You are on page 1of 5

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO

1. SISTEM TULISAN

 Dari segi penulisan, keempat-empat batu bersurat awal yangdijumpai semasa


pemerintahan kerajaan Sriwijaya ini menggunakan tulisan Palava, khususnya Palava
Kemudian.

 Tulisan Palava ialah sejenis tulisan India Selatan purba yangdigunakan untuk
penyebaran agama Hindu.

 Tulisan PalavaKemudian ini mempunyai prinsip tulisan yang sama tinggi.

 Selain tulisan Palava, tulisan lain yang digunakan dalambahasa Melayu kuno ialah
tulisan Kawi dan Nagiri

 Perkataan Kawi berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud penyair.

 Pada peringkat awal, tulisan Kawi ini ditulis pada daun lontar dankemudiannya
diubahsuai dan diukir pada batu.

 Tulisan Nagiri puladigunakan pada Batu Bersurat Gandasuli. Tulisan Nagiri ini
berasaldari India Utara.

2. KOSA KATA

 Berdasarkan keempat-empat batu bersurat yang dinyatakansebelum ini (tidak


termasuk batu Bersurat Gandasuli), terdapat kira-kira 283 patah perkataan daripada
50 baris teks yang tertera diatas batu-batu itu.

 Daripada 283 patah perkataan ini, 55.5 peratus merupakan kosa kata bahasa Melayu
atau bahasa Austronesia,manakala selebihnya kosa kata yang dipinjam daripada
bahasa Sanskrit.

 Bahasa Sanskrit sangat berpengaruh dalam bahasa Melayukuno kerana bahasa


Melayu pada ketika itu masih kekurangan kosa kata untuk mengungkapkan konsep-
konsep baharu.

 Konsep-konsep baharu ini dibawa oleh bahasa masyarakat yang membawa konsep
tersebut.

 Berdasarkan bentuk-bentuk perkataan dalam bahasaMelayu kuno, terdapat


beberapa bentuk yang menarik sifatnya.

a. Fonem semivokal w dalam bahasa Melayu kuno berubahmenjadi b secara konsisten


dalam bahasa Melayu moden.Contohnya:Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu
Moden
Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

wuat Buat

wunuh bunuh

wanum bangun

watu Batu

wuah Buah

wuluh Buluh

b. Ketidakwujudan vokal e pepet dalam bahasa Melayu kuno.Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

dangan dengan

tathapi tetapi

menghidupi menghidupi

marwangun membangun

lapas lepas

c. Perubahan fonem yang tidak konsisten. Contohnya, fonem uberubah menjadi o, iaitu
uram dalam bahasa Melayu kunoberubah menjadi orang dalan bahasa Melayu moden.
Tetapi utidak berubah menjadi o dalam lingkungan suku kata akhir tertutup. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

wunuh bunuh

suruh Suruh

wuluh buluh
d. Dari segi morfologi, bentuk imbuhan dalam bahasa Melayukuno hampir sama dengan
bahasa Melayu moden. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa imbuhan yang sudah
tidakdigunakan lagi.

i. Awalan ni- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi di- dalam bahasa Melayu moden.
Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

ni tanam di tanam

ni makan di makan

ni suruh di suruh

ni bunuh di bunuh

ni sumpah di sumpah

ii. Awalan mar- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi ber- dalam bahasa Melayu
moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

mar lapas ber lepas

mar wuat ber buat

iii. Awalan par- dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi per- dalam bahasa Melayu
moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

per wuat per buat

iv. Awalan maka- tidak lagi wujud dalam bahasa Melayu moden.Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

makagila menjadi gila

makasakit menjadi sakit


v. Akhiran –a tidak lagi wujud dalam bahasa Melayu moden.Contohnya :

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

datua datu

wuata buat

vi. Akhiran –i sama seperti bahasa Melayu moden dan biasanyahadir bersama-sama
imbuhan awalan. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

niujari diujari

e. Bunyi n dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi ny dalambahasa Melayu moden.
Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

wuahna buahnya

wuatna buatnya

tatkalana tatkalanya

f. Bunyi h yang terdapat dalam bahasa Melayu kuno telahdilenyapkan dalam bahasa Melayu
moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

sahaya saya

tuha tua

samuha semua
g. Terdapat konsonan yang dieja dengan aspirasi bh, ph, dh, kh,dan th akibat daripada
pengaruh bahasa Sanskrit. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

bhumi bumi

dhuka duka

sukhacitta sukacita

h. Terdapat juga perkataan dalam bahasa Melayu kuno yang tidakdigunakan lagi pada hari
ini. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

tuwi dengan

inan itu

tlu tiga

hulun/ulun orang gaji

sarak memisahkan diri

langit/makalangit memperdaya

i. Terdapat beberapa perkataan dalam bahasa Melayu kuno yangmasih kekal sehingga kini.
Contohnya: aku, ini, kayu, curi, sama, lagi, jadi,laki, ratus,naik, dua.

j. Sesetengah perkataan dalam bahasa Melayu kuno telahberubah maknanya dalam bahasa
Melayu moden. Contohnya:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Moden

kita kamu (pengertian mufrat)

kamu kamu (pengertian jamak)

You might also like