You are on page 1of 9

SOALAN OBJEKTIF BIOLOGI TINGKATAN 4-BAB 2

1. Apakah unit asas suatu organisma?

A Nukleus

B Sitoplasma

C Sel

D Membran sel

2. Di dalam penyediaan slaid suatu sel haiwan, metilena biru digunakan untuk menandakan sel.

Bahagian sel manakah yang ditandakan?

A Membran sel

B Mitokondrion

C Nukleus

D Vakuol

3. Pilih pernyataan yang salah berkaitan dengan sel haiwan dan sel tumbuhan?

A Kedua-duanya mempunyai satu nukleus

B Kedua-duanya mempunyai satu dinding sel

C Kedua-duanya mengandungi protoplasma

D Kedua-duanya adalah mikroskopik pada asalnya

4. Apakah fungsi ribosom?

A Mensintesis lemak dan fosfolipid

B Mensintesis protein

C Permukaan untuk percantuman enzim-enzim

D Mengubahsuai protein kepada glikoprotein

pg. 1
5. Organel yang terdapat dalam kuantiti yang besar di dalam otot kepak burung dan juga

sperma adalah

A Nukleus

B Jasad golgi

C Mitokondrion

D Ribosom

6. Kromosom di dalam sel adalah berada di dalam

A Sentriol

B Ribosom

C Jasad golgi

D Nukleus

7. Penghasilan lemak, contohnya steroid adalah peranan besar bagi

A Lisosom

B Sentriol

C Nukleolus

D Jalinan endoplasma licin

8. Turutan yang betul di dalam organisasi sesebuah organisma ialah

A Organel, sel, tisu, organ, organ sistem

B Organel, sel, tisu, organ sistem, organ

C Sel, tisu, organel, organ, organ sistem

D Sel, tisu, organel, organ sistem, organ

pg. 2
9. Organel manakah yang mensintesis lipid?

A. Lisosom

B. Ribosom

C. Mitokondrion

D. Jalinan endoplasma licin

10. Pernyataan berikut adalah fungsi satu organel di dalam sel.

- mengandungi enzim hidrolitik yang mencernakan molekul


organic kompleks seperti protein, polisakarida dan lipid

Organel manakah mempunyai fungsi di atas?

A. Vakuol
B. Lisosom
A. Jasad golgi
C. Jalinan endoplasma licin

11. Rajah di bawah menunjukkan organisasi sel dalam manusia.

Sel J K Sistem Saraf

Antara yang berikut yang manakah mewakili J dan K?

J K
A. Interneuron Kulit
B. Tisu Otot Kulit
C. Interneuron Otak
D. Tisu Otot Otak

12. Maklumat berikut merujuk kepada organel G.

- Terdiri daripada satu timbunan kantung pipih

pg. 3
- Tapak untuk mengubah suai, membungkus dan
mengangkut karbohidrat, protein dan fosfolipid

Apakah organel G?

A. Jalinan endoplasma kasar


B. Jasad golgi
C. Jalinan endoplasma licin
D. Ribosom

13. Rajah di bawah menunjukkan sel dalam organisma multisel

Sel Tisu R sistem organisma

Apakah bahagian badan yang boleh diwakili oleh R ?

A. Ligament
B. Darah
C. Epitelium
D. Hati

14. Pernyaataan berikut adalah ciri-ciri suatu struktur sel.

- telap kepada semua cecair


- tegar dan tidak kenyal

A. Vakuol
B. Dinding sel
C. Jasad golgi
D. Membran plasma

15. Rajah menunjukkan struktur reticulum endoplasma kasar

pg. 4
Proses manakah yang berlaku di ribosom?

A. Pengangkutan lipid
B. Sintesis protein
C. Penghasilan ATP
D. Pencernaan fosfolipid

16. Rajah menunjukkan satu sel haiwan

Apakah organel P?

A. Nukleus
B. Kloroplas
C. Mitokondrion
D. Jasad golgi

17. Organel manakah yang terdapat dengan banyak dalam tisu otot?

A. Ribosom

pg. 5
B. Mitokomdrion

C. Jasad golgi

D. Jalinan endoplasma licin

18. Organel manakah yang terlibat dalam pembentukan gelendung?

A. Nukleus

B. Ribosom

C. Lisosom

D. Sentriol

19. Apakah kesan ke atas sel sekiranya tidak terdapat retikulum endoplasma licin?

A. Tiada penghasilan tenaga

B. Tiada sintesis protein

C. Tiada Sintesis lipid

D. Tiada modifikasi protein

20. Rajah menunjukkan mekanisme pemakanan Ameba.

pg. 6
Apakah mekanisme tersebut?

A. Pengosmokawalaturan
B. Belahan dedua
C. Pergerakan
D. fagositosis

SOALAN OBJEKTIF BIOLOGI TINGKATAN 4 – BAB 3


1. Apakah yang berlaku kepada keratan batang sawi yang direndam dalam air suling ?
A. Krenasi

pg. 7
B. Flasid
C. Penurunan panjang
D. Penambahan jisim

2, Proses manakah yang terlibat dalam pertukaran gas oksigen daripada alveolus ke dalam
sel darah merah di kapilari darah?

A. Pengangkutan aktif
B. Resapan ringkas
C. Osmosis
D. Resapan berbantu
3. Rajah di bawah menunjukkan sel tumbuhan yang telah dimasukkan ke dalam larutan
tertentu

Apakah yang dialami oleh sel itu?

A. Plasmolisis
B. Hemolisis
C. Deplamolisis
D. Krenasi

4. Rajah menunjukkan struktur membran plasma.

pg. 8
Apakah P?

A. Kolesterol
B. Fosfolipid
C. Karbohidrat
D. Protein pembawa
5. Rajah menunjukkan sel tumbuhan yang direndam dalam air suling.

Apakah proses X?

A. Resapan berbantu
B. Resapan ringkas
C. Pengangkutan aktif
D. Osmosis
6. Rajah menunjukkan satu bahan bergerak merentasi dwilapisan fosfolipid membran
plasma

pg. 9

You might also like