You are on page 1of 11

TAJUK KAJIAN Sokongan Persekitaran Sosiol di Pelbagai Jenis Sekolah

Menengah dalam Meningkatkan Kemahiran Insaniah Pelajar

NAMA JURNAL Jurnal Pendidikan Malaysia

TARIKH PENERBITAN 31 Disember 2018

TEMPAT PENERBITAN Universiti Kebangsaan Malaysia

NOMBOR ISU & VOLUME SI 1 (1)

NAMA PENULIS Irwan Fariza Sidik

Mohd Mahzan Awang

Abdul Razaq Ahmad

NOMBOR HALAMAN 67-76

1.0 TUJUAN ARTIKEL

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap dan hubungan sokongan persekitaran dalam

meningkatkan kemahiran insaniah pelajar pelbagai jenis sekolah. Kajian ini melibatkan

pelajar tingkatan 4 dari empat jenis sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK),

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC), Sekolah Menengah Kebangsaan

Agama ( SMKA) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Negeri Sembilan.

1
2.0 SOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti bagaimanakah tahap dan hubungan antara

sokongan persekitaran dapat mempengaruhi proses penngkatan kemahiran insaniah dalam

kalangan pelajar. Kajian tinjauan ini menggunakan soal selidik untuk tujuan pengumpulan data

dalam kajian. Pelaksanaan sokongan persekitaran diukur berdasarkan tiga subkonstruk, iaitu:

1. Sokongan guru,sokongan

2. Sokongan rakan sebaya

3. Sokongan ibu bapa.

Manakala kemahiran insaniah yang dikaji dalam kajian ini berdasarkan empat komponen iaitu:

1. Kemahiran berfikir aras tinggi

2. Kemahiran social-interpersonal

3. Kemahiran memimpin

4. Kemahiran menyelesaikan masalah

Persoalan kajian yang dibangkitkan dalam kajian ini ialah apakah tahap skongan persekitaran

dalam meningkatkan kemahiran insaniah pelajar dan adakah terdapat hubungan antara sokongan

persekitaran dengan kemahiran insaniah pelajar pelbagai jenis sekolah?

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi yang digunakan untuk jurnal ini adalah soal selidik sepenuhnya bagi mengumpul

data. Instrumen kajian dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan kepada konseptual dengan

merujuk kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013), Teori Sistem Ekologi

2
Manusia, Bronfrenbrenner (1979) dan Modal Sosial Putnam (2000) dengan menggunakan Skala

Likert Lima Mata. Pemilihan item jawapan adalah berdasarkan skala 1- sangat tidak setuju (STS)

hingga skala 5- sangat setuju (SS).

Manakala sampel kajian dipilih secara rawak mudah yang melibatkan seramai 200 orang

pelajar tingkatan 4 dari empat jenis sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK),

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (

SMKA) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Negeri Sembilan. Analisis deskriptif dan

inferensi digunakan dalam kajian ini iaitu kekerapan, peratusan, skor min, sisihan piawai dan

pearson.

4.0 EVIDENS

4.1.Profil Responden Kajian

Kajian Jurnal ini melibatkan 200 orang responden , iaitu seramai 78 orang atau 39.0

peratus adalah terdiri daripada lelaki, manakala seramai 122 orang atau 61.0 peratus lagi adalah

terdiri daripada perempuan.

Sementara itu, responden mengikut kaum, telah menunjukkan seramai 133 orang dari

kaum Melayu (66.5%), seramai 45 orang dari kaum Cina dengan (22.5%) dan seramai 22 orang

dari kaum India (11.0 %).

Manakala dari segi jenis sekolah responden pula menunjukkan seramai 50 orangdari

Sekolah Menengah Kebangsaan (25.0%), seramai 50 orangdari Sekolah Menengah Jenis

Kebangsaan Cina (25.0%), seramai 50 orang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama,

(25.0%) dan seramai 50 orangdari Sekolah Berasrama Penuh (25.0%). Data perolehan

menunjukkan jumlah responden yang sama rata dari semua jenis sekolah yang terlibat.

3
JADUAL 1. Profil responden kajian

4.2. Mengkaji Tahap Sokongan Persekitaran

Pelaksanaan sokongan persekitaran dinilai melalui tiga subkonstruk, iaitu sokongan guru,

sokongan rakan sebaya dan sokongan ibu bapa.Analisis skor min dan sisihan piawai mengikut

subkonstruk ditunjukkan dalam Jadual 2. Secara keseluruhan tahap sokongan persekitaran berada

pada tahap sederhana tinggi iaitu (min = 3.95, sisihan piawai = 0.914). Subkonstruk sokongan

guru mencatat skor min sederhana tinggi (min = 3.92, sisih piawai = 0.928). Subkonstruk

sokongan rakan sebaya berada pada tahap sederhana tinggi (min = 3.87, sisihan piawai = 0.931).

Bagi subkonstruk sokongan ibu bapa pula mencatat interpertasi tahap tertinggi (min = 4.07,

sisihan piawai = 0.882).

Kajian menunjukkan pengaruh yang signifikan sokongan guru yang dapat meningkatkan

kemahiran insaniah pelajar berada pada tahap sederhana tinggi.Guru adalah sebagai tunjang

4
kepada pelajar di sekolah yang dapat menyokong elemen pembelajaran, aktiviti kumpulan dan

juga sebagai ibu bapa kedua para pelajar. Selain itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam

perkembangan intelek, sahsiah, emosi, sosial dan proses pembentukan akhlak pelajar di sekolah.

Interaksi rakan pelbagai etnik dan latar belakang dalam memberi pendapat, membimbing dalam

pembelajaran, membantu dalam mengendalikan aktiviti dalam kumpulan dan bersama-sama

menyertai aktiviti di peringkat sekolah atau komuniti berada pada tahap sederhana tinggi.

Bagi sokongan ibu bapa pula kajian berada pada tahap tertinggi.Sokongan ibu bapa

menunjukkan nilai signifikan terhadap pembangunan diri pelajar yang positif dengan

memberikan bimbingan, didikan, galakan dan dorongan dalam pembelajaran untuk membentuk

kemahiran insaniah dalam diri pelajar sejak lahir hinggalah melangkah ke alam sekolah. Ibu bapa

bukan sahaja menyediakan sumber dan keperluan pembelajaran tetapi melibatkan diri secara

tidak langsung dalam proses pembelajaran dan pemantauan terhadap pergaulan rakan sebaya

pelajar supaya tidak terjebak dalam aktiviti sosial yang negatif.

JADUAL 2. Tahap sokongan persekitaran

4.3. Mengkaji Tahap Kemahiran Insaniah Pelajar

Menurut kajian ini, kemahiran insaniah diukur berdasarkan empat subkonstruk, iaitu

kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran sosial-interpersonal, kemahiran memimpin dan

kemahiran menyelesaikan masalah. Analisis skor min dan sisihan piawai mengikut subkonstruk

5
ditunjukkan dalam Jadual 3. Secara keseluruhan tahap kemahiran insaniah pelajar berada pada

tahap sederhana tinggi (min = 3.81, sisihan piawai = 0.849). Subkonstruk kemahiran berfikir aras

tinggi mencatat skor (min = 3.77, sisih piawai = 0.854), kemahiran sosial interpersonal (min =

3.83, sisihan piawai = 0.822), kemahiran memimpin (min = 3.83, sisihan piawai = 0.846) dan

kemahiran menyelesaikan masalah (min = 3.82, sisihan piawai = 0.877).

Kajian secara keseluruhan berada pada tahap sederhana tinggi. Berdasarkan kajian,

kemahiran insaniah dari segi kemahiran berfikir aras tinggi menunjukkan sacara keseluruhannya

berada pada tahap sederhana tinggi.

Kemahiran sosial dan interpersonal adalah sebahagian daripada aspek kecerdasan emosi

yang membentuk keperibadian dan menentukan kecemerlangan pelajar manakala kemahiran

sosial dan interpersonal adalah kebolehan pelajar memahami individu lain untuk berinteraksi,

bekerjasama, membimbing dan menguruskan komunikasi untuk mengekalkan hubungan yang

baik.

Bagi item kemahiran memimpin pula berada pada tahap sederhana tinggi seperti

keterlibatan pelajar dalam aktiviti berkumpulan menerusi aktiviti kokurikulum dapat melatih

pelajar menjadi seorang pemimpin yang berkaliber, boleh mengawal diri dalam pelbagai

keadaan, tidak mementingkan diri sendiri serta mengutamakan pandangan dan perasaan orang

lain dalam membuat keputusan atau tindakan supaya matlamat yang ingin dicapai menjadi lebih

berkesan.

6
Kajian juga menunjukkan kemahiran menyelesaikan masalah berada pada tahap yang

sederhana tinggi dan kajian mendapati pelajar seharusnya melibatkan diri dalam aktiviti

kumpulan dan bekerjasama untuk menyumbang idea kepada penyelesaian sesuatu permasalahan

dimana guru berperanan sebagai pemudahcara dalam kajian ini kerana guru sepatutnya

mendedahkan pelajar dengan teknik pembelajaran melalui kaedah berkumpulan.Ini dapat

memupuk pelajar supaya berfikir dengan lebih bernas ketika menyelesaikan tugas yang diberi.

4.4. Mengenal Pasti Hubungan Sokongan Persekitaran Dengan Kemahiran Insaniah

Pelajar

Analisis korelasi Pearson seperti yang dipaparkan dalam Jadual 4 menunjukkan bahawa

terdapat hubungan yang signifikan antara sokongan persekitaran dengan kemahiran insaniah

pelajar sekolah menengah dengan nilai (r = 0.701) dan sig = 0.000 (p < 0.01). Kekuatan

hubungan ialah positif.Secara keseluruhannya menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang

signifikan antara sokongan persekitaran dengan kemahiran insaniah pelajar sekolah menengah.

Hal ini menunjukkan bahawa pelajar menguasai kemahiran insaniah pada tahap

tinggi.Sokongan persekitaran dan keterlibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti dapat

meningkatkan serta memantapkan kemahiran insaniah yang ada dalam diri mereka. Kemahiran

insaniah sering dikaitkan dengan gambaran tentang personaliti, sikap, tabiat, tingkah laku, cara

berkomunikasi, membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah, kerjasama berpasukan,

kepimpinan dan pembelajaran berterusan.

7
5.0 SUMBANGAN

Kajian ini telah memberikan sumbangan yang besar dengan berupaya memberi kesedaran

kepada semua pihak yang terlibat termasuk sekolah, guru-guru, ibu bapa dan pelajar untuk

melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam meningkatkan kemahiran insaniah pelajar

sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pihak sekolah dapat menyediakan pelajar dengan pelbagai kemahiran dan mengikut

standard yang bersesuaian dengan kehendak industry Negara. Dengan cara ini dapat

meningkatkan kemahiran insaniah pelajar berdasarkan empat komponen iaitu berfikir aras

tinggi, kemahiran social-interpersonal, kemahiran memimpin dan kemahiran menyelesaikan

masalah.

Antara sumbangan terhadap guru-guru ialah dapat memberi kesedaran dalam

memperbaiki kemahiran interpersonal dan mewujudkan perasaan seronok pelajar untuk

menumpukan perhatian dan memahami subjek yang diajar melalui aktiviti pengajaran yang

menerapkan kemahiran insaniah.

Seterusnya kajian ini juga dapat memberi kesedaran terhadap ibu bapa supaya lebih

mengambil tahu tentang keinginan dan cita-cita anak-anak mereka disamping memberi

sokongan, motivasi dan peransang supaya dapat memupuk kemahiran insaniah pelajar.

8
Sumbangan terhadap pelajar pula ialah dapat meningkatkan kemahiran insaniah pelajar

itu sendiri secara langsung seperti dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik

dan emosi dan meningkatkan pelbagai jenis kemahiran supaya dapat menguasai ciri pekerja yang

diperlukan oleh majikan era globalisasi pada masa kini.

6.0 RUMUSAN

Kesimpulanya, semua pihak sokongan persekitaran seperti guru, rakan sebaya, ibubapa

dan lain-lain perlulah memainkan peranan masing-masing bagi meningkatkan kemahiran

insaniah seterusnya kemenjadian dan keberhasilan seseorang pelajar. Kemahiran insaniah sering

dikaitan dengan gambaran tentang personaliti, sikap,tabiat, tingkat laku, cara berkomunkasi,

membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah, kerjasama berpasukan, kepimpinan dan

pembelajaran berterusan.

Jelaslah bahawa kemahiran insaniah merupakan satu set kemahiran yang bertujuan untuk

melengkapkan pembentukan insan yang seimbang serta harmoni dari segi intelek, rohani, emosi

dan fizikal berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan dimana ianya selaras

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, sekolah perlu sentiasa berjaya melahirkan

modal insan yang holistic serta mampu bersaing di persada antarabangsa sejajar dengan hasrat

Kementerian Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang member penekanan terhadap aspek

kemahiran insaniah pelajar melalui demensi Aspirasi Sistem dengan menyasarkan usaha

memantap dan memperkasakan pencapaian akademik pelajar.

7.0 KELEMAHAN ARTIKEL

Melalui pembacaan yang telah dilakukan, kami mendapati bahawa terdapat beberapa

kelemahan dalam artikel ini. Antara kelemahan yang ketara adalah kajian ini hanya tertumpu

9
kepada satu negeri sahaja iaitu Negeri Sembilan. Pengkaji seharusnya,memperluaskan lagi

kawasan kajian untuk mendapatkan data yang lebih berkualiti untuk melihat sejauh mana

hubungan antara sokongan persekitaran dalam meningkatkan kemahiran insaniah pelajar.

Kajian hanya menggunakan sampel kajian pelajar tingkatan 4 sahaja dan melalui kajian

yang dijalankan seharusnya penulis menggunakan sampel pelajar dari semua peringkat untuk

mendapatkan maklumat kajian yang lebih bersepadu dan lebih kukuh mengikut perbezaan

peringkat umur pelajar.

Kajian hanya menggunakan soal selidik sepenuhnya bagi mengumpul data. Tidak

dinafikan soal selidik merupakan kaedah yang paling popoular dalam kajian tinjauan ini namun

kajian akan terperinci jika ditambah dengan kaedah temu bual bagi menyokong hasil kajian ini.

8.0 PENAMBAHBAIKKAN ARTIKEL

Kajian perlu meluaskan skop kajian seperti menukar sampel pelajar Tingkatan 5.Dengan

ini kajian boleh dinilai dari segi umur atau pengalaman pelajar tersebut. Memandangkan pelajar

Tingkatan 5 lebih dewasa dan lebih hampir dengan alam universiti dan alam pekerjaan, maka

sampel pelajar ini mungkin lebih tepat dan lebih dapat membantu dalam proses kajian ini.

Perlu melibatkan semua jenis sekolah di semua Negeri.Kajian hanya menggunakan

beberapa buah sekolah sahaja untuk kajian ini padahal masih terdapat beberapa jenis sekolah

menengah lagi seperti Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Jenis Tamil dan Maktab

Rendah Sains Mara. Mungkin dengan memasukkan beberapa jenis sekolah ini akan memberi

input tambahan dalam kajian.

10
Perlu memerincikan pengumpulan data dari sekolah di Bandar dan di Pedalaman.Bagi

pendapat kami, kajian ini perlu mengasingkan sekolah di kawasan Bandar dan juga Luar Bandar

bagi mendapatkan lagi perbezaan yang lebih jelas dalam kajian tersebut dan secara tidak

langsung boleh memberi sumbangan penambahbaikan terhadap masalah yang dihadapi di setiap

jenis sekolah.

Kajian perlu menggunakan kaedah temubual bagi pengumpulan data untuk menyokong

hasil kajian. Beberapa bentuk temu bual boleh digunakan seperti temu bual berstruktur, temu

bual semi struktur dan temu bual tidak berstruktur.Dengan menggunakan kaedah temu bual juga

mungkin akan menambahkan lagi maklumat penting sebagai rujukan dalam kajian.

11

You might also like