You are on page 1of 17

1

ISI KANDUNGAN



Isi kandungan


1

penghargaan


2

Pengenalan


3

Definisi operational

4

Objektif kajian


5

Kaedah kajian


6

Dapatan kajian
+ ciri-ciri baju kurung
+ sebab-sebab pelajar asing tidak memilih baju kurung
+ rumusan kajian


6 - 11

Kesimpulan

12

rujukan

13

lampiran

14 - 17







2

PENGHARGAAN

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,

Bersyukur kepada tuhan kerana sayan dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Dr. Norul Haida binti Hj.
Reduzan iaitu pensyarah psikolinguistik saya yang telah memberi sokongan tidak terhingga.
Selain itu, terima kasih jua diucapkan kepada responden- responden atas kerjasama yang
telah diberikan kepada saya semasa menjalankan penyelidikan. Tidak ketinggalan juga
kepada rakan-rakan yang telah banyak memberi bantuan kepada saya dalam usaha
menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya
dalam melengkapkan tugasan ini sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak
langsung. Jasa kalian amat saya hargai dan tidak dapat saya balas dengan wang ringgit.










3

PENGENALAN

Baju kurung ialah sejenis pakaian tradisional orang Melayu yang dipercayai telah mendapat
pengaruh daripada pakaian pedagang Arab dan India serta China. Pakaian tradisioanal ini,
khususnya baju kurung telah menjadi pakaian yang dipakai di Alam Melayu nusantara,
terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Selaras dengan peredaran zaman, baju kurung yang
dipakai sekarang ini merupakan baju kurung yang telah diolah supaya bentuknya lebih
anggun dan jahitannya lebih halus. Baju kurung diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan
Abu Bakar Johor. Antara ciri yang membezakan baju kurung dengan pakaian lain ialah
bajunya yang labuh serta berlengan panjang, berpesak dan berkekek. Keistimewaan dan unik
tentang baju kurung adalah di bahagian jahitan tangan iaitu dinamai sembat yang dijahit pada
bahagian kelim dan kelepet. Pada bahagian leher baju ini pula dijahit dengan jahitan tulang
belut yang diilhamkan daripada struktur tulang ikan belut.












4

DEFINISI OPERASIONAL

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, baju kurung merupakan pakaian tradisional
orang Melayu dipakai oleh wanita, bertebuk bulat di leher dgn sedikit bukaan di
bahagian dada, berlengan panjang, dan berpesak di kiri kanan
Berdasarkan maklumat dalam Archjadi Judi pada tahun 1986, baju kurung telah
diperkenalkan di Indonesia oleh pedagang Islam dan India. Walau bagaimanapun,
potongan baju ini juga dipercayai telah menerima pengaruh Timur Tengah seperti
potongan leher berbentuk tunik, iaitu bentuk leher yang mula-mula dipakai oleh orang
Arab zaman silam.
Menurut Mohd. Said pada 1931, beliau menyatakan pakaian baju kurung berasal dari
Johor semasa pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1800 di Teluk
Belanga, Singapura.
Menurut Tenas Effendy pada tahun 1989, beliau telah mengumpul ungkapan orang
tua di daerah Riau, daerah rumpun Melayu yang terdekat dengan Malaysia
(Semenajung Tanah Melayu) tentang baju kurung. Baju kurung yang digambarkan
oleh beliau ialah baju kurung teluk belanga atau baju kurung yang dijahit dengan
jahitan tulang belut di bahagian leher yang nampak halus dan rapi. Pakaian ini
merupakan pakaian wanita yang bersopan dan juga pakaian setiap ahli dalam
golongan masyarakat untuk pelbagai majlis dan adat.
Mengikut Siti Zainon (2006) pula, baju kurung ialah pakaian yang popular di
kalangan orang Melayu. Pakaian ini merujuk kepada pola panjang untuk baju wanita,
manakala pola pendek untuk baju lelaki. Baju kurung mempunyai ciri khusus yang
membezakannya dengan pakaian lain. Pengertian kurung mempunyai persamaan
dengan konsep pakaian menutup anggota tubuh.
5

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan berasaskan kepada beberapa objektif yang telah dikenalpasti.
Justeru itu kajian ini dijalankan untuk:
Mengenalpasti jenis-jenis dan ciri-ciri yang terdapat pada baju kurung
Mengenalpasti sambutan baju kurung dalam kalangan pelajar asing di IPTA
Menghuraikan faktor-faktor baju kurung tidak mendapat sambutan dalam kalangan
pelajar asing di IPTA
Menganalisis masalah-masalah baju kurung tidak menjadi pilihan dalam kalangan
pelajar asing di IPTA











6

KAEDAH KAJIAN
Kajian ini akan dijalankan dengan menggunakan kaedah pengumpulan data melalui kajian
soal selidik dan pemerhatian. Data-data yang diperolehi daripada borang soal selidik akan
dianalisis dan dilaporkan dalam kajian penyelidikan. Borang soal selidik ini diedarkan
kepada 10 orang responden di sekitar Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk mendapatkan
maklumat. Item-item yang disoal dalam borang soal selidik terbahagi kepada 2 seperti
berikut:
1) Maklumat responden
2) Maklumat tentang pandangan terhadap baju kurung
Kaedah Rujukan Bahan Ilmiah dan Internet
Selain itu, kaedah rujukan bahan ilmiah dan internet merupakan sumber rujukan utama untuk
mendapatkan maklumat kajian. Sumber bahan ilmiah dan internet dapat menyumbangkan
banyak maklumat mengenai baju kurung dalam kajian yang saya jalankan ini. Hasil yang
diperolehi daripada sumber-sumber ini membantu saya dalam menghasilkan kajian ini.


DAPATAN KAJIAN
Bab ini membincangkan dapatan kajian yang diperolehi daripada hasil daripada pengumpulan
data melalaui sumber ilmiah, rujukan internet, pemerhatian dan soal selidik. Kaedah-kaedah
ini dijalankan untuk mengetahui jenis-jenis baju kurung, ciri-ciri baju kurung dan mengenal
pasti sama ada baju kurung mendapat sambutan dalam kalangan pelajar asing atau tidak di
IPTA.
7

Ciri-ciri baju kurung
1. Baju Kurung Moden
- mengikut bentuk badan
- labuh mengikut kesesuaian pemakai
- leher dan lengan baju potongan bebas
2. Baju Kurung Teluk Belanga
- berpesak di kedua-dua belah bahagian baju
- berpoket atas sebelah kiri
- labuh baju melepasi lutut
- berleher bulat
- kain berlipat disebelah tepi
3. Baju Kurung Kedah
- tidak berpesak
- tiada kekek
- potongan lurus
- berbentuk V ataupun bulat
- leher tidak dijahit tulang belut
4. Baju Kurung Cekak Musang
- kolar tinggi 3.5 sentimeter
- 2 butang atas kolar dan 3 butang sebaris
- berpesak
- berkekek
- lebuh atas lutut

8

Sebab-Sebab Pelajar Asing Tidak Memilih Baju Kurung Di IPTA
Jenis Masalah Bilangan Responden Peratus (%)
Mahal 1 10
Tidak Selesa 2 20
Dianggap pakaian masyarakat melayu 6 60
Tidak mengikuti peredaran fesyen 1 20
Jumlah 10 100



Petunjuk:
Dianggap pakaian masyarakat melayu
Tidak Selesa
Tidak mengikuti peredaran fesyen
Mahal





60%

20%
10%
10%
Sebab - Sebab Pelajar Asing Tidak Memilih Baju Kurung Di IPTA




9


Berdasarkan soal selidik yang telah saya jalankan, sebanyak 6 orang responden atau 60%
menyatakan bahawa mereka tidak memilih baju kurung kerana dianggap sebagai pakaian
masyarakat melayu. Hal ini demikian kerana di negara asal mereka baju kurung hanya
dipakai oleh masyarakat melayu sahaja dan mereka masih berpegang kepada pakaian negara
masing-masing.

Berdasarkan soal selidik yang telah saya jalankan, sebanyak 2 orang responden atau 20%
menyatakan bahawa mereka tidak memilih baju kurung sebagai pakaian di IPTA kerana tidak
selesa. Hal ini demikian kerana apabila memakai baju kurung keadaan ni membataskan
pergerakan mereka ketika menuju sesuatu destinasi dan cuaca yang panas juga menyebabkan
mereka berasa tidak selesa.

0
1
2
3
4
5
6
7
YA TIDAK
Dianggap pakaian masyarakat melayu

dianggap pakaian
masyarakat
Melayu
0
2
4
6
8
10
YA TIDAK
Tidak Selesa

Tidak Selesa
10


Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan, sebanyak 1 orang responden atau 10% telah
menyatakan bahawa mereka tidak memilih baju kurung di IPTA kerana tidak mengikuti
peredaran fesyen. Hal ini demikian kerana busana baju kurung di negara asing tidak
berkembang seperti di Malaysia dan cara pemakaian di negara mereka berlainan.


Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan, sebanyak 1 orang responden atau 10% telah
menyatakan bahawa mereka tidak memilih baju kurung di IPTA kerana mahal. Hal ini
demikian kerana tidak semua pelajar asing yang sedang meneruskan pengajian mempunyai
latar belakang yang berkemampuan.


0
2
4
6
8
10
YA TIDAK
Tidak Mengikuti Peredaran Fesyen

Tidak Mengikuti
Peredaran
Fesyen
0
2
4
6
8
10
YA TIDAK
Mahal

Mahal
11

RUMUSAN KAJIAN

Berdasarkan penyelidikan yang saya jalankan terhadap baju kurung dalam kalangan pelajar
asing di IPTA dapat dirumuskan bahawa punca utama baju kurung tidak diminati oleh
pelajar asing merupakan faktor baju kurung dianggap sebagai pakaian masyarakat Melayu
dan tidak selesa. Keadaan ini telah menyebabkan kebanyakkan pelajar asing telah memilih
pakaian lain semasa di IPTA.



















12


KESIMPULAN

Natijahnya, baju kurung merupakan salah satu pakaian tradisional masyarakat
Melayu. Di Malaysia, kebiasaannya baju kurung dipakai oleh semua lapis masyarakat tanpa
mengira agama, bangsa atau umur. Walau bagaimanapun, kebanyakkan pelajar asing yang
berada di IPTA tidak memilih baju kurung sebagai salah satu pakaian mereka di sini.
Setelah menjalankan kajian ini, saya telah berjaya mengenal pasti banyak faktor-
faktor yang menyebabkan baju kurung tidak menjadi pilihan dalam kalangan pelajar asing.
Antaranya adalah pelajar asing menganggap baju kurung sebagai pakaian masyarakat melayu
sahaja, tidak selesa, tidak mengikut peredaran fesyen, dan mahal. Hal ini terjadi kerana
kebanyakan pelajar asing masih lagi terikat dengan cara pemakaian dari negara asal.
Di samping itu, melalui kajian ini juga saya dapat memahami lebih dalam tentang
konsep baju kurung iaitu pakaian tradisional masyarakat melayu. Hasilnya, saya telah mua
memakai baju kurung dan berfikiran terbuka untuk menerima budaya bangsa lain.
Selain itu, kajian ini juga dapat menonjolkan baju kurung kepada pelajar asing di
IPTA agar lebih berfikiran terbuka untuk mula memakai baju kurung semasa meneruskan
pengajian disini. Secara tidak langsung kajian ini telah mempromosikan dan menarik minat
pelajar asing untuk memperkenalkan baju kurung kepada negara luar.
Akhir kata, busana baju kurung wajar diperkenalkan kepada negara luar agar negara
luar lebih mengenali dan memahami budaya masyarakat malaysia yang terdiri daripada
pelbagai masyarakat namun masih lagi bersama dalam satu negara yang aman.

13

RUJUKAN

Rashidah Mat Nor (2007). Siri Mula Kedai Jahit . PTS Professional

Zaleha ariffin (2008). A - Z Menjahit Baju Kurung : Cara Mudah Untuk Mereka
Yang Mahu Belajar Memotong Dan Menjahit Baju Kurung . Utusan Publications
& Distributors

LLC Books (2010). Malay Clothing : Sarong, Malaysian Cultural Outfits, Baju
Melayu, Songket, Peranakan Bended Slipers, Baju Kurung, Songkok, Malysian
Batik . General LLC Books

Noresah bt. Baharom et al. (2010). Kamus Dewan. (Edisi Ke-4). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Zainon Ismail(2006) Ramlah Abas Et.Al(2003) Mohd Said Sulaiman(2008) .
Wikipedia Ensklopedia Bebas . Diakses Pada 12 Jun 2013, Daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_Melayu





14

LAMPIRAN

Contoh-contoh baju kurung
Baju Kurung Moden

Baju Kurung Teluk Belanga



15

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Cekak Musang



16


BAJU KURUNG DALAM KALANGAN PELAJAR ASING DI IPTA
Sila tandakan () dalam ruang yang disediakan
MAKLUMAT RESPONDEN
1. Jantina
Lelaki
Perempuan

2. Kategori Umur

15 - 19 tahun
20 - 24 tahun
25 - 29 tahun
30 34 tahun

3. Tempat tinggal :___________________________________________________

4. Fakulti : _________________________________________________________

5. Program yang diikuti : ______________________________________________

6. Semester : ________________________________________________________

PANDANGAN TERHADAP BAJU KURUNG
Pernahkah anda memakai baju kurung ?
Ya
Tidak



17

BAHAGIAN A SEKIRANYA YA

1. Apakah pandangan anda terhadap baju kurung ?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________


2. Sejak bilakah anda mula memakai baju kurung ?
__________________________________________________________________

3. Apakah yang mendorong anda memakai baju kurung ?

Minat
Rakan- rakan
Dorongan keluarga
Etika pakaian di IPTA
Lain lain (nyatakan) : _________________________________
BAHAGIAN B SEKIRANYA TIDAK

1. Apakah pakaian lain yang sering menjadi pilihan anda di IPTA ?

Baju Kemeja/Seluar Slack
Pakain Etnik
Pakain Kasual
Lain lain (nyatakan) : _____________________________

2. Apakah kekurangan baju kurung sehingga menyebabkan anda tidak meminati memakai
baju kurung ?
Mahal
Tidak Selesa
Dianggap Pakaian Masyarakat Melayu
Tidak Mengikut Peredaran Fesyen
Lain lain (nyatakan ) : __________________________________

3. Apakah perubahan perlu ada pada baju kurung supaya anda tertarik untuk memakainya?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

You might also like