You are on page 1of 4

Tajuk : RAK BUKU AJAIB

LATAR BELAKANG

Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan telah mencapai kejayaan luar
biasa dalam pelbagai bidang. Sebagai contohnya kemajuan negara Malaysia daripada
bidang pembinaan, bidang automobil, bidang teknologi dan juga bidang pengangkutan.
Bidang perindustrian seperti pengeluaran perabot juga merupakan bidang utama yang
menjadi kejayaan paling ketara dan telah menyumbang banyak dalam ekonomi negara. Hal
ini kerana, perabot tersebut akan di eksport ke luar negara kerana ia mendapat permintaan
yang tinggi daripada luar negara. Antara contoh perabot ialah rak buku. Menurut Kamus
Pelajar Edisi Kedua, rak didefinisikan sebagai tempat menyimpan buku dan sebaagainya.
Rak juga merupakan sesuatu yang berfungsi sebagai perabot untuk menghias ruang serta
boleh digunakan dimana-mana sahaja seperti di ruang tamu, di dalam bilik,

Rak buku menjadi tumpuan saya kerana saya merupakan seorang yang gemar
mengumpul buku sama ada buku cerita, novel mahupun komik. Setiap bulan saya akan
pastikan saya membeli sekurang-kurangnya sebuah buku. Oleh itu, saya telah memilih rak
buku untuk projek saya. Saya memilih untuk melakukan projek ini adalah kerana saya ingin
mereka sendiri rak buku mengikut kreativiti saya. Apabila saya menghasilkan rak buku
sendiri, saya boleh membuat rak buku yang saya impikan mengikut ketinggian, keluasan
dan kelebaran yang saya mahukan.

Nama projek rak buku saya ialah ‘RAK BUKU AJAIB’. Hal ini kerana setiap ruangan
pada rak tersebut boleh dilaraskan mengikut kesesuaian. Saiz produk yang dihasilkan
bersaiz sederhana besar. Ini kerana, saya ingin memuatkan sebanyak 80 buah buku sekali
gus di dalam rak buku tersebut. Rak buku ini juga tidak semestinya digunakan untuk buku
sahaja, akan tetapi juga boleh digunakan untuk surat khabar, fail dan bahan bacaan yang
lain.

OBJEKTIF PROJEK

Objektif rak buku ini dicipta adalah :-

1. Ia digunakan untuk menyimpan buku buku, majalah, surat khabar dan bahan bacaan
yang lain supaya sentiasa berada di dalam keadaan kemas.
2. Ia dapat menjimatkan penggunaan ruang yang digunakan untuk menyimpan buku
dan bahan bacaan.
3. Ia juga berfungsi sebagai perabot yang dapat memenuhi ruang kosong.
4. Ia dapat digunakan sebagai perabot yang menjadi perhiasan di dalam rumah.

DESKRIPSI PROJEK

LAKARAN AWAL

LAKARAN PERKEMBANGAN

LUKISAN PROJEK
LAMPIRAN
RUJUKAN

Aziah Tajudin, Mohd. Fazli Tajuid. (2016). Kamus Dewan Edisi Kedua cetakan 2016. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

D. (2017, March 03). CARA MEMBUAT RAK BUKU / RAK BAJU || DIY BOOKSHELF.
Dicapai pada 1 September, 2018 daripada https://www.youtubw.com/watch?
v=FsiRDtWptk

Folio Rak Buku (n.d). Dicapai pada 10 September, 2018 daripada


https://www.scribd.com/doc/224668853/Folio-Rak-Buku

Mohd Fadzil Dud.(2008). Lukisan Kejuruteraan. Panduan Asas. Johor: Penerbit UTM.

Mohd Noh Sarip. (2012). Lukisan kejuruteraan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

P. (2017, March 20). 7 Kegunaan Rak Buku di Rumah, Dicapai pada 2 September 2018
daripada https://cantik.tempo.co/read/857727/7-kegunaan-rak-buku-di-rumah

You might also like