar untuk dibicara mengenai agama kerana semua orang akan berfikiran
kritis terhadap apa jua yang diperkatakan. Faktor kemiskinan ini juga menjadikan jurang
perbezaan taraf antara masyarakat semakin meningkat. Keadaan ini juga menyebabkan
ada negara yang berkuasa besar cubamenindas negara yang lemah. Malah di Amerika,
pemerintahnya mula meletakkan tekanan dalam beragama. Golongan ini mula
menerapkan aturan-aturan dalam menindas dan mengeksplotasi golongan agama minoriti.
CARA MENGATASI
Antara langkah yang boleh diambil bagi mengawal konflik agama ialah melalui
mesyawarah atau syura antara kedua-dua belah pihak. Apa yang dimaksudkan dengan
konsep ini ialah ia meliputi proses perbincangan dan perundingan dan melalui kaedah ini
ia adalah merupakan satu institusi dan budaya pengurusan cara Islam yang berhemah lagi
bijaksana. Syura adalah satu proses perbincangan bertujuan mencari kebenaran dan
pembentukan consensus dalam perkara yang tertentu yang menyentuh kepentingan
seseorang individu dan juga masyarakat di mana syariah tidak juga memberikan
peruntukan yang jelas berkaitan dengannya. Dalam menyelesaikan konflik agama ini,
agama Islam juga turut menjalankan penyelesaian konflik dengan mengenakan tindakan
yang tegas yang sebenarnya masih lagi berlandaskan kepada kebenaran hakiki kepada
pihak yang dianggap bersalah tersebut. Sebagai contohnya ialah peperangan sama ada
dalam jalan Allah atau bagi membela pihak yang ditindas atau dizalimi.
Selain itu, Kepimpinan yang adil juga penting dalam penyelesaian konflik dalam
Islam. Jikalau seseorang pemimpin itu tidak mempunyai kewibawaan, adalah amat sukar
untuk menangani masalah percanggahan pendapat yang timbul dalam sesebuah
organisasi bahkan ia akan mengeruhkan lagi konflik yang sedia ada. Prinsip ini adalah
penting dan memerlukan juga tindakbalas dalam kalangan orang Mukmin yang
menyarankan mereka agar mentaati ketua mereka yang telah dipilih dengan sebulat suara
dalam kalangan mereka juga. Segala perintah yang disuruh oleh ketua hendaklah diikuti
selagi ia tidak melanggar perintah dan nilai Islam.
Disamping itu, bagi mengelak berlaku konflik ini, umat Islam dilarang keras
mengamalkan amalan fitnah kerana berita berunsurkan fitnah yang disampaikan boleh
memporak-perandakan umat Islam. Disebabkan itu adalah amat penting penentuan
kebenaran setiap berita yang disampaikan juga penapisan maklumat atau berita yang
disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti orang munafik yang
sentiasa ingin memecahbelahkan umat Islam. Konflik dalam Islam juga boleh diatasi
melalui peranan orang tengah yang adil dan berwibawa dalam menyelesaikan masalah
berkaitan dengan konflik agama ini. Seterusnya, penyelesaian konflik agama juga boleh
dibuat dalam bentuk ‘nasihat’ ‘irsyad’ dan ‘tawsiyah’. Nasihat ini adalah membawa erti
melaluinya seseorang individu akan lebih berasa tenang dalam melalui krisis tersebut
juga dapat mengelak berlaku perkara yang tidak sepatutnya. Irsyad pula bermaksud
mendapat tunjuk ajar dari individu atau dari negara yang berpengalaman luas dalam
aspek kenegaraan dan juga bagi menyelesaikan konflik antara agama ini.
KESIMPULAN
Maka sebagai umat Islam mahupun pengganut agama Kristian kita haruslah saling
menjaga hubungan sesama kita agar semua orang dapat hidup dengan aman. Konflik
antara dua agama ini terlalu serius sehingga menyebabkan peperangan berlaku. Hal ini
memberi kesan negatif kepada masyarakat dunia. Masa depan hubungan Islam-Barat
(kristian) adalah bergantung kepada pengganut agama itu masing-masing. Semuanya
bergantung kepada mereka samada untuk memperbaiki kecacatan tersebut pada masa lalu
dan memandang ke hadapan untuk kebaikan masyarakat juga.
BERBEZA AGAMA
Contoh-contoh konflik agama yang berlaku ialah seperti konflik agama antara
Katolik dan protestan di Ireland Utara yang berlaku lebih kurang 70 tahun. Konflik ini
bermula apabila berlakunya penaklukan dan penguasaan tanah oleh british yang
merampas tanah daripada penduduk Irish ataupun Katolik dan kemudiannya diserahkan
kepada Protestan. Irish bangkit menentang penaklukan tersebut dan berlakunya
pembunuhan beramai-ramai. Askar-askar British merampas tanah dan membunuh
pengamal agama Katolik dan mengagihkannya kepada bangsa lain. Hal ini menimbulkan
rasa tidak puas hati bagi pengamal Katolik. Penekanan berterusan sehingga ke generasi
seterusnya menyebabkan pengamal Katolik tidak dibenarkan menjadi tentera atau
perkhidmatan awam atau profesion perundangan ataupun parlimen serta dinafikan hak
untuk mengundi.
Pengamal Katolik tidak dibenarkan memiliki tanah, namun hanya diberi pajakan
selama tidak melibihi 31 tahun. Selain itu, perkahwinan antara Katolik dan protestan
adalah dilarang sama sekali. Kesemua kekangan ini, berlangsung selama seratus tahun.
Negara Southern Ireland ataupun dikenali sebagai The Republic of Ireland, yang
mejoritinya mempunyai pengamal Katolik mencapai kemerdekaan pada tahun1921.
Northen Ireland pula kekal dikuasai oleh pihak British yag mejoritinya merupakan
penganut Protestan. Protestan berkuasa dalam menguasai tanah, kilang dan politik di
Northen Ireland, manakala pengamal Katolik hanya berpeluang untuk terlibat dalam
pendidikan dan jawatan yang bergaji tinggi. Pada tahun1960, Civil Rights movement
yang dibawa oleh Katolik mewujudkan peluang pendidikan dan penghapusan
diskriminasi. Walaubagaimanapun, tindakan ini disalahertikan oleh Protestan sebagai
gerakan menyatukan Northern Ireland dengan Ireland. Berlaku peperangan antara
Protestan dan Katolik pada tahun1970 di mana tentera British telah kembali ke Northern
Ireland.
SESAMA AGAMA
Contoh kedua yang dapat dilihat ialah konflik antara Ahlussunnah Waljamaah
dengan Syiah. Banyak orang yang menyangka bahawa perbezaan antara Ahlussunnah
Waljamaah dengan Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah) dianggap sekadar dalam
masalah khilafiyah Furu’iyah, seperti perbezaan antara NU dengan Muhammadiyah,
antara Madzhab Safi’i dengan Madzhab Maliki. Hal ini kerana dengan adanya masalah
Sunni dengan Syiah, mereka berpendapat agar perbezaan pendapat tersebut tidak perlu
dibesar-besarkan. Selebihnya mereka berharap supaya antara NU dengan
Muhammadiyah sekarang boleh diadakan pendekatan-pendekatan demi Ukhuwah
Islamiyah, lalu mengapa antara Syiah dan Sunni tidak dilakukan ?. Hal ini kerana, ketika
Muslimin bangun melawan serangan Syiah, mereka menjadi penonton dan tidak ikut
berjuang.
Hal ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kurangnya pengetahuan
mengenai akidah Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah). Sehingga apa yang
mereka sampaikan hanya terbatas pada apa yang mereka ketahui. Semua itu adalah
kerana kurangnya maklumat kepada mereka, akan hakikat sebenar ajaran Syiah
Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah). Sedangkan apa yang mereka tahu, hanyalah
bersumberkan dari
tokoh-tokoh Syiah yang sering berkata bahawa perbezaan Sunni dengan Syiah seperti
perbezaan antara Mazhab Maliki dengan Mazhab Syafi’i. Padahal perbezaan antara
Mazhab Maliki dengan Mazhab Syafi’i, hanya dalam masalah Furu’iyah saja. Sedangkan
perbezaan antara Ahlussunnah Waljamaah dengan Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah
(Ja’fariyah), adalah berbeza di dalam Furuu’ dan juga dalam Ushuul.
Rukun Iman mereka berbeza dengan rukun Iman kita,begitu juga dengan rukun
Islamnya juga berbeza. Selain itu, kitab-kitab serta hadisnya juga berbeza, bahkan
terdapat juga sumber mengatakan sebahagian besar ulama-ulama Syiah menyatakan,
bahawa Al-Qur'an mereka juga berbeza dengan Al-Qur'an kita (Ahlussunnah). Terdapat
juga dari ulama mereka yang pura-pura (taqiyah) mengatakan bahawa Al-Qur'annya
sama, maka dalam menafsirkan ayat-ayat tersebut sangat berbeza dan berlainan. Amat
tepatlah apabila ulama-ulama Ahlussunnah Waljamaah mengatakan bahawa Syiah
Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah) adalah satu agama tersendiri ’’. Melihat betapa
pentingnya persoalan tersebut, maka di bawah ini kami jelaskan sebahagian daripada
perbezaan antara akidah Ahlussunnah Waljamaah dengan aqidah Syiah Imamiyah Itsna
Asyariyah (Ja’fariyah).
PERBEZAAN DARI SEGI RUKUN ISLAM
Syiah : Ketiga Khalifah (Abu Bakar, Umar, Utsman) tidak diakui oleh
Syiah. Hal ini kerana mereka dianggap telah merampas kekhalifahan Ali bin Abi Thalib
(padahal Imam Ali sendiri membai'at dan mengakui kekhalifahan mereka).
PERBEZAAN TERHADAP KELEBIHAN IMAM
KONFLIK AGAMA
12. Ahlussunnah : Aqidah Raj’Ah tidak ada dalam ajaran Ahlussunnah. Raj’ah
adalah
diakhir zaman nanti sebelum kiamat, manusia akan hidup
kembali. Dimana saat itu Ahlul Bait akan membalas dendam
kepada musuh-musuhnya.