You are on page 1of 3

TATACARA BERPAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR UMUM

1. Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan sopan yang


mencerminkan imej seorang pelajar.
2. Sentiasa membawa dan memakai kad pelajar ketika berada di dalam
kampus.
3. Dilarang memakai aksesori, perhiasan, menindik, tattoo, menyimpan
kuku, mewarnakan rambut dan mewarnakan kuku.
4. Berpakaian dan mempunyai fesyen yang keterlaluan adalah tidak
dibenarkan.
5. Tidak boleh berpakaian yang melambangkan apa-apa pertubuhan atau
kumpulan luar kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, tertakluk kepada
kebenaran pihak berkuasa Universiti.
6. Pemakaian seluar jeans adalah dilarang kecuali dalam keadaan-
keadaan tidak formal atau ketika pelajar menjalankan aktiviti fizikal seperti
sukan, amali, rekreasi dengan syarat pemakaian tersebut mestilah tidak
ketat, bercorak luar biasa, koyak pada mana-mana bahagian atau
bertampal-tampal.
7. Pakaian hendaklah tidak menyerupai pakaian jantina yang berlawanan.

TATACARA BERPAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR LELAKI

Rasmi/Kasual

1. Berambut pendek yang tidak melebihi paras kolar baju dan tidak
diwarnakan
2. Berkuku pendek
3. Memakai baju kemeja lengan panjang dan dimasukkan ke dalam seluar
4. Memakai baju berkolar lengan pendek dan dimasukkan ke dalam seluar
5. Memakai seluar slacks / khaki berwarna gelap
6. Memakai stoking dan kasut kulit berwarna gelap
7. Kad Pelajar dipamerkan

Sukan/outdoor/tidak rasmi

1. Memakai baju t-shirt lengan pendek


2. Memakai seluar track bottom
3. Memakai stoking dan kasut sukan
4. Singlet tidak dibenarkan
5. Labuh seluar pendek (short pants) yang dipakai perlulah mencecah paras
lutut
TATACARA BERPAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR PEREMPUAN

Rasmi/Kasual

1. Rambut yang diuruskan dengan kemas dan tidak diwarnakan


2. Siswi Muslim digalakan bertudung
3. Berkuku pendek
4. Memakai baju kurung dan sarung
ATAU
5. Memakai blouse labuh dan seluar panjang longgar
6. Memakai kasut kulit bewarna gelap atau bersandal yang mempunyai tali
yang mengikat tali di belakang kasut
7. Perhiasan tidak digalakkan pakai berlebihan
8. Kad Pelajar dipamerkan
9. Pakaian yang ketat yang menjolok mata tidak dibenarkan

Sukan/outdoor/tidak rasmi

1. Memakai baju berlengan panjang atau bersarung yang menutupi lengan


2. Memakai seluar track bottom
3. Berkasut sukan dan berstokin
4. Siswi Muslim digalakkan bertudung
5. Seluar mencecah paras buku lali
6. Perhiasan tidak dibenarkan dipakai / dibawa
7. Seluar pendek dan singlet adalah di larang

TINDAKAN

1. Notis kompaun tidak melebihi Ringgit Malaysia RM 50.00

Semoga panduan ini dapat dihayati dan diamalkan dalam kita melaksanakan
aktiviti dan urusan di dalam kampus UMP sepanjang masa.

IMEJ DIJAGA KETERAMPILAN DIPELIHARA


Lampiran 1

You might also like