You are on page 1of 7

TEKS PENGERUSI MAJLIS

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN


SK KUNAK 2 (2018)

TARIKH: 22 NOVEMBER 2018

PERKARA TEKS PIC

Kehadiran Jemputan
Makluman Umum Assalamualaikum / Salam Sejahtera.
Mohon perhatian sidang dewan yang dihormati,
sebelum majlis bermula, berikut merupakan peraturan
yang perlu dipatuhi sepanjang majlis berlangsung.
 Sila pastikan tetapan telefon bimbit anda berada
dalam mod senyap.
 Mohon para hadirin memenuhkan ruang tempat
duduk di hadapan.
 Hadirin diminta mengurangkan pergerakan
keluar masuk dewan semasa acara sedang Nur Zakirah
berlangsung.
 Sebaik sahaja acara nyanyian lagu diumumkan,
hadirin diminta berdiri dan menyanyikan lagu
dengan penuh bersemangat.
 Dan apabila selesai sahaja lagu dimainkan,
hadirin dipersilakan untuk duduk.
Harap maklum.

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin yang dihormati, En. Farhan


Ketibaan Jemputan Khas mengumumkan ketibaan
Yg. Berbahagia Pn. Aloya Binti Sunsang
(Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kunak
merangkap Pegawai Unggul SK. Kunak 2):

Persembahan Sambut
Tamu

Nyanyian Lagu Mohon hadirin berdiri untuk nyanyian lagu Negaraku,


-Negaraku Sabah Maju Jaya dan lagu Sekolah. Nur Zakirah
-Sabah Maju Jaya
-Lagu Sekolah ****
Mohon hadirin serta tetamu jemputan mengambil
tempat.

Ucapan Salutasi 1. Yg. Berbahagia Pn. Aloya Binti Sunsang


Pengerusi Majlis (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kunak
merangkap Pegawai Unggul SK. Kunak 2) En. Farhan

2. Yg. Berusaha En. Salim Bin Samai


(Guru Besar SK Kunak 2)

3. Yg. Berusaha Haji Hussein Bin Ibnu Hassan

1
(Yang Di Pertua PIBG SK Kunak 2)

4. Yg. Dihormati En. Mukattar Bin Timbukul


(Pegawai Unggul Pejabat Pendidikan Daerah
Kunak)

5. Yg. Dihormati En. Abd Manan bin Halipa


(Penolong Kanan Pentadbiran SK Kunak 2)

6. Pn. Hjh Salbiah Binti Osman


(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kunak
2)

7. En. Amadun Bin Sawanun


(Penolong Kanan Kokurikulum SK Kunak 2)

8. Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SK Kunak 2,

9. Seterusnya, guru-guru, para ibu bapa dan


penjaga, serta murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum wbt., salam sejahtera dan selamat


datang ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah SK
Kunak 2 bagi tahun 2018.

Bacaan Doa Memulakan acara pada pagi ini, majlis mempersilakan


Ustaz Mohd Afzan Bin Taib untuk memimpin bacaan Nur Zakirah
doa. Dipersilakan.

*****
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz
Mohd Afzan Bin Taib atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan Guru Besar Meneruskan acara pada pagi ini, dijemput :

Yang Berusaha En. Salim bin Samai untuk


menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

******
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang
Berusaha En. Salim bin Samai atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Perasmian Hadirin yang dihormati,

2
Pn. Aloya Binti Sunsang
(Pegawai Unggul Pejabat Di sini ada putera puteri yang mendaulatkan bangsa,
Pendidikan Daerah Kunak) Di sini ada ibu bapa yang prihatin penuh dijiwa,
Di sini ada pendidik yang tidak pernah kenal erti putus
asa,
Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia.

Dengan itu majlis mempersilakan Yang Berbahagia Pn.


Aloya Binti Sunsang, Penolong Pegawai Pendidikan
Daerah Kunak merangkap Pegawai Unggul SK. Kunak 2
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Kunak 2 bagi Tahun
2018.

*****
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Pn. Aloya Binti Sunsang atas
ucapan perasmian sebentar tadi.

Penyampaian * Mohon Pn. Aloya untuk terus berada di pentas bagi


Cenderahati acara selanjutnya.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Yg.


Dihormati En. Abd Manan Bin Halipa bagi menjemput
dan mengiringi Yang Berusaha En. Salim Bin Samai
untuk menyampaikan cenderamata.

Dijemput Yang Berbahagia Pn. Aloya Binti Sunsang


untuk menerima cenderamata. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

*****
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn.
Aloya atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.

CUE ANN CATATAN

Penyampaian Hadiah Sidang dewan yang dihormati,


Pra Sekolah Majlis pada pagi ini diteruskan dengan acara
penyampaian hadiah bagi anugerah-anugerah
Bahagian 1 kecemerlangan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


_____________________________________ diiringi oleh
___________________________ untuk menyempurnakan
penyampaian anugerah. Dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Majlis dimulakan dengan penyampaian : Hadiah Pra


Sekolah.

Anugerah Kedudukan Terbaik Kelas Pra Sekolah 1.


Dijemput : *Rujuk Senarai Nama Penerima.

Anugerah Kedudukan Terbaik Kelas Pra Sekolah 2.

3
Dijemput : *Rujuk Senarai Nama Penerima.

Bagi
Anugerah Murid Berpotensi Kelas Pra Sekolah 2.
Dijemput : *Rujuk Senarai Nama Penerima.

Seterusnya,
Anugerah Tulisan Cantik Pra Sekolah.
Dijemput : *Rujuk Senarai Nama Penerima

Bagi Anugerah Kehadiran Terbaik.


Dijemput : *Rujuk Senarai Nama Penerima

Dan Anugerah Ibubapa Prihatin diberikan kepada


*Rujuk Senarai Nama Penerima.

****
Majlis mengucapkan terima kasih kepada
______________________ atas kesudian
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Acara penyampaian hadiah diteruskan lagi dengan


penyampaian anugerah bagi Kedudukan Terbaik
Mengikut Tahun. Untuk itu, majlis menjemput
__________________________ untuk menyampaikan
anugerah kepada penerima.

Bagi Tahun 1, tempat kelima dijemput *Rujuk Senarai


Nama Penerima

****
Majlis mengucapkan terima kasih kepada
______________________ atas kesudian
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Persembahan Murid Dari Kedah pergi ke Perlis,


Tahun 6 Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Moga hadirin terhibur di hati.

Hadirin sekalian, terimalah persembahan nyanyian


daripada murid-murid Tahun 6. Majlis dengan
sukacitanya mempersilakan.

****
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas
persembahan itu tadi. Untuk makluman hadirin sekalian,
persembahan nyanyian sebentar tadi adalah dibawah
bimbingan ______________________.

Penyampaian Hadiah : Hadirin dan hadirat yang dihormati,

4
Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian
Bahagian 2 hadiah bagi Anugerah Mata Pelajaran Terbaik.

Anugerah Mata Pelajaran Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Terbaik Dihormati En. Mukattar bin Timbukul untuk
(Tahap 1 & 2) menyempurnakan penyampaian anugerah. Dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Majlis dimulakan dengan penyampaian : * Rujuk Senarai


Nama Penerima

Anugerah
1- Bahasa Melayu Kertas 1
2- Bahasa Melayu Kertas 2
3- Bahasa Inggeris Kertas 1
4- Bahasa Inggeris Kertas 2

Dijemput :

*****
Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Mukattar
bin Timbukul atas kesudian menyampaikan anugerah
sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput ____________________


untuk menyampaikan Anugerah Mata Pelajaran
Terbaik *Rujuk Senarai Nama Penerima
- Matematik
- Sains
- Pendidikan Agama Islam
- Bahasa Arab

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


______________________________ atas kesudian
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Hadirin Yang dihormati,


Persembahan Nyanyian majlis akan berehat sebentar. Tanpa melengahkan masa
Solo majlis menjemput adik Nornadierah Athira Binti Arsad
(Nornadierah Athira Binti untuk mempersembahkan nyanyian beliau bertajuk
Arsad – 6 Intelligent) _______________.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


Nornadierah Athira Binti Arsad atas persembahan itu
tadi.

Penyampaian Anugerah : Hadirin yang dimuliakan, majlis anugerah disambung

5
Bahagian 3 semula.

Anugerah Khas Dengan itu,


Kurikulum majlis mempersilakan ______________________________
untuk menyempurnakan penyampaian anugerah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis dimulakan dengan : * Rujuk Senarai Nama


1. Anugerah Khas Kurikulum
2. Anugerah Khas HEM
3. Anugerah Khas Kokurikulum

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada


_________________________________ atas kesudian
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Penyampaian Hadiah: Hadirin dan hadirat sekalian,


Bahagian 4
Seterusnya, acara penyampaian cenderahati kepada
Cenderahati Murid Tahun murid-murid Tahun 6. Bagi menyempurnakan aturcara
6 ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En.
Salim Bin Samai untuk menjemput dan mengiringi Pn.
Aloya Binti Sunsang naik ke pentas.

Penerima cenderahati pertama, dijemput *Rujuk Senarai


Nama

Dijemput

*****
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada
Pn. Aloya Binti Sunsang atas kesudian menyampaikan
cenderahati sebentar tadi.

6
Hadirin yang dimuliakan,

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jari disusun maaf dipinta.

Dengan itu, maka Majlis Anugerah Kecemerlangan


Sekolah melabuhkan tirainya. Kami bagi pihak majlis
mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir,
terutamanya kepada Yang Berbahagia Pn. Aloya Binti
Sunsang, para tetamu jemputan, ibu bapa serta
penjaga atas kesudian hadir dalam majlis ini. Kami
juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang
kekurangan dan kepincangan sepanjang majlis ini
berlangsung.

Seterusnya majlis mempersilakan


___________________________________diringi oleh
Yang Berusaha En. Salim Bin Samai, para tetamu
jemputan serta hadirin sekalian untuk menjamu selera.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wasssalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

Seterusnya, anugerah ______________________________. Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan


sukacitanya menjemput _____________________________ untuk menyampaikan anugerah.

You might also like