You are on page 1of 2

6.

KATA BILANGAN

DEFINISI

Kata bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan jumlah atau
menghitung sesuatu benda.

HURAIAN

Kata bilangan terbahagi kepada tujuh iaitu:

1. Kata bilangan tentu menunjukkan bilangan yang tertentu dan boleh diikuti
oleh penjodoh bilangan seperti satu, seratus, seribu, dan dua juta.

2. Kata bilangan tidak tentu menunjukkan bilangan tidak tentu atau tidak tetap
seperti beberapa, sebahagian, semua, seluruh, sebilangan, dan berbagai-
bagai.

3. Kata bilangan pecahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan


sesuatu pecahan seperti dua pertiga, satu per empat dan setengah.

4. Kata bilangan pisahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan


sesuatu secara satu persatu atau berasingan, dan hanya ada dua sahaja
kata bilangan pisahan iaitu masing-masing dan setiap/tiap-tiap.

5. Kata bilangan himpunan menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan


seperti berpuluh-puluh, beratus-ratus, dan ketiga-tiga.

6. Kata bilangan tingkat menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu


jumlah seperti pertama, kedua, kesepuluh, dan keseratus.

7. Kata bilangan tanya menunjukkan pertanyaan seperti berapa.

CONTOH

 Semua
RUJUKAN

https://www.hmetro.com.my/addin/2018/10/388672/islam-amat-pentingkan-
kebersihan

You might also like