You are on page 1of 1

CADANGAN JAWAPAN BAHASA MELAYU PENULISAN TAHUN 4

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017

BAHAGIAN A
1. Kita perlulah mengulang kaji pelajaran dengan tekun kerana ibu bapa amat mengharapkan
kejayaan kita dalam pelajaran.
2. Kita hendaklah membantu ibu mengemas rumah untuk meringankan tugas beliau.
3. Kita hendaklah bersalam dan mencium tangan ibu bapa semasa hari raya kerana
menghormati ibu bapa merupakan tanggungjawab setiap anak.
4. Kita haruslah menjaga ibu kita yang sakit kerana beliau banyak berkorban untuk kita.
5. Kita mestilah memberikan tumpuan terhadap ajaran guru di dalam kelas kerana ibu bapa
mendidik kita supaya menghormati guru.

BAHAGIAN B
Karnival Jom Membaca akan diadakan pada 18 hingga 20 Mac 2017. Karnival yang bermula
pada pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang itu bertempat di Perpustakaan Negara Malaysia.
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang karnival tersebut. Antaranya termasuklah
jualan buku terbaharu keluaran pelbagai syarikat. Seterusnya, kuanter peminjaman dan
pemulangan buku disediakan untuk kemudahan orang ramai. Selain itu, kempen keahlian
turut diadakan untuk menggalakkan orang ramai menjadi ahli Perpustakaan Negara Malaysia.
Satu lagi aktiviti yang diadakan ialah kempen derma bahan bacaan terpakai supaya bahan
bacaan tersebut dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.
Kesimpulannya, Karnival Jom Membaca memang wajar diadakan untuk menyemaikan minat
membaca dalam kalangan masyarakat.

BAHAGIAN C
SOALAN 1
Format penulisan surat tidak rasmi yang betul.

SOALAN 2
Pendahuluan :
- cuti sekolah yang lalu , Sabtu, tarikh berkelah, masa bertolak
Isi-isi penting :
- nama tempat berkelah, di sebuah negeri, keadaan tempat berkelah
- dengan siapa - ibu, bapa, ahli keluarga
- bersantai , hiburkan hati, lihat keindahan
- pelbagai aktiviti - mandi-manda , bina istana pasir dan sebagainya
Penutup :
- sangat seronok
- ingin datang lagi

MANA-MANA JAWAPAN MURID YANG DIFIKIRKAN BERSESUAI BOLEH


DITERIMA.

You might also like