You are on page 1of 33

PANDUAN PEMBELAJARAN

MPU2412
Kokurikulum

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

PANDUAN
PEMBELAJARAN
MPU2412 Kokurikulum
Garis Panduan Kokurikulum

Disediakan oleh: Md Arshad Sabdin

Penyederhana: Rosinah Mahmood


Open University Malaysia

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Ogos 2017


Hak cipta © Open University Malaysia (OUM), Ogos 2017, MPU2412
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-
mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Hak Cipta
1 © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

Hak Cipta © 2
Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia


menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan
negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara masyarakat
yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Hak Cipta
3 © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

Visi

Menjadi peneraju dalam pembelajaran fleksibel.

Misi
Memperluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan membuka peluang
pembelajaran sepanjang hayat melalui penggunaan teknologi, kaedah
pembelajaran yang fleksibel dan persekitaran pembelajaran yang kondusif
dengan kos yang kompetitif dan berpatutan.

Hak Cipta © 4
Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

Isi Kandungan
Pengenalan Panduan Pembelajaran .......................................................... 7

Definisi Istilah............................................................................................... 8

Bahagian Satu: Pengenalan Kursus Kelompok U4: Keterlibatan ......... 9


Komuniti dalam Kokurikulum
1.1 Skop dan Objektif Umum Penawaran ...................... 9
1.2 Sinopsis ................................................................... 9
1.3 Hasil Pembelajaran Kursus...................................... 9
1.4 Tempoh Kursus Kokurikulum ................................. 10
1.5 Peranan dan Tanggungjawab Pelajar.................... 10
1.6 Cara Menjalankan Projek....................................... 13
1.7 Agihan Pemarkahan untuk Projek ......................... 16
1.8 Kandungan Kursus Keterlibatan Komuniti dalam . 16
Kokurikulum
Rujukan Utama ............................................................... 18
Rujukan Tambahan ........................................................ 18

Bahagian Dua: Kandungan Kertas Cadangan Projek Keterlibatan ... 19


Komuniti dalam Kokurikulum
2.1 Penyediaan Kertas Cadangan ............................... 19
2.1.1 Pengenalan/Latar Belakang Projek .............. 19
2.1.2 Objektif Projek .............................................. 19
2.1.3 Cadangan Logistik ........................................ 20
2.1.4 Anggaran Perbelanjaan dan Implikasi ......... 20
Kewangan
2.2 Program Tentatif .................................................... 20
2.3 Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksanaan .............. 20
2.4 Golongan dan Bilangan Sasaran ........................... 21
2.5 Kriteria Panduan Merancang Projek Kokurikulum . 22
2.5.1 Penjimatan Kos (Low Cost) .......................... 22
2.5.2 Pelaksanaan yang Cekap/Pantas ................. 22
(Rapid Execution)

Hak Cipta
5 © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

2.5.3 Melibatkan Pelbagai Agensi (Cross ............. 23


Agencies)
2.5.4 Kelestarian (Sustainability) ........................... 23
2.5.5 Kreativiti (Creativity) ..................................... 23

Bahagian Tiga: Hasil dan Penyediaan Laporan Akhir Projek ............. 25


3.1 Laporan Hasil Akhir Projek .................................... 25
3.2 Rakaman Video Perjalanan Aktiviti ....................... 25
3.3 Jurnal Refleksi Projek Kokurikulum ....................... 26
3.3.1 Tujuan Jurnal Refleksi .................................. 26
3.3.2 Panduan Menyediakan Jurnal Refleksi ........ 26

Lampiran Jenis Kokurikulum .......................................................... 28

Hak Cipta © 6
Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

PENGENALAN PANDUAN PEMBELAJARAN


Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak
kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, aktiviti
kokurikulum memberi peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh
dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dipelajari
dalam institusi formal.

Gerak kerja kokurikulum dikelompokkan kepada tiga kumpulan, iaitu Unit


Beruniform, Persatuan atau Kelab, dan Sukan dan Permainan (lihat Lampiran).

Panduan Pembelajaran ini adalah untuk kursus Open University Malaysia


MPU2412 Kokurikulum. Buku Panduan ini terdiri daripada TIGA bahagian,
seperti yang berikut:

Bahagian Satu merupakan Pengenalan Kursus yang memberikan anda


gambaran keseluruhan kursus. Bahagian ini meliputi sinopsis, objektif, hasil
pembelajaran, beban kursus dan beberapa senarai rujukan utama yang
anda perlu baca bagi tujuan kursus ini. Selain itu, anda digalakkan untuk
memasuki myINSPIRE untuk menyemak tugasan dan format serta agihan
penilaiannya.

Turut dinyatakan tentang gambaran, jadual kajian mingguan yang disyorkan


untuk membimbing proses pembelajaran anda dan penerangan ringkas
mengenai pelbagai elemen dalam bahagian ini. Terdapat juga senarai topik
yang akan dibincangkan. Setiap topik, anda diberi gambaran topik dan
penyenaraian bidang tumpuan. Bagi mengukuhkan pembelajaran anda,
ringkasan kandungan utama turut dinyatakan.

Bahagian Dua pula terdiri daripada Kandungan Kertas Cadangan Projek.


Antara yang maklumat yang dinyatakan merupakan penyediaan kertas
cadangan, program tentatif dan senarai ahli jawatankuasa pelaksanaan.

Bahagian Tiga seterusnya berkenaan Hasil Akhir Projek. Anda turut


didedahkan mengenai penyediaan laporan akhir projek dan Jurnal Refleksi.

Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kepada semua pelajar OUM yang terlibat
dalam pelaksanaan kursus ini untuk membaca, memahami dan menghayati
secara terperinci keseluruhan isi kandungan buku panduan ini.

Hak Cipta
7 © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

DEFINISI ISTILAH
HPK : Domain Hasil Pembelajaran

Kerja : Kerja berkumpulan dengan rakan sekuliah, jiran, komuniti


Berkumpulan sekeliling, kelab, dan lain-lain.

KKM : Kerangka Kelayakan Malaysia

Kokurikulum : Merujuk kepada semua komponen kokurikulum yang


terdiri daripada unit beruniform, sukan/permainan dan
kelab/persatuan dan permainan tradisional.

Komuniti : Merujuk kepada ahli kelab/persatuan yang terdapat di


sektor swasta/kerajaan dalam sesuatu institusi
kemasyarakatan.

Open : Merujuk kepada universiti yang mengendalikan Program


University Diploma Pengajian.
Malaysia
(OUM)

Pelajar : Merujuk kepada pelajar Diploma Pengajian di OUM yang


sedang mengikuti kursus kokurikulum.

Pentadbir : Merujuk kepada pengetua, guru besar sekolah rendah/


Sekolah/ menengah, pengurus/pentadbir badan swasta atau
Institusi kerajaan dan ketua pemimpin institusi kemasyarakatan.

Hak Cipta © 8
Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

BAHAGIAN SATU:
PENGENALAN KURSUS KELOMPOK U4:
KETERLIBATAN KOMUNITI DALAM KOKURIKULUM
1.1 SKOP DAN OBJEKTIF UMUM PENAWARAN

Kursus dalam Kelompok U4 ini wajib diambil dan lulus oleh pelajar
warganegara dan bukan warganegara. Objektif umum penawaran kursus ini
adalah untuk melahirkan pelajar yang berupaya mengaplikasikan kemahiran
insaniah.

1.2 SINOPSIS

Kursus ini membincangkan konsep projek keterlibatan komuniti, penyediaan


kertas cadangan dan ciri-ciri projek yang berkesan. Tujuan kursus ini
merupakan memberikan kefahaman dan penghayatan dalam melaksanakan
projek keterlibatan komuniti.

Pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan dalam bentuk dalam talian


berasaskan pengalaman melalui aktiviti berkomuniti dan semangat
kesukarelaan. Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan
nilai, etika, kepimpinan dan kerja berkumpulan serta tanggungjawab sosial.

1.3 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Pada akhir pembelajaran kursus ini, anda seharusnya dapat:

(a) Menghasilkan Kertas Cadangan Projek Keterlibatan Komuniti dalam


Kokurikulum yang berimpak sosial;

(b) Mempamerkan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan; dan

(c) Mempamerkan tanggungjawab sosial dalam pelaksanaan projek


melalui aktiviti pendidikan kokurikulum.

Hak Cipta
9 © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

1.4 TEMPOH PROJEK KOKURIKULUM

Pelajar perlu melengkapkan 80 jam pembelajaran untuk memenuhi


keperluan kursus ini, termasuk perkara berikut (rujuk Jadual 1):

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Perkara Cadangan Jumlah Jam


Pemahaman kandungan kursus dan 10
perbincangan awal
Penyediaan dan penulisan laporan 10
Projek kokurikulum 30
Pelaksanaan projek dan menyiapkan laporan 30
JUMLAH 80
Nota: Pelajar dalam kursus ini wajib melaksanakan pembelajaran selama 80 jam

1.5 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PELAJAR

Peranan dan tanggungjawab pelajar adalah seperti yang berikut:

(a) Menghadiri taklimat pengenalan projek seperti yang ditetapkan oleh


pihak universiti;

(b) Berusaha untuk memahami dan menghayati objektif Kursus


Keterlibatan Komuniti dalam Kokurikulum serta membuat bacaan
tambahan berdasarkan topik (lihat Jadual 2). Pelajar boleh membaca
bahan rujukan seperti yang tersenarai dalam muka surat 18;

Jadual 2: Panduan Topik dan Subtopik dalam Kokurikulum

Topik dan Subtopik


Topik 1 Pengenalan Kokurikulum
1.1 Pengenalan
1.1.1 Konsep Kokurikulum
1.1.2 Falsafah Kokurikulum
1.1.3 Matlamat Kokurikulum
1.1.4 Objektif Kokurikulum
1.2 Strategi Pelaksanaan Kokurikulum
1.3 Sejarah Perkembangan Kokurikulum
1.4 Fungsi Aktiviti dan Impaknya

Hak Cipta © 10
Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

Topik 2 Kokurikulum dan Perundangan


2.1 Pengenalan
2.2 Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan Kokurikulum
2.3 Beberapa Perkara berkaitan Undang-undang dalam Laporan
Jawatankuasa Kabinet mengenai Aktiviti Kokurikulum
2.4 Strategi Pelaksanaan Kokurikulum
2.5 Pelaksanaan Kokurikulum
Topik 3 Pengurusan Kokurikulum
3.1 Pengenalan
3.2 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum
3.2.1 Pelaksanaan Kokurikulum
3.2.2 Prinsip Pelaksanaan Kokurikulum
3.3 Jenis Kokurikulum
3.3.1 Pasukan Pakaian Beruniform
3.3.2 Persatuan atau Kelab
3.3.3 Persatuan Akademik
3.3.4 Kelab Hobi dan Rekreasi
3.3.5 Kelab Sukan dan Permainan/Permainan Tradisional
3.4 Fungsi Aktiviti Kokurikulum
3.4.1 Pengukuhan dan Pengayaan
3.4.2 Khidmat Masyarakat
3.4.3 Hobi dan Rekreasi
3.4.4 Kokurikulum sebagai Kerjaya
3.4.5 Perkembangan Diri Individu
3.5 Ciri-ciri Pelajar yang Dihasratkan melalui Aktiviti Kokurikulum
Topik 4 Perancangan Aktiviti Kokurikulum
4.1 Perancangan Perlaksanaan
4.2 4.2.1 Cadangan: Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Khusus
4.2.2 Pelan Tindakan
4.2.3 Penilaian
Topik 5 Aspek Kepegawaian dan Kejurulatihan dalam Kokurikulum
5.1 Pengenalan
5.2 Bidang Kepegawaian dan Kejurulatihan
5.2.1 Kepegawaian
5.2.2 Kejurulatihan
5.3 Permainan Tradisional dan Sukan Ragam
5.3.1 Permainan Tradisional

Hak Cipta
11 © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

5.3.2 Tujuan Pertandingan Permainan Tradisional


5.3.3 Pengurusan Pengelolaan Permainan Tradisional
5.3.4 Jenis Permainan Tradisional
5.3.5 Kategori Permainan
5.3.6 Sistem Undian dalam Permainan Tradisional
5.3.7 Contoh Permainan Tradisional
5.4 Sukan Ragam
5.4.1 Konsep dan Definisi Sukan Ragam
5.4.2 Faedah Sukan Ragam
5.4.3 Pengurusan dan Pengelolaan Sukan Ragam
5.4.4 Prinsip Pengelolaan
5.4.5 Langkah-langkah Pengelolaan Sukan Ragam
5.4.6 Contoh Pengelolaan Kejohanan/Pertandingan Sukan Ragam
Topik 6 Kemahiran Insaniah dalam Kokurikulum
6.1 Pengenalan
6.2 Kemahiran Insaniah
6.2.1 Kemahiran Komunikasi
6.2.2 Kemahiran Kerja Berpasukan
6.2.3 Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat
6.2.4 Kemahiran Kepimpinan
6.2.5 Kemahiran Berfikir
6.2.6 Kemahiran Keusahawanan
6.2.7 Etika dan Nilai Profesionalisme
Topik 7 Penilaian Aktiviti Kokurikulum
7.1 Rasional
7.2 Panduan Penilaian Kokurikulum
7.3 Carta Aliran
7.4 Perincian Penilaian
7.5 Gred Pemarkahan
Topik 8 Khidmat Masyarakat melalui Kegiatan Kokurikulum
8.1 Pengenalan
8.2 Matlamat Khidmat Masyarakat
8.3 Tumpuan Projek Khidmat Masyarakat
8.4 Proses Pelaksanaan Projek Masyarakat
8.5 Perancangan
8.6 Pelaksanaan
8.7 Refleksi
8.8 Implikasi Khidmat Masyarakat terhadap Individu

Hak Cipta © 12
Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

(c) Pelajar perlu mempamerkan tanggungjawab sosial dalam pelaksanaan


projek yang menekankan atribut keyakinan diri, saling menghormati,
komunikasi sosial, dan kesedaran kendiri;

(d) Mewujudkan hubungan yang baik dengan pemimpin, ahli


kelab/persatuan dan juga komuniti yang terlibat;

(e) Mematuhi dan mengamalkan etika seorang pelajar universiti;

(f) Wajib menepati masa semasa menjalankan sebarang projek yang


melibatkan komuniti setempat;

(g) Membuat perancangan projek yang lengkap sebelum melaksanakan


projek;

(h) Menghantar setiap laporan projek mengikut aktiviti yang ditetapkan


secara dalam talian; dan

(i) Berkomunikasi dan mengadakan hubungan yang baik dengan pihak


pemimpin dan pentadbir komuniti.

1.6 CARA MENJALANKAN PROJEK

Langkah pelaksanaan projek ini adalah seperti yang berikut:

(a) Pelajar perlu berbincang dan melaksanakan projek dalam kumpulan


yang tidak melebihi lima orang bagi menghasilkan kertas cadangan.
Kumpulan anda boleh terdiri daripada rakan sekuliah/komuniti/
masyarakat/sekeliling, rakan di satu tempat bekerja;

(b) Laporan akhir perlu dibuat pada hujung semester;

(c) Setiap kumpulan perlu memilih hanya SATU aktiviti sahaja daripada
mana-mana komponen kokurikulum (Unit Beruniform, Persatuan/
Kelab atau Sukan/Permainan/Permainan Tradisional);

Hak Cipta
13 © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

Rajah 1: Lari berhalangan oleh Unit Beruniform


Sumber: http://4.bp.blogspot.com

Rajah 2: Persatuan Matematik


Sumber: http://myputrajayanews.com

Hak Cipta © 14
Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

Rajah 3: Kelab Inovasi


Sumber: http://www.smart.edu.my

Rajah 4: Rakit redah jeram (white water rafting)


Sumber: https://lh4.googleusercontent.com

(d) Hanya SATU laporan akhir saja perlu diserahkan kepada pihak
universiti pada akhir kursus secara individu;

(e) Walaupun projek dilaksanakan secara berkumpulan oleh setiap


individu penghantaran laporan projek wajib dihantar secara dalam
talian;

Hak Cipta
15 © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

(f) Setiap kumpulan dikehendaki mencari, mengurus serta menetapkan


sendiri kumpulan sasaran atau komuniti bagi projek ini;

(g) Segala bentuk perhubungan dengan komuniti yang dipilih mestilah


dijalankan secara berhemah dan mematuhi etika dan nilai sesuatu
komuniti yang dipilih serta sentiasa menjaga nama baik universiti.

(h) Jurnal Refleksi individu boleh dijalankan sebelum dan/atau selepas


projek/aktiviti dilaksanakan;

1.7 AGIHAN PEMARKAHAN UNTUK PROJEK

Jadual 3 menyenaraikan komponen penilaian bagi agihan pemarkahan


untuk projek.

Jadual 3: Komponen Penilaian dan Agihan Pemarkahan untuk Projek

Bil. Komponen Penilaian Markah (%)


1 Penghasilan Perancangan dan Perlaksanaan Projek 40
2 Audio-visual 30
3 Jurnal Refleksi 30
Jumlah 100

1.8 KANDUNGAN KURSUS KETERLIBATAN KOMUNITI DALAM


KOKURIKULUM

Pelajar perlu mematuhi semua panduan maksud Keterlibatan Komuniti


dalam Kokurikulum dan seterusnya menjalankan projek seperti yang
diharapkan mengikut keperluan Institut Pengajian Tinggi (lihat Jadual 4).

Jadual 4: Aktiviti Keterlibatan Komuniti dalam Kokurikulum Berdasarkan Minggu

Minggu Aktiviti
1 Pengenalan Kursus Keterlibatan Komuniti
Pelajar akan mempelajari perkara berikut pada minggu pertama:
(a) Pensyarah menjelaskan konsep projek keterlibatan komuniti;
(b) Kesediaan sebagai sukarelawan;

(c) Konsep keterlibatan komuniti;

(d) Kepentingan keterlibatan komuniti;
(e) Fungsi individu dan kumpulan dalam keterlibatan komuniti; dan
(f) Kumpulan sasaran (pelaksana dan penerima manfaat).

Hak Cipta © 16
Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

2 hingga 4 Penyediaan Kertas Cadangan Projek Keterlibatan Komuniti


dalam Kokurikulum
Maklumat Kertas cadangan projek adalah seperti yang berikut:
(a) Pengenalan/latar belakang program.
(b) Objektif program.
(c) Cadangan tempat/masa/tarikh.
(d) Anggaran perbelanjaan/implikasi kewangan program tentatif.
(e) Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana Projek
(i) Carta Gantt; dan
(ii) Golongan dan bilangan sasaran.
(f) Pelajar membuat tinjauan awal dan penambahbaikan kertas
cadangan projek berdasarkan kriteria berikut:
(i) Penjimatan kos;
(ii) Pelaksanaan yang cekap/pantas;
(iii) Penglibatan pelbagai agensi;
(iv) Kelestarian;
(v) Kreativiti; dan
(vi) Memberi kesan.
(g) Melaksanakan projek berdasarkan hasil analisis tinjauan
dan penambahbaikan.
5 hingga 11 Melaksanakan projek akhir yang telah dirancang dan
menyediakan laporan.
Pelajar juga perlu menghasilkan laporan dalam bentuk video yang
perlu mengandungi aktiviti (proses mesyuarat/perbincangan/
rundingan/perancangan dengan pihak yang terlibat dari awal
sehingga pelaksanaan aktiviti komuniti). Aktiviti perlu
mempamerkan nilai murni dan sikap positif semasa memberi
khidmat dalam pelbagai situasi.
12 hingga 14 Menyediakan Jurnal Refleksi dan laporan akhir.
15 hingga 17 Menghantar laporan atau bahan projek seperti yang dikehendaki oleh
pihak universiti.

Hak Cipta
17 © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

Rajah 5: Ikhtiar hidup orang dewasa


Sumber: http://smp.townplan.gov.my

RUJUKAN UTAMA

Hamid Awang et al. (2012). Pengurusan kokurikulum: Sekolah rendah dan


menengah. Tanjong Malim, Malaysia. Emeritus

Maganlal, S. M. (2016). Co curricular activities in school. Saarbrüken,


Jerman: LAP Lambert Academic.

Mehmood, T., & Rabbia Azam. (2016). Co-curricular activities and


personality development: Explaining the relationship of co-curricular
activities with personality development. Saarbrüken, Jerman: LAP
Lambert Academic.

RUJUKAN TAMBAHAN

Berbada, Y., & Panigrahi, M. R. (2014). Implementation of co-curricular activities


in secondary school. Saarbrüken, Jerman: LAP Lambert Academic.

Roszahna Roslan. (2012). Kepentingan aktiviti kokurikulum. Petaling Jaya,


Malaysia. OSC Publication & Marketing.

Hak Cipta © 18
Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

BAHAGIAN DUA:
KANDUNGAN KERTAS CADANGAN PROJEK
KETERLIBATAN KOMUNITI DALAM KOKURIKULUM
Bahagian ini akan menerangkan kertas cadangan projek.

2.1 PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN

Secara berkumpulan bersama kumpulan rakan pengajian komuniti atau


rakan tempat kerja (tidak melebihi lima orang) satu kumpulan. Laporan akhir
perlu dihantar secara individu dalam talian. Pelajar perlu memberi perhatian
terhadap perkara berikut semasa menyediakan kertas cadangan awal
projek:

2.1.1 Pengenalan/Latar Belakang Projek

Pelajar perlu memasukkan maklumat berikut dalam bahagian pengenalan/


latar belakang projek:

(a) Mengaitkan dengan Keterlibatan Komuniti dalam Kokurikulum;

(b) Menyatakan jenis aktiviti unit Kokurikulum yang menjadi fokus;

(c) Latar belakang komuniti yang menjadi sasaran; dan

(d) Kepentingan projek yang akan dijalankan.

2.1.2 Objektif Projek

Objektif projek perlu merangkumi perkara berikut:

(a) Spesifik;

(b) Boleh diuruskan;

(c) Boleh dicapai; dan

(d) Boleh dilaksanakan seperti yang dirancangkan.

Hak Cipta
19 © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

2.1.3 Cadangan Logistik

Pelajar perlu menyatakan maklumat berikut:

(a) Tempat projek dijalankan;

(b) Nama kelab/persatuan/komuniti yang terlibat; dan

(c) Jangka masa tentatif projek.

2.1.4 Anggaran Perbelanjaan dan Implikasi Kewangan

Anggaran bagi perbelanjaan dan implikasi kewangan perlu dinyatakan oleh


pelajar:

(a) Anggaran perbelanjaan yang akan digunakan: Sebelum, semasa dan


selepas;

(b) Sumber kewangan; dan

(c) Agihan anggaran perbelanjaan.

2.2 PROGRAM TENTATIF

Pelajar perlu menyediakan program tentatif bagi memastikan kelancaran


projek dari awal hingga akhir dari segi:

(a) Bulanan;

(b) Mingguan; dan

(c) Harian.

2.3 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN

Senarai ahli jawatankuasa pelaksanaan yang terlibat:

(a) Pengarah Projek Setiausaha;

(b) Bendahari AJK Kecil;

(c) Teknikal;

(d) Peralatan;

(e) Promosi; dan

(f) Jawatan lain yang berkaitan.

Hak Cipta © 20
Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

2.4 GOLONGAN DAN BILANGAN SASARAN

Seterusnya pelajar perlu memberikan maklumat berikut:

(a) Golongan sasaran (contohnya, Unit Beruniform, Kelab Rekreasi dan


permainan tradisional);

(b) Nama kelab/persatuan komuniti;

(c) Peringkat umur peserta; dan

(d) Bilangan peserta yang terlibat.

Rajah 6: Latihan bantu mula oleh Unit Beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah
Sumber: http://1.bp.blogspot.com

Hak Cipta
21 © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

Rajah 7: Memanah
Sumber: http://www.kck.usm.my

2.5 KRITERIA PANDUAN MERANCANG PROJEK KOKURIKULUM

Penyediaan kertas cadangan perlulah berdasarkan kriteria berikut sebagai


panduan pelajar:

2.5.1 Penjimatan Kos (Low Cost)

(a) Tidak membebankan pelajar;

(b) Pelajar digalakkan mencari penyumbang untuk menjalankan projek,


jika perlu;

(c) Mengelakkan pembaziran dan meminimumkan perbelanjaan; dan

(d) Menggunakan kemudahan yang sedia ada.

2.5.2 Pelaksanaan yang Cekap/Pantas (Rapid Execution)

Pelaksanaan yang cekap/pantas boleh dicapai melalui cara berikut:

(a) Memastikan projek dijalankan secara cekap dan berkesan;

(b) Mesti dijalankan dalam masa yang diperuntukkan (30 jam) supaya
masalah penangguhan dapat dielakkan; dan

(c) Pelaksanaan mesti mengikut jadual yang dirancang.

Hak Cipta © 22
Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

2.5.3 Melibatkan Pelbagai Agensi (Cross Agencies)

Projek yang dijalankan perlu melibatkan pelbagai agensi seperti yang berikut:

(a) Rukun Tetangga;

(b) Kelab/Persatuan Belia;

(c) Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO − Non-Governmental Organisation);

(d) Kementerian Belia dan Sukan; dan

(e) Lain-lain yang terlibat dengan komuniti setempat.

Rajah 8: Kelab Rekreasi


Sumber: http://m.utusan.com.my

2.5.4 Kelestarian (Sustainability)

Memastikan kelestarian dapat dicapai.

2.5.5 Kreativiti (Creativity)

Kreativiti pelajar dalam semua aspek berikut:

(a) Perancangan;

(b) Pelaksanaan;

(c) Penglibatan komuniti;

Hak Cipta
23 © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

(d) Pelaksanaan aktiviti projek;

(e) Peralatan;

(f) Persediaan tempat; dan

(g) Pengurusan peserta sasaran.

Hak Cipta © 24
Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

BAHAGIAN TIGA:
HASIL DAN PENYEDIAAN LAPORAN AKHIR PROJEK
Bahagian Tiga ini menerangkan dengan terperinci berkenaan hasil dan
penyediaan laporan akhir.

3.1 LAPORAN HASIL AKHIR PROJEK

Pelajar perlu menyatakan perkara berikut:

(a) Isi kandungan;

(b) Jenis aktiviti yang telah dilaksanakan;

(c) Pencapaian dari segi sambutan, dan penglibatan komuniti projek;

(d) Gambar foto;

(e) Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman (SWOT –


Strength, Weakness, Opportunites and Threats) dan cadangan
penambahbaikan;

(f) Rumusan; dan

(g) Menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang memberi


sumbangan.

Penghantaran laporan perlulah dibuat dalam talian secara individu.

3.2 RAKAMAN VIDEO PERJALANAN AKTIVITI

Rakaman video perjalanan aktiviti perlu dimuat naik:

(a) Perlu disediakan dengan lengkap sebagai bahan bukti penglibatan


pelajar dengan komuniti selama 5 hingga 7 minit;

(b) Boleh disediakan dengan menggunakan sebarang kemudahan media


yang ada (contohnya, telefon pintar dan gajet lain);

(c) Menunjukkan keterlibatan pelajar dalam bersama kumpulan


sasaran/komuniti sebagai bukti; dan

(d) Rakaman keseluruhan perlulah jelas dan padat.

Penghantaran hasil rakaman video perlulah dibuat melalui dalam talian.

Hak Cipta
25 © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

3.3 JURNAL REFLEKSI PROJEK KOKURIKULUM

Apakah Jurnal Refleksi?

Jurnal Refleksi ialah log pembelajaran kendiri yang bertujuan


merekodkan pembelajaran yang anda lalui.

Dalam jurnal ini, anda dikehendaki merekodkan dan berfikir secara refleksi
tentang apa yang anda perhatikan dan situasi yang anda telah lalui. Jurnal
Refleksi ini membolehkan anda untuk meneliti pemikiran dan idea yang anda
gunakan dalam konteks tertentu. Jurnal Refleksi sebegini biasanya
mengandungi tulisan, imej, lakaran dan pelbagai bahan rujukan.

3.3.1 Tujuan Jurnal Refleksi

Apakah tujuan Jurnal Refleksi? Jurnal Refleksi membolehkan anda meneliti


pengalaman dan pembelajaran yang anda telah lalui dalam pelbagai cara.
Jurnal Refleksi ini berguna kerana:

(a) Anda boleh merekodkan perkembangan idea dan pendapat anda


dan/atau kumpulan anda dalam konteks/situasi tertentu. Ini
termasuklah teori, teknik, pendekatan dan falsafah yang anda dan
kumpulan anda gunakan dalam situasi tersebut;

(b) Anda boleh melihat semula (refleksi) bahan dan pengalaman yang
direkodkan untuk memperluaskan dan mendalamkan kefahaman anda;
dan

(c) Anda boleh menggunakan jurnal ini sebagai asas pembelajaran dan
pembinaan kendiri.

Hak Cipta © 26
Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

3.3.2 Panduan Menyediakan Jurnal Refleksi

Bagaimanakah caranya kita hendak menulis Jurnal Refleksi? Mari kita lihat
Jadual 5 yang menunjukkan dua cara menulis Jurnal Refleksi. Anda boleh
memilih panduan cara menulis Jurnal Refleksi A atau B.

Jadual 5: Dua Panduan Cara Menulis Jurnal Refleksi

Cara A: Cara B:
Menggunakan Soalan Refleksi Menggunakan Formula DIEP
Pilih satu peristiwa yang 1. Describe (Terangkan) – Terangkan
berlaku/anda telah lalui dan secara objektif apa yang berlaku. Anda
tanya diri anda soalan yang boleh tanya diri anda – Apakah yang
berikut: saya lakukan, baca, lihat, dengar dan
(a) Deskriptif – Apakah yang lain-lain?
berlaku? 2. Interpret (Tafsirkan) – Tafsirkan apa yang
(b) Emotif – Apakah yang anda faham daripada peristiwa tersebut.
anda rasa pada masa itu? (a) Tafsirkan apa yang anda lihat, baca,
(c) Kognitif – Apakah yang dengar dan buat.
anda fikir pada masa itu? (b) Pendapat anda/jawapan yang anda
(d) Penilaian – Apakah dapat.
pengalaman itu baik atau (c) Kaitan pengalaman tersebut dengan
buruk? Mengapa? pengalaman lain.
(e) Analisis – Apakah yang (d) Kesimpulan anda.
dapat anda fahami
(e) Apakah sebenarnya yang berlaku?
daripada peristiwa itu?
(f) Kesimpulan – Apakah 3. Evaluate (Nilaikan) – Secara objektif
yang telah anda lakukan catatkan:
dan apa pilihan lain yang (a) Penilaian anda terhadap peristiwa/
terbuka kepada anda? pengalaman tersebut.
(b) Pendapat anda tentang
peristiwa/pengalaman tersebut.
4. Plan (Rancangan) – Berdasarkan
maklumat sebelum ini:
(a) Apakah cadangan yang anda boleh
buat kepada diri anda pada masa
hadapan atau orang lain?
(b) Apakah yang anda dan orang lain
boleh pelajari daripada pengalaman
anda?
(c) Bagaimanakah pengalaman ini akan
mengubah anda pada masa
hadapan?

Hak Cipta
27 © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

LAMPIRAN
Jenis Kokurikulum

Aktiviti Kokurikulum terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:

(a) Unit Beruniform;

(b) Persatuan atau Kelab; dan

(c) Sukan dan Permainan.

(a) Unit Beruniform


Pasukan Pakaian • Kelab Judo
Beruniform • Kelab Karate
• Kelab Tekwando
• Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat, Laut dan
Udara)
• Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat
• Pasukan Kadet Majlis Keselamatan Jalan Raya
• Pasukan Kadet Pertahanan Awam (JPA);
• Pasukan Kadet Polis
• Pasukan Kadet Remaja Sekolah
• Pasukan Pancaragam atau Orkestra Sekolah
• Pergerakan Briged Putera atau Briged Puteri
• Pergerakan Pandu Puteri
• Pergerakan Pengakap
• Pergerakan Puteri Islam
• Persatuan Bulan Sabit Merah
• Persatuan Seni Silat
• Persatuan Silambam
• Persatuan St John Ambulans Malaysia
• Persatuan Wusyu
• Lain-lain setelah mendapat persetujuan pihak universiti
(b) Persatuan atau Kelab
Persatuan • Agama Islam
Akademik • Bahasa
• Drama dan Kesusasteraan
• Ekonomi Rumah Tangga
• Geografi dan Sejarah

Hak Cipta © 28
Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

 Kebudayaan
 Kemahiran Hidup
 Perdagangan Persuratan dan Bahasa
 Sains dan Matematik
 Sains Kemasyarakatan
 Lain-lain setelah mendapat persetujuan pihak universiti
Kelab Hobi dan  Astronomi
Rekreasi  Bina Badan
 Binaan/Bangunan Elektronik
 Ekuestrian
 Kebajikan
 Keceriaan Sekolah
 Kembara
 Koir Sekolah
 Komputer
 Koperasi
 Memancing
 Menaip
 Motor Mekanik
 Muzik dan Seni Suara
 Pelancongan
 Pembimbing Rakan Sebaya
 Pencinta Alam
 Pengguna
 Permainan Tradisional
 Perpustakaan atau Pusat Sumber
 Rekreasi
 Seni Foto
 Seni Tampak/Halus
 Seni Tari
 Pandu Arah
 Wayang Gambar
 Pencegah Jenayah
 Rukun Negara
 Pelancongan
 Lain-lain setelah mendapat persetujuan pihak universiti

Hak Cipta
29 © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

(c) Sukan dan Permainan


Sukan dan • Badminton
Permainan • Bola Jaring
• Bola Baling
• Bola Keranjang
• Bola Sepak
• Bola Tampar
• Boling

• Boling Padang
• Catur

• Baling Damak (Dart)

• Gasing Pangkah
• Gimnastik
• Gimrama

• Golf

• Hoki

• Karom (Carrom)
• Kriket

• Pingpong
• Ragbi

• Sepak Takraw
• Sofbol

• Squasy (Squash)

• Tenis

• Petanque
• Lain-lain setelah mendapat persetujuan pihak universiti
Kelab Olahraga • Berbasikal
• Olahraga
• Memanah
• Merentas desa
• Motor/go-kart
• Senamrobik
• Lain-lain setelah mendapat persetujuan pihak universiti

Hak Cipta © 30
Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN PEMBELAJARAN MPU2412 Kokurikulum

Kelab Sukan Air • Kano atau Kayak


• Luncur Air

• Perahu Layar
• Perahu Naga
• Polo Air

• Renang

• Berdayung (Rowing)
• Skuba

• Skuter Air
• Bersnorkel

• Terjun
• Lain-lain setelah mendapat persetujuan pihak universiti

Hak Cipta
31 © Open University Malaysia (OUM)
Copyright © Open University Malaysia (OUM)

You might also like