You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

KERTAS KERJA
‘10KM SPARKLE RUN’ UNTUK KOMUNITI MASYARAKAT AFZAN
PISMP Ambilan Jun 2016, Elektif Teras Gaya Hidup Sihat

LAPORAN PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT, 10KM SPARKLE RUN’ UNTUK KOMUNITI
MASYARAKAT AFZAN

AJK FOTOGRAFI

TEMA :
GAYA HIDUP SIHAT MENJAMIN KESIHATAN

TARIKH:
10 MAC 2020

ANJURAN :
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
AHLI JAWATANKUASA FOTOGRAFI

i. Cik. Umadevi a/p Raja gopal

TUGAS-TUGAS AHLI JAWATANKUASA :

Sebelum Program

i. Mendapatkan tentative program daripada setiausaha program


ii. Mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kamera daripada pihak IPG.
iii. Menguji kamera sebelum hari sebenarnya
iv. Menyediakan bateri yang secukupnya
v. Memadam segala foto dan video yang tidak berkenaan

Semasa Program
i. Merakam dan merekod segala aktiviti sepanjang program
ii. Menghantar gambar- gambar kepada ahlu jawatankuasa tertentu
iii. Menyimpan semua foto dan video dalam bentuk CD

Selepas Program
i. Menghantar gambar- gambar kepada ahlu jawatankuasa tertentu
ii. Menyimpan semua foto dan video dalam bentuk CD
iii. Menyenaraikan masalah-masalah yang berlaku sepanjang hari tersebut.
iv. Memberi cadangan penambahbaikan untuk program akan datang.
v. Menghadiri mesyuarat post-mortem.

Pada 10 Mac 2020 Jabatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan telah
menganjurkan satu program kesihatan yang bertemakan gaya hidup sihat menjamin kesihatan .
Program 10km Sparkle Run ini telah diikuti oleh semua warga IPG Tengku Ampuan Afzan.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran remaja dalam
penjagaan kesihatan. Program ini telah dimulakan dengan senamrobik.
Sebelum program tersebut saya telah memastikan kamera berada dalam keadaan yang
baik dan tidak ada sebarang masalah teknikal pada hari tersebut. Pada hari tersebut pula, tugas
saya sebagai AJK fotografi telah bermula dari agenda pertama sekali. Semasa program
dilangsungkan, saya telah menjalankan tugasan untuk merakamkam segala situasi semasa
dalam bentuk foto dan juga video. Dalam setiap slot, rakaman didapatkan agar pihak
dokumentasi akan dapat meyelaraskan penulisan dengan gambar sebagai bahan bukti tugasan
yang dilaksanakan.

Sepanjang menjalankan tugas saya sebagai AJK fotografi saya telah dapat
megenalpasti beberapa kekuatan dan juga kelemahan. Antara kelebihan semasa menjalankan
tugas saya ialah saya telah mendapatkan peralatan penggambaran yang sesuai untuk rakaman
gambar dan video. Bukan itu sahaja, saya telah mempunyai kemahiran asas dalam dalam
menjalankan tugasan rakaman. Seterusnya, saya telah dibantu oleh rakan sekumpulan untuk
berkongsi gambar- gambar dan video yang dirakam sendiri.

Seterusnya, apabila rakan- rakan membantu untuk menghantar video, saya telah
mendapat bahawa video tersebut mempunyai penggambaran dan perakaman video yang agak
kurang kerana tidak mempunyai kemahiran fotografi.. Selain itu, mereka juga tidak dapat
menghantar beberapa video sepenuhnya kerana kecuaian mereka untuk meneliti kapasiti kad
memori yang digunakan.

Sehubungan itu, terdapat juga beberapa cara penambahbaikan untuk mengelakkan


maslalah ini diulangi pada masa hadapan. Antaranya, sebagai AJK fotografi saya perlu
mengagihkan tugasan mengikut tempat- tempat tertentu kepada AJK dibawa saya. Hal ini dapat
melancarkan lagi program sebegini. AJK fotografi juga harus memastikan setiap ajk dibawa
saya mendapatkan peralatan yang berkualiti agar dapat gambar- gambar dan video yang
berkualiti. Tugasan ini telah memberi pengalaman yang baru kepada saya yang belum pernah
jadi AJK fotografi.

Kesimpulanya, saya sangat berharap untuk para remaja dapat meningkatkan lagi taraf
kesihatan hidup masing masing dan juga diharapkan program seperti ini yang mendapatkan
sambutan hangat dari orang ramai pada masa hadapan. Program ini telah banyak memberi
pengajaran dari segi penyedaran tentang kesihatan dan juga pendedahan terhadap
pengendalian tugas secara sempurna walaupun terdapat kelebihan dan juga kelemahan.
Kelebihan tersebut diambil sebagai teladan dan kelemahan diambila sebagai pengajaran dan
akan dibetulkan pada program – program seterusnya.
Disediakan oleh, 11 MAC 2020

……………………………………..
(UMADEVI A/P RAJA GOPAL)
AJK FOTOGRAFI
PROGRAM 10KM ‘SPARKLE RUN’,
IPGK TENGKU AMPUAN AFZAN.

You might also like