You are on page 1of 1

Latihan Pengukuhan RBT

1. Terangkan definisi masalah bukan inventif dan masalah inventif.

2. Maklumat berikut adalah dua jenis masalah


Masalah Bukan Inventif Masalah Inventif

Berdasarkan pada pernyataan di bawah, nyatakan jenis masalah .


(a) Razak memasang lampu tambahan di ruang dapur rumahnya kerana pencerahan yang
kurang namun bil elektrik didapati bertambah.
Jawapan: ____________________
(b) Salmah membeli sebuah almari buku untuk meletakkan buku yang terlalu banyak .
Jawapan:_______________________
( c) Semenjak jambatan baharu dibina di kampung itu penduduk semakin mudah
menyeberangi Sungai Kapas.
Jawapan:____________________________
(d) Pak Hasan membaiki dan mengganti kaki meja menggunakan kayu jati tetapi dia agak
sukar mengangkat meja tersebut kerana berat.
Jawapan:______________________

3. Lengkapkan jadual penerangan fasa penyelesaian masalah inventif


Fasa Penerangan
Analisis punca
masalah
Model masalah
Kaedah
Penyelesaian
Model penyelesaian

4. Terangkan langkah-langkah bagi proses penyelesaian masalah bukan inventif

You might also like