You are on page 1of 2

Yang Berusaha Puan Azlina Binti Ahmad, Timbalan Pengarah IPG Kampus Raja

Melewar, Yang Berusaha Puan Nurul Hafiza binti Ibrahim Ketua Jabatan Bahasa
IPG Kampus Raja Melewar, Yang dihormati Encik Jesuthas Nyanasegaran, Ketua
Unit Pengajian Tamil, Yang dihormati Puan Rajam A/P Suppiah, Penyelaras
Program Minggu Bahasa Tamil 2019, pensyarah-pensyarah dan siswa guru
sekalian. Selamat sejahtera dan salam perpaduan untuk semua.

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan


limpah kurnia-Nya maka kita dapat bersua kembali dan akan menjayakan Majlis
Penutupan Minggu Bahasa Tamil 2019 peringkat IPG Kampus Raja Melewar.

Pada masa ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Puan Azlina Binti Ahmad yang memberi sokongan padu sepanjang
minggu ini dan meluangkan masa beliau untuk hadir majlis penutupan Minggu
Bahasa Tamil 2019. Ucapan ribuan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah
Unit Pengajian Tamil dan ahli jawatankuasa bagi Minggu Bahasa Tamil ini yang sudi
bekerjasama dalam merealisasikan Majlis Penutupan Minggu Bahasa Tamil 2019
dan memastikan segala aktiviti yang dirancang sepanjang minggu ini berjalan
dengan lancar. Tidak lupa juga saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih
kepada semua siswa guru yang sudi menghadirkan diri ke majlis ini.

Para hadirin sekalian,

Aktiviti yang telah dirancang sepanjang minggu ini telah berjalan dengan lancar dan
dapat sambutan yang begitu hebat daripada guru pelatih. Pertandingan-
pertandingan yang dianjurkan dapat mencungkil bakat yang terpendam dalam diri
setiap jiwa guru pelatih. Seterusnya, aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu ini
juga mewujudkan hubungan yang harmonis antara warga IPG Kampus Raja
Melewar serta mengembangkan kemahiran bahasa dalam kalangan siswa guru.
Saya mengucapkan tahniah kepada para pemenang. Kepada peserta yang tidak
memperoleh hadiah, jangan berputus asa dan teruskan usaha anda kerana usaha
tangga kejayaan. Saya juga memohon ampun dan maaf jika terdapat kesilapan
dalam menjayakan majlis ini. Kesilapan itu daripada diri sendiri saya dan kelebihan
adalah daripada Tuhan yang Maha Esa. Maka dengan itu saya mengakhiri ucapan
saya dengan serangkap pantun.
Izinkan saya berucap dalam bahasa ibunda saya.

பெருமதிப்பிற்குரிய இராஜா மெலெவார் ஆசிரியர் பயிற்சி கழகத்தின் துணை முதல்வர் திருமதி


Azlina binti Ahmad அவர்களே, மொழி துறை தலைவியான, திருமதி Nurul Hafiza binti
Ibrahim அவர்களே, தமிழ்மொழி துறை தலைவரான திரு ஜெசுதாஸ் ஞானசேகரன் அவர்களே,
தமிழ்மொழி வாரத்தின் ஒருங்கினைப்பாளரான திருமதி இராஜம் சுப்பையா அவர்களே சக
விரிவுரையாளர்களே மற்றும் சக பயிற்சி ஆசிரியர்களே உங்கள் அனைவருக்கும் என் முதற்கண்
வணக்கத்தை தெரிவித்துக் கொள்கிறேன். இத்தமிழ்மொழி வாரத்தை வெற்றிகரமாக
நடந்தெருவதற்கு காரணமாக இருந்த அனைவருக்கும் எனது நன்றியைத் தெரிவித்துக் கொள்கிறேன்.
நடத்தப்பட்ட போட்டிகள் அனைத்தும் மாணவர்களின் திறமையை மேன்படுத்தும் வகையில்
அமைந்திருக்கும் என்று எதிர்ப்பார்க்கிறேன். நடத்தப்பட்ட போட்டிகளில் வெற்றி பெற உள்ளவர்களுக்கு
எனது வாழ்த்துக்களைத் தெரிவித்துக் கொள்கிறேன். மற்றவர்கள் முயற்சியைக் கைவிடாமல்
அடுத்தடுத்து வரும் இவ்வாரான போட்டிகளில் கலந்து சிறப்பிக்குமாறு கேட்டுக் கொள்கிறேன்.
நிகழ்ச்சியில் ஏதெனும் குறைகள் இருப்பின் என்னைச் சாறும் நிறைகள் இருப்பின் இறைவனைச் சாரும்
என்று கூரி கொன்டு விடைபெருகிரேன். நன்ரி வனக்கம்.

You might also like