You are on page 1of 1

LAMPIRAN A

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN YURAN PENERBITAN JURNAL MENGGUNAKAN


TABUNG PPI (E15501) RMC

1) Keutamaan diberikan kepada pemohon yang tiada geran aktif (tidak


termasuk GIPS/ GPPS).

2) Permohonan penerbitan terus ke jurnal sahaja. Permohonan yuran


persidangan adalah tidak dibenarkan.

3) Terdapat 2 kategori permohonan pembiayaan yuran jurnal ditawarkan


iaitu:

a) Pembiayaan yuran jurnal tidak berindeks Scopus:

 Maksimum jumlah yuran RM500/penerbitan/staf


 Hanya jurnal yang tersenarai di dalam pangkalan data
MyCite sahaja diterima. Senarai jurnal boleh dirujuk melalui
laman web http://www.mycite.my/
 Tiada had bilangan penerbitan

b) Pembiayaan yuran jurnal berindeks Scopus:

 Maksimum jumlah yuran RM2000/penerbitan/staf


 Tiada had bilangan penerbitan

4) Semua permohonan perlu menggunakan borang manual Application


Form for Research Fund (Publication Only) (BPG/2018/027 Pind. 4) di
laman web RMC. Sila lampirkan dokumen-dokumen seperti berikut:

i. Surat penerimaan (acceptance letter) daripada jurnal


berkenaan.
ii. Artikel penuh WAJIB menyatakan penghargaan
(acknowledgement) kepada “to Research Fund E15501,
Research Management Centre, UTHM”.
iii. Maklumat kadar pembayaran yuran/ invois.

5) Penyelidik dibenarkan untuk memohon penggunaan peruntukan


Tabung PPI (E15501) bagi pembiayaan yuran penerbitan yang tiada
kaitan dengan geran penyelidikan (aktif). Kelulusan adalah terhad
satu (1) kali sahaja pada tahun semasa.

6) Pemohon MESTILAH mendahulukan pembayaran yuran kepada pihak


penerbit setelah permohonan diluluskan oleh Pusat Pengurusan
Penyelidikan (RMC). Tuntutan semula pembayaran akan
menggunapakai Pekeliling Tuntutan Bayaran Wang Sendiri (TBWS)
yang sedang berkuatkuasa.

7) Semua permohonan adalah tertakluk kepada kecukupan baki


peruntukan Tabung Penyelidikan RMC (E15501).

You might also like