You are on page 1of 13

004/2013

PAKEJAN MAKLUMAT

ADAT RESAM PERKAHWINAN


MASYARAKAT CINA
Disusun oleh:
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
2013
Senarai Kandungan

1. Pengenalan

2. Sumber Monograf

2.1. Chinese Customs And Taboos


2.2. Siri Kajian Hubungan Etnik : Memahami Masyarakat Cina

3. Sumber Jurnal & Majalah

3.1 Sarawak Gazette


- Some Observations on Chinese Marriage, Family and Changes

3.2 Dewan Masyarakat


- Menanam Pokok pada Hari Perkahwinan

4. Sumber Internet

http://malaysiana.pnm.my

5. Sumber Elektronik

5.1 Utusan Malaysia

- 7 jenis perkahwinan tarikan Pesta Adat


- Dedahkan budaya di peringkat sekolah
- Ekspo Budaya didik pelajar adat perkahwinan kaum-kaum di Malaysia
- Festival perkahwinan pupuk perpaduan
- Perkahwinan-Adat lama kekal gemilang

5.2 Sumber NST Emedia

- Adat perkahwinan etnik Malaysia


- Konsep kahwin 1Malaysia
- Malaysia destinasi perkahwinan
- Pengaruh teko dalam hidangan teh Cina

6. Rujukan
ADAT PERKAHWINAN

Adat Perkahwinan Bangsa di Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang
penuh harmoni. Upacara perkahwinan selalu mendapat perhatian penuh dari semua
golongan di Malaysia. Di sebalik keramaian yang penuh warna warni, upacara ini
melambangkan perpaduan kaum yang mempunyai latarbelakang budaya dan adat
resam yang berbeza.

Adat Perkahwinan Tradisional Masyarakat Melayu

Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa


proses iaitu merisik atau meninjau; upacara peminangan; upacara menghantar tanda;
hantaran belanja; menjemput; upacara nikah; berinai besar; hari persandingan; jemput
menantu.

Merisik

Permulaan proses perkahwinan ialah merisik atau meninjau. Biasanya dilaksanakan


oleh keluarga pihak lelaki, khususnya ibubapa. Setelah teruna dan keluarganya
berkenan dengan gadis yang dipilih , usaha merisik dijalankan untuk mengetahui
samada gadis itu sudah berpunya atau tidak. Hasil daripada merisik ini akan dibuat
rundingan dengan keluarga si teruna. Apabila diketahui sigadis belum berpunya
upacara peminangan diaturkan.

Acara Peminangan

Meminang sigadis hanya dilakukan bila keluarga sigadis menyatakan persetujuannya.


Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya
ketua-ketua adat dan syarak. Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar
tanda. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa upacara peminangan ialah hantaran
belanja, persalinan dan tempoh bertunang. Disesetengah-sesetengah tempat berita
pertunangan itu diberitahu kepada seisi kampong oleh Ketua Kampong di masjid ketika
mengadakan sembahyang Jumaat.

Menghantar Tanda

Semasa upacara menghantar tanda, kebiasaannya sebentuk cincin akan dihantar oleh
pihak teruna untuk disarungkan ke jari tunangannya. Menyampai dan menerima cincin
itu dilakukan dalam majlis di rumah sigadis. Cincin ini disebut sebagai ‘cincin tanda’. Ia
biasanya diiringi juga dengan sebahagian wang hantaran belanja. Tarikh perkahwinan
juga dibincangkan bersama.
Hantaran belanja

1
Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar belanja dijalankan. Kedua-dua belah
pihak diketuai oleh Ketua Kampong atau Ketua Syarak. Wang hantaran itu biasanya
diiringi dengan persalinan untuk sigadis. Ia digubah dalam berbagai bentuk atau
dibungkus dalam kain sahaja mengikut adat daerah masing-masing. Iringan yang lain
termasuk bunga rampai; sirih junjung atau tepak sireh sahaja; pahar telor merah dan
nasi semangat; alat solek; buah-buah atau lain-lain.

Menjemput

Waris bakal pengantin ( ayah atau ibu, atau orang yang wajib dan diwakilkan) akan
berkunjung ke rumah orang tua-tua di kampong itu untuk membritahu tentang hari
perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sireh dan terus menjemput dan
meminta sanak saudara serta sahabat handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan
majlis itu. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.

Upacara Nikah

Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding. Imam
mewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Dalam upacara ini juga disahkan hantaran
dan lain-lain. Mas kahwin disebut samada hutang atau tunai. Mas kahwin akan
diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya. Dari saat ini sahlah
mereka menjadi suami isteri.

Berinai Besar

Kedua pengantin memakai pakaian pengantin. Pengantin lelaki datang ke rumah


pengantin perempuan dengan iringan arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh
pengantin lelaki yang duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan
upacara itu. Pengantin perempuan akan mengambil tempat selepas pengantin lelaki.

Majlis persandingan

Dihari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin


perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan
selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah
pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar
terlebih dahulu.

Jemput menantu

Majlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki.
Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada
hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan.

2
Perkahwinan Masyarakat Cina

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut


tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan
sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu
mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak
manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan.
Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah.
Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat
daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias
dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau
kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-
warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.
Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada
masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama.
Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin
akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara
bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing.
Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada
isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan
meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga,
upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi
masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri.
Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam
keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada
saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum
teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.
Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu
jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah,
dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai
hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan
cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir
sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua
pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.
Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi
sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan
perkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.

Perkahwinan Masyarakat India

Di Malaysia majlis perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pendanda. Pedanda


memulakan upacara perkahwinan dengan sembahyang memohon restu kepada Tuhan
supaya perkahwinan berjalan lancar tanpa apa-apa halangan. Dulang berisi atchatai
dibawa kepada hadirin. Atchatai ialah beras yang dicampur kunyit serta bunga yang
ditaburkan diatasnya.

3
Beras ini digunakan untuk merestui pengantin sewaktu upacara mengikat thali
berlangsung. Pedanda akan menyerahkan thaali kepada pengantin lelaki. Sebaik
sahaja diarahkan oleh pedanda, pengantin lelaki akan mengikat thaali pada leher
pengantin perempuan. Thaali hendaklah menyentuh dada dan benang suci akan
disimpul sebanyak tiga kali.
Sewaktu upacara ini berlangsung atchatai akan ditaburkan ke atas pengantin sebagai
tanda restu. Seterusnya pengantin akan bertukar kalungan bunga yang dipakai
sebanyak tiga kali. Selepas itu pengantin lelaki akan memegang tangan pengantin
perempuan dan mengelilingi api sebanyak tiga kali.

Perkahwinan Cina Peranakan

Orang-orang Cina peranakan adalah orang Malaysia yang dilahirkan di Negeri-negeri


Selat iaitu negeri Melaka, Singapura dan Pulau Pinang. Ahli wanitanya dipanggil
nyonya dan ahli lelaki dipanggil Baba. Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu boleh
di dapati di dalam perkahwinan mereka iaitu dari tepak sireh yang melambangkan
kesucian wanita yang akan berkahwin itu.
Adat lain termasuk ‘mas kahwin’ diserahkan kepada ibu bapa gadis itu kerana kesucian
gadis itu. Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah, penggunaan bunga rampai
dan pembakaran setanggi. Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria dan
pancaragam serunai Cina. Upacara berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya
manakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua belas sahaja.

Perkahwinan Orang Asli

Perkahwinan orang asli (Puak Mahmeri) mempunyai banyak persamaan dengan


perkahwinan masyarakat Melayu seperti adat merisik, menghantar tanda dan
meminang. Sehari sebelum hari perkahwinan beberapa istiadat akan diadakan seperti
istiadat menepung tawar/menghalau hantu syaitan; istiadat mengasah gigi/
mengandam; membuang sial; menggantung kelambu dan berinai. Semasa majlis
perkahwinan berlangsung, beberapa adat istiadat diadakan sempena majlis tersebut
iaitu menjulang pengantin; pertarungan pencak silat; mengelilingi busut; membasuh
kaki; nasi dalam/ sirih perancang dan mandi bunga gomba.

Perkahwinan Masyarakat Iban

Istiadat perkahwinan orang Iban adalah sungguh meriah. Pengantin perempuan akan
dipakaikan dengan pakaian yang indah dan berbagai bentuk perhiasan. Dia akan diarak
ke rumah pengantin lelaki dengan iringan pukulan alat-alat muzik yang kuat. Mereka
percaya bahawa bunyian alat muzik yang kuat akan menghalang alamat-alamat yang
tidak baik. Pada malam pengantin, mereka akan masuk tidur awal bagi mengelakkan
dari mendengar alamat-alamat yang tidak baik.
Di rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan harus bangun pagi untuk menumbuk
padi kerana ibu mertuanya akan memastikan tiada beras untuk dimasak. Selepas tiga
hari mereka akan tinggal dirumah pengantin perempuan pula selama tiga hari juga.
Pengantin lelaki akan ditugaskan untuk mencari kayu api.

4
Perkahwinan Masyarakat Murut

Perkahwinan orang Murut adalah seawal umur 15 hingga 18 tahun bagi si teruna dan
13 tahun bagi si gadis. Mas kahwin yang biasa dipohon oleh ibu bapa si gadis orang
Murut adalah 2 ekor kerbau; 1 tajau sejenis “tilauan; 1 tajau jenis minukul; 1 tajau jenis
belaying, 1 tajau jenis “manila 1 buah gong dan 1 sumpitan. Istiadat perkahwinan akan
dijalankan selama lima hari berturut-turut, tiga hari di rumah pihak perempuan dan dua
hari di rumah pihak lelaki. Dalam masa tiga hari tetamu akan bersukaria sambil makan
dan meminum air tuak. Pertandingan meminum tuak secara persahabatan juga
diadakan.
Sumber: Kementerian Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan

Perkahwinan Masyarakat Portugis (Serani)

Pada zaman dahulu perkahwinan orang portugis diadakan pada hari Selasa. Di hari
tersebut pengantin perempuan akan memakai kebaya laboh (cabaia) dan kain sarung
sutera berwarna putih (saia) beserta kasut yang bermanik. Rambutnya didandan
dengan cucuk sanggul dan permata tiruan. Sebelum ke gereja dia mencium tangan ibu
dan ayahnya serta seluruh keluarga. Upacara ini dinamakan “large Noiba?.
Pengantin lelaki pula memakai suit hitam, baju dan bow berwarna putih berserta topi
tinggi yang diikat pita hitam. Pengantin lelaki harus tiba terlebih dahulu di gereja dan
menunggu pengantin perempuan. Upacara perkahwinan ini dilangsungkan di gereja.
Selepas upacara perkahwinan, kedua-dua mempelai ini akan melawat orang-orang
yang telah menolong menjayakan perkahwinan mereka untuk mengucapkan terima
kasih. Adat ini dinamakan “noiba missa I gereja.

Sumber : pmr.penerangan.gov.my
Tarikh Akses : 11 Mac 2013

5
RUJUKAN

Adat Perkahwinan,. [Online].


Available:http://pmr.penerangan.gov.my (11 Mac
2013)

Ann Wan Seng,.


Chinese Customs And Taboos. Selangor : Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995.

Dani Ahmad,.
Siri Kajian Hubungan Etnik : Memahami Masyarakat
Cina. Selangor :PUSTAKA KELISA., 2010.

Eu How Chii,.
Some Observations on Chinese Marriage, Family and
Changes. Sarawak Gazette:22-24;December 1995.

Aliah Abdul Rahim,.


Menanam Pokok pada Hari Perkahwinan .Dewan
Masyarakat:44-45;Jun 2000.

Adat Resam Perkahwinan Cina,.


Available: http://malaysiana.pnm.my (11 Mac 2013)

Adat Resam Perkahwinan Cina,.


Available: http://.utusan.com.my (25 Februari 2013)

Adat Resam Perkahwinan Cina,.


Available: http://emedia.com.my (25 Februari 2013)

You might also like