You are on page 1of 20

NILAI MURNI BERDASARKAN PUISI MELAYU

DALAM BUKU ANTOLOGI PUISI 1 MALAYSIA, BUKU


NILAI INSAN, BUKU ANTOLOGI PUISI TANAH AIRKU
DAN BUKU SEMERBAK PUISI

Nama: dhiya aisyah binti mohd radzi


No. kad pengenalan: 030227-02-0522
Kelas: p2t3
Guru: PUAN ANIS AZRINA BINTI SHAFFEI
PENGENALAN

 Secara umumnya, nilai merujuk kepada matlamat, tindakan tertentu yang dilaksanakan oleh
seseorang yang dikehendakinya.

 Menurut Mansor Abd. Kadir (1997) menjelaskan bahawa penghayatan akhlak dan nilai murni
boleh digambarkan melalui tingkah laku, pemikiran, pengucapan, dan perwatakan yang
dilahirkan dari hati nurani seseorang.

 Menurut Ismail Hamid (1988), berpendapat bahawa nilai murni yang disanjung oleh sesebuah
masyarakat ialah sistem yang dianggap baik dan dijadikan pedoman tertinggi bagi kelakuan
setiap anggota masyarakat.

 Menurut Allahyarham Dato’ Dr Hassan bin Ahmad (2005), nilai murni tidak luas, tidak terhad
pada makna yang berkaitan tingkah laku atau pekerti manusia sahaja, tetapi mencakup
seluruh aspek tindakan, perbuatan dan pemikiran manusia yang melahirkan, mengaturkan
dan menentukan peradaban atau tamadun manusia.

 Menurut Dr Ismail Sulaiman (2019) dalam Sinar Harian, hal yang diutarakan oleh beliau ialah
nilai murni amat penting dalam menjadi panduan dalam kehidupan seharian masyarakat di
mana ia mampu memartabatkan masyarakat untuk menjadi masyarakat kelas pertama yang
berteraskan prinsip yang mulia sama ada dalam agama, komuniti bangsa dan negara.
1.2 B ATAS A N K AJ I A N

• Kajian ini hanya berfokuskan kepada nilai murni berdasarkan puisi Melayu yang dikaji.
Antara buku-buku yang dipilih untuk melengkapkan kajian ini ialah Antologi 1 Malaysia,
buku Nilai Insan, buku Antologi Puisi Tanah Airku, dan buku Semerbak Puisi. Buku-buku
tersebut diterbitkan oleh Penerbitan Melur (2009), Kementerian Pendidikan Malaysia (2015),
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), dan ‘K’ Publishing Sdn.Bhd. (2004).
Antara penulis buku-buku tersebut ialah Mohd Amran Daud, Mohd Sabri Bin Mohamad Zin,
Zalila Sharif dan Hasni Abas dan Khadijah Hashim. Akhir sekali, nilai murni yang dipilih oleh
pengkaji ialah nilai kerajinan, nilai hemah tinggi, nilai berdikari, nilai kasih sayang dan nilai
patriotik.
1.3 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharapkan agar ia dapat menjadi sumber rujukan kepada pengkaji akan

datang untuk memperoleh maklumat mengenai nilai-nilai murni yang terdapat dalam puisi-puisi

moden dan puisi tradisional yang diketengahkan dalam kajian ini. Kepentingan kajian ini

adalah diharapkan agar ia dapat memberi kesedaran, manfaat, faedah, kebaikan dalam

menerapkan nilai-nilai murni bagi merealisasikan nilai murni dalam kehidupan masyarakat.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa pada arus kemodenan ini, masyarakat

banyak terdedah kepada budaya dan nilai kehidupan Barat yang sememangnya amat jauh

daripada nilai murni. Oleh itu, kajian ini juga amat sejajar dengan perkara tersebut dalam

memberi kesedaran kepada masyarakat seluruh horizon dalam menjalani kehidupan dengan

berpandukan nilai-nilai murni. Akhirnya, kajian ini juga dilaksanakan bagi memenuhi syarat

kelulusan bagi subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif (922/4) dalam Peperiksaan Sijil

Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi tahun 2022.


2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Mengenalpasti nilai-nilai murni berdasarkan puisi yang


termuat dalam empat buah buku seperti buku Antologi Puisi 1
Malaysia (2009), buku Nilai Insan (2015), buku Antologi Puisi
Tanah Airku (2005) dan akhirnya buku Semerbak Puisi (2004).

2.2 Mengkaji aspek-aspek nilai murni yang diutarakan dalam


puisi tersebut bagi membolehkan ia dijadikan sebagai
pengajaran dan unsur moral dalam kalangan masyarakat.
3.0 KAEDAH KAJIAN
Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kepepustakaan. Pengkaji telah ke pusat sumber untuk mencari sumber rujukan
untuk mendapatkan maklumat dan bahan dalam melaksanakan kerja kursus ini. Antara bahan yang dijadikan sebagai sumber
rujukan ialah artikel, jurnal, majalah, kamus, buku-buku cerita, buku-buku ilmiah dari pelbagai bidang ilmu dan sebagainya.
Pengkaji telah ke perpustakaan pada tarikh berikut :
HARI DAN TARIKH MASA PEPUSTAKAAN

Jumaat 19/8/2022 3:00 pm Padang Lalang

Isnin 22/8/2022 3:30 pm Kuah

Khamis 25/8/2022 4:00 pm Padang Lalang

Sabtu 28/8/2022 2:45 pm Kuah

Khamis 1/9/2022 4:00 pm Padang Lalang

1. Antologi Puisi 1 Malaysia (2009), Ahad 4/9/2022 3:15 pm Kuah

2. Semerbak Puisi (2004), Selasa 6/9/2022 3:30 pm Kuah

3. Nilai Insan (2015)


4. Antologi Puisi Tanah Airku (2005)
4.1 NILAI KERAJINAN
 Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya
maju dalam melakukan sesuatu perkara.

Menurut (Ee Ah Meng, 1992). Pendidikan moral: Untuk bakal guru. Kuala Lumpur: Logman.
 Seseorang itu seharusnya mempunyai usaha berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan,
kegigihan, dedikasi dan daya usaha.

Menurut (Abdul Rahman Md. Aroff,1993). Pengetahuan moral. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd
 Kerajinan dan tercapainya kejayaan boleh memupuk keyakinan dalam diri seseorang untuk sentiasa
memajukan diri.

Dalam puisi yang dikaji oleh pengkaji iaitu dalam buku yang berjudul Antologi Puisi Tanah Airku, karya
Zalila Sharif dan Hasni Abas (2005). Sajak tersebut bertajuk Lagu Anak Permatang.
Pada rangkap pertama, penulis menyatakan bahawa sajak ini menerapkan nilai kerajinan. Hal ini kerana petani rajin
mengusahakan sawahnya. Malah, bukan sahaja untuk menyara diri dan keluarga, tetapi sektor pertanian merupakan
benteng kepada pembangunan ekonomi negara.

Kesimpulannya, nilai kerajinan merupakan nilai murni yang wajib dipraktikan dalam diri orang-orang yang idamkan
kejayaan melalui perlakuan. Kepentingan aspek nilai kerajinan yang diperoleh dalam diri seseorang akan melahirkan
individu yang tabah hati, cekal, dan tidak mudah berputus asa. Sebaliknya, jika nilai kerajinan tidak diamalkan oleh
seseorang individu, dirinya akan dibelengu kemiskinan dan tidak mampu untuk berdaya saing.
4.2 NILAI HEMAH TINGGI

 Ditakrifkan sebagai beradab sopan dan berbudi pekerti dalam pergaulan seharian.

 Menurut Raja Ali dalam buku Bustan Al-Katibin karya Hashim Musa (2005), Hassan Ahmad (ed), 2005. Bustan Al-
Khatibin Karangan Raja Ali Haji. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

 beliau memandangkan nilai murni seperti nilai hemah tinggi merupakan hal yang sangat mustahal untuk menunjukkan jati
diri Melayu-Islam.

 Dalam muqadimah karya tersebut juga ada menyatakan bahawa nilai hemah tinggi bermula pada kehendak ilmu
perkataan pada jalan berkata-kata kerana adab dan sopan itu berasal daripada tutur kata, kemudian barulah pada kelakuan.

 Menurut beliau, seseorang yang bernilai hemah tinggi sememangnya mempunyai ilmu wa-alkalam (ilmu pertuturan). Hal
ini amatlah jelas bahawa pemikiran dan pandangan Raja Ali Haji tentang mustahaknya nilai hemah tinggi seperti berbudi
pekerti. Jika seseorang manusia mengabaikan nilai hemah tinggi dalam kehidupan seharian, maka seseorang itu akan jatuh
ke lembah kehinaan.

 Dalam puisi pantun Baik- Baik Bertutur Kata karya Mohd Amran Daud dalam buku Antologi Puisi 1 Malaysia (2009).
 Pada rangkap pertama, Mohd Amran Daud cuba menggambarkan kepada khalayak pembaca bahawa untuk menjaga
percakapan ketika berinteraksi dan berkomunikasi. Apabila hilang adab dan etika dalam diri seseorang, maka akan timbul
sifat keji yang boleh merosakkan diri dan juga hubungan sesama manusia. Selain itu, pada rangkap seterusnya pengarang
memberitahu kepada khalayak pembaca bahawa kesantunan merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab
sehingga dapat memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.

 Kesimpulannya, penerapan nilai murni hemah tinggi ini dapat diterapkan melalui teladan di mana perlakuan baik hendaklah
diikuti dan dicontohi. Kepentingan aspek nilai hemah tinggi ialah dapat menyebabkan seseorang itu menjalani kehidupan
dengan lebih berkualiti kerana setiap perilakuannya adalah berunsurkan positif yang dapat membawa dirinya ke arus yang
lebih sihat berbanding dengan seseorang yang tidak berhemah tinggi.
4.3 NILAI BERDIKARI
 Nilai murni berdikari bererti seseorang tidak bergantung kepada orang lain atau mengharapkan pertolongan
mereka semasa melakukan sesuatu.

Menurut (Abdul Rahman Md. Aroff, 1993). Pengetahuan moral. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
 Seorang individu dapat menjayakan dirinya mengikut keupayaan dan potensi yang ada pada dirinya.

Menurut (Abdul Rahman Md. Aroff, 1993). Pengetahuan moral. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
 Seseorang yang berdikari akan mengembangkan kebolehan dan potensinya dengan cara yang lebih positif
(Abdul Rahman Md. Aroff, 1993).

 Dalam buku yang berjudul Nilai Insan, karya Mohd Sabri Bin Mohamad Zin (2015). Seloka tersebut bertajuk
Tak Berikhtiar Sendiri.
 Pada rangkap pertama, penulis menyatakan bahawa banyak orang yang berangan-angan tinggi dan ingin mencapai itu
dan ini tetapi tak mahu bersusah diri. Penulis mengkritik anggota masyarakat yang mempunyai keinginan yang tinggi
tetapi tidak beriktiar ,sebaliknya suka meminta-minta daripada orang lain. Rangkap seterusnya, penulis mengkritik
anggota masyarakat yang suka meminta-minta dan memohon pertolongan orang lain atau hanya tahu meminta ibu bapa.
Mohd Sabri Bin Mohamad Zin menyatakan bahawa seseorang yang sering bergantung kepada orang lain ini tidak akan
mampu berjaya.

 Dengan ini, penerapan nilai murni berdikari juga dapat direalisasikan melalui perlakuan. Kepentingan aspek nilai
berdikari ialah dapat menjadikan seseorang insan berusaha untuk mencapai cita-cita atau kejayaan yang dihasratkan.
4.4 NILAI KASIH SAYANG
 Nilai kasih sayang menggambarkan satu cetusan emosi terhadap sesuatu yang melibatkan suasana, sikap dan
harapan terhadap seseorang atau sesuatu yang lain.

 Menurut Muhammad Al Ghazali (1987:422), kasih sayang menggambarkan sifat ketinggian budi yang
melembutkan hati untuk mencurahkan rasa belas kasihan.

 Sifat kasih sayang dan belas kasihan yang sejati akan mewujudkan rasa tanggungjawab dan perasaan hormat
terhadap orang lain (Ali, 1996b: 181). Ali, Hasan Hj. Mohd. 1996a. 100 Akhlak Mulia. 2nd ed. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1996b. Checklist Keluarga Bahagia.

 Jika kasih sayang tidak dirasai dalam sesebuah hubungan, maka hubungan tersebut berkemungkinan tidak
akan berkekalan. Oleh itu, nilai kasih sayang merupakan perasaan halus dan belas kasihan wujud daripada
hati yang ikhlas terhadap orang lain dan berusaha membantu meringankan bebanan yang dihadapinya.

 Menurut Khadijah Hashim (2004), buku Semerbak Puisi, dalam puisi Rindu Anak.
 Pada rangkap pertama Khadijah Hashim mempamerkan nilai kasih sayang dengan menyatakan bahawa seorang
anak menanggung rindu terhadap ibunya yang semakin hari semakin menebal. Wajah ibunya terpahat di dalam
ruangan mata dan boleh dilihat di mana-mana.

 Oleh itu jelas menunjukkan bahawa nilai murni kasih sayang terhadap keluarga ialah perasaan cinta, kasih dan
sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga. Dengan ini, penerapan nilai murni kasih sayang juga
dapat direalisasikan melalui isyarat.

 Kepentingan aspek nilai kasih sayang ialah dapat mewujudkan suasana yang lebih konduktif dalam kehidupan
seharian masyarakat. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang
dan masyarakat yang maju.
4.5 NILAI PATRIOTIK
 Nilai patriotik bermaksud perasaan cinta rakyat yang mendalam terhadap tanah air tempat tumpahnya
darah.

 Menurut Tan Sri Dr. Nordin Kardi atau sebagai mantan Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN) dalam
buku Patrotisme Nordin Kardi (2020) disusun oleh Dr. Zainuddin Omar dan Kori Ariff ada menyentuh apa
itu nasionalisme, demokrasi dan nilai moral secara teori yang dikupas daripada pemahaman Dr. Nordin.

 Beliau menerangkan hubungkait antara ketiga-tiga komponen dengan keutamaan pendidikan negara, nilai
moral, agama dan perlembagaan dalam membentuk sebuah negara merdeka.

 Dalam buku Antologi Puisi 1 Malaysia (2009) yang merupakan kumpulan puisi yang dikumpulkan oleh
Mohd Amran Daud iaitu dalam sajak Jika Rakyat Berbakti.
Berdasarkan contoh puisi di atas, pengarang mempamerkan nilai patriotik dengan menyatakan bahawa kebaktian rakyat itu akan
menjadikan negara lebih maju sama juga apabila rakyat bersatu negara akan stabil dan kukuh. Selain itu, kesepakatan seorang
rakyat itu perlu untuk mengekalkan sesebuah negara yang berdaulat dan apabila rakyat berdedikasi negara akan terus disanjung
tinggi oleh negara lain. Seterusnya, baris ke-9 dan ke-10 menerangkan berkenaan tentang rakyat haruslah berjasa kepada negara
agar negara terus dipuja dan terbilang. Akhir sekali, kesetiaan itu adalah elemen yang penting jika ingin negara aman dan sentosa.

Oleh itu, nilai murni patriotik boleh diterapkan melalui kefahaman supaya masyarakat dapat memahami erti sebenar nilai patriotik
sehingga dapat menunjukkan rasa cinta terhadap negara.

Kepentingan nilai atau semangat patriotik ialah membina nilai-nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum yang menjadi
penggerak ke arah kemakmuran dan pembangunan negara.
PENUTUP

 Kesimpulannya, nilai murni dalam puisi Melayu memang tidak dapat dinafikan kehadirannya. Oleh
sebab itulah puisi-puisi diwujudkan untuk memberikan pengajaran, didikan, sindiran, nasihat dan
lain-lain dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam sesebuah karya puisi.
 Dengan karya sastera yang disiarkan ini, isi-isi yang berunsurkan pengajaran akan menjadi senjata
untuk memperbetulkan akhlak bangsa Melayu dan menjadi teladan kepada para pembaca.
 Antara kaedah penerapan nilai murni yang digunakan oleh pengkaji ialah kefahaman bagi nilai
murni patriotik. Hal ini kerana dengan pemahaman terhadap nilai patriotik ini akan meningkatkan
lagi jati diri bagi rakyat untuk mempertahankan nasib bangsa mereka. Selain itu, nilai kerajinan
dapat diterapkan melalui perlakuan. Hal ini kerana tahap kerajinan seseorang terletak pada tindakan
dan perlakuannya. Nilai berdikari pula dapat diterapkan melalui perlakuan agar seseorang itu
mampu mengendalikan sesuatu perkara tanpa pertolongan orang lain. Selain itu, nilai hemah tinggi
dapat diterapkan melalui teladan di mana setiap tindak-tanduk yang beradab akan dicontohi oleh
orang sekeliling. Nilai murni kasih sayang dapat diterapkan melalui isyarat. Hal ini kerana dengan
menunjuk isyarat kasih sayang terhadap orang lain, ini akan membuat mereka rasa dihargai dan
disayangi.
SENARAI RUJUKAN
LAMPIRAN

You might also like