Professional Documents
Culture Documents
Nota - Semantik PDF
Nota - Semantik PDF
Nota
PENGGAL SEMANTIK
3
1. PENGENALAN
Perkataan semantik berasal daripada kata Yunani, sema = “tanda” atau
“lambang”.
2. DEFINISI SEMANTIK
Semantik = bidang ilmu yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa.
Kajian semantik meneliti makna yang terdapat pada morfem, kata, frasa dan ayat
dalam sesuatu bahasa.
Contoh:
Perkataan pokok, biasanya bermaksud “pohon”, tetapi dalam
konteks lain boleh bermaksud modal dan dasar.
3. PERUBAHAN MAKNA
Makna perkataan boleh berubah kerana bahasa Melayu bersifat dinamik.
Perubahan makna terjadi kerana sebab-sebab linguistik, sejarah, sosial, psikologi,
pengaruh luar, keperluan kepada perkataan baharu atau perkembangan dalam
bahasa, dan sebagainya.
Contoh:
Perkataan tangan, asalnya ialah “anggota badan”, tetapi maknanya
berubah apabila digandingkan dengan imbuhan, seperti menangani,
yang bermaksud “mengendalikan” atau “menyelesaikan”.
Contoh:
Buaya = sejenis binatang buas di dalam air, dan boleh juga di
darat. Contohnya dalam ayat: Buaya di sungai itu belum
ditangkap.
Contoh:
• berasap (pengimbuhan) = mengeluarkan asap
• sekolah-sekolah (penggandaan) = banyak sekolah
kerusi malas (pemajmukan) = kerusi yang boleh dilunjurkan
Contoh:
Perkataan cantik bermaksud “lawa”, sebagaimana yang wujud atau
kelihatan pada mata orang yang memandang.
Ibu ayam bermaksud “ibu kepada ayam”
Contoh:
Perkataan cantik dalam ayat “Banyak cantik kerja kamu!” tidak
bermaksud “lawa” atau “indah”, tetapi “teruk”, “tidak tersusun”,
atau seumpamanya. Ujaran itu satu perlian, atau memulangkan
paku buah keras kerana sesuatu hal yang sebelumnya.
Ibu ayam (simpulan bahasa) bermaksud “perempuan yang
memperdagangkan perempuan (menjadikannya pelacur)”.
3 - Semantik
Contoh:
Antara perkataan perempuan dengan wanita, mempunyai
makna leksikal yang sama, iaitu “orang dewasa yang bukan lelaki”.
Namun, dari makna konotatif, wanita membawa nilai rasa yang
lebih tinggi atau positif, berbanding dengan perempuan yang
boleh membawa nilai rasa agak negatif bagi konteks tertentu.
5. PERKAITAN MAKNA
Dari segi leksikal (perkataan), perkaitan makna lazimnya dilihat dari aspek-aspek
berikut:
5.1 Sinonim
Perkataan yang mempunyai makna yang hampir sama atau lebih kurang sama
dengan perkataan lain.
ayah = bapa
cantik = indah, lawa, ayu
dekat = hampir, nyaris
Dalam situasi tertentu, ada perkataan yang tidak dapat digunakan secara
bertukar ganti, kerana akan membawa makna yang tidak tepat.
Contoh:
Aliah cantik tidak boleh dikatakan Aliah indah
pemandangan cantik sama dengan pemandangan indah
dekat dengan pasar sesuai dengan hampir dengan pasar, tetapi
tidak boleh dikatakan nyaris dengan pasar
5.2 Antonim
Antonim merujuk kepada perkataan yang berlawanan makna atau yang
sebaliknya.
Kata berantonim lazimnya bersifat dua hala, iaitu boleh bertukar kedudukan.
Contoh:
besar – kecil kecil – besar
lelaki – perempuan perempuan – lelaki
miskin – kaya kaya – miskin
5.3 Hiponim
Hiponim merujuk kepada perkataan yang mempunyai lingkungan
dalam struktur makna.
Makna sesuatu ungkapan dianggap sebagai sebahagian daripada makna
suatu ungkapan yang lain.
Secara mudah, hiponim = jenis bagi sesuatu.
Contoh:
4 - Semantik
Perkataan lori, motosikal, basikal, bas, kereta, kereta api, dan sebagainya
berhiponim dengan kenderaan, kerana semuanya jenis kenderaan.
kenderaan
5.4 Homonim
Homonim merujuk kepada perkataan yang memiliki bentuk ejaan dan
bunyi (sebutan/lafaz) yang sama tetapi maksudnya sangat berbeza.
Kata homonim banyak makna, tetapi antara makna tidak mempunyai
perkaitan sama sekali.
Dalam kamus, perkataan berhomonim dimasukkan dalam entri yang berbeza.
Contoh:
pasang I = jodoh atau kelamin
pasang II = naik atau menjadi bertambah (air laut)
pasang III = disiapkan atau dibina dengan mencantumkan
bahagian yang disediakan
(a) Homograf
Bentuk homograf merujuk kepada perkataan-perkataan yang sama
bentuk ejaan, tetapi berbeza bunyi (lafaz/sebutan) dan makna.
(Homo = sama, graf = tulisan/ejaan).
Ejaan Bunyi/
Makna
Perkataan Sebutan
[ peraη ] Warna
Perang
[ pǝraη ] Pertempuran
[ semak ] Periksa
Semak
[ sǝmak ] Belukar
[ selak ] Buka
Selak
[ sǝlak ] Kunci
Ejaan Bunyi/
Makna
Perkataan Sebutan
5 - Semantik
Tuntun Tolak/heret
[ tonton ]
Tonton Lihat
Bank Institusi kewangan
[ bang ]
Bang Azan
Duet Nyanyi berpasangan
[ duwet ]
Duit Wang
5.5 Polisemi (Polisem)
Polisemi = perkataan yang memiliki ejaan dan bunyi yang sama dan
mempunyai banyak makna.
Makna-maknanya mempunyai perbezaan yang kecil dan masih
menunjukkan perkaitan rapat antara satu sama lain dalam sesuatu aspek
tertentu.
Dalam kamus, semua makna dimasukkan dalam satu entri sahaja.
Contoh:
berat = 1. Timbangan, 2. Teruk/kuat, 3. Sungguh-sungguh
habis = 1. Tiada yang tinggal, 2. Selesai, 3. Selepas/sesuah
nafkah = 1. Wang untuk hidup, 2. Makanan, 3. Perbelanjaan
5.5 Mironim
Mironim dirujukkan kepada perkataan-perkataan yang menjadi
bahagian atau konstituen bagi sesuatu.
Bentuk ini kelihatan seperti kolokasi dan hiponim, tetapi kedua-duanya hanya
bersifat perkaitan, berbanding dengan mironim yang menjadi anggota atau
ahli binaan bagi sesuatu benda.
Kesimpulannya, mironim = bahagian, konstituen atau anggota bagi
binaan sesuatu.
Contoh: