Professional Documents
Culture Documents
Panduan Pelaksanaan Penjaminan Kualiti PBS Di Sekolah
Panduan Pelaksanaan Penjaminan Kualiti PBS Di Sekolah
Penjaminan kualiti adalah piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis
panduan yang ditetapkan. Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui
PEMENTORAN, PEMANTAUAN, PENYELARASAN dan PENGESANAN oleh personel di peringkat
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) , Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) dan sekolah. Keempat-empat komponen ini dijalankan secara formal mengikut jadual
yang ditetapkan atau secara informal mengikut keperluan KPM/JPN/PPD/Sekolah.
Penjaminan kualiti merupakan elemen yang sangat penting yang perlu diitikberatkan terutama
dalam pelaksanaannya di sekolah. Oleh itu, berikut adalah panduan bagaimana pelaksanaan
keempat-empat elemen penjaminan kualiti yang boleh dijalankan di sekolah. Pelaksanaan
penjaminan kualiti di sekolah sehingga setakat ini adalah pada tahap yang lemah dan diharapkan
dengan rencana ringkas ini dapat memberikan sedikit gambaran kepada warga sekolah
bagaimanakah pengoperasian penjaminan kualiti boleh dilaksanakan.
Pementoran
Pastikan setiap aktiviti dirancang dilaksanakan. Sentiasa berhubung dengan Setiausaha Ladap.
Jadual Pelaksanaan dan Laporan Aktiviti Pementoran semua komponen PBS (cetakan) diserahkan
kepada Guru Kanan / Ketua Panitia dilantik untuk difailkan.
Guru Kanan yang memegang fail ini perlu mengingatkan serta bertanya apa-apa pelaporan dari unit
terlibat untuk dikumpulkan.
Taklimat Oleh Pengetua / Guru Besar Kepada Semua Guru (UMUM PBS)
Perbincangan Tidak Formal Antara Guru-Guru Berkaitan Dengan PdP, Kandungan Mata Pelajaran,
Pemetaan Mata Pelajaran, Modul Perekodan Dan Lain-Lain (PS)
Bimbingan Dan Bengkel Kepada Guru-Guru Berkaitan Instrumen, Penulisan Ringkasan Mata
Pelajaran (PS)
Latihan Pemeriksaan Item Oleh Ketua Panitia Kepada Guru-Guru Mata Pelajaran Yang Lain (PS)
Pemantauan
Sediakan Jadual Pemantauan Bagi Semua Komponen PBS dan jenis pemantauan yang akan dibuat
Pelaporan bercetak bagi jadual kerja dan aktiviti pemantauan setiap komponen PBS diserahkan
kepada Guru Kanan Atau Ketua Panitia dilantik untuk difailkan
Guru Kanan/Ketua Panitia yang memegang bahagian Ini bertindak sebagai orang yang memastikan
aktiviti yang dirancang dijalankan dan mengumpul pelaporan setiap komponen PBS ( Ingatkan Setiap
Pemegang Komponen PBS Di Sekolah )
Pentaksiran Sekolah – Personel Pemantau – Pengetua, Pk1, Guru Kanan, Ketua Panitia
*** Semua Jenis Pemantauan Di Atas Ini Boleh Disekalikan Dalam Satu Sesi Pemantauan
Cadangan Instrumen Digunapakai : Standard 4 SKPM, Instrumen JNJK, Instrumen Daripada SPA Atau
Instrumen Yang Dibina Sendiri Oleh Sekolah
Pentaksiran Pusat (Pt3) - Personel Pemantau – Pentadbir, Guru Kanan, Ketua Panitia
Pemantauan Setiap Peringkat Pelaksanaan Pt3 Yang Memerlukan Intergriti Yang Tinggi. Contoh :
Semasa Pelaksanaan Ujian Pelbagai Instrumen Dan Ujian Bertulis Pt3, Penyemakan Skrip Jawapan
Calon Dsb
Cadangan Instrumen : Instrumen JNJK / Instrumen Bahagian Koku Dan Kesenian / Dibina Sendiri Oleh
Sekolah
Psikometrik – Personel Pemantau – Pengetua / Guru Besar, Penolong Kanan Hem, Guru Bimbingan
Dan Kaunseling/ Kaunselor
a) Pemantauan Pelaksanaan Ujian Aptitud Tahun 3 Dan Tahun 6 Di Sekolah Rendah Dan
Pentaksiran Psikometrik Di Tingkatan 3
Cadangan Instrumen : Instrumen JNJK / Instrumen BPSH / Dibina Sendiri Oleh Sekolah
Penyelarasan
Sediakan Jadual Pelaksanaan / Takwim Penyelarasan Untuk Semua Komponen PBS. Contoh : 2 Kali
Setahun Berdasarkan Peperiksaan Pertengahan Tahun Dan Peperiksaan Akhir Tahun.
Jadual Pelaksanaan Dan Laporan Aktiviti Penyelarasan Semua Komponen Pbs (Cetakan) Diserahkan
Kepada Guru Kanan / Ketua Panitia Dilantik Untuk difailkan.
Guru Kanan/Ketua Panitia Yang Memegang Fail Ini Perlu Mengingatkan Serta Bertanya Apa-apa
Pelaporan Dari Unit Terlibat Untuk Dikumpulkan.
Penyelarasan Tugasan Dibuat Untuk Semua Guru Dalam Satu Sekolah. Contoh : Mesyuarat
Jawatankuasa PBS Akan Menentukan Hala Tuju Dan Matlamat Sekolah Dalam Sesuatu Dasar.
i. Keselarasan Dalam Penulisan Buku Ringkasan Mengajar, Bila Perlu Dihantar, Dan Kepada Siapa
Perlu Dihantar. (PS)
ii. Setiap Guru Perlu Melengkapkan Modul Perekodan Dengan Kekerapan Menanda Prestasi
Murid Samada Dalam Bentuk Band/Tahap Penguasaan. (PS)
iii. Semua Guru Yang Terlibat Dalam Pajsk Perlu Melengkapkan Pelaporan Pajsk Dan Segak Bila?
(PAJSK)
iv. Keselarasan Dalam Penentuan Personel Yang Terlibat Dalam Pelaksanaan Psikometrik Dll.
(PPSI)
( Mohon Bantuan Sisc+, Guru Cemerlang, Pemeriksa Kertas Dan Mereka Yang Ada Pengalaman
Tentang Penyemakan Kertas Dan Pemberian Skor ) Jika Sekolah Tiada Kemudahan Personel Ini.
Contoh : Dibuat 2 Kali Setahun Untuk Kertas Soalan Peperiksaan Pertengahan Dan Akhir Tahun
(Perlu Ada Jadual) (PS)
Penyelarasan Instrumen Diguna Pakai Guru – Dibina Sendiri, Diambil Daaripada Buku Aktiviti Atau
Sumber Internet Dan Lain-Lain. (PS)
*** Instrumen Penyelarasan Boleh Menggunakan Instrumen Daripada PPD , LP Atau JNJK.
Pengesanan
Sediakan Jadual Pengesanan Bagi Semua Komponen PBS Dan Jenis Pengesanan Yang Akan Dibuat
Pelaporan Bercetak Bagi Jadual Kerja Dan Aktiviti Pengesanan Setiap Komponen Pbs Diserahkan
Kepada Guru Kanan Atau Ketua Panitia Dilantik Untuk Difailkan
Guru Kanan/Ketua Panitia Yang Memegang Bahagian Ini Bertindak Sebagai Orang Yang Memastikan
Aktiviti Yang Dirancang Dijalankan Dan Mengumpul Pelaporan Setiap Komponen PBS ( Ingatkan
Setiap Pemegang Komponen PBS Disekolah )
Pengesanan Terhadap Instrumen Yang Digunapakai Guru Sebagai Latihan Bertulis Di Dalam Kelas.
Pengesanan Terhadap Kertas Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun Dan Peperiksaan Akhir Tahun.
Pengesanan Samada Instrumen Yang Guru Bina Atau Ambil Daripada Mana-Mana Sumber
Berkeupayaan Untuk Mentaksir Pelajar Mengikut Aras Sebenar Pembelajaran Mereka.
Mengesan Samada Skor Atau Data Yang Guru Masukkan Samada Ke Dalam Sistem Online PAJSK,
Modul Perekodan Serta Pelaporan Psikometrik Atau Aptitud Adalah Sah Dan Valid Serta Mematuhi
Garis Panduan Yang Ditetapkan.