You are on page 1of 3

TUNAS MUDA

ETIKA BERPAKAIAN
Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad & Subsidiari
1.0 OBJEKTIF

Objektif utama disediakan panduan Etika Berpakaian staf Koperasi Tunas Muda Sungai
Ara Berhad adalah:-
a) Sumber rujukan utama dalam etika berpakaian dan penampilan pemakaian ke
Pejabat bagi warga Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad dan Subsidiari.

b) Membentuk konsistensi dalam berpakaian dan membina imej warga kerja


Koperasi & Subsidiari dalam menjalankan tugas rasmi sama ada di dalam
mahu pun di luar pejabat.

c) Membentuk budaya keterampilan yang kemas, professional dan beretika di


kalangan warga kerja Koperasi & Subsidiari dalam meningkatkan keyakinan
dan persepsi.

2.0 ETIKA PAKAIAN LELAKI

1. Pakaian untuk majlis rasmi; Baju kemeja bertali leher dan berseluar panjang
(berkot) atau baju korporat atau baju batik atau pakaian baju Melayu (Baju
cekak musang/Johor), bersongkok dan bersamping mengikut yang ditetapkan
oleh pengurusan.

2. Baju Korporat: Wajib dipakai pada hari Isnin dan dibenarkan untuk memakai
pada hari Khamis.

3. Pakaian Eksekutif dan Pengurus: Baju kemeja berkolar dan berseluar panjang,
digalakkan memakai tali leher dan berkot.

4. Pakaian Kerani dan Staf sokongan: Baju kemeja yang berkolar dengan seluar
panjang yang sesuai warnanya dan baju hendaklah dimasukkan ke dalam
bahagian seluar pada paras pinggang.

5. Pakaian pada har Khamis diwajibkan memakai baju batik atau baju korporat.

6. Pada hari Jumaat atau hari-hari kebesaran agama Islam, kakitangan yang
beragama Islam digalakkan memakai baju Melayu dan bersongkok atau
memakai kopiah yang sesuai atau baju Melayu yang seumpama bentuknya,
berseluar panjang dan bersongkok. Baju Melayu Raihan dibenarkan dipakai
bersama seluar panjang.

7. Hari Sabtu: Pakaian kasual; baju kemeja berkolar, baju t berkolar dimasukkan
ke dalam seluar pada paras pinggang dan dibenarkan memakai pakaian seperti
hari-hari lain.

8. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar dan menjadi kesalahan


jika ada warga kerja yang memakai baju kemeja berkolar atau baju t berkolar
dilepas keluar.

9. Kasut hendaklah dari jenis kulit atau yang sejenis dengannya dipakai bersama
sarung kaki. Selipar, kasut sukan dan kasut getah tidak boleh dipakai semasa
waktu berkerja.

10. Rambut mestilah pendek dan kemas dan tidak boleh diwarnakan.
3.0 Etika Pakaian Perempuan
1. Diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat.

2. Baju Korporat: Wajib dipakai pada hari Isnin dan dibenarkan untuk memakai
pada hari Khamis. Dipakai bersama seluar panjang atau kain kembang (skirt)
yang labuh dan bersesuaian dan digalakkan memakai kasut bertutup.

3. Hari Selasa, Rabu & Jumaat: Baju kurung atau baju kurung moden atau kebaya
labuh, kebarung atau jubah yang sesuai, kemas dan bertudung. Baju yang
labuhnya melebihi punggung dipakai bersama seluar panjang yang
bersesuaian, tidak sendat/ketat dan menjolok mata.

4. Hari Khamis: Diwajibkan memakai baju batik atau baju korporat.

5. Hari Sabtu: Pakaian kasual: Baju T lengan panjang (berkolar), blaus


dipadankan dengan seluar atau kain kembang (skirt) labuh yang bersesuaian.
Dibenarkan memakai pakaian untuk hari kerja yang lain.

6. Baju mestilah berlengan dan tidak sendat/ketat serta tidak menunjukkan bentuk
tubuh badan.

7. Selipar dan kasut sukan tidak dibenarkan dipakai dalam waktu pejabat.

You might also like