You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GAJAH BERANG

PANITIA BAHASA MELAYU

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DAN MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS:


BENGKEL PENULISAN BERSAMA TUAN AHMAD PATRIA BIN DATUK HAJI ABDULLAH HUSSAIN
ANJURAN BERSAMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

TARIKH : 12 Julai 2017 / Rabu


MASA : 11.30 pagi-1.30 petang
TEMPAT : Dewan SMK Gajah Berang.
SASARAN : Murid Tingkatan 3A, 3B, 3C, dan 3D.
MATLAMAT : Memberi pendedahan tentang penulisan karya kreatif kepada golongan
pelajar dan menyemai semangat ingin tahu dalam kalangan pelajar tentang
penulisan kreatif.

OBJEKTIF : 1. Menambahkan pengetahuan pelajar tentang bentuk-bentuk penulisan


kreatif yang ada.
2. Menggalakkan budaya penulisan kreatif dalam kalangan pelajar sekolah.
3. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam teknik penulisan karangan bagi
Pentaksiran Bahasa Melayu PT3.

1.0 PENGENALAN

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan sebuah badan berkanun yang diberi kuasa
autonomi iaitu menggubal dasarnya yang khusus, menyusun program pembinaan dan
pengembangan bahasa dan sastera. DBP turut menjalankan kegiatan penerbitan dan
perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip amalan perusahaan dan profesion
penerbitan. Di bawah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, aspek kesusasteraan kanak-
kanak dan remaja yang merangkumi pembinaan dokumentasi, pembangunan penggalakkan
karyawan dan pemasyarakatan serta pengiktirafan dalam dan luar negara sentiasa
dikembangkan. Sejajar itu, pihak DBP telah menganjurkan Bengkel Penulisan Bersama Tuan
Ahmad Patria bin Datuk Haji Abdullah Hussain yang merupakan penulis prolifik terkenal di
Malaysia. Beliau juga merupakan anak sulung kepada Sasterawan Negara iaitu Datuk Haji
Abdullah Hussain.

2.0 SESI 1- BENGKEL PENULISAN BERSAMA TUAN AHMAD PATRIA BIN DATUK HAJI
ABDULLAH HUSSAIN

2.1 BIODATA TUAN AHMAD PATRIA BIN HAJI ABDULLAH

Tuan Ahmad Patria bin Datuk Haji Abdullah Hussain merupakan anak sulung kepada Sasterawan
Negara iaitu Datuk Haji Abdullah Hussain. Beliau dilahirkan pada 26 Mei 1968
di PetalingJaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Sri Petaling (1975-1980) sebelum melanjutkan pelajaran di MRSM Kuantan (1981-
1985). Pada tahun 1988 hingga 1992, beliau melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Sains
Farmasi, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Tuan Ahmad Patria bin Datuk Haji Abdullah
Hussain dianggap sebagai pengasas genre fantasi di Malaysia. Antara karya beliau yang terkenal
ialah Permata Aurorius yang diterbitkan pada 1987. Novel ini telah dipilih sebagai Buku Terbaik
1987 dalam kategori Penulis Harapan oleh Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan Malaysia. Novel
ini turut disifatkan sebagai novel fantasi terbaik yang pernah ditulis dalam Bahasa Melayu.
Antara karya lain yang diterbitkan ialah:

1. Kota Arialun - Kuala Lumpur, DBP, 1988.


2. Kembar Artakus - Kuala Lumpur, DBP, 1988.
3. Petua Azkram - Kuala Lumpur, DBP, 1991.
4. Puteri Alindalia - Kuala Lumpur, DBP, 1991.
5. Pedang Aurora - Kuala Lumpur, DBP, 1993.
6. Legenda Numerius - Seremban, Saga Artakusiad Enterprise, 2004.
7. Cabaran Lodra - Seremban, Saga Artakusiad Enterprise, 2012.
8. Seru Katanaga - Seremban, Saga Artakusiad Enterprise, 2017.

2.2 BIODATA SASTERAWAN NEGARA DATUK HAJI ABDULLAH HUSSAIN

Datuk Haji Abdullah Hussain (25 Mac 1920 – 31 Disember 2014) dilahirkan di Sungai Limau
Dalam, Yan, Kedah Darul Aman, Malaysia. Beliau ialah seorang penulis Malaysia yang kaya
dengan pelbagai pengalaman yang menarik hati. Pengalamannya yang luas serta
penguasaannya dalam beberapa bahasa merupakan faktor-faktor yang membantu beliau dalam
lapangan karang-mengarang. Beliau menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996
yang menjadikan beliau Sasterawan Negara kelapan. Datuk Haji Abdullah Hussain terkenal
memiliki banyak pengalaman dan menguasai beberapa bahasa asing.

Antara terjemahan karya sastera dunia dapat kita hayati melalui novel Angin Timur Angin
Barat dan Bumi Bertuah (Pearl S. Buck), Muatiara (Steinbeck), Orang Tua dengan
laut (Hemingway) dan Lorong Midaq oleh Naguib Mahfouz.  Dalam bidang biografi, Abdullah
telah menghasilkan biografi tentang P. Ramlee dan Za’ba. Selain itu, novel terbaru beliau
iaitu Imam telah terpilih memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1994/95, dan sebelum itu novel
yang sama telah berjaya menggondol hadiah “Hadiah Novel Nasional” (mengingati Pak Sako),
1992/94, yang dianjurkan bersama oleh Syarikat Utusan Melayu dan Public Bank Berhad.   Dan
puncak dari segala-galanya itu ialah, apabila Abdullah Hussain dinobatkan sebagai Sastera
Negara yang kelapan dalam tahun  1996.  Sebelum itu iaitu dalam tahun 1981, Abdullah Hussain
telah terpilih menerima anugerah S.E.A. Write Awards di Bangkok.

2.3 PENULISAN SEBAGAI PENJANA PENDAPATAN

Tuan Ahmad Patria bin Datuk Haji Abdullah Hussain amat menggalakkan pelajar-pelajar yang
mempunyai bakat dan minat dalam bidang penulisan agar menghantar apa jua bentuk karya
kreatif kepada pihak kumpulan penerbitan seperti Karangkraf kerana bidang ini mampu
menjana pendapatan yang lumayan kepada seseorang individu melalui pembayaran royalti atau
honorarium diberikan kepada penulis.

Penulisan kreatif merupakan bidang ilmu yang sentiasa berkembang dari masa ke masa,
sesuai dengan perubahan pemikiran manusia, teknologi dan gaya kreativiti manusia.Para belia
boleh menulis mengikut kreativiti masing-masing dan tidak terbatas kepada satu-satu genre
sahaja. Penulis yang kreatif dan proaktif ialah mereka yang menguasai bidang penulisan kreatif
dan boleh memanfaatkannya bilabila perlu dalam kehidupan mereka.
Penulisan kreatif merupakan satu bidang yang boleh dijadikan kerjaya sepenuh masa yang
menguntungkan dan membantu kedudukan ekonomi bagi mereka yang benar-benar serius.
Sejajar itu, untuk maju ke hadapan para belia mesti mengambil peluang yang ada di hadapan
mereka. Banyak bengkel disediakan untuk mereka ikuti bagi mencari ilmu pengetahuan.
Contohnya, banyak bengkel penulisan kreatif ditawarkan kepada belia-belia lepas sekolah atau
Institut Pengajian Tinggi. Bengkel-bengkel ini biasanya mengajar para belia bagaimana cara
menghasilkan penulisan kreatif seperti novel, cerpen, dan puisi.

3.0 SESI 2- BENGKEL PENULISAN BAHASA MELAYU PT3

Semasa sesi ini, pelajar diterangkan format pentaksiran Ujian Bertulis Bahasa Melayu 02
yang terdiri daripada 4 bahagian iaitu:

3.1 Bahagian A- Sistem Bahasa

i. Soalan 1 (Kesalahan umum tatabahasa


ii. Soalan 2 (Kesalahan umum ejaan)
iii. Soalan 3 (Sintaksis Ayat)
iv. Soalan 4 (Peribahasa)

3.2 Bahagian B -Pemahaman KOMSAS

i. Soalan 5 (Pemahaman Teks)


ii. Soalan 6 (Pemahaman Puisi)
iii. Soalan 7 (Esei- kajian teks novel)
KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)
Fokus kepada kajian keseluruhan aspek (Tema hingga pengajaran), Pengolahan idea mesti
berkait rapat dengan peristiwa ataupun watak yang terdapat dalam novel yang telah dikaji.

3.3 Bahagian C-Ulasan

i. Soalan 8 (Ulasan berdasarkan bahan rangsangan )


- Nyatakan isi tersurat
- Nyatakan isi tersirat
- Ayat yang GRAMATIS
- 80 – 100 patah perkataan

3.4 Bahagian D- Karangan

i. 3 soalan - Berkisar tentang penulisan kreatif @ karangan berformat @ karangan tidak


berformat)
- Melebihi 180 patah perkataan.
ii. Setiap karangan perlu ada satu perenggan pendahuluan, lima perenggan isi, satu
perenggan kesimpulan)
iii. Bagi perenggan pendahuluan, aspek yang perlu disentuh ialah topik, negara, persoalan,dan
peribahasa.
iv. Bagi perenggan isi, aspek yang perlu ada ialah isi, huraian, contoh, dan kesan.
v. Bagi perenggan penutup pula, aspek yang perlu ada ialah kesimpulan dan peribahasa.
vi. Contoh penulisan pendahuluan yang mantap dalam sesebuah karangan.
4.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, bidang penulisan mencakupi aspek yang sangat luas, tidak terhad hanya kepada
kesusasteraan Melayu sahaja. Penulisan kreatif merupakan bidang ilmu yang sentiasa
berkembang dari masa ke masa, sesuai dengan perubahan pemikiran manusia, teknologi dan
gaya kreativiti manusia.Para belia boleh menulis mengikut kreativiti masing-masing dan tidak
terbatas kepada satu-satu genre sahaja. Penulis yang kreatif dan proaktif ialah mereka yang
menguasai bidang penulisan kreatif dan boleh memanfaatkannya bila-bila perlu dalam
kehidupan mereka. Tambahan pula, bidang ini menjanjikan pendapatan yang lumayan jika karya
yang dihasilkan bermutu tinggi.

5.0 IMPAK

Pendedahan ini diharap dapat menambahkan pengetahuan pelajar tentang bentuk-bentuk


penulisan kreatif yang ada dan menggalakkan budaya penulisan kreatif dalam kalangan pelajar
sekolah. Selain itu,bengkel penulisan ini juga telah dapat meningkatkan kemahiran pelajar
dalam teknik penulisan karangan bagi Pentaksiran Bahasa Melayu PT3.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

_____________________________ __________________________
(NUR SYUHAIRAH BINTI ABU BAKAR) (PN. NORASHIKIN BINTI OSMAN)
GKMP Bahasa SMK Gajah Berang.

LAMPIRAN
GAMBAR SEPANJANG BENGKEL PENULISAN BERSAMA TUAN AHMAD PATRIA BIN DATUK HAJI
ABDULLAH HUSSAIN ANJURAN BERSAMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Para peserta bengkel tekun mendengar taklimat yang disampaikan
Sesi 1- Penulisan kreatif Sesi 2- Penulisan karangan PT3
Penceramah menerima cenderamata daripada Peserta bengkel bergambar dengan
GKMP Bahasa Tuan Ahmad Patria bin Datuk Haji Abdullah
Hussain

You might also like