You are on page 1of 18

Pengenalan

Matematik merupakan perkara penting yang perlu dipelajari dalam kehidupan manusia.
Sejak dari kecil lagi ada kanak-kanak yang sudah belajar mengira dan melukis sesuatu
objek. Adakah anda sedar bahawa semua fenomena ini adalah merupakan persediaan
yang penting dalam mempelajari algebra? Keupayaan dalam algebra akan membantu
manusia berjaya dalam bidang yang kita ingin ceburi. Pelbagai bidang di dalam dunia
ini mempunyai kaitan dengan pembelajaran algebra. Mungkin antara kita yang tidak
tahu dan tidak sedar akan kewujudan “linear algebra” dalam kehidupan manusia.

Jelasnya, linear algebra adalah merupakan bidang matematik yang mengkaji system
persamaan linear dan penyelesaian vector serta transformasi linear. Matriks dan
operasi juga merupakan antara bidang yang berkaitan dengan bidang linear algebra.
Linear algebra juga adalah salah satu subjek penting dalam bidang matematik. Ia amat
berguna dalam permasalahan kehidupan seharian kita. Oleh itu, kita perlu bersedia
untuk tahu supaya kita boleh aplikasinya dalam kehidupan seharian.

Antara tajuk dalam linear algebra ialah system persamaan dan ketaksamaan linear.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan persamaan
linear. Antaranya:

 Kaedah penghapusan

 Kaedah gantian

 Kaedah Gaus – Jordon

Dibawah ketaksamaan linear dan pengaturcaraan linear pula terdapat system homogen
dan penggunaan persamaan dan ketaksamaan linear dalam kehidupan seharian
Melalui tugasan ini, saya akan merungkaikan aplikasi linear algebra dalam kehidupan
manusia. Antaranya ialah :

1. Kewangan

Adakah anda sedar yang anda menggunakan linear algebra dalam merancang
kewangan seharian anda? Sebenarnya linear algebra banyak diaplikasikan
semasa anda meminjam duit, membuka akuan pengurusan kewangan untuk diri
sendiri dalam perbelanjaan harian.

Contohnya :

Pinjaman bank untuk membeli kereta, cara bayarannya adalah secara bulanan.

Untuk merancang kewangan dalam pembayaran kereta , kita boleh


menggunakan formula ini :

Pmt = L x [r x ( (1+r)^n)]/ [( ((1+r)^n))-1]

L ialah jumlah pinjaman

r ialah bunga setiap bulan

n ialah tempoh bulan pembayaran

Sekiranya harga kereta RM30,000 dengan APR of 9%, tempoh pembayaran 60


bulan

Maka bayaran bulanannya RM622.75 untuk 59 bulan dan pembayaran terakhir


adalah RM622.79 untuk bulan terakhir.

Oleh itu, jumlah yang akan dibayar adalah RM37,365.04

Manakala jumlah bunga nya ialah RM7,365.04


Tetapi sekiranya menyelesaikan persamaan ini untuk n, dan menukarkan Pmt +A
untuk Pmt di mana A ialah additional principle payment. Anda dapat membayar
semua pinjaman anda lebih awal dan jimat dalam pembayaran bunga.

Contoh lain bagi menunjukkan aplikasi linear algebra.

Seseorang individu perlu menaiki monorail ke pejabat dan kos pengangkutan


setiap hari ialah RM 5.00. Dengan penggunaan linear algebra beliau boleh
menganggarkan atau pengiraan tepat dalam mengira kos pengangkutan beliau
ke pejabat selama sebulan mahupun kos pengangkutan selama setahun.

Contoh pengiraan :

RM 5.00 x X hari = RM Y

RM 5.00 x 365 hari = RM 1,825.00

Contoh lain, berapa jumlah barang yang dapat dibeli dengan jumlah wang yang
kita ada.

Anda pergi ke kedai serbaneka dan mempunyai RM 10.00 dan anda ingin
membeli coklat yang berharga RM 2.00. Berapakah jumlah coklat yang boleh
dibeli dengan wang sebanyak RM 10.00?

Persamaannya ialah 2x = 10

x = 10 ÷ 2

x = 5

X ialah jumlah coklat yang boleh dibeli dengan wang RM 10.00


Jelasnya, kebanyakkan orang tidak sedar tentang pengiraan yang dilakukan
mereka adalah algebra.

2. Kriptografi

Kriptografi ialah salah satu contoh aplikasi linear algebra dalam satu bidang
matematik. Ia merupakan satu kajian tentang penyulitan (encryption) dan
penyahsulitan (decryption) mesej. Mesej tanpa penyulitan dipanggil plaintext.
Manakala mesej yang tersulit dipanggil chiphertext. Algorithma untuk proses
penyulitan dan penyahsulitan dipanggil chipher. Salah satu jenis chipher yang
melibatkan aplikasi linear algebra ialah Hill Chipher. Berikut contoh membuat kod
rahsia.

Contoh yang digunakan adalah I LOVE THE WAY YOU LOVE ME

Sebelum membuat enkripsi, kita perlu menentukan nilai yang diwakili oleh setiap
abjad tersebut, dimana index bermula dari 0 iaitu abjad A hingga 25 iaitu abjad Z.

Setelah itu, memilih key matrik yang akan digunakan dalam mod 29. Key matrik
haruslah mempunyai matrik songsang yang betul. Contoh key matrik yang
digunakan:

Key matriks = matrik songsang =

Langkah pertama , gabung semua perkataan menjadi


I*LOVE*THE*WAY*YOU*LOVE*ME. Selepas itu , tentukan nilai tiap-tiap huruf
seperti berikut :
I*L = 8, 28, 11
O V E = 14, 21, 4
*TH = 28, 19, 7
E * W = 4, 28, 22
AY* = 0, 24, 28
Y O U = 24, 14, 20
*LO = 28, 11, 14
V E * = 21, 4, 28

M E * = 12, 4, 26

Setelah mendapat nilai setiap abjad dalam perkataan tersebut, maka lakukan
pendaraban dengan key matrik yang sudah ditentukan di atas :
Dari hasil pendaraban matrik di atas, maka terdapat hasil perkataan baru yang
membentuk ciphertext.

Plain text = I_LOVE_THE_WAY_YOU_LOVE_ME.

Chipper text = DFPRBMPYYJEMNKQINK*CFJXYTWY

Untuk pengetahuan, kriptografi ini sebenarnya amat penting dan digunakan


untuk keselamatan maklumat sulit pengguna seperti akaun email, kad kredit dan
kad pengenalan daripada disalahgunakan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Tambahan pula, kriptografi ini juga telah digunakan dalam
bidang ketenteraan dari segi komunikasi dan isyarat.

3. Aliran trafik

Aliran trafik dalam matematik adalah kajian interaksi antara kenderaan,


pemandu dan infrastruktur ( termasuk lebuh raya, papan tanda dan alat kawalan
lalu lintas) dengan tujuan untuk memahami dan membangunkan rangkaian
jalanraya yang optimum dengan pergerakan lalul lintas yang efektif dan masalah
kesesakan lalu lintas yang minimum.

Linear algebra digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam


rangkaian lalu lintas terutama di persimpangan jalan. Ini boleh dibuktikan melalui
penyelesaian berikut:

Soalan

Rajah menunjukkan sebahagian dari persimpangan jalan sehala di sebuah


Bandar. Purata setiap jam kenderaan yang melalui persimpangan tersebut
ditunjukkan seperti di dalam rajah. Tentukan bilangan kenderaan yang bertanda

Persamaan yang terlibat :


Pindahkan dalam bentuk matrik

Langkah 1 : jadikan kemasukan pelopor pada baris pertama = 1

Langkah ke 2 : Jadikan nombor-nombor dibawah pelopor baris 1 = 0

Langkah ke 3 : Jadikan kemasukan pelopor baris ke 2 = 1


Langkah ke 4 : Jadikan nombor-nombor di bawah kemasukan pelopor baris ke 2
=0

Langkah ke 5 : Jadikan nombor-nombor di bawah kemasukan pelopor baris ke 3


=0

X4 tiada sebarang pembolehubah. Maka, kita anggap X 4 = t dan tunjukkan


pelopor pembolehubah dalam sebutan X 4, dan kita dapati :

Katakan t = 10
Pindahkan jawapan dalam bentuk matrik

4. Aliran elektrik

Hukum Krichhoff merupakan hukum yang digunakan untuk menganalisis


pelbagai lingkaran litar elektrik.

I. Hukum pertama :

Jumlah arus elektrik yang masuk di persimpangan (anggap sebagai


positif) adalah bersamaan dengan jumlah arus elektik yang keluar dari
persimpangan (anggap sebagai negative)

II. Hukum kedua :

Hasil tambah algebra voltan mestilah bersamaan hasil tambah algebra


yang menyusut

Hukum OHM pula ialah hubungan antara beza keupayaan dengan arus yang
mengalir dalam satu litar elektrik yang lengkap.

Berdasarkan formula diatas ,dapat dirumuskan bahawa arus berkadar terus


dengan voltan dan berkadar songsang dengan rintangan , V = IR dimana V
adalah voltan (V) dan I adalah arus (A) dan R adalah rintangan (ohm).

Contoh soalan:
Penyelesaian soalan :

1. Menggunakan Hukum Kirchhoff yang pertama pada bahagian kiri litar

Untuk I2 + I3 = I1 ( arus elektrik masuk = arus elektrik keluar). Persamaan


ini sama dengan persamaan 1 diatas.

2. Menggunakan Hukum Kirchhoff yang kedua pada lingkaran 1 (Hukum


Ohm V = IR ) menggunakan Hukum Ohm untuk mendapatkan
persamaan 2 dan 3
Masukkan nilai dalam persamaan di atas

Untuk lingkaran 2,

Masukkan nilai dalam persamaan di atas

3. Tuliskan ketiga-tiga persamaan di atas untuk mendapatkan matrik imbuhan

4. Selesaikan ketiga-tiga persamaan menggunakan kaedah penghapusan


Gauss-Jordan

i.
ii.

iii.

iv.

v.
vi.

vii.

viii.

ix.

x.
xi.

xii.

5. Berdasarkan penyelesaian di atas , nilai I1 , I2 dan I3 dan dapat


dikenalpasti iaitu

Program linear algebra adalah cabang ilmu matematik yang mempunyai banyak
manfaat dan kegunaannya dalam kehidupan seharian. Antara manfaat yang diperolehi
ialah :

Dalam sektor pendidikan :


Program linear dapat memudahkan tenaga pengajar dalam membuat jadual
kuliah dan sekolah serta pembahagian kerja dan menyusun bahan kuliah juga
kokurikulum

Dalam sektor industri :

Memudahkan untuk pengusaha perusahan kecil dalam meminimumkan


kerugian dan memaksimumkan keuntungan. Program linear mudah diterapkan
untuk pengilang , petani dan pengusaha dalam menyelesaikan permasalahan
seharian.

Dalam bidang pengurusan:

Linear algebra dapat membantu serta memudahkan kehidupan sehariaan


khususnya dalam pengurusan masa. Dengan bantuan linear algebra sesorang
mampu mengurus masa dengan baik serta menjadikan kehidupan sehariannya
lebih sistematik. Contohnya ibu bapa yang bekerja dan mempunyai anak harus
memikirkan beberapa aspek yang penting bagi memastikan mereka dapat hadir
ke sekolah dan pejabat sebelum masa yang ditetapkan. Bagi memastikan masa
lebih singkat untuk sampai ke destinasi dan kos perjalanan yang rendah maka
ibu bapa tersebut haruslah membuat pilihan jalan yang tepat yang akan
digunakan setiap hari.

Dalam sektor perniagaan :

peniaga mampu mencapai kejayaan sekiranya mereka menguasai sepenuhnya


linear algebra . di mana mereka mampu menganggar pulangan dari hasil
perniagaan , bilangan pembeli dan juga mengenal pasti kos kerugian dalam
sesuatu perniagan yang dijalankan. Selain itu, linear algebra juga mampu
memberi pengetahuan tentang mengira dan memilih barangan yang lebih murah
untuk dibeli dan dijadikan modal dalam perniagaan. Juga mampu memgenal
pasti perbezaan harga barangan mereka dengan peniaga lain serta dapat
mengubah harga barangan dan mengekalkan keuntungan yang diperolehi.
Kesimpulannya algebra linear amat penting dalam kehidupan seharian kita dan
masih digunakan sehingga ke hari ini. Linear algebra merupakan asas pengetahuan
dalam matematik di mana kita memerlukan kemahiran algebra linear untuk
menyelesaikan masalah terutama yang berkaitan dengan pembolehubah. Daripada
masalah tersebut , kita dapat membuat analisa atau data yang diperolehi untuk
membuat perbandingan dan menentukan sesuatu nilai jawapan itu.

Oleh itu, algebra linear bukan sahaja satu set langkah atau prosedur untuk
menyelesaikan masalah tetapi suatu jenis pemikiran yang boleh diaplikasi dalam
setiap masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Jelasnya kegunaan algebra linear boleh memudahkan dan membuat kerja seharian
kita lebih sistematik. Selain itu, penggunaan nya juga sangat luas dalam pelbagai
bidang.

BIBLIOGRAFI

Aplikasi Fungsi linear

http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2011/oktober-2011/735-
aplikasi/997-fungsi-linearq-dalam-ekonomi

Aplikasi matriks

http://aljabarlineara4.blogspot.com/2013/03/aplikasi-aljabar-linear-
dalambidang.html
Tujuan mempelajari program linear http://fungsi.org/tujuan-mempelajari-
program-linear

Application of linear algebra http://ndu2009algebra.blogspot.com/

Flow from traffic to pipes


http://www.facstaff.bucknell.edu/ap030/Math345LAApplications/Flow.html

Apa itu algebra ? http://www.scribd.com/doc/88383028/Apa-Itu-Algebra

http://www.scribd.com/doc/89640963/Mte-3110-Decode

http://www.scribd.com/doc/87657484/koay

elements of algebraic concept


http://mathematicalideas.blogspot.com/2011/04/elements-of-algebraic-
concept.html

You might also like