You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SURA

JALAN KENANGA, KAMPUNG SURA,


23000 DUNGUN,
TERENGGANU DARUL IMAN Tel:  09-8662670
Email: TBA1009@moe.edu Faks: 09-8662672

Rujukan kami: SKRP/700-1/1/3 ( )


Tarikh: 13 JANUARI 2019
Ibu bapa,
Kelab Kesusasteraan Melayu,
Sekolah Kebangsaan Sura,
23000 Dungun,
Terengganu.

Tuan,
PENERIMAAN AHLI KELAB KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN
SURA

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak tuan telah diterima menjadi ahli Kelab
Kesusasteraan Melayu, SK Sura dan dikehendaki menghadiri perjumpaan pada setiap hari
Rabu minggu ke-2 dan ke-4 dari jam 2.15 hingga 4.15 petang.

2. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan sekolah telah meluluskan kutipan derma
Persatuan Kesusasteraan Melayu berjumlah RM 2.00 sebulan. Oleh itu, pihak kami
berbesar hati jika anak tuan dapat membuat pembayaran kepada bendahari sama ada
pembayaran mengikut mingguan atau tahunan.

3. Semoga tuan dapat memberikan sokongan demi meningkatkan lagi penglibatan


anak tuan dalam kegiatan kokurikulum dengan penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih.

Rosdey
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

(M. ROSDEY BIN OTHMAN)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sura

You might also like