You are on page 1of 3

Etika Pakaian Pelajar Tingkatan 6

Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Tingkatan 6. Berikut


dikongsikan kod etika pakaian baru Tingkatan 6 (Form 6) yang dikeluarkan oleh
KPM.

Kementerian Pendidikan mengesahkan pelajar yang akan penyambung


pengajian ke Form 6 Tingkatan Enam dibenarkan memakai pakaian
tradisonal atau pakaian lain, sebagai sebahagian daripada kod pakaian
baru bermula musim persekolahan 2015 yang merupakan sebahagian
daripada ‘penjenamaan semula’ Tingkatan Enam.
Antara kod etika pakaian baru Tingkatan Enam untuk sesi persekolahan bermula
2015 adalah seperti berikut :-

 1) Dibenarkan untuk memakai pakaian batik ke sekolah


 2) Pelajar lelaki juga akan dibenarkan memakai baju dan seluar berwarna cerah dan seluar ke
sekolah tetapi tidak boleh mempunyai corak bunga atau rekaan lain
 3) Bebas untuk memilih warna baju mereka, tetapi ia perlu pastikan tidak mempunyai corak.
Namun baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan
 4) Pelajar masih lagi boleh memakai uniform walaupun ianya tidak dinyatakan dalam arahan.
 5) Panjang seluar yang dipakai juga perlu melebihi buku lali dan tidak ketat. Pelajar juga
dibenarkan memakai tali pinggang tetapi saiz ‘buckles’ tidak boleh melebihi 5 sentimeter.
 6) Pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada bahan
denim.
 7) Pelajar wanita selain baju kurung, mereka juga akan dibenarkan memakai seluar panjang.
Mereka juga akan dibenarkan memakai blaus berlengan, gaun labuh, skirt yang melebihi
paras lutut.
 8) Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak dibenarkan.
 9) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai kemeja-T dan pelajar perempuan tidak
dibenarkan memakai pakaian ketat.
 10) Pelajar lelaki dikehendaki memakai kasut dan stoking manakala perempuan hanya boleh
memakai kasut yang menutupi kaki mereka. Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan.
 11) Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-
T lengan panjang atau pendek.
 12) Kemeja-T yang dipakai tidak boleh mempunyai imej politik, ganas, kesat atau apa-apa
yang dianggap negatif.

You might also like