You are on page 1of 9

Citation: Ferdinand, E.C. (2018). Isu Penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Esei Ilmiah.

PISMP
Sejarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.

1.0 PENGENALAN

Tanggal 16 September 1963 adalah detik bersejarah buat negara ini apabila idea atau grand
design untuk membentuk sebuah persekutuan yang lebih besar dan kukuh menjadi realiti.
Detik ini antara lainnya bertitik tolak daripada pengiktirafan dan perakuan Persekutuan
Malaysia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara berdaulat.
Namun, di sebalik peristiwa penting itu ramai tidak mengetahui tokoh yang memainkan
peranan penting sehingga terbentuknya Malaysia pada tarikh berkenaan. Beliau ialah
Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj. Allahyarham bukan
sahaja Bapa Kemerdekaan tetapi sebenarnya juga adalah Bapa Malaysia.

Idea gagasan Malaysia ini dilontarkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961
semasa di Hotel Adelphi, Singapura. Idea ini pada awalnya berhasrat untuk menggabungkan
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak dalam satu unit politik yang
dikenali sebagai Persekutuan Malaysia. Walaupun begitu, teradapat beberapa pendapat
bahawa idea atau buah fikiran Tunku Abdul Rahman timbul susulan daripada cadangan
tokoh-tokoh sebelumnya.

Lord Brassey, Pengarah Syarikat Borneo Utara pada 1887 pernah mencadangkan
kepada British untuk menggabungkan Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak dengan negeri-
negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat sebagai sebuah koloni yang besar. Namun idea ini
ditolak oleh Parlimen British kerana perhatian Lord Brassey ketika itu hanyalah untuk
mendapatkan sokongan kewangan bagi menanggung kos perbelanjaan di Borneo Utara.1
Keprihatinan pegawai-pegawai colonial untuk melihat penyatuan wilayah-wilayah serantau
juga pernah disuarakan oleh David Marshall dan Sir Malcolm Mac Donald.

Cadangan serupa juga pernah disuarakan oleh pemimpin tempatan seperti Tun
Ghazali Shafie. Sebaik sahaja tamat pengajian undang-undang di England, beliau melihat
bahawa perlunya suatu usaha untuk menyatukan Singapura, Tanah Melayu dan wilayah-
wilayah Borneo Utara.2 Tun Ghazali atau juga dikenali sebagai ‘King Ghaz’ memberi
sumbangan yang signifikan bukan sahaja dalam membentuk sebuah Persekutuan Malaysia

1 Harding, A & Chin, J. (2014). 50 Years of Malaysia: Federalism Revisited. Singapura: Marshall
Cavendish International.
2 Ibid.

1
Citation: Ferdinand, E.C. (2018). Isu Penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Esei Ilmiah. PISMP
Sejarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.

malahan beliau juga pemimpin yang bertanggungjawab dalam memastikan asas negara
Malaysia yang baru dibentuk benar-benar kukuh dan berjaya3.

Selain itu, kaum-kaum bukan bumiputera juga pernah menyuarakan pendapat tentang
penyatuan wilayah. Buah fikiran ini dicetuskan oleh Tun Tan Cheng Lock yang menyatakan
kepada Badan Legislatif pada tahun 1926 bahawa :

"Our ultimate political goal should be a united self-governing British Malaya, with a Federal
Government and a Parliament for the whole of it, functioning at a convenient centre, say at
Kuala Lumpur, and with as much autonomy in purely local affairs as possible for each of its
constituent parts” 4

Berdasarkan penyataan tersebut, Tan menghuraikan visinya untuk melihat sebuah


bentuk negara yang mempunyai pemerintahan dan autonomi tersendiri. Jika dilihat daripada
konteks negara moden, idea ini sebenarnya merupakan asas awal kepada pembentukan
negara bangsa di mana timbulnya kesedaran untuk membentuk satu penyatuan dari segi
ideologi, pemusatan kuasa, dan keinginan untuk memerintah sendiri secara berdaulat.
Meskipun begitu, visi ini kelihatan janggal pada masa itu kerana semangat nasionalisme yang
masih rendah. Walau bagaimanapun, idea ini berasas kerana latar belakang Tan selaku
pegawai undang-undang dan eksekutif kepada kerajaan British yang banyak menyumbang
kepada kesedaran politik tersebut.5

Secara keseluruhnannya, idea pembentukan dan penyatuan wilayah-wilayah ini


bukanlah suatu idea yang tercetus tanpa asas yang kukuh. Jika dilihat secara umum,
keperluan untuk penyatuan wilayah ini menunjukkan bahawa Persekutuan Malaysia yang
wujud sekarang berdiri atas keperluan dan keprihatinan pemimpin-pemimpin pada masa lalu
bagi menjamin kemandirian (survival) suatu kelompok masyarakat. Selain itu, umum juga
mengetahui bahawa proses membentuk dan mengukuhkan asas negara Malaysia yang
bersekutu bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh hal yang demikian, penulisan ini akan
menjelaskan isu-isu yang timbul sepanjang penyertaan Sabah dan Sarawak terhadap

3 Sumbangan Tun Ghazali Shafie dalam membina asas negara yang kukuh dapat dilihat pembentukan
prinsip – prinsip Rukun Negara yang menjadi teras kehidupan rakyat Malaysia. Rujuk ‘Pemimpin penuh
dengan idea’. (2010), Utusan ONLINE. Diakses pada 15 Mac 2018 melalui laman web
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Ne
geri&pg=dn_03.htm
4 ‘Tun Tan’s legacy’. (2011), Portal MalaysiaHistory. Diakses pada 15 Mac 2018 melalui laman web

http://www.malaysiahistory.net/index.php?option=com_content&view=article&id=47:tun-tans-
legacy&&
5 Ibid.

2
Citation: Ferdinand, E.C. (2018). Isu Penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Esei Ilmiah. PISMP
Sejarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.

Persekutuan Malaysia sekali gus merungkai serba sedikit isu-isu kontemporari mengenai
penyertaan ini.

2.0 ISU-ISU PENYERTAAN SABAH DAN SARAWAK DALAM MALAYSIA

Penyertaan Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia pada
awalnya menerima reaksi yang negatif bukan sahaja daripada negara-negara jiran malahan
juga daripada masyarakat tempatan sendiri. Jika dilihat secara teliti, isu yang timbul dalam
kalangan negara serantau sebenarnya berkait rapat dengan agenda politik pemimpin negara
masing-masing untuk meluaskan kuasa mereka. Hal ini kerana mereka juga mempunyai visi
penyatuan wilayah yang tersendiri khususnya terhadap Sabah dan Sarawak. Sementara itu,
isu yang timbul dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak antara lainnya menyentuh
kedudukan mereka dalam Persekutuan Malaysia yang akan ditubuhkan kelak.

2.1 REAKSI PARTI POLITIK SABAH

Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman disambut


baik oleh kerajaan British. Perdana Menteri Britain ketika itu, Harold Macmillan menyifatkan
cadangan Tunku sebagai ‘cadangan yang membina’.6 Walau bagaimanapun, ucapan Tunku
mengenai cadangan ini menimbulkan ‘sensasi’ tersendiri dalam kalangan masyarakat Borneo.
Menurut Asnarulkhadi & Jayum (1997), antara kebimbangan terbesar penduduk Sabah dan
Sarawak ketika itu ialah hilang kekuatan akibat daripada ‘Malayan Domination’. Isu ini
diperjuangkan secara kolektif melalui kegiatan parti politik.

Secara amnya, idea pembentukan Malaysia tidak menerima tentangan yang begitu
keras daripada parti politik. Menurut Saimin dan Joseph (2014), terdapat tiga parti di Sabah
yang menolak idea gagasan ini iaitu United National Pasok Momogun Party (UNPMP) dan
dua parti politik Cina iaitu United Party serta North Borneo Democratic Party (NBDP). Parti
UNPMP ditubuhkan oleh O.K.K Sundang dan O.K.K Sedomon bertujuan untuk melindungi
hak kaum Bumiputera Sabah di kawasan pedalaman. Penubuhan parti ini juga terbentuk atas
ketidak puasan hati orang Murut terhadap parti United National Kadazan Organisation
(UNKO) pimpinan Donald Stephens yang berkeras untuk menggunakan istilah ‘Kadazan’ bagi
mewujudkan satu identiti penduduk peribumi di Borneo Utara ketika itu.

Penentangan idea gagasan Malaysia oleh UNPMP pada asasnya kerana mereka risau
terhadap dominasi Melayu Islam terhadap penduduk tempatan di Sabah. Kerisauan ini juga

6 Saimin, G & Joseph, F. (2014). Donald Stephens dan peranannya dalam pembentukan Malaysia.
Jurnal Sejarah, 22(1), hlm 175-202.

3
Citation: Ferdinand, E.C. (2018). Isu Penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Esei Ilmiah. PISMP
Sejarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.

mendorong pemimpin utama parti itu iaitu G.S Sundang untuk menolak perjuangan United
Sabahan National Organisation (USNO) pimpinan Tun Mustapha Datu Harun yang mana rata-
rata ahlinya terdiri daripada Melayu Islam. UNPMP juga menerima sokongan daripada
saudagar-saudagar Cina yang menganggotai United Party seperti Peter Chin dan Khoo Siak
Chiew dari segi bantuan kewangan.

United Party yang dianggotai majoriti oleh orang Cina turut menolak gagasan Malaysia
kerana bimbang akan dijajah oleh Tanah Melayu jika tidak diberi peluang untuk berkerajaan
sendiri terlebih dahulu. North Borneo Democratic Party (NBDP) turut menuntut taraf
berkerajaan sendiri, tidak ada bahasa atau agama rasmi,bahasa Inggeris terus di
kekalkan,hubungan rapat dengan Tanah Melayu dan Singapura mesti dijalankan secara
beransur-ansur serta hendaklah di tentukan taraf orang Cina kacukan Dusun (Sino-Dusun) di
Sabah.Walaupun begitu, tentangan dan isu ini semakin lemah apabila United Party dan NBDP
mula menyokong gagasan Malaysia kerana mereka tahu bahawa idea ini akan berjaya.
Akhirnya, pendirian UNPMP terhadap pembentukan Malaysia terpaksa bertukar. Ini memaksa
G.S Sundang mendaftar parti UNPMP sebagai Parti Perikatan Sabah pada November 1962
sekali gus bergabung dengan parti UNKO pada Jun 1964 untuk membentuk United Pasok
Momogun Kadazan Organisation (UPKO).7

2.2 REAKSI PARTI POLITIK SARAWAK

Perjuangan parti politik di Sarawak dilihat lebih ‘agresif’ berbanding dengan parti politik di
Sabah. Namun begitu, terdapat persamaan di antara parti politik di Sabah dan Sarawak
khususnya dari segi reaksi awal terhadap idea gagasan Malaysia8. Pada awalnya, parti politik
di Sarawak seperti Parti Negara Sarawak (PANAS), Sarawak Chinese Association (SCA),
Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA), Barisan Rakyat Sejati Sarawak (BARJASA) dan
Sarawak National Party (SNAP) menyatakan kerisauan mereka terhadap pembentukan
Malaysia kerana akan menggugat kedudukan politik, ekonomi dan sosial masyarakat
tempatan. Namun begitu, reaksi negatif ini akhirnya bertukar menjadi sokongan setelah
usaha-usaha untuk menerangkan idea gagasan Malaysia telah dijalankan oleh pegawai-
pegawai kerajaan Persekutuan Malaya.

Meskipun begitu, terdapat juga penolakan yang tegas berlaku oleh parti politik di Sarawak
terhadap pembentukan Malaysia. Parti yang menolak dengan radikal adalah Parti Rakyat

7 ‘Sejarah UPKO’. Portal UPKO. Diakses pada 16 Mac 2018 melalui laman web
http://www.upko.org/upko-history/
8 Kunaaseelan Muniandy. (1996). Hubungan Malaysia-Indonesia 1957-1970.Selangor: Dewan Bahasa

dan Pustaka, hlm.133.

4
Citation: Ferdinand, E.C. (2018). Isu Penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Esei Ilmiah. PISMP
Sejarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.

Bersatu Sarawak atau juga dikenali sebagai Sarawak United People's Party (SUPP). Parti
bercorak pelbagai kaum tetapi majoriti keahliannya terdiri daripada kaum Cina. ditubuhkan
pada tahun 1959 di Sarawak. Selain itu, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) juga
merupakan parti politik yang tertua yang ditubuhkan. Perjuangan SUPP disifatkan sebagai
radikal, berhaluan kiri dan nasionalis. Pihak Persekutuan Tanah Melayu ketika itu juga
melabel SUPP sebagai parti ‘pengkhianat’ dan dituduh sebagai ‘komunis’. Namun demikian,
parti berjiwa nasionalis ini berjuang bukan kerana anti kepada Malaya tetapi oleh kerana
mereka mahukan sebuah negara yang ditadbir oleh kerajaan sendiri.

Pengaruh yang dibawa oleh SUPP dikira kuat kerana mampu mendapatkan 110,000
tandatangan ataupun 30 peratus daripada seluruh penduduk Sarawak bagi tujuan
membantah pembentukan Malaysia untuk dihantar kepada pihak Malaya dan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Usaha ini ternyata sia-sia kerana tiada sebarang tindakan
diambil oleh pihak berkenaan malahan Tunku Abdul Rahman dengan kerjasama British
berusaha untuk ‘memindahkan’ kedaulatan tiga wilayah jajahan British iaitu Sarawak, Brunei
dan Borneo Utara (Sabah) ke tangan Persekutuan Tanah Melayu.

Tindakan ini menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati orang Sarawak khususnya
pengikut-pengikut SUPP.9 Hal ini mencetuskan dua bentuk reaksi SUPP terhadap
pembentukan Malaysia. Pertama, bantahan secara aman melalui perhimpunan dan bantahan
yang dilakukan secara kolektif. Kedua ialah menggunakan kekerasan iaitu melalui rusuhan
dan serangan terhadap pejabat-pejabat British. Kesungguhan SUPP sangat kental untuk
membentuk kerajaan sendiri sehinggakan sikap anti-Malaysia masih diperjuangkan selepas
idea gagasan Malaysia menjadi kenyataan.

Titik kemerosotan parti SUPP ditandai dengan pelaksanaan Rancangan Briggs di


Tanah Melayu atau dijenamakan sebagai ‘Operation Hammer’ di Sarawak.10 Fokus utama
rancangan ini adalah untuk membasmi komunis melalui pembahagian kawasan putih dan
kawasan hitam. Pelaksanaan Operation Hammer telah menyebabkan ramai pemimpin dan
pengikut SUPP ditangkap dan ditempatkan di dalam sebuah kampung yang dikawal oleh
pihak keselamatan. Namun selepas pelbagai kompromi antara SUPP dan pihak kerajaan,
akhirnya keadaan ini semakin stabil. Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 1969, SUPP telah
bersetuju untuk menyertai parti perikatan untuk membentuk kerajaan negeri.

9‘Sarawak Scene of Second Riot’. Spokane Daily Chronicle, hlm 35.


10 Munan, S. (2016). Prevention is better than cure. Diakses pada 16 Mac 2018 melalui laman web
http://www.theborneopost.com/2016/02/14/prevention-is-better-than-cure/

5
Citation: Ferdinand, E.C. (2018). Isu Penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Esei Ilmiah. PISMP
Sejarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.

3.3 KONFRONTASI MALAYSIA -INDONESIA

Isu penubuhan Malaysia mencetuskan konflik bersar dalam politik dalam Dunia
Melayu. Hubungan yang keruh ini bukan sahaja mencetuskan permusuhan antara Tanah
Melayu dengan Indonesia tetapi juga mendinginkan hubungan Tanah Melayu-Filipina.
Walaupun begitu, seperti yang telah diterangkan pada bab awal, isu yang timbul antara
negara serantau tidak senada kerana provokasi yang ditimbulkan oleh pemimpin kedua-dua
negara hanya untuk mencapai agenda politik masing-masing.

Kunaseelan (1996) mengemukakan dua pendapat mengenai penentangan Indonesia


terhadap pembentukan Malaysia.11 Pertama, Indonesia melihat bahawa idea ini sebagai
sebuah bentuk ‘penjajahan baru’ atau juga dikenali sebagai neokolonialisme. Sudut pandang
dan kesedaran ini juga dipengaruhi dengan latar belakang kemerdekaan Indonesia yang
melibatkan perjuangan pena dan senjata Kedua, pihak Indonesia menolak idea ini kerana
melihat penubuhannya sebagai persaingan kepada Indonesia Raya yang diidamkan oleh
Presiden Sukarno dan rakannya, Prof. Mohd. Yamin berdasarkan empayar Majapahit pada
abad ke-14.12

Keadaan ini berlaku kerana Sukarno dipengaruhi oleh pemimpin Parti Komunis Indonesia
yang menggesa dilakukan penentangan bersenjata. Akhirnya Sukarno mengisytiharkan
Dasar Konfrontasi ke atas Malaysia dengan menggunakan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Dasar
ini memuncak dengan keganasan apabila Tentera Nasional Indonesia (TNI) melancarkan
serangan di Kalabakan, Sabah dan Sarawak. Selain itu, Sukarno juga bertindak menghantar
pasukan gerilanya ke Tanah Melayu melalui pantai barat Johor untuk melakukan tindakan
subversif dan kerja-kerja pengintipan (reconnaissance).

3.4 TUNTUTAN FILIPINA KE ATAS BORNEO UTARA

Isu pembentukan Malaysia di Filipina lebih tertumpu kepada Borneo Utara (Sabah). Di
Indonesia, konsep ‘Indonesia Raya’ merupakan cita-cita Presiden Sukarno untuk
membangunkan sebuah empayar gugusan Melayu yang agung. Di Filipina, isu pembentukan
Malaysia dapat diumpamakan sebagai modal Senator Macapagal untuk meraih jawatan
presiden ketika pilihan raya. Dalam kempennya, Macapagal sentiasa berusaha menuntut
Borneo Utara daripada British sebagai janji politiknya terhadap rakyat Filipina.

11 Kunaseelan. Op.Cit., hlm.130.


12 Indonesia Raya meliputi Republik Indonesia, Tanah Melayu, Burma, Siam, Vietnam dan Filipina. Sila
lihat, Jabatan Penerangan Malaysia.(1964). Indonesian Intentions Towards Malaysia. Kuala Lumpur:
Jabatan Penerangan Malaysia, hlm. 1.

6
Citation: Ferdinand, E.C. (2018). Isu Penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Esei Ilmiah. PISMP
Sejarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.

Antara pihak yang memberi perhatian yang serius terhadap manifesto Macapagal
ketika itu ialah waris Sultan Sulu, Putri Tarhata Kiram yang telah mengemukakan petisyen
kepada Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina bagi merayu kerajaan Filipina supaya menyokong
tuntutannya terhadap Borneo Utara.13 Macapagal memberi respon positif terhadap masalah
tersebut dengan membuat kenyataan terbuka secara rasmi14 terhadap tuntutan ke atas
Borneo Utara. Kenyataan tersebut menandakan bermulanya krisis tuntutan Filipina terhadap
Borneo Utara dan ini juga mendorong Filipina secara terus menerus untuk berunding dengan
pihak British mengenai hal ini.Akhirnya, selepas beberapa siri rundingan, pihak British telah
memohon bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau pendapat
orang Sabah. Keputusan laporan rombong PBB mendapati majoriti rakyat negeri Sabah
menyokong dan bersetuju dengan konsep Malaysia. Filipina membantah dan kemudiannya
bertindak memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

3.5 KEKANANAN SULTAN BRUNEI DAN HASIL MINYAK

Keputusan Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Sarifuddin untuk tidak menyertai Malaysia
memeranjatkan semua pihak kerana pada awalnya baginda merupakan pemimpin yang
menyokong gagasan ini. Perubahan ini berlaku pada saat akhir apabila tuntutan Sultan Brunei
tidak dapat dipenuhi seperti soal kekananan baginda dan soal hasil minyak.15 Baginda mahu
menjadi yang paling kanan antara sultan-sultan Melayu dan hasil minyak hanya untuk
pembangunan negara Brunei sendiri dan tidak boleh disalurkan kepada pihak lain. Tuntutan
yang dikemukakan ini memerlukan perundingan, kompromi dan masa yang panjang.
Walaupun diberi jaminan oleh Tunku Abdul Rahman untuk mengusulkan perkara ini dengan
Majlis Raja-Raja Melayu, namun Sultan Omar tersinggung kerana soal kekananan baginda
tidak diberi perhatian secukupnya.

13
Nik Anuar. (2001). Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia, hlm. 65.
14 Ibid., hlm.68
15 Asnarulkhadi dan Jayum. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia,

hlm.72.

7
Citation: Ferdinand, E.C. (2018). Isu Penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Esei Ilmiah. PISMP
Sejarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.

PENUTUP

Penyertaan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia masih mengalami isu-isu
kontemporari seperti isu royalti minyak, Perjanjian Malaysia 1963, tuntutan kerajaan Sulu dan
pelbagai lagi. Meskipun usia Malaysia mula mencecah usia 55 tahun, namun isu ini seakan-
akan semakin hangat. Bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia pada era ini, pendidikan
kesedaran patriotisme sahaja dilihat tidak mencukupi kerana ledakan teknologi tidak
menghalang seseorang individu untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai isu yang
timbul. Untuk melihat kekuatan Sabah dan Sarawak sebagai anggota dalam Persekutuan
Malaysia, kerajaan memerintah seharusnya mengambil langkah yang telus dan proaktif dalam
membina asas yang kukuh. Kerajaan perlu memberi ruang kepada rakyat Sabah dan Sarawak
untuk menyalurkan pendapat dan wawasan mereka. Namun, pengukuhan Persekutuan
Malaysia ini tidak seharusnya diletakkan di bawah pundak kerajaan semata-mata. Rakyat
Sabah dan Sarawak sendiri perlu mempunyai sikap berdikari dan world view yang futuristik
terhadap masa depan negeri dan Persekutuan Malaysia. Gabenor Sarawak, Sir Alexander
Waddel pernah mengungkapkan terhadap kriteria parti politik yang sepatutnya: ‘not cause
further division but should have unifying and binding effect’. Oleh sebab itu, bagi memastikan
pertumbuhan hubungan antara anggota Persekutuan Malaysia yang sihat pada masa akan
datang, langkah awal yang perlu diambil oleh rakyat Sabah dan Sarawak seharusnya bermula
daripada perjuangan politik secara kolektif yang bersifat multi-etnik sesuai dengan demografi
berbilang kaum pada masa ini.

8
Citation: Ferdinand, E.C. (2018). Isu Penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Esei Ilmiah. PISMP
Sejarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.

RUJUKAN

Asnarulkhadi & Jayum. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra
Malaysia, hlm.72.

Harding, A & Chin, J. (2014). 50 Years of Malaysia: Federalism Revisited. Singapura: Marshall
Cavendish International, hlm. 34.

Jabatan Penerangan Malaysia. (1964). Indonesian Intentions Towards Malaysia. Kuala


Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia, hlm. 1.

Kunaaseelan Muniandy. (1996). Hubungan Malaysia-Indonesia 1957-1970.Selangor: Dewan


Bahasa dan Pustaka, hlm.133.

Munan, S. (2016). Prevention is better than cure. Diakses pada 16 Mac 2018 melalui laman
web http://www.theborneopost.com/2016/02/14/prevention-is-better-than-cure/

Nik Anuar. (2001). Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, hlm. 65.

‘Pemimpin penuh dengan idea’. (2010), Utusan ONLINE. Diakses pada 15 Mac 2018 melalui
laman web http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=012

Saimin, G & Joseph, F. (2014). Donald Stephens dan peranannya dalam pembentukan
Malaysia. Jurnal Sejarah, 22(1), hlm 175-202.

‘Sarawak Scene of Second Riot’. Spokane Daily Chronicle, hlm. 35.

‘Sejarah UPKO’. Portal UPKO. Diakses pada 16 Mac 2018 melalui laman web
http://www.upko.org/upko-history/

‘Tun Tan’s legacy’. (2011), Portal MalaysiaHistory. Diakses pada 15 Mac 2018 melalui laman
web http://www.malaysiahistory.net/index.php?option=com_content&view=art

You might also like