You are on page 1of 2

2.1.

1 Teori Bronfenbrener
(pengenalan sikit) (gambar rajah 5 kontruks) dalam kajian ini pengkaji akan memfokuskan kepada …

Secara dasarnya, teori yang boleh dikaitkan dalam kajian ini ialah Teori Perkembangan
Ekologikal yang dikemukakan oleh Bronfenbrenner (1970). Teori ini menerangkan perkaitan
pengaruh persekitaran terhadap perkembangan organisma. Persekitaran ekologikal
manusia menerangkan konteks hubungan persekitaran dengan manusia di mana seseorang
individu itu berinteraksi. Menurut Bronfenbrenner terdapat beberapa sistem yang
mempengaruhi manusia iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan
kronosistem. (cerita secara ringkas apa itu konstruk tersebut)

Dalam konteks kajian ini, mikrosistem adalah yang akan dikupas secara mendalam
kerana ianya adalah melibatkan persekitaran yang berinterasi terus dengan kanak-kanak
(Shahabuddin, Mahani & Ramlah, 2003). Persekitaran fizikal sekolah adalah sebahagian
daripada mikrosistem kerana persekitaran sekolah adalah yang paling dekat dengan murid
dan murid sentiasa menggunakan fasiliti yang disediakan (Bronfenbrenner, 1979).
Bronfenbrenner (2005) menyatakan bahawa kajian yang telah dijalankan adalah kesan
segera persekitaran fizikal yang memfokuskan kepada kewujudan objek yang membolehkan
dan membenarkan jenis-jenis aktiviti tertentu seperti permainan atau bahan bacaan dan
struktur yang menghalang dan mengarahkan pergerakan dan aktiviti. Prinsip persekitaran
membentuk tingkah laku, pemikiran dan perasaan melalui pelbagai cara (Bailey & Wolery,
1992). Hal ini menunjukkan bahawa persekitaran memberi pengaruh kepada perkembangan
kanak-kanak terutamanya kanak-kanak yang berkeperluan khas kerana mereka
memerlukan persekitaran yang optimum untuk membantu perkembangan mereka ke arah
yang lebih positif.

Berdasarkan kajian ini, teori ini dapat dikaitkan dengan ciri bilik darjah dan sekolah,
menunjukkan keadaan di sekolah yang mungkin dianggap sebagai pemboleh atau halangan
(Maciver, et al., 2019). Dalam proses pendidikan inklusif, MBK mungkin memerlukan
penyesuaian persekitaran fizikal, dan ini adalah satu lagi asas kejayaan kepada inklusif
(Apeirons, 2007). Sekolah adalah tempat dimana perasaan kesepunyaan dapat ditingkatkan
apabila menyediakan fasiliti yang pelbagai jenis seperti penyesuaian perabot dan peralatan
lain yang boleh digunakan oleh MBK (North & McKeown, 2005). Menurut Muhammad Faris
et al. (2018), MBK memerlukan kemudahan akses dan bebas penghalang di kawasan
sekolah untuk memudahkan pergerakan dan kemampuan untuk ke destinasi tertentu di
kawasan sekolah. MBK tidak akan merasa rendah diri akibat ketidakupayaan yang dimiliki
kerana mereka mampu berinteraksi dengan persekitaran sama murid-murid tipikal yang lain
apabila fasiliti yang disediakan sesuai dengan tahap keupayaan mereka. Ini menunjukkan
bahawa tiada yang dapat membataskan pergerakan mereka sama ada bergerak atau
melakukan aktiviti. Contohnya, MBK yang menggunakan kerusi roda mampu pergi ke kantin
tanpa dibantu oleh rakannya kerana ramp telah disediakan di kawasan tertentu sepanjang
perjalanannya ke kantin sekolah. Selain itu, kemudahan sekolah yang menyokong MBK
seperti perpustakaan, makmal komputer, bilik muzik dan lain-lain haruslah sama-sama
dapat diakses oleh mereka. Oleh itu, ini jelas terbukti bahawa teori Perkembangan Ekologi
adalah berkait rapat dengan kajian yang akan dijalankan kerana persekitaran mikrosistem
memberi impak kepada perkembangan MBK. Khaidzir, Abdul Rahman & Kulasingam (2017)
menyatakan bahawa persekitaran fizikal sekolah dilihat sebagai “guru ketiga”, diikuti ibu
bapa dan guru kerana kanak-kanak berinteraksi dengan persekitaran fizikalnya.

You might also like