You are on page 1of 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg Datin Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor, YBhg Datin Naib Pengerusi, Datin/Puan² Isteri
Ketua Jabatan, Puan² Pengerusi Daerah, Puan² AJK/BIRO yang dihormati,

Laporan Aktiviti PERKEP Daerah Serdang

1⃣ Aktiviti :

1.1. Program Santai Rombongan PERKEP IPD Serdang seramai (26) orang ke ASTRO, All Asia
Broadcast Centre, Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil, Technology Park Malaysia, 57000 Kuala
Lumpur sebagai penonton salah satu rancangan paling popular negara iaitu MELETOP

2⃣ Tarikh/Masa :

05hb Mac 2019 (Selasa) @ 0730hrs hingga 2200hrs.

3⃣ Tempat :

3.1 ASTRO, All Asia Broadcast Centre, Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil, Technology Park
Malaysia, 57000 Kuala Lumpur

4⃣ Kehadiran:

4.1 Puan Hamizun bt Hamid, Biro Rumahtangga

4.2 Puan Dayang Rohana bt Awang Saruji, Biro Kebudayaan

4.3 Puan Arna bt Mohamad, BP Puchong Jaya

4.3 (12) AJK PERKEP Daerah Serdang

4.4 (11) Ahli-ahli PERKEP Daerah Serdang

5⃣ Matlamat :

5.1 Memberi pendedahan kepada Ahli PERKEP IPD Serdang secara am mengenai bidang penyiaran
yang dikendalikan oleh pihak ASTRO

5.2 Rombongan PERKEP IPD Serdang telah diberi peluang oleh pihak ASTRO untuk menjadi penonton
Rancangan Siaran Langsung terkenal Meletop dan sedikit sebanyak pendedahan cara Pihak
Penyiaran Perkhidmatan televisyen dan radio bersatelit berbayar Pertama Negara itu mengendalikan
rancangan tersebut.
5.3 Rombongan PERKEP IPD Serdang juga berpeluang secara santai melihat set operasi studio
rakaman ASTRO yang menghimpunkan ramai artis terkenal negara itu.

6⃣ Ulasan :

Lawatan kerja PERKEP IPD Serdang ke ASTRO adalah pengalaman yang sangat menarik di bidang
penyiaran dan telah berjalan dengan lancar.

Sekian terima kasih.

Daripada :

Puan Shuraizi bt Hj Itam

Pengerusi PERKEP IPD Serdang

Attachment Gambar-gambar sepanjang aktiviti PERKEP ke ASTRO 5.3.2019

You might also like