You are on page 1of 82

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Negara Brunei Darussalam terletak di barat laut Pulau Borneo, di antara garis-garis bujur timur
114° 04’ dan 11° 23’ dan garis-garis lintang utara 4° 00’ dan 5° 05’. Keluasannya ialah 5,765
km persegi dan mempunyai pesisir pantai sepanjang kira-kira 168 km menghadap Laut Cina
Selatan. Laut Cina Selatan menjadisempadan di utara dan bahagian-bahagian lain
bersempadankan Sarawak (sebuah negeri dalam Malaysia) yang membahagikan Negara
Brunei Darussalam kepada dua bahagian, iaitu di bahagian timur ialah Daerah Temburong
dan di bahagian barat terdiri dari Daerah-Daerah Brunei Muara, Tutong dan Belait.

Bandar Seri Begawan adalah ibu negeri bagi Negara Brunei Darussalam dengan
keluasannya kira-kira 100.36 km persegi dan penduduk seramai lebih kurang 423 ribu orang
(Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016) termasuk Kampong Ayer. Letaknya ialah
di Daerah Brunei Muara. Bandar-bandar kecil ialah Pekan Muara, terletak di Daerah Brunei
Muara, Pekan Seria di Daerah Belait, Pekan Tutong di Daerah Tutong dan Pekan Bangar di
Daerah Temburong.

Dalam terbitan ini Bangsa Melayu ditafsirkan sebagai Melayu Brunei, Melayu dari
Singapura dan Malaysia. Mengikut Akta Kebangsaan Brunei 1961, Melayu Brunei secara rasmi
terdiri dari puak asli Melayu, iaitu Brunei, Tutong, Belait, Kedayan, Dusun, Bisaya dan Murut.
Bangsa Melayu adalah kumpulan bangsa yang terbesar, diikuti oleh Bangsa Cina dan lain-lain
bangsa. Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara dan Bahasa Inggeris adalah juga
digunakan secara meluas.

Negara Brunei Darussalam telah mencapai kemerdekaan sepenuhnya pada 1 Januari


1984 dengan mengamalkan sistem kerajaan berkementerian. Struktur Kementerian terkini
terdiri dari Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan dan
Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal
Ehwal Ugama, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Kementerian
Perhubungan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, Kementerian
Pembangunan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Negara Brunei Darussalam
adalah ahli kepada beberapa organisasi serantau dan antarabangsa seperti ASEAN, APEC,
Commonwealth, GP 77, IMF, OIC, ILO, UNESCO, UNESCAP, UNSD, WTO dan ADB.

1
Agama Islam dalam istilah Arab disebut Dinul Islam. Kata Dinul Islam tersusun dari
dua kata yakni Din ( ‫ ) دي ن ال‬dan Islam ( . )‫ اإل س الم‬Arti kata din baik secara etimologis
maupun terminologis sudah dijelaskan di depan. Sedangkan kata ‘Islam’ secara etimologis
berasal dari akar kata kerja ‘salima’ yang berartiselamat, damai, dan sejahtera, lalu muncul
kata ‘salam’ dan ‘salamah’. Dari ‘salima’ muncul kata ‘aslama’ yang artinya menyelamatkan,
mendamaikan, dan mensejahterakan. Kata ‘aslama’ juga berarti menyerah, tunduk, atau
patuh. Darikata ‘salima’ juga muncul beberapa kata turunan yang lain, di antaranya adalah
kata ‘salam’ dan ‘salamah’ artinya keselamatan, kedamaian, kesejahteraan, dan
penghormatan, ‘taslim’ artinya penyerahan, penerimaan, dan pengakuan, ‘silm’ artinya yang
berdamai, damai, ‘salam’ artinya kedamaian, ketenteraman, dan hormat, ‘sullam’ artinya
tangga, ‘istislam’ artinya ketundukan, penyerahan diri, serta ‘muslim’ dan ‘muslimah’ artinya
orang yang beragama Islam laki-laki atau perempuan (Munawwir, 1997: 654-656).

Makna penyerahan terlihat dan terbukti pada alam semesta. Secara langsung maupun
tidak langsung alam semesta adalah islam, dalam arti kata alam semesta menyerahkan diri
kepada Sunnatullah atau ‘hukum alam’, seperti matahari terbit dari timur dan terbenam di
barat yang berlaku sepanjang zaman karena dia menyerah (islam) kepada sunatullah yang
telah ditetapkan oleh Allah Swt. Ditegaskan dalam al-Quran Surat Ali ‘Imran (3): 83: Artinya:
“Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nyalah
(mereka) menyerah diri, segala apa yang (ada) di langit dan di bumi, baik dengan suka
maupun terpaksa. Dan hanya kepada Allahlah mereka kembali (mati).” (QS. Ali ‘Imran [3]:
83).

2
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Kesultanana Brunei merupakan salah satu kesultanan yang tertua di rantau Asia Tenggra,
bersampingan dengan kesultanan di Tanah Melayu, di Indonesia dan yang lain di rantau ini.
Satu kesultanan yang bersejarah yang pada satu ketika menguasai hamper keseleluruhan
Borneo, keselatan Filipina dan kawasan-kawasan yang berhampiran. Kesultanan Brunei
merupakan pengganti kepada kesultanan Melaka semasa kejatuhannya semasa awal abad ke-
15.

Kejatuhan kesultanan Melaka memberi kesempatan kepada kerajaan yang lain mengisi
kekosongan yang telah ditinggalkan, kepeluagan untuk menjadi sebuah negara sebagai pusat
perdagangan dan pusat dakwah di rantau Asia Tenggara. Dua negara mengambil kesempatan
itu iaitu satu di Aceh dan satu lagi di Borneo. Kedau negara ini kemudiannya menjadi pusat
Islam seterusnya, membuat kerajaan Islam di kawasan masing-masing. Dalam situasi di
Borneo, yang pada awalnya merupakan sebuah negara yang masih ada pengaruh daripada
empayar Majapahit, telah menjadi sebuah Kesultanan Islam bermulai dengan pengislaman
Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad Shah) dan dalam zaman pemerintahan Sultan Sharif
Ali perkembangan agama Islam melanjut sehinggakan Brunei menjadi sebuah empayar Islam.

Usaha untuk menjadikan Brunei sebagai sebuah negara yang Islam tentu dimulakan
oleh Sultan Sharif Ali kerana usuahnya dalam membentuk pusat dakwah, mendirikan masjid
dan membuat hukum-hukum menurut kandungan Al-Quran dan Hadith. Usaha ini dilanjutkan
lagi selepas kewafatannya oleh para Sultan yang akan datang sehinggalah sekarang dalam
pemerintahan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, sultan yang ke-29 Brunei.

Setelah apa yang dinyatakan, membuat kajain tentang brunei merupakan satu cabaran
kerana kajian mengenai Brunei telah berkali-kali dilaksanakan oleh pelbagai penyelidik,
sejarawan dan tokoh-tokoh daripada pelbagai negara. Topik yang berkaitan islam dan brunei
juga adalah suatu topik yang popular dikagi bagi para mahasiswa/wi di pelbagai pusat
pentgajian untuk mengakji.

Sudah tentu kajian ini bukannya satu kajian yang baru bahkan ia telah dilakukan
sebelum ini, dengan melihat sudut yang berbeza demi menjadikan kajian itu sebagai sesuatu
yang unik atau ianya adalah satu kajian yang diperbaruhi kerana telah terjumpa data terbaru.

3
1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Setiap kajian mempunyai objektif dan tujuan kajian masing-masing dalam menghasilkan satu
penulisan akademik yang merangkumi seperti tesis pada setiap peringkat. Oleh itu pada tahap
penulisan latihan ilmiah ini telah dirangkumkan berkenaan objektif kajian bagi menghasilkan
satu penulisan akademik.

Bagi objektif kajian ini, saya akan melihat korelasi islam, iaitu implikasi islam terhadap
brunei pada masa sekarang. Sejak Awang Alak Betatar memeluk agama islam, tujuan sejarah
brunei telahg menuju kepada sesuatu dimana islam memain peranan yang penting, suatu
peranan yang sehingga kepada masa ini telah kekal.

Dengan melihat aspek dan implikasi islam ke sejarah brunei sebagai topik utama kajian
ini, objektif kajian ini ialah untuk mencari setakat manakah islam telah membentuk Brunei
kepada apa yang ianya sekarang. Sejarah brunei bukan hanya islam terlibat bahkan selepas
zaman keemasan brunei iaitu pada adab ke-17 hingga ke-19 brunei telah dibawah pengaruh
dan kemudiannya bawah kuasa bangsa asing (British). Brunei secara keseluruhannya telah
hilang kuasa mulai dengan perang saudara yang berlaku di brunei hingga ke masa Brunei
dibawah system residen British dimana kekuasaan sultan telah diambil oleh penasihat yang
ditentukan oleh kerajaan British dana pa kuasa sultan yang tertingga hanya melibatkan hal
yang berkaitan dengan agama islam dan adat brunei.

Dengan apa yang dinyatakan di atas, boleh dijangakan bahawa ada perubahan yang
berlaku sama Brunei di bawah kekuasaan British tetapi soalannya ialah factor apakah yang
membentuk Brunei, di kajian ini ianya melihat kepada apa islam telah lakukan kepada brunei.

Dengan itu, kajian ini lebih tumpu kepada aspek islam sambal melihat kepada
beberapa factor yang boleh ditemui dalam sejarah brunei seperti apa kan kesan yang dibuat
semasa zaman pra-islam Brunei. Zaman pra-islam ini merujuk kepada zaman keseluruhan
Borneo dibawah kekuasan Majapahit, sebuah Hindu empayar yang pernah menguasai
gugusan-gugusan Tanah Melayu, Indonesia, Borneo dan sekitar kawasan yang berhampiran.

Mana-mana implikasi Islam kepada brunei yang objektif utama kajian ini iaitu melihat
kepada perubahan yang telah berlaku dizaman pra-islam Borneo ynag telah dibuat oleh 29
sultan-sultan Brunei. Melihat kepada aspek sosial, pilitik dan ekonomi, banyak telah berubah
supaya pemerintahan Brunei serupa dengan pemerintahan Khalifah dan sepertimana yang
dilihat sekarang Brunei masih mengikuti prinsip itu.

4
1.4 SOROTAN LITERATURE KAJIAN

Kebanyakkan kandungan di dalam kajian ini diambil daripada kajian-kajian dan buku-buku
yang di buat oleh Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang
Mohd. Jamil Al-Sufri. Seorang sejarawan Brunei yang telah membuat pelbagai buku mengebai
sejarah Brunei dan juga topik-topik yang berkaitan Islam dan sejarah Brunei.

Selain daripada Pehin (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri, Dato Dr. Haji Mahmud
Saedon Awang Othman juga telah membuat artikel dan buku yang berkandung sejarah
Brunei. Bagi kerja Dato Dr. Haji Mahmud Saedon Awang Othman, kebanyakannya
mengandungi isu moden di Brunei seperti situasi pendidikan agama Islam di Brunei. Itu adalah
merujuk kepada artikel yang di buat bernama “Transformasi Pendidikan Agama Islam Di
Negara Brunei Darussalam Pramerdeka: Dari Rumah Ke Sekolah Rendah Agama” di buat pada
tahun 2005. Artikel yang dibuat ini dalam pendahuluannya bertujuan untuk mencuba
membuat analisis mengenai transformasi pendidikan agama Islam yang berlaku Di Brunei
Darussalam dalam tahun yang menuju kepada kemerdekaan Brunei. Kertas kerja ini melihat
kepada zaman kesultanan Brunei sebelum ini, zaman pendidkan masih dilakukan secara tidak
formal, Islam berkembang dengan pertolongan mubaligh-mubaligh begiitu juga dengan
pertolongan sultan-sultan untuk membina masyarakat Islam seperti yang yang telah dilakukan
oleh Sultan Sharif Ali ketika ia membuat masjid pertamam Brunei. Masjid tersebut juga
menjadi sebagai pusat pendidikan Islam kepada semua, selepas beberapa tahun banyak pusat
dakjwah telah dibinakan oleh para sultan selepas Sultan Sharif Ali hingga ke sekarang dimana
setiap kampong memiliki satu masjid atau balai ibadah. Masjid di setiap kampong ini juga
merupakan sebagai tempat aktiviti-aktivi agama berlaku seperti tempat perkahwinan, tadarus,
qiam dan lain-lain. Kertas kajian ini juga memberi gambaran pendidkan Islam di Brunei
dibawah kekuassan British, ajaran-ajaran barat dipentingkan daripada agama Islam dengan
alasan untuk memberi tamadun kepada rakyat Brunei.

Dalam kajian yang dibuat oleh Haji Awang hasbol bin Haji Mali, dia telah mnenjelaskan
survival kesultanan Brunei setalh mengalami pemberontakkan dalam dan perang saudara
dalam abad yang ke-17 yang mengakhirkan zaman keemasan Brunei. Objektif kajian ini ialah
kepada bagaimana kesultanna Brunei kekal dibawah kekuasaan British. Semua wilayah yang
bawak kekuasaan British, kesultanan di Tanah Melayu, telah hilang kuasa pemerintahannya
kecuali Brunei. Kepentingan Islam telah kekal kerana antara kuasa yang British membagi
kepada sultan ialah kuasa kepada agama dan adat. Oleh kerana itu Sultan masih kekal sebagai
ketua agama di Brunei.

5
Haji Awang Hasbol ada juga membuat satu buku yang bernama ‘Kesultanan MElayu
Brunei Abad ke-19: Politik dan Struktur Pentadbiran’. Dalam buku ini selaindengan
menjelaskan pemerintahan Brunei di abad ke-19, ia juga mnejelaskan zaman sebelum
kedatangan Islam ke Brunei, zaman pra-islam yang Brunei dibawa kerajaan Majapahit.
Empayar Majapahit adalah sebuah empayar yang Hindu, menguasai di pulauan Indonesia,
Tanah Melayu, Borneo dan persekitaran kawasan. Empayar Majapahit ini kekal sehingga abad
ke-13 akan tetapi kesannya kuat dan kekal sehingga ia boleh dilahat di sekrang termasuk di
negara Brunei Darussalam. Dengan penjelasan yang diberi dalam buku ini dimana pengaruh
Hindu memberi impak yang kuat kepada masyaraklat ketika itu sampai ia telah kekal sehingga
sekarang dalam tradisi dan adat istiadat Brunei semua itu disebabkan oleh empayar Majapahit.
Menurut apa yang ditulis dalam buku ini, masyarakat Brunei setia kepada Sultan kerana ajaran
daulat dan derhaka. Konsep ini mengajar kepada rakyat supaya takut kepada raja keran dia
adalah utusan daripada tuhan, dari ketakutan ini rakyat setia kepada raja disebabkan takut
berlawanan dengan perintah Tuhan.

6
1.5 KEPENTIGAN KAJIAN

Kepentingan kajian ini untuk melihat bagaiman Islam boleh berkembang dari zaman
pemerintahan Sultan Muhammad Shah hingga ke sekarang, dengan melihat kepada faktor-
faktor yang lain yang menyumbang kepada perkembangan ini. Islam memainkan peranan
yang penting hampir semua aspek dalam Brunei Darussalam, termasuk kepada orang yang
bukan Islam. Dengan pengumuman bahawa Brunei akan mempatuhi hukum-hukum Syariah,
perkara ini telah meletakkan Brunei dalam kontroversi, ada penyataan bahawa hukum Syariah
adalah hukum yang tiada tempat dalam zaman global ini. Tetapi hukum ini lah yang telah
dikuti di zaman dahulu kala maka boleh dikatakan hukum ini masih relative pada masa
sekarang.

Kajian tentang topik ini sudah berlaku beberapa kali, dibuat oleh pelbagai sejarwan di
pelbagai institusi pengajian. Walaubagaimanapun saya akan tetap membuat kajian ini kerana
kepentingan untuk membanding zaman iaitu zaman Brunei sebelum Islam dan selepas Islam.
Dengan itu kajain ini akan mencuba mencari apa implikasi Islam terhadapat Brunei. Implikasi
ini menolong membentuk Brunei sekarang, kepada negara yang berdaulat yang mengikuti
prinsip Islam. Para-para Sultan sebelum pemerintahan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah
memrintah negara dengan perinsip Islam dan tidak berbeza sekarang. Apa yang berlaku
kepada ketika ini ialah semua perkara yang telah dilaksanakan oleh para sultan sebelum ini
telah dikembangan lanjut demi mengesuaikan dengan zaman ini, darti pada hukum-hukum
hingga kepada polisi pendidikan telah diperbaruhi tahunan.

7
1.6 SKOP KAJIAN

Skop kajian focus kepada zaman keemasan kesultanan brunei tetapi ia juga akan melihat
kepada zaman kesultanan Sultan Muhammad Shah dan Sultan Sharif Ali kerana zaman itu
penting bagi memahami asal-usul perkembagan Islam di Brunei semasa zaman keemasan.
Akan juga melihat zaman pra-islam Brunei secara kecilan demi memhami kesan kerajaan
Majapahit yang ditinggalkan selepas kemerosotannya kerana ada beberapa aspek daripada
zaman itu yang masih kekal sehingga sekarang. Dan akhirnya dalam bab yang keempat akan
melihat kepada zaman moden Brunei, menexplorasi kepada implikasi Brunei setelah lama di
perintah mengikuti prinsip Islam.

1.7 METODOLIGI KAJIAN

Metod dan kaedah kajian adalah satu skop dalam setiap bidang kajian dan kewujudannya
amat penting kerana pada bahagian ini adalah menerangkan bagaimana mendapatkan
sumber bagi membuat kajian terhadap tajuk ilmiah. Tanpa adanya metod dan kaedah kajian
pasti akan merumitkan pengkaji dan seterusnya memperlihatkan kekurangan dalam kajian,
selain daripada metod kajian ini akan membawa kepada bagaimana untuk seorang pengkaji
menilai setiap sumbernya secara cermat dan tepat agar menghasilkan penulisan yang baik.
Oleh itu dalam kajian ini pengkajian telah menggunakan metod kajian yang dirasakan amat
sesuai dengan tajuk dibuat, iaitu dengan hanya menggunakan sumber daripada perpustakaan
bagi membaca dan mengkajian bahan ilmiah seperti buku-buku penulisan, tesis, jurnal dan
artikel. Kesemua sumber ini adalah lebih merujuk kepada sumber sekunder dan tidak akan
melibatkan sumber primer kerana pada kajian ini hanya membahaskan idea-idea penulisan
berkenaan falsafah dan bukannya kajian kes yang memerlukan turun kelapangan bagi
mengkaji. Selain itu, kajian ini juga tidak mengharapkan kepada perpustakaan sahaja tetapi
akan mencuba untuk mencari sumber sekunder daripada luar yang mempunyai perkaitan
dengan tajuk kajian.

Selain itu pengkaji juga akan menggunakan kaedah lain dalam mencari dan
mendapatkan sumber ilmiah berkenaan subjek kajian yang hendak dijalankan. Antaranya ialah
menggunakan kaedah sumber daripada laman web yang boleh dipercayai dan mempunyai
perkaitan serta seterusnya membawa manfaat kepada kajian. Kerana sudah sedia maklum
bahawa walaupun kaedah Internet banyak memberikan kemudahan kepada mana-mana
pengkajian namun harus diingat penggunaan laman web ini banyak risikonya. Ini disebabkan
terdapat banyak penulis di laman web adalah tidak bertauliah iaitu sekadar menulis mengikut
acuan dan emosi sendiri tanpa menggunakan kaedah empirikal seperti dijalankan oleh

8
penulisan ilmiah yang lain. Tetapi penggunaan Internet dan laman web ini adalah bertujuan
mencari ruangan web yang telah memberikan dan mengetengahkan penulisan artikel serta
jurnal. Malah ini sedikit sebanyak memudahkan pencarian sumber dalam membantu
pengkajian ilmiah yang hendak dijalankan, kerana pada ketika ini penggunaan Internet dan
laman web pada era ini adalah amat meluas penggunaannya. Oleh itu penggunaan kaedah
sumber Internet pada era ini sudah dikatakan relevan dan boleh diterima serta keboleh
gunaannya dalam mana-mana pengkajian akademik oleh pengkaji.

1.8 STRUKTUR KAJIAN

Struktur kajian dalam penulisan ini adalah merupakan pembahagian setiap bab yang perlu
mengikut objektif yang telah dijelaskan. Kaedah ini adalah untuk merangka dan menyusun
pemikiran dan pemulisan terhadap kajian yang dikaji.

Pembahagian bab adalah seperti berikut:

BAB 1: Pengenalan

1.1 Pengenalan
1.2 Permasalahan Kajian
1.3 Objektif Kajian
1.4 Sorotan literatur kajian
1.5 Kepentingan kajian
1.6 Skop kajian
1.7 Metodologi kajian
1.8 Struktur kajian
1.9 Kesimpulan

BAB 2: Kedatangan Islam

2.1 Pengenalan

2.2 Islam Menuju ke Asia Tenggara

2.2.1 Timur Tengah

2.2.2 India

2.2.3 China

2.3 Asia Tenggara Sebelum Islam

9
2.4 Islam ke Brunei

2.4.1 Aspek Masa

2.4.2 Aspek Tempat

2.5 Zaman Keemasan Brunei

2.6 Kesimpulan

BAB 3: Islam di Brunei

3.1 Pengenalan

3.2 Brunei sebelum Islam

3.2.1 Politik

3.2.2 Sosial

3.2.3 Ekonomi

3.3 Brunei selepas Islam

3.3.1 Politik

3.3.2 Sosial

3.3.3 ekonomi

3.4 Kesimpulan

BAB 4: Implikasi Islam di zaman keemasan terhadap Brunei Darussalam di era moden

4.1 Pengenalan

4.2 Sistem Politik

4.3 Sistem Pendidikan

4.4 Hukum-hukum

4.5 Seni

4.6 Kesimpulan

BAB 5: Penutup

5.1 Rumusan

10
5.2 Kesimpulan

1.9 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kajian mengenai Islam adalah satu topik yang tidak akan berhenti
kerana keminatan para pengkaji, terutama bagi para mahasiswa/wi yang berencana untuk
melakuka kajian yang demikian. Agama Islam telah berubah dunia, ia telah membawa
tamadun kepada rantau ini, membawakan para negara daripada zaman jahil ke zaman
perkembangan. Selain itu agama Islam mengajar tentang disiplin mental dan fizikal. Kerana
itu ia telah mengubah Borneo secara keseluruhan bukan sahaja Brunei, namun Brunei
menolong melanjutkan pembawaan tamadun kepada orang asli Borneo. Sepert negara-negara
di Tanah Melayu dan Indonesia, Brunei telah maju selepas kejatuhan empayar Majapahit, ini
memberi peluang untuk Brunei menjadi sebuah negara. Kedatangan para saudagar daripada
pelbagai tempat yang membawa Islam ini telah menolong pembangunan Brunei sehingga
sekarang Brunei berserta dengan negara Islam di rantau ini masih menuju kearah
pemodenan.

Di tengah-tengah semua ini, Islam telah memainkan peranan yang penting, ini tidak
dinafikan. Pemerintah kesultanan Brunei didorong oleh Islam, sampai Brunei mempunyai
wilayah yang besar dimana sultan-sultan telah melaksanakan pengislama kepada orang
tempatan. Komuniti Islam di selatan Filipina wuijud kerana arahan Sultan Bolkiah untuk
menakluki tanah. Kesultanan Brunei menolong mengembangankan Borneo, sultan-sultan
zaman keemasan Brunei telah menubuhkan system pentadbiran yang kukul bagi mentadbiran
kawasan yang luas yang diperolehi di zmana tersebut. Kemudiannya Brunei hilnag wilayah
tersebut dengan percampuran orang asing tetapi ia masih berlaku kerana kesultanan Brunei.

11
BAB 2: KEDATANGAN ISLAM

2.1 PENGENALAN

Dalam bab ini akan bermula dengan penerangan tentang kedatangan islam ke rantau Asia
Tenggara, process pengislaman yang telah berlaku kepada bebrapa kawasan kecil di kawasan
gugusan Tanah Melayu dan Indonesia yang kemudiannya berkembangan setelah bebrapa
tahun.

Pelbagai tokoh-tokoh dan sejawan telah memberikan pelbagai teori tentang asal-usul
kedatangam islam ke rantau ini, semuanya telah memberikan secara jelas process Islamisasi
sambal mendapat kritikan daripada yang lain yang memberikan teori mereka sendiri. Teori
kedatangan islam boleh dibahagikan kepada tiga iaitu datangnya islam daripada asalnya iaitu
di Timur Tengah, Islam berasal dari India melalui saudagar beragama Islam dan begitu juga
teori daripada saudagar China yang Islam. Ketiga-tiga tempat ini, Timur Tengah, India dan
China, telah dipersetujukan oleh para pengkaji kerana ketiga-tiga kawasan ini sangat telibat
dalam perdagangan maritim bersama dengan negara-negara Asia Tenggra, perdagangan
yang berlaku sejak sebelum kewujudan Islam.

Sebelum melanjut kepada kedatangan islam ke Brunei, bab ini akan melihat secara
ringkas akan situasi Borneo sebelum kedatangan islam sepertimana yang diketahui Borneo
telah kuat dipengaruhi oleh Majapahit dalam pelbagai aspek. Dengan melihat dan memahami
zaman ini kita akan boleh memahami setakat mana kah Brunei berubah sejak itu dan untuk
melihat apakah yang kekal.

Setelah itu, kajian ini akan melihat secara mendalam kedatangan Islam ke Brunei,
melihat dari aspek masa dan tempat datangnya Islam. Seterusnya kajian ini akan melihat
kepada zaman keemasan Brunei. Ini penting kerana pelbagai perubahan dan perkembangan
telah berlaku kepada brunei dari abad ke-15 hingga ke-17, sepanjang masa itu
perkembanagan islam telah melanjut, usaha para sultan telah meluakan empayar kesultanan
Brunei dan kepada kawasan itu telah membawa dakwah Islam. Walaupun pada masa
sekarang Burnei ialah sebuah negara yang kecil, kesan semasa zaman keemasan Brunei boleh
ditemui dikawasan yang sebelum ini dibawah kekuasaan Brunei seperti di selatan Filipna masih
kekal komuniti Islam yang telah dibina semasa zaman pemerintahan Sultan Bolkiah.

12
2.2 ISLAM MENUJU KE ASIA TENGGRA

Seperti yang dijelaskan dalam pengenalan, bab ini akan dimulai dengan penjelasan bagaiman
dan dari mana kedatanagn Islam ke rantau Asia Tenggara. Seorang boleh mengatakan
bahawa Islam datang dari pada timur Tengah dan mereka tidak salah menyatakan tersebut.
Tetapi kajian ini bertujuan untuk melihat dengan teliti bagaiman Islam boleh sampai ke rantau
Asia Tenggara, jadi akan melihat process yang menuju kepada kedatangannya.

Boleh dikatakan dengan selamat bahawa islam dibawa oleh orang asing kepada
penduduk Asia Tenggra. Orang asing ini kebanyakkannya merupakan para saudagar yang
datang untuk memperolehi hasil bumi di rantau ini seperti rempah, batu-batu dan sebagainya.
Para saudagar daripada tiga tempat ini telah berlayar kepada Asia Tenggara bertahun-tahun,
ada yang telah membawa tamadun kepada Asia Tenggara, ada juga yang berkahwin dengan
orang tempatan. Kenyataannya ialah orang asing ini memainkan peranan yang penting bagi
perubahan yang berlaku kepada Asia Tenggra termasuklah Islam. Bagaimana Islam dibawa
boleh dipendekkan kepada du acara iaitu melalui perlayaran laut atau melalui jalan darat
mengikuti Silk Road.

Apapun cara Islam datang ke Asia, para saudagar ini telah berhasil menyebarkan
agama Islam kepada rantau ini, mereka ini yang dikatakan penghuni Islam bagi para
sejarawan. Secara ringkas, orang yang menyebabkan penyebaran Islam berlaku di rantau ini
ialad orang daripada Tanah Arab, orang India dan orang China, ketiga teori ini akan dijelaskan
lebit lanjut dalam topik seterusnya.

2.2.1 TIMUR TENGGAH

Menentukan masa tepat kedatangan islam ke nusantara ialah suatu cabaran yang banyak
penyelidik menghadapi, ini kerana perbagai sumber ditemui yang menyatakan perkara yang
berbeza. Satu teori ialah Islam datang ke Asia Tenggra melalui perdagangan yang dilakukan
oleh orang-orang Arab. Berdasarkan kepada catatan sejarah dan pengetahuan tentang
perdagangan yang luas dengan dunia timur yang dilakukan oleh orang arab sejak sebelumnya
wujub agama islam, maka menurut Thomas W. Arnold: ada kemungkinan agama Islam ini
telah dibawa oleh perdagang Arab ke kawasan Asia Tenggara sejak abad kepertama hijrah.1

1
Thomas W Arnold, Sejarah dakwah islam, Jakarta: penerbit wijaya 1979 h 317.

13
Dia seterusnya menyatakan bahawa dalam abad ke-2 sebelum hijrah, orang Arab telah
menguasai perdagangan di Sri Lanka pada awal abad ke-7, melalui Sri Lanka orang Arab telah
berdagang ke cCina dan dapat membuat hubungan perdagangan yang pesat. Di antara abad
ke-10 dengan ke-15 hingga datangnya Portugis, dapatlah dinyatakan bahawa pada masa ini
orang Arab ‘raja’ dalam mengusai perdagangan di timur. Dengan yang demikian adalah
munasabah orang Arab mendirikan pangkalan di pulauan Indonesia sejak awal lagi.2

Pandangan Thomas Arnold disokong oleh keterangan yang lain. Dalam tarikh China
mencatat yang mengatakan bahawa pada tahun 674 didapati serombongan orang Arab yang
menetap di pantai sumatera.3

Sejarah telah menunjukan bahawa sejak sebelumnya lahir Islam, saudagar Arab telah
memainkan peranan penting sebagai orang tengan dalam perhubungan diantara negara-
negara Arab dan India. Kedatangan orang Arab muslim terwawal ke Tanah Melayu dibuktikan
dengan penemuan satu nisan yang menujjukan si mati seorang lelaki bernama Syeik Abdul
Kadir bin Husin Shah Alam meninggal pada 291 hijrah/903 masihi. Di sekeliling nisan ini juga
dijumpai lain lain batu nisan yang tua yang menujjukan tempat itu sebagai sebuah penepatan
orang Islam pada masa dahulu.4

Ada satu lagi bukti tentang kedatangan orang Arab Muslim, kali ini di Jawa. Batu nisan
yang di temui ia seorang perempuan bernama Fatimah binti Maimon Hibutallah di Leran dekat
Gerisek.5 Batu nisan tersebut mengandungi tulisan arab yang bertarik diantara tahun 1082-
1102.6 D.G.E Hall telah menolak batu nisan ini sebagai satu bukti yang kuat tentang keadaan
orang islam. Menurutnya mungkin batu itu hanya menujjukan seorang arab atau farsi yang
dating ke tempat itu pada abad ke-11 atau ia boleh jadi batu nisan itu datang kemudiannya.7

Menurut kajian yang dibuat oleh M Junus Djamil, seorang penkaji sejarah di Acheh,
ada sebuah kerajaan islam pertama dilahirkan di Perlak pada tahun 840 Masihi/225 Hijrah.
Sultannya yang pertama ialah seorang bernama Syed Maulana Abdul Aziz Shah (peranakan
Arab Quraisy dengan Puteri Meurah Perlak) dan dia ambil gelaran Sultan Alauddin Syed
Maulana Abdul Aziz Shah.8

2
Ibid
3
Ibid h. 318
4
Wan Hussein Azmi, “Islam di Malaysia : kedatangan dan perkembangan (abad 7-20) tamadun islam di
Malaysia”, kuala lumpur, persatuan sejarah malaysia, 1980, h 135-157
5
Prof Dr Slamet Muljana, A Story of Majapahit, Singapore : university press, 1976, h 218-222
6
D.G.E Hall, op. cit., h 221
7
Ibid
8
Wan Hussein Azmi, op cit, hlm. 137

14
Kajian Djamil ini sudah tertentu berlawanan dengan apa yang dicatatkan dalam
pengembaraan Marco Polo. Dalam perjalanan pulang ke Vanice, Sepanyol setelah berkhidmat
di China selama 17 tahun, dia bersinggah di Perlak pada tahun 1292. Marco Polo menceritakan
bahawa ramai penduduk tempatan telah menganut islam atas usaha saudagar arab yang
datang ke sana.9 Dalam pengembaraannya dia telah mencatat : “we shall begin with the
kingdom of Felech, which one of the eight. Its inhabitants are for the most parts idolaters,
but many of those who dwell in the seaport towns have been concerted to the religion of
Mohamet”.10

Dengan adanya bukti yang berupa catatan pengembaran dan batu nisan tersebut
dapatlah ditarik kesimpulan bahawa Islam telah berkembang di kawasan Nusantera seawalnya
selepas bebrapa tahun setelah penghijrahan Nabi Muhammad. Setakat ini kebanyakkan ahli
sejarah masih berpegang kepada catatan Marco Polo bahawa negara islam yang pertama di
kawasan nusantara ialah Pasai11 dan orang yang bertanggung jawab dalam process
pengislaman ialah para saudagar arab yang datang. 12

Dengan apa yang telah dinyatan sebelum ini, dapatlah disimpul bahawa orang Arab
adalah pihak yang pertama yang membawa ajaran islam ke Nusantara, semasa pengembaran
orang-orang Arab ini dan para perdagang Arab ini telah mula mengubah status para negara
di kawasa tersebut termasukkan dalam kehidupan penduduk tempatan baik dalam bentuk
mental mahupun fizikal.13

Waluapun petikan diatas telah menjelaskan bahawa Islam telah datang tersu dari para
pedagang Arab, ada juga teori yang mengatakan Islam menyebar ke Nusantara dari orang-
orang Persia(Farsi). Theory Persia di perolehi oleh P.A Hoesin Djajadiningrat dari Indonesia.
Titik pandangan teory ini memiliki perbedaan dengan theory Arab mengenai masuk dan
datangnya Islam di Nusantara. Menurut P.A Hoesin Djajadiningrat, Islam datang ke Nusantara
melaui Persia di abad ke-7. Theori ini memfokuskan tinjauan socio-culturaldi kalangan
masyarakat islam Indonesia yang ada kesamaan dengan di Persia. Di antaranya adalah
perayaan Tabut di beberapa tempat di Indoensia dan berkembangnya ajaran Syekh Siti Jenar
zaman penyebaran Islam Wali Sanga ada kesamaan dengan ajaran Sufi al-Hallaj dari Iran

9
Brian Harrison, op. cit., hlm. 58
10
John Masefield, The Travels of Marco Polo, London: JM Dent, 1946, hlm. 338
11
A.H Hill, “Hikayat Raja-Raja Pasai”, JMBRAS, Vol 33, pt 2, june 1960,, h 11
12
Keyzers, de Ho Ilander, John Crawfurd, William Marsden dan S.M NAjib Al Attas bersetuju dengan penyataan
ini.
Lihat Ismail Hamid, “Tinjaun Umum Terhadap Teori Kedatangan Islam ke Alam Melayu” SARI, Jilid , bill 1,
January 1985, hlm. 43-45
13
Ismail Hamid, “The Malay Islamic Hikayat”, Kuala Lumpur : university kebangsaan Malaysia, 1983, hlm. 27

15
Persia.14 Teori ini banyak mendapat kritikan ketika diadakan seminar masuk dan
berkembangnya Islam di Indonesia yang diselenggarakan di Medan tahun 1963. Kritik itu
muncul dari Dahlan Mansur, Abu Bakar Atceh, Saifuddin Zuhri, dan Hamka.

Penolakan teori ini didasarkan pada alasan bahawa, bila Islam masuk abad ke-7 Masihi
yang ketika itu kekuasaan dipimpin Khalifah Umayyah (Arab), sedangakan Persia Iran belum
menduduki kepemimpinan dunia Islam. Masuknya Islam dalam suatu wilayah, bukankah tidak
identik langsung berdirinya kekuasaan Islam.15

2.2.2 INDIA

Seorang sarjana sejarah Belanda bernama Snouck Hurgonje pernah mengeluarkan theory
yang mengatakan bahawa Islam datang daripada India.16 Pendapat dia oleh Brian Harrison
ini gemukakan alasan bahawa untuk mendapatkan ilmu pengetahuan di samping menjalin
hubungan perdagangan maka negara-negara gugusan pulau Melayu selalu memandang
kepada India bukannya kepada Arab/Farsi. Oleh yang demikian penerimaan di penduduk
gugusan pulau Melayu terhadap agama Islam adalah bergantung kepada penerimaan orang
India terhadapnya. Dalam abad ke-13, semasa sultan Truki berkuasa di Delhi, dia telah
membuka jalan ke arah bertapaknya Islam di barat daya dan timur laut di India. Pada masa
inilah juga penghantaraan saudagar Islam di Gujerat, Islam telah merebak ke luar.17

Menurut Hurgonje, lama sebelum lahirnya islam, orang Hindu telah biasa menjelajahi
pulau-pulau Indonesia sambil membawa peradaban mereka. Apabila muncul Islam maka
dengan sendirinya orang Hindu itu juga memluk Islam seterusnya mengenalkan agama Islam
kepada penduduk Indonesia. Dengan ini orang Indonesia telah biasa bergaul dengan orang
Hindu itu dengan mudah sahaja menerima agama Islam yang diperkenalkan.18

Hal ini membuktikan yang Islam tidak diterimna secara langsung oleh orang Indoneisa
dari orang Arab kerana perhubungan Arab dan Indonesia hanya mula sejak kurun ke 6.
Beberap orang orientalis barat yang sealiran dengan Hurgonje ialah Van Ronkel, 19 G.E

14
Ahmad Mansur Surya Negara, op. cit., 2002. Hlm. 90
15
K.H Sauddin Zuhri, op. cit., 1984. Hlm. 188
16
SQ Fatimi, “Islam Comes to Malaysia”, Singapore: sociological research institute, 1963, hlm. 4-5
17
Brian Harrison, Southeast asia: A short History, London; macmillan & CO. Ltd, 1957, hlm. 43
18
Haji Abu Bakar Acheh, “Sekitar Masuknya Islam ke Indonesia: Berita Tentang Perlak dan Pase”, dlm. Risalah
seminar sejarah kemasukkan islam ke Indonesia, Medan: t. pt, 1963, hlm. 57-102.
19
E. J Brill, “Sumatra”, encyclopaedia of islam, London: Leiden, Vol. 4,, 1986, hlm. 551

16
Marrison,20 A.H Hill,21 Nieuwenhiuze,22 de Josseline de Jong23 dan lain-lain lagi. Hujah-hujah
mereka ditegakkan atas bebrapa factor, antaranya:

1. Adanya perhubungan perniagaan antara india dan gugusan pulau-pulau melayu sejak
lama lagi. Jadi apabila orang India menganut Islam, maka di samping perniagaan
mereka mengenalkan pula agama tersebut kepada penduduk di alam melayu.
2. Adanya batu nisan Maulana Malik Ibrahim didapati di Gerisek, Jawa yang menunjukkan
tarikh wafatnya pada 12 rabiulawal tahun 882 Hijrah( 9 April 1419). Dari batu nisan
tersebut yang ada persamaan dengan batu nisan di Gujerat , mereka membuat
kesimpulan bahawa batu nisan di Gerisek inilah batu nisan yang pertama dibawa ke
gugusan pulau-pulau Melayu yang secara tidak langsung membawa makna bahawa
Maulana Malik Ibrahim itu ada orang daripada India.24
3. Adanya perkataan dalam Bahasa melayu seperti ‘lebai’ yang berasal dari perkataan
selatan India ‘lebaigam’ bererti ‘saudagar’.25 Perkataan ini tersebar luas di seluruh
Nusantara yang membawa maksud seorang yang bergelar ‘lebai’ itu dianggap ahli
agama dalam masyarakat Islam dikampung tempat kediamannya,26 sehingga erti yang
benar telah hilang. Ini menunjukkan betapa orang India lah berpengaruh di kalangan
masyarakat melayu di zaman awal perkembangan Islam dahulu.27
4. Melalui process perkahwinan, orang barat berpendapat bahawa di samping
meperjalankan perdagangan, saudagar India Islam yang datang berkahwin dengan
wanita tempatan, perkara ini secara tidak langsung telah mencepatkan process
kemasukkan dan perkembangan islam di kepulauan Melayu.28 Walaupun hujah ini tidak

20
G.E Marisson, “ The Coming of Islam to the East Indies”, JMBRAS, Singapore: Malaya publishing house
limited Vol. XXIV, Pt. 1, 1951, hlm. 28
21
AH Hill, “The Coming of Islam to North Sumatera”, JSEAS, Vol. 4, no. 1 , march, 1963, hlm. 16-17.
22
CAO Van Nieuwenhuize,”Indonesia”, the legacy of islam, London: oxford university press(second edition), hlm
145PE de josseline de jong, agam-agam di gugusan pulau-pulau melayu, Kuala Lumpur: oxford university
press,1968, hlm 43
23
PE DE jOSSELINE DE JONG, AGAMA-AGAMA DI GUGUSAN PULAU-PULAU MELAYU, KUALA LUMPUR: OXFORD
UNIVERSITY PRESS,1968, HLM 43
24
J.P MOQUTTE TELAH MEMBANDINGKAN BATU NISAN KEPUNYAAN MALIK IBRAHIM DI GERISEK BERTARIKH
1419 DENGAN BATU NISAN KEPUNYAAN OMAR BIN AHMAD AL-KHAZARUNI DI GUJERAT BERTARIUKH 1338 DAN
MENDAPAT CIR-CIR PERSAMMAN DI ANTARAKEDUA-DUA NISAN TERSEBUT BAIK DALAM BENTUK UKIRAN
MAHUPUN BENTUK TULISAN AYAT QURAN. INI DENGAN SENDIRINYA MENYOKONG THEORY SNOUCK
HURGONJE BAHAWA ISLAM DI GUGUSAN PULAU-PULAU MELAYU DATANG DARI INDIA.
25
Encyclopaedia of Islam, loc, cit.
26
Drs. M.D Mansoer, “Masuk dan Berkembangannya Agama Islam di Daerah Pesisir Utara Sumatera”, risalah
seminar sejarah kemasukkan islam ke Indonesia, Medan: t, pt, 1963, hlm. 63
27
Ibid, hlm. 71
28
Drs. M.D Mansoer, op. cit, hlm. 57

17
berapa kuat untuk menyokong sabab penyebaran Islam tetapi hal ini adalah perkara
yang biasa beralaku dimana man di dunia.

Dengan ini, dapatlah di rumuskan bahawa Islam masuk ke Indonesia khususnya dan ke
gugusan pulau-pulau Melayu umumnya adalah dari India dan di bawa oleh perdagang dari
India. Nyatalah theori ini menafikan peranan arab yang membawa islam secara langsung dari
tanah Arab sendiri ke gugusan pulau-pulau Melayu.

2.2.3 CHINA

Teori Cina, dikemukakan oleh Selamet Muljana yang mengatakan bahawa sultan-sultan di
Kerajaan Demak adalah peranakan Cina. Demikian pula ia menjelaskan bahawa para Wali
Sanga adalah peranakan Cina. Pendapat Selamat Muljana ini didasarkan dari sebuah Kronik
tenteng Sam Po Kong (Selamet Muljana, 1968). Selamet Muljana memberikan contoh Sultan
Demak Panembahan Patah, sebagai pendukung teori ini dalam Kronik Sam Po Kong bernama
Panembahan Jin Bun nama Cinanya. Arya Damar sebagai pengasuh Panembahan Jin Bun
pada waktu di Palembang bernama Cina, Swang Liong. Sultan Trenggono disebutkan dengan
nama Cina yaitu, Tung Ka Lo. Sedangkan Wali Sanga antara lain Sunan Ampel dengan nama
Cina Bong Swee Hoo. Sunan Gunung Jati dengan nama Cina Toh A Bo.29 Sebenarnya menurut
A.M. Surya Negara bahawa dalam budaya Cina penulisan sejarah nama tempat yang bukan
negeri Cina, dan nama orang yang bukan bangsa Cina, juga dicinakan penulisannya. Sebagai
contoh Putri Raja Vikramawardana (Raja Kerajaan Majapahit terakhir) adalah Suhita dan
sebagai Ratu kerajaan Hindu Majapahit, dituliskan nama Cinanya yaitu Su King Ta.

Kemudian nama Kerajaan Budha Sriwijaya dituliskan dengan nama Cina, San Fo Tsi.
Namun, menurut Selamat Muljana ia tidak menyebutkan bahawa Ratu Shita atau Su King Ta
adalah orang peranakan Cina dan kerajaan Budha Sriwijaya atau San Fo Tsi adalah kerajaan
Cina. Kelemahan data dan sistem interpretasi data yang dilakukan oleh Selamat Muljana
mendapat kritikan dari G. W.J. Drewes (Islamolog University of Leiden Belanda), saat beliau
berkunjung di IAIN Suan Kalijaga Yogyakarta tahun 1971 M. Ia mencontohkan tulisan J.P
Coen dalam tradisi Jawa penulisan nama tokoh sejarah tersebut dijawakan menjadi Mur
Jangkung. Pengindonesiaan Nederland menjadi Belanda bukan berarti Negara Belanda adalah
Indonesia.

Alasan lain bisa juga dikemukakan bahawa tokoh pendiri Nahdhatul Ulama (NU) KH.
Hasyim As’ary dan K.H Ahmad Dahlan Pendiri Muhammadiyah meskipun namanya berbahasa

29
Ahmad Mansur Surya Negara, op. cit., 2010, hlm. 100-101.

18
Arab tidak berarti mereka adalah orang Arab atau peranakan Arab.30 Anthony Reid
mengungkapkan bahawa konversi massal masyarakat Melayu kepada Islam terjadi bersamaan
dengan apa yang disebutnya sebagai ‘masa perdagangan’ (the age of commerce), masa ketika
Asia Tenggara mengalami ‘trade boom’ (abad 15-17) kerana meningkatnya posisi Nusantara
dalam perdagangan Timur-Barat.

Van Leur menjelaskan terjadinya konversi massal masyarakat Nusantara kepada Islam
karena adanya perubahan politik di India. Pada waktu itu kekuasaan Brahmana telah runtuh
dan digantikan oleh kekuasaan Islam Mongol (1526). Lebih lanjut Van Leur menegaskan
bahwa motivasi bupati pantai utara Jawa memeluk Islam bertujuan untuk mempertahankan
kedudukannya. Pada saat ini, para bupati menjadikan Islam sebagai instrumen politik untuk
memperkuat kedudukannya. Hal ini memberikan indikasi bahawa Islam pada masa itu telah
tersebar ke seluruh nusantara dan telah menjadi agama rakyat. Kota-kota di wilayah pesisir
muncul dan berkembang menjadi pusat-pusat perdagangan. Pada masa inilah bahasa Melayu
memainkan peranan yang penting dalam kegiatan perdagangan dan dakwah Islamiyah,
sehingga menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca di Nusantara.

Azyumardi Azra menyebutkan bahawa masa-masa ini tidak hanya mengantarkan


wilayah Melayu ke dalam internasionalisasi perdagangan, tetapi juga kosmopolitanisme
kebudayaan yang tidak pernah dialami masyarakat kawasan ini pada masa sebelumnya.
Pendapat kedua didasarkan atas sumber-sumber asing yang ditulis oleh orang-orang Eropah
seperti W.F. Stuterhein; di mana ia berpendapat bahawa Islam masuk ke Nusantara pada
abad ke13 Masihi dengan dasar atas bukti batu nisan Sultan pertama di Kerajaan Samudra
Pasai, yaitu Sultan Al-Malik Al-Saleh yang wafat 1292.31 Singgahnya Marco Polo selama 5
bulan di pesisir pantai Utara Sumatera (Aceh sekarang) tahun 1292, lalu ia menjelaskan
bahawa seluruh penduduk setempat masih menganut kepercayaan Pelbagu, kecuali di suatu
kerajaan yaitu Peurlak yang terletak di hujung Timur laut pulau Sumatera telah memeluk
Islam, dan itupun hanya penduduk kota (pesisir pantai) yang memeluk Islam (Arnold, 1986:
319).

2.3 ASIA TENGGARA SEBELUM ISLAM

Sebelum kedatangan agama Islam penduduk-penduduk di Nusantara secara keseluruhannya


menganut agama Hindu. Tapi ahli-ahli arkeologis berpendapat masyarakat Melayu dewasa itu
sudah pun mempunyai kebudayaan yang tersendiri dan dipengaruhi oleh kebudayaan India

30
Ibid. hlm 101.
31
Ibid, hlm. 75.

19
dalam beberapa segi. Pengaruh kebudayaan India di Nusantara amatlah besar sehinggakan
wujud beberapa buah negeri bercorak Hindu seperti Srivijaya, Funan dan Majapahit.
Kedatangan Islam ke Alam Melayu pada awal abad ke-15 telah membawa perubahan yang
nyata dalam kehidupan masyarakat Melayu dan pelbagai aspek. Akhirnya tamadun Islam telah
menguasai kehidupan masyarakat Melayu mengatasi tamadun Hindu yang telah diamalkan
oleh orang-orang Melayu semenjak berabad-abad yang lalu.

2.4 ISLAM KE BRUNEI

Berkaitan dengan masuknya Islam di Brunei pertama sekali, dapat diketahui


berdasarkan bukti sejarah Brunei, yaitu batu di perkuburan Islam Rangas, Tutong Bandar Sri
Begawan bertuliskan Cina bernama P’ukung Chih-mu meninggal 1264 M, ia adalah keturunan
dari Dinasti Sung Selatan yang telah banyak memeluk Islam. Beliau adalah orang Cina yang
masuk Islam. hal ini bisa dibandingkan dengan masuknya Islam di Cina (Canton) tahun 610 ;
Phang Ray Vietnam tahun 1039 ; Trengganu 1303 ; dan Jawa (Leran Jawa Timur) tahun 1082.
Brunei bagi kawasan Borneo adalah pusat perkembangan Islam sampai ke wilayah Philipina,
karena zaman pemerintahan Sultan Bolkiah (1485-1524) – sultan ke-5 – sangat intensif
melakukan penaklukan dan menyebarkan Islam di wilayah Borneo dan Sulu (Philipina
Selatan). Islam semakin berkembang di kawasan Brunei Darussalam dan Islam menjadi
agama resmi negara sejak Muhammad Shah memeluk Islam dan memerintah di Kerajaan
Brunei Darussalam (1406-1408). Islam semakin berkembang terutama semenjak Malaka
sebagai pusat penyebaran dan kebudayaan Islam, jatuh ke tangan Portugis (1511) yang
menyebabkan banyak ahli dalam bidang agama pindah ke Brunei Darussalam dan
perkembangan Islam semakin nyata lagi semenjak masa pemerintahan Sultan Bolkiyah (sultan
ke-5) yang wilayah kekuasaannya meliputi Suluk, Selandung, Borneo, kepulauan Sulu,
Kepulauan Balabac, Pulau Banggi, Pulau Balambangan, Matanani dan utara Pulau Palawan
sampai ke Manila. Pada masa Sultan Hassan (Sultan ke9) beliau melakukan beberapa
kebijakan yang menyangkut tata pemerintahan: 1) menyusun institusi pemerintahan agama
kerana agama memainkan peranan penting dalam memandu negara Brunei ke arah
kesejahteraan rakyat; 2) menyusun adat istiadat yang dipakai dalam semua upacara, baik
suka maupun duka di samping menciptakan atribut kebesaran dan perhiasan raja; 3)
menguatkan undang-undang Islam, yaitu Hukum Qanun yang mengandung 46 pasal dan 6
bagian. Pada tahun 1888-1983 M Brunei Darussalam berada di bawah penjajahan Inggris.
Brunei memproklamirkan kemerdekaannya pada tanggal 31 Desember 1983 dan Inggris
angkat kaki dari Brunei pada tanggal 1 Januari 1984 maka secara resmi Brunei bebas dari
penjahan Inggris. Setelah merdeka Brunei menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja.

20
“Melayu” artinya negara Melayu yang mengamalkan nilai-nilai dan tradisi kebudayaan Melayu
yang memiliki unsurunsur kebaikan dan menguntungkan. “Islam” artinya suatu kepercayaan
yang dianut negara yang bermazhab “ahluss sunnah wal jama’ah” sesuai dengan konstiutsi
dan citi-cita kemerdekaannya. “Beraja” artinya suatu sistem tradisi Melayu yang telah lama
ada.

Before this we have discussed on how Islam was able to gain followers in the Nusantara
region, just to recap the Arabs, Indians and Chinese were credited on how Islam was able to
have a presence, due to the traders and merchants who along with trading, spread the
teachings of Islam through various means. Now I shall elaborate on the stages of Islamisation
of Brunei.

Untuk menjelaskan kemasukkan islam ke Brunei , akan disentuhkan dua aspek iaitu aspek
masa dan aspek tempat. Dengan aspek yang pertama, akan dijelaskan bila kah masa agama
islam mula dibawa masuk ke brunei dan siapka pembawanya. Sementara dalam aspek yang
kedua ialah untuk meliat dari arah manakah islam itu dibawa ke brunei.

2.4.1 ASPEK MASA

Kebanyakan penulis barat berpendapat bahawa Brunei mula menerima Islam dalam abad ke-
16 iaitu selepas kejatuhan kesultanan Melaka kepada Portugis pada tahun 1511. Pada masa
inilah bertepak dan berkembang islam di Brunei, disamping itu Brunei menjadi pusat
perdagangan juga menjadi pusat mengembangkan ajaran Islam, megambil alih peranan yang
pernah dimainkan oleh kesultanan melayu Melaka sebelumnya. Pendapat ini diantara lain
dikemukakan oleh K.G Tregonning,32 D.G.E Hall,33 J.F Cady,34 dan N. Tarling.35

Robert Nicholl mengumpul sumber-sumber dari Portugis mengenai Brunei dalam abad
ke-16, memberikan gambaran yang negative tentang kemasukkan Islam ke Brunei. Antara
lain Nicholl mengatakan bahawa pada tahun 1514 raja Borneo(Brunei) bukanlah seorang yang
beragama Islam tetapi pagan, hanya perdagang dan saudagar yang beragama Islam. Sumber
Portugis yang lain bertarikh kira-kira tahun 1515 menyebutkan bahawa pulau Borneo didiami
oleh orang yang bukan Islam dan begitu juga rajanya.36

32
K.G Tregonning, from earliest time to 1511, London: University of London press, 1857, hlm. 211
33
D.G.E HALL, SEJARAH ASIA TENGGARA, KUALA LUMPUR: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,1979,HLM. 263
34
J.F CADY, SOUTH EAST ASIA: ITS HISTORICAL DEVELOPMENT, USA: MC GRAW HILL,1863, HLM. 167
35
N.TARLING, SOUTH EAST ASIA: PAST AND PRESENT, MELBOURNE FW CHESHIRE, 1966, HLM. 44
36
ROBERT NICHOLL,”EUROPEAN SOURCES FOR THE HISTORY OF THE SULTANATE OF BRUNEI IN THE 16 TH
CENTURY”, BRUNEI MUSEUM(PENERBIT KHAS) BIL. 9, 1975, HLM. 4-7

21
Walaupun keterangan yang dikutip oleh Nicholl itu masih boleh dipertikaikan: apakah
negeri yang dimaksudkan Borneo itu sebenatnya Brunei?37 Umumnya diterima bahawa yang
dimaksudkan Borneo itu ialah Brunei,malah sebelum abad ke-19 banyak lagi sebutan bagi
Brunei oleh orang Eropah.38 Keterangan Nicholl ini menunjukkan bahawa pda abad ke-16,
Brunei masih jahil atau baru hendak didatangi oleh Islam.

Kerajaan Islam Brunei pada abad ke-16 sukar untuk diterima kerana raja Brunei yang
pertama, Sultan Muhammad Shah, memluk agama Islam dalam abad ke-15 bukan abad ke-
16. Sejak dari pengislaman Sultan Muhammad Shah, corak pemerintahan dan kehidupan
rakayat brunei bertukar dari zaman pra-islam ke zaman Islam.

Salah satu aspek kenapa para penulis barat keliru dalam membuat penilaian tentang
kemasukkan Islam ke Brunei dan mungkin disebabkan keterangan yang mereka memperolehi
dipetik daripada ‘sumber kedua’ yang ditulis berdasarkan cerita atau penerangan yang
diberikan oleh pengembara-pemgembara sedangkan si pencatat tidak pernah datang ke
tempat yang diceritakan. Jadi tidak menghairankan berlaku kesilapan fakter, lupa dan
sebagainya kerana pengembara tersebut berlayar berbulan-bulan lamanya. Aspek yang lain
ialah pengembara yang kebanyakkan beragama Kristian itu tidak mustahil memberikan
penerangan yang agak berat sebalah dalam erti kata mereka tidak begitu mengambil
perhatian berat atau sengaj memperkecilkan kemasukkan dan perkembanagn Islam.39

Salah satu contoh keterangan dari ‘sumber pertama’ yang terbaik ialah catatan Antonio
Pigafetta yang dalam pelayarannya ke Asia Tenggara telah singgah di Brunei dan telah
mengadap sultan Brunei pada tahun 1521. Antonio Pigafetta telah meliat kemantapan dan
kebesaran kerajaan Brunei yang pada masa itu tentu di perintah oleh seorang yang beragama
Islam.40

Pada abad ke-7, menurut sumber dareipada China dan Arab, ramai pedagang Arab
dan Farsi pergi ke Canton dan pada abad ke-9 mereka telah memanikan peranan yang
penting dalam hal-ehwal perdagangan di negeri China.41 Ternyata bahawa selain membuat

37
Oleh keran borneo itu luas dan mengandungi banyak negeri mungkin ada yang mengatakan bahwa tidak
semestinya setiap yang disebut borneo itu brunei.
38
Sebelum abad ke 19, berbagai-bagai nam telah diberikan untuk menakan brunei oleh orang inggeris
seumpamanya: Burni, Bourni, Bournee, borne, borneo. Selepas itu disebutkan :Brunai Bronei, Brunei. Orang
belanda pula menyebut brunei agak jauh dari sebutan yang sebernarnya :Berow,Barow,Barau,Beraw.
See The State of Brunei Annual Report for the year 1970, hlm. 394.

39
Metussin Omar, op. cit, hlm. 8
40
Yura Halim dan Jamil Omar, op. cit, hlm. 39
41
Wang Gungwu ,”The Nanhau Trade”, JMBRAS VOL. XXXI, PT. 2, JUNE, 1958, HLM. 1-135

22
perniagaan, para saudagar akan menyampaikan dakwah Islam dikalangan orang China. Jadi
pedagang China yang berkunjung ke Brunei dalam abad-abad yang disebutkan diatas tidak
mustahil dari kalangan mereka yang sudah menganit agama Islam. Menurut professor S.Q
Fatimi, pedagang Islam tersebut adalah merupakan ‘perhubung’ di antara negeri China dan
kepulauan Melayu yang kemudiannya bertanggungjawab pula dalam perkembangan Islam.42

Juga sebagai akibat daripada perhubungan pedagang Islam dengan penduduk


tempatan di brunei, sedikit sebanyak telah meresapkan pengaruh arab dan islam di brunei.
Ini disokong oleh bukti-bukti arkeologi berbentuk wang dan tembikar dari luar negeri yang
didiapati di brunei, umpamanya di Kota Batu telah dijumapi wang syilling yang mengandungi
tulisan jawi, dimuka belakang wang itu berbunyi “Sultan Al-Adil al-malik al-Zahir” dan
gambarang yang menujukkan ciri-ciri arab, selain itu ada pula gambar yang menyerupai naga,
satu ciri yang menujukkan pengaruh china

Prof Dato Dr Haji Mahmud Saedon Bin Awang Othman telah membuat pendapatnya
sendiri mengenai kedatang Islam. Bagi dia, kedatangan Islam ke Brunei berlaku selepas
selepas kejatuhan Melaka tetapi terdapat bukti-bukti yang kukuh yang menujjukkan islam
datang ke Brunei sejak abad ke-10. Islam ketika itu kurang mendapat sambutan daripada
penduduk tempatan dan mungkin hanya dianuti oleh sebahagian kecil rakyat biasa atau di
antara gologan perdagang Islam yang berada di Brunei. Sambutang dingin terhadapt Islam
ini mungkin berpunca dari wujudnya persaingan dengan pengaruh Hindu yang telah berada
lama di seluruh Asia Tenggara. Kekuatan raja-raja Hindu ketika itu telah menyebab pengaruh
Hindu semakin meluas dan membesar sehingga ia membantutkan usaha-usaha untuk
memperkembangakan Islam. Hanya setelah kerajaan Hindu dan Buddha mengalami
kemerosotan pada abad ke 13 barulah Islam mula mendapat tempat di kalangan penduduk
Asia Tenggara.

Tambahan lagi setelah Awang Alak Betatar memeluk agama Islam, para penduduk
dan pengikutnya telah ikut serta untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada raja. Sepereti
apa yang dinyatakan sebelum bahawa Islam mendapat sambutan yang lemah daripada
penduduk Brunei. Selepas Awang Alak Betatar menjadi Sultan Muhammad Shah, bilangan
orang muslim telah naik dan Islam bukan hanya agama kepada para saudagar. Ini adalah
permulaan bagi penubuhan Islam di Brunei.

Seterusnya bermulanya penyebaran Islam secara besaran, mulai daripada Brunei


seterusnya ke wilayah yang berhampiran yang menuju kepada kawasan pantaian dan

42
S.Q Fatimi, loc. cit.

23
kemudian penyebaran dari pantaian ini kepada seluruh Borneo. Penyebaran in menurut Prof.
Dato Dr. Haji Mahmud Saedon terjadi dalam abad ke-16. Dia juga menambah bahawa
peringkat ini telah di salahertikan oleh beberapa penyelidik sebagai peringkat bermula
kedatangan islam padahal pada waktu itu islam di Brunei telah berada di peringkat
“kedaulatan yang tertinggi”

2.4.2 ASPEK TEMPAT

Menyentuh aspek yang kedua iaitu dari manakh islam itu masuk ke Brunei? Hanya ada dua
teori yang dapat dikemukakan dalam perkara ini iaitu sama ada dari sebelah barat atau
sebelah timur Asia Tenggara.

Bagi yang pertama iaitu dari barat, teori ini mengatakan bahawa Islam datang ke Asia
Tenggara melalui barat dikemukakakn oleh penulis barat seperti G.D.E Hall43 dan K.G
Tregonning44 atas alasan bahawa sumber asal Islam ialah Timur Tengah, dari sana Islam
mengalir ke India, dari India ia masuk ke Sumatera Utara sehingga terdiri kerajaan Islam
Pasai. Apabila Pasai jatuh, pengaliran Islam bertumpu pula ke Melaka sebagai pusat
perkembangan Islam di abad ke-15 itu yang kemudiannya merebak pula ke lain-lain tempat
di gugusan pulau-pulau Melayu, termasuk Brunei.45

Begitu jelas bahawa pengaliran Islam mengikuti jalan utama perdagangan di sebelah
barat Asia Tenggara. Teori ini mungkin sesuai untuk negara-negara yang terletak di sebelah
barat Asia Tenggara sahaja tetapi teori ini tidak sesuai dikenakan kepada negeri-negeri di
pantai timur Semenajung Tanah Melayu dan Brunei.46

Bagi teori yang kedua, penulis dari Timur mengatakan kemasukan islam ke sebelah
timur Asia Tenggara bukan dari barat tapi dari timur. Menurut buku Pameran Sejarah
Perkembangan Islam di Brunei:

“Umumnya dikatakan bahawa islam datang dan berkembang di Brunei dari bahagian
sa-belah barat Asia Tenggara, ia-itu melalui India Barat, Sumatera Utara dan Melaka
dalam abad ke-16. Tetapi akhir2 ini terdapat bokti2 di-Brunei yang menunjokkan
bahawa islam mungkin datang dan berkembang di-negeri ini lebih awal dari tarikh

43
D.G.E Hall, loc. cit.
44
K.G Tregonning. loc. cit.
45
Pengiran Haji Muhammad Bin Pengiran Haji Abdul Rahman. loc. cit.
46
Ibid.

24
tersebut diatas, dan bukannya memalui sa-belah barat tetapi sa-belah timur Asia
Tenggara melalui China, Champa (Vietnam) dan Pantai Timot Tanah Melayu”.47

S.Q Fatimi yakin bahawa ada kemungkinana Islam dibawa kepulauan Melayu dari
sebelah timur Asia Tenggara iaitu melaui perdagangan-perdagangan dari China di abad yang
lebih awal dari kurun ke-15 dan ke-16. Pedangang ini pula sama ada pedagang Islam Cina
Islam sendiri atau pedagang Muslim dari negeri Farsi dan Arab yang berniaga di Negeri
China.48

Ini tidaklah menghairankan kerana sebagaimana yang sedia dimaklumkan dalam abad
yang ke-9 lagi pedagang Islam telah mengusai bidang perniagaan di negeri China. Mereka
juga dikatakan telah bertindak selaku ‘penghubung’ di antara gugusan pulau-pulau Melayu
dan China dalam hal perniagaan disamping itu pula menjalankan dakwah Islam di negeri-
negeri yang didatangi oleh mereka. Cau Ju Kua pernah mengatakan bahawa pedang-
pedagang Arab di Canton adalah orang yang bertanggungjawab membuka perhubungan
antara China dan Borneo.49 Oleh yang demikian di meragukan bahawa Brunei menerima Islam
daripada pedagang-pedagang tersebut.50

Selain Islam datang secara langsung dari negeri China, pada masa yang sama
kemungkinana besar juga islam datang ke brunei memalui Pantai Timur Tanah Melayu.
Sebagaimana yang pernah disentuh sebelum ini, Chau Ju Kua pernah mengatakan dalam
karanganya pada tahun 1225 Masihi akan nama Fo-lo-an sebagai Kuala Barang di
Terengganu. Untuk menghubungkan Fo-lo-an dengan kegiatan perniagaan di sebelah timur
Tanah Melayu, Abdul Jalil Hassan merumuskan bahawa hubungan diantara pedagang ini
dengan negeri asal mereka adalah dibuat semasa musim angina monsun. Ada dua jalan biasa
ditempuh di Laut China Selatan. Jalan pertama ialah menyusur pantai indo-China dan terus
keselatan melalui pantai timur Tanah Melayu. Jalan kedua ialah melaui Pulau Kundur, Pulau
Aur dan Pulau Tioman dimana pedagang mendapat kemudahan tempat singgah dan bekalan
air.51

47
Pameran Sejarah Perkembangan Islam di Brunei, Brunei : Muzium Brunei, 1979.
48
Metussin Omar, loc. cit.
49
Cesar Adib Majul “The Muslim in the Philippines; An Historical Perspective,” The Muslim Filipinos, Manila:
Solidaridad Publishing House, 1974, hlm. 39
50
Dalam hal ini, kematian Tuan P’u seorang Cina Islam yang meninggal dunia pada tahun 1264 itu jika di
kaitkan ada hubungan Brunei Darussalam dengan Negeri China yang rapat dalam abad yang ke-10 menguatkan
lagi hujah kajian ini bahawa di peringkat awal kedatangan Islam, Brunei menerima secara langsung dari dua
tempat iaitu China dan pantai timur Semenanjung Tanah Melayu. Ini tidak bermakna hanya orang China yang
datang ke Brunei kerana pedagang-pedagang yamg mengusai Canton pada masa itu juga terdiri dari pedagang
Arab dan Farsi.
51
Abdul Jalil Haji Hassan, op. cit., hlm 31

25
Berdasarkan teori ini besar kemungkinan pedagang yang singgah di Fo-lo-an itu akan
terus pula menyebarang ke Brunei kerana Brunei dan pantai timur Tanah Melayu adalah dua
tempat yang bersetentangan dan hanya dipisahkan oleh laut China Selatan.

Jalan pengislaman dari sebelah timur ini nampaknya munasabah kerana pembawa-
pembawa islam yang tulen iaitu saudagar-saudagar Arab terutamanya, termasuk juga
pedagang-pedagang islam dari Farsi telah berkumpul di negeri China. Brunei bukannya
sebuah negeri yang susah didatangi atau dihubungi maka kerana itu para pedagang boleh
bertolak dari mana-mana pusat perdagangan di pantai timur Tanah Melayu untuk menuju ke
Brunei.

2.5 ZAMAN KEEMASAN BRUNEI

Zaman keaggungan Brunei boleh kata bermula dengan usaha Sultan Sahrif Ali untuk
menubuhkan Islam di Brunei. Penubuhan Islam merupaka misi utama bagi sultan-sultan
zaman keemasan Brunei. Ia menjadi tugas para sultan yang akan datang selepas
kewafatannya. Pada waktu pemerintahan Sultan Bolkiah (1485-1521), Brunei terkenal sebagai
sebuah kerajaan yang mempunyai empayar wilayah kekuasaan yang luas meliputi
keseluruhan pulau Borneo dan selatan kepulauan Filipina begitu juga kawasan yang
berhampiran. Kegemilangan Brunei disambungi dan diperkukuhkan lagi di zaman
pemerintahan Sultan Muhammad Hassan (1582-1598) apabila Islam telah bertapak dengan
kuat di Brunei.

Zaman keagungan Brunei semasa pemerintahan Sultan Bolkiah boleh dilihat dengan
keluasan wilayahnya hingga sekali lagi berjaya membentuk sebuah empayar. Tanah jajahan
Brunei ketika itu meliputi keseluruhan Pulau Borneo dengan menguasai wilayah-wilayah
seperti Kotaringin, Pontianak, Kutei, Pasir, Barau, Tuli-tuli, Banjar, Bolongan dan Sambas.
Brunei juga berjaya menguasai kawasan utara Kepulauan Filipina.52 Zaman kegemilangan
Brunei ini pernah disaksikan sendiri oleh Antonio Pigafetta yang menyertai ekspedsi Megallen
mengelilingi dunia. Ketika sampai ke Brunei pada 1521 Masihi, beliau melaporkan bahawa
Kesultanan Brunei merupakan sebuah kerajaan yang besar, kuat dan kaya raya. Brunei ketika
itu telah memainkan peranan penting sebagai pusat penyebaran agama Islam di rantau
sebelah sini hingga ke Filipina. Peranan ini berlaku ekoran kejatuhan Melaka ke tangan
Portugis pada 1511 Masihi. Selepas kemangkatan Sultan Bolkiah, jajahan Brunei yang begitu

52
Ranjit Singh, Brunei 1839 – 1983. hlm.1-19; lihat juga, H.R. Hughes-Hallet, ‘A Sketch of the History of Brunei.’
Papers Relating to Brunei. Kuala Lumpur: The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1998, hlm.32;
Ongkili, ‘Pre-Western Brunei Sarawak and Sabah.’ hlm.56-59; dan Hugh Low, ‘Selesilah (Book of Descent) of the
Rajas of Bruni.’ Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society. Singapore Vol.V Jun 1880, hlm.3.

26
luas telah merosot. Ini disebabkan kekuasaan politik Brunei telah mendapat cabaran dari
penguasa-penguasa di tanah-tanah jajahan yang ingin membebaskan diri. Ada di antara
tanah-tanah jajahan ini berjaya membentuk kerajaan berdaulat di bawah pemerintahan
seorang raja seperti Sambas.53

Kemunculan Sepanyol di Filipina dan berhasil menguasai jajahan Brunei di sini telah
mendatangkan cabaran kepada kuasa politik Brunei. Kemuncak permusuhan kedua-dua kuasa
ini apabila berlaku Perang Kastila pada T.M 1578. Dalam peperangan ini Brunei telah tewas.
Bagaimanapun orang-orang Sepanyol hanya mampu menduduki kerajaanpusat Brunei dalam
masa tujuh puluh dua hari setelah diserang dan diracun oleh tentera Brunei yang diketuai
oleh Pengiran Bendahara Sakam.54 Kesultanan Brunei sekali lagi mencapai zaman
kegemilangan apabila tampuk pemerintahan dipegang oleh Sultan Hassan. Jajahan takluk
Kesultanan Brunei telah dikatakan berkembang luas semula dengan meliputi Pulau Borneo
hingga ke kepulauan Sulu. Era baginda dikatakan sistem pentadbiran kerajaan telah
dikemaskinikan yang terdiri dari Wazir, Ceteria dan Manteri. Bagi mempastikan negara
berkeadaan aman dan tenteram, baginda telah mengubal undang-undang negara yang
dikenali sebagai Hukum Kanun Brunei.

Menurut sumber China pada zaman pemerintahan Wan-lai (1573-1619) dilaporkan


Brunei pernah diperintah oleh seorang raja wanita. Peristiwa ini terjadi kerana raja yang
mangkat tidak meninggalkan putera yang layak untuk mewarisi takhta kerajaannya. Akibatnya
berlakulah perbalahan hingga mencetuskan perang saudara. Dalam peperangan ini, ramai
yang terbunuh termasuk calon-calon lelaki yang memenuhi syarat untuk menjadi raja. Oleh
kerana tiada calon yang layak, puteri kepada raja yang mangkat dijadikan pemerintah Brunei

53
Antonio Pigafetta & Maximilianus Transylvanus, First Voyage Around the World and de Moluccis Insulis.
Manila: Filipiniana Book Guild, 1969, hlm.55-60; lihat juga, Emma Helen Blair & James Alexander Robertson (ed.),
The Philippine Islands 1493 – 1898. Vol. XXXIII – 1519 -1522, Ohio: The Arthur H. Clark Company, Cleveland,
1903-1909, hlm. 213-227; Nicholas Tarling, Britain, the Brookes and Brunei. Kuala Lumpur: Oxford University
Press, 1971, hlm.7; Brown, History of a Bornean Sultanate. hlm.141-142; dan Robert Nicholl, European Sources
for the History of the Sultanate of Brunei in the Sixteen Century. Penerbitan Khas, Bil.9, Brunei: Muzium Brunei,
1975, hlm.8-13.
54
Menurut Nicholl semasa peperangan ini tercetus, Brunei sedang diperintah oleh Sultan Abdul Kahar yang
kemudiannya mangkat dalam T.M 1578. Tetapi Mohd Jamil berpendapat baginda memerintah dari T.M 1524 –
1530. Saran Singh pula mengatakan pemerintahan Sultan Abdul Kahar berlaku dari T.M 1521 – 1575. Oleh yang
demikian menurut beliau, Perang Kastila itu berlaku ketika pemerintahan Sultan Saiful Rizal kerana baginda
memerintah dari T.M 1533 – 1581. Saran Singh berpendapat baginda memegang tampuk pemerintahan Brunei
dari T.M 1575 – 1600 dan Nicholl mencatatkan dari T.M 1578 – 1590. Groeneveldt, The Malay Archipelago.
hlm.114-115; lihat juga; Nicholl, ‘Brunei Chronology.’ hlm.185, 192-193; Emma Helen Blair & James Alexander
Robertson (ed.), The Philippine Islands 1493 – 1803. Vol.IV – 1576 - 1582, Ohio: The Arthur H. Clark Company,
Cleveland, 1903-1909, hlm.197; John S. Carroll, ‘Brunei in the Boxer Codex.’ Journal of the Malaysian Branch of
the Royal Asiatic Society, Vol.LV Pt.2 1982, hlm.17; Pehin Haji Mohd Jamil, Tarsilah Brunei. hlm.55-56; dan Saran
Singh, ‘The Coinage of Brunei.’ hlm.45.

27
(Groeneveldt, 1880). Buat pertama kali Brunei berajakan seorang wanita. Bagaimanapun
laporan ini agak meragukan kerana dalam sumber tempatan tidak pernah dicatatkan yang
Brunei berajakan wanita. Mungkin laporan ini lebih sesuai untuk kerajaan Patani.

Akibat perang saudara itu, wilayah Brunei hanya tinggal empat buah wilayah.
Kekurangan wilayah ini jelas menunjukkan Brunei menghadapi zaman kemerosotan setelah
kemangkatan Sultan Bolkiah, sekurang-kurangnya di sekitar pertengahan abad ke-16.
Kemungkinan era keruntuhan ini cuma berlaku dalam masa yang pendek kerana pada akhir
abad ini juga Brunei sekali lagi mencapai zaman keagungannya. Hal ini terbukti apabila Brunei
masih mampu menguasai wilayah- wilayah di Kepulauan Filipina. Walau bagaimanapun,
kemunculan Sepanyol di Filipina telah berhasil menguasai wilayah Brunei dan mendatangkan
cabaran kepada kuasa politik Brunei. Kemuncak permusuhan kedua-dua kuasa ini berlaku
apabila tercetusnya Perang Kastila pada TM 1578. Dalam peperangan ini Brunei telah tewas.
Kesultanan Melayu Brunei sekali lagi mencapai zaman kegemi- langan apabila tampuk
pemerintahan dipegang oleh Sultan Hassan pada akhir abad ke-16. Jajahan takluk Kesultanan
Melayu Brunei telah dikatakan berkembang luas semula dengan meliputi Pulau Borneo hingga
ke kepulauan Sulu. Pada permulaan abad ke-17 khususnya selepas kemangkatan Sultan
Hassan, Kesultanan Melayu Brunei sekali lagi menghadapi zaman kemerosotan ekoran
daripada perebutan kuasa dan perang saudara kali kedua yang berlaku di antara Sultan Abdul
Mubin (1661-1673) dengan Pengiran Bendahara Muhyiddin.

2.6 KESIMPULAN

Kesimpulannya, masa yang tepat Islam datang ke Asia Tenggra adalah suatu topik yang
sehingga masa ini para sejarawan berhujah. Satu pendapat mengatakan Islam telah datang
ke Asia Tenggra seawalnya serratus tahun setelah kewafatan Nabi Muhammad dan ada yang
mengatakan Islam datang dalam abad ke-13. Para sejarawan juga tidak setuju dalam
bagaimana Islam datang ke Asia Tenggra seprtiman yang telah dijelaskan bahwa Islam boleh
datang daripada tiga tempat iaitu dari Timur Tengah, India atau China. Ramai sejarahawan,
orang asing dan sejarawan tempatan, telah memberikan pendapat masing-masing tentang
kedatangan Islam, mengunakan pelbagai teori dan methodologi demi mendapatkan jawapan
yang jelas. Bagaimana Islam datang ke Brunei juga diterokai dalam bab ini, melihat kepada
dua aspek yang telah dinyatakan iaitu aspek masa dan tempat. Selain itu bab ini juga mehitat
peranan zaman keemasan Brunei, zaman yang merupaka kemuncak kejaraan Brunei dimana
para Sultan telah mengembangkan Islam di Brunei dan wilayah yang bawah
pemerintahannya.

28
BAB 3: ISLAM DI BRUNEI

3.1 PENGENALAN

Setelah memberikan penjelasan yang ringkas didialam bab sebelum ini, bab ketiga akan
menjelaskan lagi lebih lanjut asal usul Islam di Brunei. Perbezaan dalam bab ini ialah akan
dilakukan perbandingan zaman iaitu zaman Brunei sebelum Islam atau pra-islam Brunei dan
zaman moden di Brunei. Ini dilakukan dengan tujuan untuk melihat secara teliti apa yang
telah berubah dan apa yang telah kekal di Brunei. Perbandingan ini akan melihat kepada
perkara yang melibatkan aspek sosial, politik dan ekonomi Brunei.

Perubahan/perkembangan yang berlaku dari abad ke-15 sehingga sekarang adalah


banyak, permulaan yang dibuat oleh Sultan Muhammad Shah dimana ia membuatkan agama
Islam sebagai agama rasmi seterusnya kepada zaman Sultan Sharif Ali yang seudah
dinyatakan sebelum ini telah menubuhkan pusat dakwah Islam pertama di Borneo
seterusnnya menuju ke arah zaman keemasan Brunei dimana Islam memainkan peranan
penting dalam pemerintahan para Sultan ketika itu sehinggalah menuju kepada zaman
kemerosotan dan Brunei dikuasai oleh British. Semua peristiwa yang telah dinyatakan tentu
akan membuat perubahan kepada Brunei dan perubahan itu akan dijelaskan tetapi kerana
kajian ini lebih kepada Islam maka itulah yang akan di pentingkan

Sultan Muhammad Shah adalah watak yang penting dalam sejarah Islam Brunei tetapi
Sultan Sharif Ali yang mula-mula menanam biji pagi penubuhan Islam. Dalam bab yang ketiga,
kajian ini akan melihat secara mendalam bagi topik Islam Sultan Sharif Ali, Sultan Brunei yang
ketiga yang memerintah dari 1425 hingga 1432 ialah sultan yang berperanan besar dalam
penyebaran ajaran Islam di seluruh brunei. Sejak kedatangannya, berkembang kalimah dan
seruan ‘Lailahailallah Muhammadar Rasullullah’ di Brunei. Sultan Sharif Ali ialah yang mula-
mula membuat masjid dan memperkukhkan perlaksanaan hukum-hukum Islam.55 Dia juga
telah mentitahkan Ong Sum Ping berserta pengikut-pengikutnya yang terdiri daripada orang-
orang Cina untuk membina kota dari pulau Keingaran ke pulau Cermin.56 Sultan Sharif Ali
telah berkahwin dengan Puteri Ratna Kesuma binti Sultan Ahmad.57 Perkahwinan ini
membolehkan Sultan Sharif Ali untuk menjadi sultan Brunei.58

55
PL Amin Sweeney,’silsilah raja-raja brunei’, JMBRAS, Vol. XLI, Pt. 2, 1968, hlm. 11
56
Pehin orang kaya amar diraja dato seri utama (Dr.) haji awang mohd. Jamil al-sufri, Tarsilah Brunei, hlm. 53
57
Sultan ahmad berkahwin dengan puteri Kinabatangan iaitu adik Ong Sum Ping yang telah menetap di
kinabatanagan sejak 1370-an dan dilantik menjadi ketua disana; Pehin orang kaya amar diraja dato seri utama
(Dr.) haji awang mohd. Jamil al-sufri, Tarsilah Brunei, hlm. 21
58
Ibid, hlm. 93

29
Brunei yang dikenali sebagai Po-ni pada 860 Masihi boleh diinterpretasikan sebagai
sebuah negara yang kecil yang kemudiannya berkembang maju hingga berjaya memantapkan
politik, ekonomi, dan sosialnya. Dalam keadaan yang stabil inilah, Brunei sekaligus berjaya
membangun kekuatan tentera yang digunakan bukan sahaja untuk mempertahankan negara
bahkan juga diperalatkan untuk melaksanakan dasar penaklukannya ke negeri-negeri yang
berhampiran dengannya.

Kekuatan tentera ini jelas pada abad ke-10 apabila raja berangkat diiringi oleh 100
buah kapal perang. Dasar ini nampaknya berjaya meluaskan pengaruh politiknya hingga
mampu menguasai 14 buah negeri (Hirth & Rockhill, 1967:155). Brunei terus mencapai zaman
keemasan menjelang abad ke-13 kerana pada tahun 1225 menurut catatan Zhu Fan Zhi, Raja
Brunei pada masa itu berhias dengan gelang dan rantai emas.59 Pada tahun ini juga Chau-Ju-
Kua merakamkan bahawa lantai ubin istana dan pinggan mangkuk Raja Brunei diperbuat
daripada emas. Pada tahun 1280 dalam laporan Nan Hai Chih menyenaraikan jajahan takluk
Brunei yang terdiri daripada Sarawak, wilayah-wilayah di Sabah, Filipina, dan Sulu. Ini
menunjukkan bahawa pada abad ke-13 Brunei telah berjaya membentuk sebuah empayar
(Hirth, 155:158).60

Pada akhir abad ke-14, Brunei menempuh zaman kemalapan apabila didapati
berkeadaan lemah. Pada TM 1365 Brunei berada di bawah kuasa Majapahit. Akibat kelemahan
ini, Sulu yang dulunya di bawah kawalan Brunei telah berjaya membebaskan diri. Malah pada
tahun 1369, Sulu telah menyerang Brunei hingga menimpakan kerugian yang besar. Sulu
dikatakan terus bebas daripada kuasa politik Brunei sehingga tahun 1424 kerana masih
menghantar ufti ke China.

Menurut Nicholl bahawa hanya negara-negara yang merdeka dibenarkan mengadap


Maharaja China (Nicholl, 1975:43).61 Hal ini juga berlaku apabila Srivijaya mengalami
keruntuhan, tanah-tanah jajahannya mengambil kesempatan membebaskan diri. Lantas
masing-masing menghantar rombongan ke China dengan tujuan mendapat perlindungan dan
meningkatkan hubungan serta kegiatan perdagangan bagi mengukuhkan sumber ekonomi .62

59
Wu Zong Yu, Brunei Dalam Sejarah China, 1955
60
Hirth, Friedrich & W.W. Rockhill. Chau Ju Kua- His Work on the Chinese and Arab Trade in the
Twelfth and Thirteenth Centuries. Taipei: Cheng-wen Publishing Company, 1967, hlm. 158
61
Robert Nicholl, “European Sources For The History of The Sultanate of Brunei in the 16th Century,”
BRUNEI MUSEUM(PENERBIT KHAS) BIL. 9, 1975, HLM. 43

62
Wolters, O.W. History, Culture, and Region in Southeast Asian Perspectives, Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies, 1982, hlm. 51-52.

30
Kemerosotan Brunei pada abad ke-14 ini semakin nyata apabila wilayah yang dikuasainya
berkurangan daripada 14 buah pada awalnya menjadi sepuluh buah negeri sahaja.

Perkara ini telah dilaporkan oleh utusan Maharaja Hung Wu yang telah dihantar ke
Brunei pada 1370 Masihi yang menemui Raja Brunei pada masa itu bernama Ma-ha-mo-sha.
Utusan China tersebut meminta supaya Brunei menghantar ufti ke China bukan lagi ke Jawa.
Perkara ini bertentangan dengan pandangan Nicholl (1975) kerana Brunei pada ketika itu
masih berada di bawah kuasa Jawa dan Brunei tidak sepatutnya menghantar ufti ke China
kerana Brunei bukan sebuah negara merdeka.

Zaman kemerosotan yang dialami oleh Brunei pada abad ke-14 beransur pulih setelah
berjaya membebaskan diri daripada penguasaan Majapahit yang mengalami zaman
kemalapan setelah kemangkatan Hayam Wuruk. Brunei berjaya mencapai kedaulatan dari
Majapahit pada akhir abad ke-14 atau awal abad ke-15. Dalam masa yang sama, pengaruh
Islam telah berkembang yang sama-sama dianuti oleh pemerintah dan rakyat Brunei.
Permulihan ini semakin jelas apabila hubungan Brunei dengan China semakin rapat pada awal
abad ke-15 (Ranjit Singh, 1997:13-17).63 Kesan daripada pemulihan ini, akhirnya Brunei
berhasil mencapai zaman kegemilangan politik sekitar awal kurun ke-16, iaitu ketika
pemerintahan Sultan Bolkiah (1485-1524) dan sekali lagi pada akhir abad ke-16, iaitu era
kekuasaan Sultan Hassan (1582-1598).64

Zaman kegemilangan ini tidak kekal kerana sebab permasalahan dalam yang
memyebabkan perang saudara dan pemberontakan yang berlaku di wilayah Brunei telah
melemahkan Brunei. Ini memberi peluang kepada orang eropah untuk menyerang dan
menakluki Brunei sehingga mereka berjaya kemudiannya.

Namun setelah apa yang berlaku kepada Brunei, agama Islam tetap kekal di Brunei
setelah usaha orang Portugis gagl untuk mengapuskan Islam. Pada masa sekarang,
kedudukan Islam di Negara Brunei Darussalam berpaut erat kepada institusi kepimpinan. Ia
mirip kepada sistem kerajaan Islam Madinah di bawah kepimpinan Rasulullah (s.a.w) yang
mengawal keseluruhan sistem pentadbiran dan pengurusan negara tersebut. Ini merupakan
suatu kelainan yang amat menonjol dan sangat berbeza sekiranya dibandingkan dengan

63
Ranjit Singh, D.S. “Evolusi Pimpinan Pribumi di Sabah Menjelang 1941” dim. Malaysia: Sejarah dan
Proses Pembangunan. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 1979, hlm. 13-17
64
Mohd Jamil Al Sufri, Pehin Haji. “Ketahanan dan Kesinambungan Brunei dari Perspektif Sejarah”.
Kertas Kerja Seminar Sejarah Brunei II, anjuran Jabatan Pusat Sejarah Brunei, Brunei Darussalam

31
negara-negara di rantau ini, dan ia menjadi paksi dan “centre-point” kepada seluruh sistem
pemerintahan dan pentadbiran negara.65

Kedudukan institusi beraja sebagai “Khalifatu’l-Llah fi’l-ard” diperlihatkan dengan


Sultan menduduki tampuk tertinggi dalam hierarki kepimpinan manakala Islam sebagai “a way
of life” dan sebuah agama menduduki tempat tertinggi dalam aspek kepercayaan dan
pengamalan masyarakat Muslim yang merupakan 70% daripada keseluruhan penduduk di
NBD. Perlembagaan Brunei menyebutkan bahawa “Ketua Ugama Islam bagi Negara Brunei
Darussalam adalah kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-
Pertuan.”66

3.2 BRUNEI SEBELUM ISLAM

Masyarakat Brunei dizaman pra-islam sudah berkebudayaan dan berperadaban walaupun


tahap kedua-duanya ini masih rendah jika dibandingkan dengan percapaian manusia dizaman
sekarang. Sebagai bangsa yang tua dalam sejarahnya akan berbangga dengan warisan
kebudayaan dan peradaban yang diterima daripada nenek moyang mereka di zaman dahulu
kala. Demikianlah juga masyarakat brunei sehingga sebahagain daripada warisan kebudayaan
itu dipelihara dengan baik untuk diwarisakan pula kepada generasi-generasi yang berikutnya.

Sebagai sebuah negara yang dalam jangka masa yang begitu lama berada di
kekuasaan Seri Wijaya dan Majapahit, sudah tentu pengaruh kebudayaan Hindu yang dibawa
oleh kedua-dua empayar ini mendalam sekali di Brunei.67 Cuma pengaruh tersebut bukan
merupakan kesan-kesan tinggalan seumpama rumah, berhala, patung dan candi seperti yang
terdapat di Jawa kerana di brunei, kesan-kesan ini sukar dijumpai, sebaliknya ia terjelma
dalam bentuk sesuatu upacara,68 pemakaian adat istiadat oleh raja-raja dan rakyat,
pengunaan Bahasa Sanskrit, adat perkahwinan dan lain-lain lagi.69 Contoh yang paling ketara

65
Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim, Sejarah dan Peranan Institusi Melayu Islam Beraja, cet.1, (Brunei: Pusat
Dakwah Islamiah, 1421H/2000M), 148.
66
Majlis Ugama Islam Brunei, Majlis Ugama Islam NBD: Kuasa, Tugas dan Tanggungjawab, (Brunei: Jabatan Majlis
Ugama Islam, 1429H/2008M), 3.
67
Menurut James P Ongkili, pihak pemerintah atau raja-raja di Asia tenggra ternyata paling ketara menerima
pengaruh kebudayaan dan peradaban Hindu ini yang kemudiannya bertanggungjawab meresapkan pula
dikalangan penduduk asli tempatan. Ini berlaku sejak kemunculan Funan dalam abad ke-2 hinggalah saat
kejatuhannya. Lihat James P Ongkili, op. cit., hlm. 4
68
Tom Harrison, op. cit., hlm. 101
69
Prof Ahmad Ibrahim,”Unsur Budaya Tradisional dalam Pemupukan Keperibadian Kebangsaan Malaysia”,
dlm. Asas Kebudayaan Kebangsaan, Kuala Lumpur: Percetakan Mas, 1973, hlm. 15.

32
ialah penggunaan Bahasa Sanskrit dalam ‘ciri’70 ketika raja brunei hendak mengurniakan
sesuatu gelaran kepada pembesar atau orang yang berjasa kepada Brunei. 71

Negara Brunei zaman dahulu disebut Kerajaan Borneo kemudian berubah nama
menjadi Brunei. Asal-usul perkataan Brunei dihubungkan dengan perkataan Varuni, Bhurni,
Baru nah, dan Waruni. Varwii diambil daripada perkataan Sanskrit bermakna orang laut. Muller
pula mengatakan perkataan Bhurni bererti tanah atau negeri. Ada juga yang berpendapat
Brunei berasal dari kata baru nah yang dalam sejarah dikatakan bahwa pada awalnya ada
rombongan klan atau suku Sakai yang dipimpin Pateh Berbai pergi ke Sungai Brunei mencari
tempat untuk mendirikan negeri baru. Setelah mendapatkan kawasan tersebut yang memiliki
kedudukan sangat strategis yaitu diapit oleh bukit, air, mudah untuk dikenali serta untuk
transportasi dan kaya ikan sebagai sumber pangan yang banyak di sungai, maka mereka pun
mengucapkan perkataan baru nah yang berarti tempat itu sangat baik, berkenan dan sesuai
di hati mereka untuk mendirikan negeri seperti yang mereka inginkan. Kemudian perkataan
baru nah itu lama kelamaan berubah menjadi Brunei.72 Klan atau suku Sakai yang
dimaksudkan adalah serombongan pedagang dari China yang gemar berniaga dari suatu
tempat ke tempat lain. Karena itu, Kerajaan Brunei pada awalnya adalah pusat perdagangan
orang-orang China.

Kerajaan Brunei telah ada setidaknya sejak abad ke-7 atau ke-8 M. Kerajaan ini
kemudian ditaklukkan oleh Sriwijaya pada awal abad ke-9 dan kemudian dijajah lagi oleh
Majapahit. Setelah Majapahit runtuh, Brunei berdiri sendiri, dan bahkan Kerajaan Brunei
mencapai masa kejayaannya dari abad ke-15 sampai ke-17. Kekuasaannya mencapai seluruh
pulau Kalimantan dan kepulauan Filipina. Kejayaan ini dicapainya terutama pada masa
pemerintahaan sultan kelima Bolkiah yang berkuasa tahun 1473 sampai 1521 73

Kepercayaan paganisme, animisme dan dinamisme, sebahagain daripada ajaran ini


masih boleh dijumpai di Borneo masih diikuti oleh orang asli Borneo yang tinggal di hutan.
Pengaruh dan kesannya dapat dilihat dengan ketara dalam adat resam dan budaya
masyarakat Muslim Melayu Brunei yang masih tidak dapat lari daripada elemen perbomohan,
pendukunan, pawang, guru silat dan seumpamanya. Ajaran Kebatinan berpengaruh Jawa

70
Ciri dalam Bahasa adat istiadat diraja brunei dimaksudkan sebagai sesuatu surat pengistiharan dan doanya
dibacakan ketika seorang rakyat hedak dikurniakan gelaran oleh Raja atau Sultan. Kamus Dewan memberi dua
pengertian tentang perkataan ciri iaitu: (1) Tanda (sifat) yang khusus pada sesuatu (yang membezakan dengan
yang lain) (2) Doa atau mantera yang dibacakan sewaktu raja ditabalkan.
71
POKAD DSU (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri, “Chiri gelaranb di-Brunei”, Ikhtisar Budaya, Brunei: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1976, hlm. 10-11.
72
Lihat, “Brunei Darussalam,” http://id.wikipedia.org/wiki/Brunei_Darussalam.
73
Ibid.

33
daripada pengaruh Animisme dan Dinamisme tertolak dengan sendirinya kerana
pertentangannya dengan Ahli Sunnah wal Jamaah. Pengaruh kepercayaan ini masih tidak
dapat ditangani secara efektif berdasarkan laporan dan fatwa yang telah digazetkan. Ia masih
tetap wujud, sama ada kerana kepercayaan masa lampau, akidah yang masih belum mantap,
pengaruh daripada dalam Brunei sendiri mahupun pengaruh luar dari kawasan serantau.
Perbomohan, perdukunan, pepawangan, perguruan dan persilatan dengan jampi-serapah dan
mantera [mantra], turut menjadi isu penting untuk dikaji dan diteliti kerana hubungannya
yang cukup erat dan mendalam dengan kepercayaan, dogma dan doktrin daripada
paganisme, animisme dan dinamisme.

3.2.1 POLITIK

Pada dasarnya sistem politik dalam masyarakat Melayu tradisional bukanlah suatu bentuk
politik demokrasi. Kuasa politik dimonopoli oleh sekumpulan manusia yang bergelar
pemerintah khasnya raja atau sultan. Pandangan ini memang selaras dengan pendapat
Milner74 yang mengatakan bahawa dalam aktiviti politik masyarakat Melayu tradisional,
masyarakat menganggap diri mereka hidup bukan di bawah status pemerintah ( government)
tetapi dalam ‘kerajaan’ {kingdom), dengan munculnya seorang penguasa yang bertaraf raja.

Menurut Khoo Kay Kim75 dalam konsep Kerajaan Melayu tradisional, ruang dan
seinpadan tidak diutamakan, aspek persempadanan dalam wilayah kerajaan hanya muncul
setelah orang Barat beransur-ansur menguasai alam Melayu terutama pada abad ke-19.
Dalam pembentukan sesebuah kerajaan, raja memegang kuasa tertinggi dalam sistem sosial,
politik, dan ekonomi. Raja juga berkuasa sebagai pengubal dan pelaksana undang-undang,
dan menjadi hakim. Apabila tertubuh sebuah kerajaan, raja membina sebuah istana yang
terletak di ibu kota. Istana bukan sahaja berperanan sebagai tempat bersemayam raja dan
anggota keluarganya tetapi juga berfungsi sebagai pusat kerajaan yang melaksanakan
pentadbiran negara. Ia kemudiannya berkembang dengan memiliki beberapa buah jajahan
takluk hasil daripada dasar perluasan jajahan yang dilaksanakan. Ketua-ketua wilayah yang
dikuasai mengiktiraf autoriti raja yang menguasai dan menerima selaku penaung dan kuasa
politik tertinggi. Dari sinilah wujudnya struktur pentadbiran yang menyempurnakan dan
mengukuhkan kedudukan raja dan kerajaannya.

Menurut Bellwood, tanda-tanda awal kemunculan sistem beraja di alam Melayu wujud
sekitar abad kelima Masihi di timur Pulau Borneo dan Barat Jawa. Kerajaan ini mengambil

74
Milner, op. cit., 1982, hlm. 6
75
Khoo Kay Kim, op. cit., 1999, hlm. 71-72

34
model Raja Pallava dari Tamil Nadu. Hal ini jelas apabila sebuah inskripsi berbahasa Sanskrit
dan Pallava telah merekodkan senarai nama raja yang mempunyai pengaruh bahasa Pallava
pada hujung nama mereka, iaitu Varman.76 Berdasarkan pandangan ini ternyata amalan
beraja di alam Melayu merupakan satu amalan yang sudah lama dipraktikan.

Pengaruh tamadun India atau pengindiaan berkembang dalam masyarakat Melayu ekoran
daripada hubungan perdagangan dengan Asia Tenggara, yang telah terjalin sekurang-
kurangnya sejak pra- sejarah lagi. Hubungan ini telah berkembang pesat pada abad pertama
masihi. Menurut George Coedes bahawa daripada hubungan perdagangan ini, terbentuklah
penempatan orang-orang India di pelabuhan Asia Tenggara yang memberi kemudahan
kepada kedatangan golongan terpelajar seperti golongan sami untuk menyebarkan pengaruh
India di Brunei. Beliau mengatakan bahawa terdapat empat unsur pengaruh tamadun India
di rantau ini, iaitu konsep raja yang berteraskan kepercayaan agama Hindu-Buddha77,
penulisan sastera yang menggunakan Bahasa Sanskrit, aspek kepercayaan yang dipetik dari
Hikayat Ramayana dan Hikayat Mahabharata, dan undang-undang Agama Hindu- Buddha.78

Corak pemerintahan dan pentadbiran India berbentuk kasta telah diasimilasikan oleh
masyarakat Melayu yang kemudiannya mengukuhkan lagi bentuk struktur masyarakat yang
terbahagi kepada dua, iaitu kelas pemerintah dan kelas diperintah. Impak daripada ini
menjadikan kedudukan kelas pemerintah semakin bertambah mantap. Fenomena ini juga
berlaku ke atas masyarakat Brunei sebagai salah satu unit masyarakat Melayu di alam
Melayu.79

Pengaruh India ke atas masyarakat Melayu lebih ketara ke atas golongan pemerintah
berbanding dengan rakyat jelata. Golongan inilah yang memainkan peranan dalam
menyebarkan pengaruh ini ke atas masyarakat bawahan di kawasan masing-masing.
Pengaruh India kemudiannya bertambah kukuh apabila lahirnya kerajaan berfahaman Hindu-
Buddha seperti Funan yang kewujudannya dicatat dalam sumber Cina pada abad ketiga Masihi
(Hall, 1984:33- 34).80 Setelah itu, muncul pula kerajaan Srivijaya sebagai satu kuasa politik
yang kuat dari abad ketujuh hingga abad ke-14. Ini diikuti dengan kemunculan Majapahit
yang lahir setelah keruntuhan Srivijaya.81

76
Bellwood, Peter & Matussin Omar. “Trade Patterns and Political Development in Brunei and Adjacent Areas,
A.D. 700 - 1500” dlm. Brunei Museum Journal, Vol.IV No.4, 1980 hlm. 137
77
Ibid
78
Coedes, op. cit., 1968, hlm. 137.
79
Ibid, hlm 2-3.
80
Hall D.G.E. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, hlm. 33-34
81
Coedes, op. cit., 1968, hlm. 15-16.

35
Antara pengaruh kebudayaan India yang dikatakan menonjol dalam masyarakat
Melayu ialah anutan agamanya terutamanya doktrin kosmologi Hindu-Buddha. Asas yang
penting dalam pengaruh agama ini ialah doktrin avatar yang bererti penitisan dewa atau
inkarnasi dan samsara yang bermakna kelahiran semula atau reinkarnasi. Berdasarkan
falsafah kosmologi Hindu-Buddha, kesempurnaan hidup boleh dicapai menerusi
pengharmonian antara mikro-kosmos dengan makro-kosmos. Ini bermakna manusia ibarat
mikro-kosmos yang harus menyelaraskan dirinya dengan tuhan atau dewa selaku makro-
kosmos. Bertolak daripada ajaran inkarnasi ini, lahirlah konsep dewaraja atau raja yang
diresapi oleh sifat ketuhanan atau kedewaan yang mempunyai peranan selaku penaung,
menjaga kesejahteraan rakyat. Manakala konsep reinkarnasi atau kelahiran semula
berdasarkan kepercayaan membawa makna bahawa kehidupan seseorang yang penuh
kebaikan pada masa silam akan dilahirkan semula sebagai raja. 82

Di alam Melayu, konsep dewaraja membolehkan seseorang raja dianggap sebagai


penitisan dewa. Raja-raja Jawa seperti Airlangga telah dipuja selaku penjelmaan dewa Vishu,
sepertimana yang tercermin pada patungnya sebagai dewa Vishnu yang sedang menunggang
seekor garuda (1954:140-141). Begitu juga dengan Ken Arok dianggap sebagai penitisan
Dewa Vishu dan Raja Kertanagara yang diangkat martabatnya di Candi Jawi didakwa sebagai
inkarnasi Siva-Buddha (Abdul Rahman, 2000:179). Dengan propaganda raja sebagai inkarnasi
dewa mengabsahkan diri mereka sebagai golongan manusia yang mulia dan bermartabat
tinggi, justeru itu rakyat di bawah kuasa mereka tidak boleh menderhaka bahkan wajar
mentaatinya. Di samping memperalatkan kekuatan tentera untuk memastikan ketaatan dan
kesetiaan rakyat dan jajahan takluknya yang tidak berbelah bahagi kepada raja, dari segi
psikologinya ditanamkan satu kepercayaan bahawa seseorang raja itu memiliki kesakitan atau
kelebihan yang luar biasa.83

Dari sinilah munculnya konsep mandala ( circle o f kings), iaitu bulatan simbolik yang
digambarkan sebagai lingkungan ketaatan ke atas raja. Di pusat bulatan terletaknya kerajaan
pusat dan istana tempat raja bersemayam. Manakala di luar bulatan pusat ini terdapat bulatan
yang merupakan jajahan yang agak bebas daripada kawalan dan awasan kerajaan pusat.
Maknanya kerajaan pusat ini dikelilingi oleh jajahan-jajahan yang dikuasainya. Konsep
mandala juga mempunyai hubungan dengan ajaran kosmologi Hindu-Buddha, iaitu Gunung

82
Robert Nicholl, op. cit., 1956, hlm. 3.
83
Dr. Haji Awang Hasbol Haji Mail, Kesultanan Melayu Brunei Abad ke-19: Politik dan Struktur Pentadbiran, loc.
cit., 2011.

36
Meru, gunung suci agama ini terletak di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh lautan.84
Konsep mandala memang biasa berlaku ke atas pemerintahan Melayu tradisional termasuklah
Brunei, iaitu raja lebih berkuasa di kerajaan pusat sementara kuasa politik di kawasan
jajahannya terletak di tangan wakil kerajaan atau ketua jajahan.85 Fenomena ini berlaku dalam
Kesultanan Melayu Brunei apabila ia dikaitkan dengan sistem pemilikan jajahan atas nama
Sungai Kerajaan, Sungai Kuripan, dan Sungai Tulin. Pengaruh konsep dewaraja juga wujud
ke atas sistem beraja Brunei yang boleh dikesan menerusi cerita rakyat dan adat istiadat
diraja. Salah satu cerita rakyat yang memaparkan konsep dewaraja dalam sistem beraja
Brunei ialah Cerita Awang Semaun. Menurut cerita ini, keturunan Sultan-sultan Brunei berasal
daripada sebiji telur dari kayangan yang turun di hulu Sungai Limbang. Telur ini melahirkan
seorang pemuda bernama Sultan Dewa Amas Kayangan.

Berdasarkan doktrin Hindu-Buddha menerusi teori kosmogoni atau asal-usul kosmos


mengatakan bahawa sebelum adanya kejadian di alam semesta, pada awalnya semuanya
berkeadaan kosong dan penuh dengan kegelapan. Kemudian barulah muncul kewujudan
pertama yang dipanggil air azali. Keberadaan air ini disertai pula oleh kewujudan Hir any agar
bia atau dikenali juga sebagai Brahmanda. Tuhan yang wujud dalam bentuk “telur keemasan
kosmik”. Penetasan telur kosmik ini kemudiannya melahirkan tiga alam (triloka), iaitu
bahagian atas (Brahmanda) menjadi alam langit, kayangan atau alam syurga (ilavrita),
bahagian bawah langit menjadi alam bumi (bhurni,) dan alam bawah bumi (tala). Setiap alam
itu terdiri daripada tujuh zon atau wilayah. Oleh kerana ada tiga alam, jumlah menjadi dua
puluh satu zon dalam membentuk keseluruhan kosmos (Brown, 1980).

Jika dihubungkan teori kosmogoni ajaran Hindu-Buddha dengan kemunculan telur dari
kayangan yang melahirkan Sultan Dewa Amas Kayangan, jelas pencipta cerita ini menyelitkan
konsep dewaraja. Walaupun tidak dijelaskan telur yang mengandungi Sultan Dewa Amas
Kayangan itu sama ada terapung-apung di atas air azali sebagaimana telur emas Brahmanda,
namun cara kelahiran beliau melalui telur sudah cukup untuk mencerminkan adanya
persamaan kelahiran Sultan Dewa Amas Kayangan dengan Dewa Brahma.

Oleh yang demikian, dalam Cerita Awang Semaun Sultan Dewa Amas Kayangan adalah
seorang dewa yang muncul dari kayangan. Jika Sultan Dewa Amas Kayangan berketurunan
dewa, dengan sendirinya Awang Alak Betatar dan tiga belas orang saudaranya itu secara

84
Wolters, O.W. History, Culture, and Region in Southeast Asian Perspectives, Singapore: Institute of Southeast
Asian Studies, 1982
85
Jeyaraja Tambiah, Stanley. Culture, Thought, and Social Action, England: Harvard University Press, 1985, hlm.
260-270.

37
langsung juga warisan dewa-dewa. Nama Sultan Dewa Amas Kayangan selaku salah seorang
watak utama dalam cerita, kecuali perkataan sultan sudah cukup jelas menunjukkan
pengarang Cerita Awang Semaun mahu menonjolkan yang Sultan Dewa Amas Kayangan
mempunyai kaitan dengan konsep dewaraja.86

Unsur gajah putih dalam Cerita Awang Semaun sebagai binatang tunggangan Sultan
Dewa Amas Kayangan juga mempunyai hubungan dengan konsep dewaraja. Berdasarkan
tradisi Hindu-Buddha, gajah putih yang bernama Airvata adalah kepunyaan Dewa Indra dan
pasangannya pula dipanggil Abhramu bererti “pembentuk awan”. Gajah putih dipercayai
mempunyai kuasa membawa hujan. Kepercayaan ini juga dikaitkan dengan iklim India yang
kadangkala mengalami musim kemarau yang panjang dan mendatangkan malapetaka kerana
menjejaskan hasil pertanian dan kesannya membawa penderitaan kepada penduduk India
dengan kekurangan bahan makanan (Zimmer, 1955). Secara simboliknya, gajah putih
menunjukkan identifikasi raja dengan kuasa alam, iaitu kebolehan menurunkan hujan. Jadi,
kepercayaan yang sama juga dianuti oleh raja-raja di Asia Tenggara seperti di Burma, Melaka,
dan Brunei. Ternyata disebalik watak gajah putih dalam Cerita Awang Semaun menunjukkan
bahawa pencipta cerita ini mempunyai motif dalam mengaitkan keistimewaan binatang
tersebut sebagaimana yang terkandung dalam tradisi Hindu-Buddha. Apabila diceritakan
Sultan Dewa Amas Kayangan mempunyai gajah putih, dengan sendirinya beliau adalah orang
yang istimewa seperti Dewa Indra.

Selain itu, pengaruh India juga boleh ditemui dalam institusi Kesultanan Melayu Brunei
melalui istiadat pengurniaan gelaran ke atas pembesar-pembesar Brunei. Dalam majlis
bergelar, selain bacaan doa selamat, bacaan ciri gelaran juga dilakukan. Dalam ciri ini terdapat
penggunaan bahasa Sanskrit. Apabila pengaruh Islam berkembang di Brunei, bahasa Arab
dan unsur-unsur Islam pula dimasukkan dalam ciri gelaran tanpa mengetepikan dasar
utamanya, iaitu bahasa Sanskrit masih dikekalkan sampai sekarang.

Bahasa Sanskrit ini dipertahankan kerana ia adalah sebahagian daripada tradisi dan
adat yang telah diwarisi secara turun-temurun. Dalam pada itu, gelaran-gelaran yang
dikurniakan kepada orang- orang kenamaan negara juga jelas mengandungi unsur-unsur
pengaruh India misalnya, Pengiran Indera Mahkota, Pengiran Maharaja Anakda, Pengiran
Kerma Negara, Pengiran Dipa Negara, Pengiran Derma Wijaya dan sebagainya.87 Sementara

86
D.E Brown “Hiranyagarbha the Hindu Cosmic Egg and Brunei’s Royal Line” dim. Brunei Museum Journal,
Vol.IV No.4, 1980, hlm. 34
87
P.M Yusuf “Adat Istiadat Diraja Brunei Darussalam" dim. Brunei Museum Journal, Vol.IV No.3, 1975, hlm. 48-
50

38
itu, dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu Brunei pengaruh India masih boleh dilihat
seperti dalam majlis berbedak ataubertepungtawar, berinai, danbersanding. Ringkasnya,
pengaruh India tidak hanya meresap di kalangan pemerintah bahkan juga di kalangan rakyat
jelata.

Biarpun pengaruh India telah bertapak begitu lama dalam masyarakat Melayu, namun
terdapat perbezaan dari segi penghayatan dan cara agama Hindu-Buddha itu dipraktikkan.
Menurut H.O. Beyer (1921-1892) pengaruh India di Brunei tidaklah begitu mendalam dan kuat
seperti di Jawa. Buktinya, tidak banyak kesan-kesan sejarah terutama dalam bentuk arkeologi
yang ditemui di Brunei. Ini kerana pengaruh India yang wujud dalam masyarakat Brunei
bukanlah secara langsung dari India, tetapi ia hanya dibawa oleh orang Hindu- Buddha atau
orang Melayu beragama Hindu-Buddha yang telah lama menetap di Sumatera dan Jawa.
Pandangan ini dipersetujui oleh Tom Harrison (1949:101) yang mengatakan bahawa kesan
pengaruh India dalam masyarakat Brunei bukanlah merupakan tinggalan bahan-bahan konkrit
seperti rumah, berhala, candi atau patung sepertimana yang dijumpai di Jawa. Ia lebih banyak
terjelma dalam bentuk spiritual dan adat istiadat raja- raja, alat kebesaran diraja, penggunaan
bahasa Sanskrit, adat resam, adat perkahwinan, adat kelahiran anak, dan sebagainya.

3.2.2 SOSIAL

Melihat kepada aspek sosial sebelum kedatangan islam, kebanyakkannya ada kuat pengaruh
daripada dua agama yang dominan ketika itu iaitu Buddhisme dan Hinduisme. Disebabkan
Borneo ketika itu di bawah empayar Majapahit maka tetntulah keadaan di Borneo sangat
dipengaruhi oleh kedua agama yang tersebut. Diantara kesan daripada Brunei dibawah
kekuasaaan Majapahit ialah Animisne.88

Pengaruh yang dimainkan kepada masyarakat brunei ketika itu sangat mendalam
sehinnga ia dapat diperhatikan adanya unsur-unsurnya dalam cerita ‘Diandangan’ yang
merupakan sebahagian daripada cerita rakyat yang ada di Brunei.89 Dalam Diandanggan,
rebana akan digunakan oleh ‘Pendiangdangan’ atau tukar cerita sebagai alat untuk
menghidupkan dan memeriahkan lagi suasana bercerita.

88
Animisme dari perkataan Inggeris yang membawa erti sesuatu kepercayaan bahawa tiap-tiap benda
mempunyai roh.
Lihat Teuku Iskandar, kamus Dewan, op. cit., hlm. 41.
89
Prof. Mohd. Taib Othman antara lain mengatkan: Satera rakyat adalah sastera yang mempunyai sifat-sifat
yang tertentu. Sifat yang pertama ialah ianya dizahirkan melaui lisan. Sebagai satu ekspresi budaya, ia
dipanjangkan dari dari segi masa lahir dalam corak masyarakat sederhana digelarkan oleh para ahli antropologi
sebagai simple society atau non-literature society, dan juga masyarakat yang digelar sebagai folk literature
iaitu bahagian masyarakat yang diluar daripada masyarakat bandar dan kota.

39
Pada umumnya, isi cerita Diandangan selalu memberikan hiburan kepada petani-
petani, peladang-peladang dan para nelayan yang telah penat kerja disiang hari. Diandangan
juga mengandungi unsur-unsur pendidikan, pengajaran dan nasihat serta contoh tauladan
yang baik. Watak dalam Diandangan diganbarkan sebagai watak yang luar biasa, penuh
gagah, kehandalan, kekuatan, kesakitan dan adventure. Diantara yang menarik ialah
Diandangan Awang Si Kanak, Penambang Laut, Si Kenawai, Puteri ketujuh, Dang Rokam,
Wang Merading Jaya, Si Mercu Gunung dan Bujang Maliwala.90

Salah satu lagi aspek yang tidak kurang pentingnya dalam masyarakat brunei ialah
adanya fahaman animism. Faham ini dikisar kepada mempercayai adanya kuasa ghaib. Ketika
menyentuh kepercayaan yang dianti di Brunei (Borneo), Dr. Francis Valentyn91 mengatakan;
“The pagan religion is the oldest and is practised by most of the natives,specially the mountain
tribes. Some worship the sun,the moon and the stars”92

Sebagai masyarakat yang hidup dizaman animisme, mereka percaya kepada kuasa-
kuasa ghaib yang boleh mendatangkan mudarat dan manfaat, baik dari darat mahupun dilaut.
Mereka mempercayai laut mempunyai penunggu, kerana itu mereka haris pandai memujuk
dan melayani penunggu tersebut. Salah satu cara yang menjadikan mereka berani
menghadapi segala bahaya yang mungkin ditampakan oleh penuggu itu ialah dengan
menggunakan jampi mantera, dengan itu mereka menghalau penunggu dan jampi mereka
merupakan satu cara perubatan tradisional yang masyhur dizaman silam.

3.2.3 EKONOMI

Sebagai salah satu dari pulau yang berada di Kepulauan Nusantara, suasana ekonomi Borneo
tidak banyak berbeza dari tempat-tempat lain. Sedikit perbezaan yang mungkin dapat dilihat
ialah kedudukan geografi Borneo agak terpinggir dari laluan utama China-India terutama
kawasan Kalimantan Timur. Walau bagaimanapun, Kalimantan pula dari sudut lain
menghampiri kawasan kepulauan rempah seperti Sulawesi dan Ambon. Disamping itu saiz
Pulau Borneo yang besar juga mempunyai pengaruhnya juga kerana terdapat galian yang
boleh diperolehi di sini dan kawasan hutannya yang luas.

Penemuan arkeologi di Delta Sungai Sarawak telah mendedahkan bahawa kawasan


tersebut pernah menjadi pusat perdagangan yang berkembang maju antara pedagang India

90
Muhammad bin Abdul Latif, op. cit., hlm. 16
91
Dr. Francis Valentyn merupakan seorang menteri kerajaan Belanda dalam urusan reformasi gereja. Dia
pernah berkhidmat dalam gerakan missionari Kristian dikawasan Indo-China dari tahun 1685-1694
kemudiannya bersambung dari 1705-1713
92
Dr. Francis Valentyn,” A Description of Borneo and Our Trade There”, BMJ, Vol. 4, No. 2, 1978, hlm. 92.

40
dan China dalam jangkawaktu tahun 500M sehingga tahun 1400an Masihi. Berdasarkan
sejarah Cina yang dicatatkan dalam tahun 1407 iaitu semasa pemerintahan Dinasti Ming,
disebutkan bahawa pelayaran Cheng Ho telah mengunjungi Brunei, Tanjungpura, Karimata,
Belitung, Jawa, Palembang, Pasai dan sebagainya. Hal ini bermakna, Kepulauan Borneo
sememangnya sudah lama terlibat dalam aktiviti perdagangan. Pedagang Arab menyatakan
bahawa Borneo kaya dengan emas, barang kemas dan rempah.93

Di Sarawak, masyarakat pribumi Borneo telah menjalankan kegiatan memungut hasil


hutan dan memburu mereka sejak dahulu kala sebagai salah satu dari kegiatan ekonomi
mereka. Masyarakat Dayak terkenal sebagai pemungut hasil hutan dengan memungut
barangan seperti damar, gambir, sarang burung, rotan, sisik tenggiling, cengkerang kura-kura
dan sebagainya. Selain Dayak, Kayan dan Kenyah juga terlibat dengan kegiatan memungut
hasil hutan dan kegiatan perdagangan. Masyarakat Bidayuh pula lebih terlibat dalam kegiatan
ekonomi sebagai buruh lombong dan petani. Masyarakat Melanau pula terlibat dalam
perusahaan sago yang diusahakan di sepanjang sungai Igan, Oya dan Mukah. Hasil ekonomi
utama bagi Pulau Borneo boleh dibahagikan kepada dua produk penting; iaitu tumbuhan atau
hasil binatang dan galian. Kedudukannya yang hampir dengan garisan khatulistiwa dan
mempunyai hutan tropika yang padat menjadikan Pulau Borneo ini sebagai sumber kepada
pelbagai hasil tumbuhan dan hutan sejak dahulu kala.

Oleh kerana secara nalurinya kebanyakan etnik asal di Borneo adalah bekerja secara
sara diri, maka tidak banyak perkembangan ekonomi yang berlaku sebelum kedatangan
Islam. Masyarakat Borneo biasanya adalah pengumpul hasil hutan dan bertani atau memburu
untuk menyara keluarga sendiri sahaja. Perdagangan yang berlaku hanyalah untuk menjual
hasil-hasil hutan tersebut kepada pada pedagang yang kemudiannya akan membayar dengan
barangan yang diperlukan untuk sara diri juga.

Pada peringkat awal, masyarakat Borneo, sama seperti masyarakat yang sederhana di
tempattempat lain juga tidak mempunyai matawang khusus yang digunakan sebagai alat
pertukaran. Antara bentuk mata wang awal yang biasa didapati ialah binatang ternakan, teh,
garam, siput gerus, tembakau, gula dan sebagainya.94

93
Lihat: Nararossa Peter Ballak & Mohd Samsudin. (t.th.). Kegiatan Ekonomi di Wilayah British Borneo Menjelang
Abad ke-19. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi.
94
Lihat Bank Negara Malaysia. (1989). Warisan Mata Wang Kedah dan Perlis. Kuala Lumpur: Bank Negara
Malaysia. Mukasurat 22. Biasanya kulit siput gerus digunakan bersama-sama habuk emas dan perak oleh
pedagang-pedagang pada masa itu. Kulit siput gerus juga telah digunakan di Kedah sebagai mata wang sejak
kurun ke-8 sehingga kurun ke-15 sebagai mata wang pecahan kecil yang diperlukan dalam perdagangan

41
3.3 BRUNEI SELEPAS ISLAM

Seperti apa yang telah dinyatakan di bab sebelum ini kedatang Islam melaui pelbagai cara
(laut dan darat) serta bagaimana Islam datang ke Brunei iaitu melihat aspek tempat dan masa
sambil merujuk kepada tiga teori iaitu dari Timur Tengah, India atau China. Hal ini sudah
tentu dijelaskan sebelum ini maka bagi ini akan melihat kepada situasi Brunei setelah Islam
berjaya mendapat kedudukan di masyarakat Brunei

Sekali lagi secara ringkas, ketika Awang Alak Betatar memeluk agama Islam, ianya menjadi
titik permulaan bagi Brunei untuk menjadi salah satu kesultannan yang agaung di rantau Asia
Tenggra. Setelah Sultan Sharif Ali menjadi Sultan, dia telah meletakkan asas penubuhan islam
di Brunei dengan membuatkan hukum-hukum brunei bersuaian dengan hukum-hukum islam.
Dia juag telah menubuhkan masjid yang dijadikan sebagai pusat penyebaran islam kepada
semua penduduk Brunei sepertimana sebelum ini orang-orang islam hanyalah sebahagian
daripada penduduk dan para-para saudagar yang datang ke Brunei. Sejak itu Islam telah
berkembang lebih lajut, melaui bebrapa zaman dan tetap kekal dalam usaha para Sultan
memerintah mengikuti ajaran Islam. Sehingga sekarang dalam pemerintah Sultan Haji
Hassanal Bolkiah, sultan Brunei yang ke-29, Islam berterusan berkembang dalam zaman
globalisasi ini

3.3.1 POLITIK

Kebanyakan para pengkaji sejarah Kesultanan Melayu Brunei mengakui bahawa kerajaan
Brunei merupakan salah sebuah kerajaan tua di rantau Asia Tenggara. Dalam mengharungi
pengalaman sebagai sebuah kerajaan, Brunei menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan.
Seperti juga negara-negara lain, Brunei juga berhadapan dengan zaman gemilang dan
keruntuhan. Pengalaman sedemikian rupa sudah tentu melahirkan perubahan dan
perkembangan yang beragam dalam pelbagai bidang terutama dalam sistem politik dan
struktur pentadbiran. Kedua-dua bidang tersebut memang mempunyai pertalian rapat di
antara satu dengan lain terutama apabila dikaitkan dengan sistem pemerintahan sesebuah
kerajaan. Menurut C.A. Leeds95 bahawa politik ialah hal-hal yang berkaitan dengan kewujudan
undang-undang asas dan penglibatan kuasa pemerintah yang kemudiannya mempunyai
matlamat untuk membentuk satu kumpulan masyarakat yang sempurna. Dalam politik juga
sering berlaku perebutan kuasa di kalangan pihak yang berkepentingan. Oleh itu politik adalah
satu bidang yang mempunyai hubungan yang erat dengan kuasa dan kewibawaan di samping
mempunyai peranan ke atas sesebuah kerajaan atau negeri yang sah (The New Encyclopedia

95
Leeds, C.A. Political Studies. London: The Garden City Press, 1975, hlm. 4-5

42
Britannica). Kuasa ini memang tidak boleh dinafikan kepentingannya dalam pembentukan
sesebuah kerajaan. Apabila sudah ada kuasa barulah sesebuah kerajaan itu dapat diperintah
dan ditadbir oleh seseorang atau sekumpulan orang tertentu dengan terbentuknya satu
struktur pentadbiran yang teratur.

Sebenarnya, pada abad ke-10 Brunei telah berjaya membina dan membangunkan
kekuatan tenteranya sehingga mampu melaksanakan dasar penaklukan ke atas keseluruhan
Kepulauan Borneo. Setelah terbentuk kerajaan Brunei, Pateh Berbai selaku Pengiran
Bendahara telah mencadangkan untuk meluaskan jajahan takluk Brunei yang diketuai oleh
Awang Semaun, Awang Jerambak dan Demang Seri. Negeri-negeri yang berjaya mereka
tunduki ialah Limau Manis, Tutong, Belait, Miri, Mukah, Oya, Igan, Sambas, Saba, Tungku,
Bugis, Banjar, Utai, Bolongan, Sadungan, Sulu, Cinabatangan dan lain-lain. Kisah yang
menarik dalam Syair Awang Semaun mengenai penaklukan tersebut ialah tentang seorang
ketua di Limau Manis bernama Semoga yang pada mulanya enggan tunduk di bawah Brunei
kerana negeri mereka sudah berada di bawah kuasa Kerajaan Basiong dan Tagau di Igan.
Kekuatan kerajaan tersebut digambarkan oleh Syair Awang Semaun:

“Sangat berani hatinya keras Habis tunduk Sarawak Sambas Sekalian negeri habis dirampas
Langis seperti telus dikupas

Tidak masuk oleh pedang keris Jauh sekali namanya ngingis (luka) Berani itu hatinya habis
Anak buah orang diambilnya langis (habis)

Baik kita ke negeri Igan Jangan lagi berhingan-hingan (berhenti-henti) Jikalau ia mengakun
ampuan Kami inilah mengikut akan.”96

Apabila wilayah yang dikuasai oleh Kesultanan Brunei ini semakin meluas, Brunei telah
mewujudkan pentadbiran jajahan dengan melantik wakil kerajaan untuk melaksanakan
pentadbiran.97 Sistem pentadbiran ini kemudiannya telah diperkukuhkan lagi semasa
pemerintahan Sultan Muhyiddin apabila baginda mula menghantar golongan Pengiran istana
untuk menjadi wakil Sultan di tanah jajahan Kerajaan. Golongan Pengiran ini bukan sahaja
bertindak sebagai pegawai pentadbir tetapi juga perlu menjalankan kutipan cukai ke atas
penduduk. Sebagai contoh, baginda telah melantik kaum kerabat bangsawan Melayu Brunei
menjadi wakil Sultan untuk berpangkalan di ulu dan kuala sungai utama, seperti Sungai Padas,
Membakut, Kimanis, Papar, Pengalat, Putatan, Inanam, Menggatal, Tuaran dan Mengkabong.

96
Syair Awang Semaun.
97
Amin Sweeny, op.cit., hlm. 27; St. John Spenser, Life in the Forests of the Far East, Vol I, Singapore: Oxford
Unversity Press, 1974, hlm. 246.

43
Keunikan sistem pentadbiran ini ialah terdapat ketua peribumi lain dan golongan datu Suluk
yang dilantik menjadi wakil Sultan di wilayah jajahan baginda.98

Setelah menakluki negeri-negeri di pantai barat laut Borneo Awang Semaun, Awang
Jerambak dan Demang Seri meneruskan peluasan wilayah Brunei ke negerinegeri utara dan
timur laut Borneo yang diperintah oleh orang Ilanun dan Bugis dan juga Negeri Sulu dan
Manila yang diperintah Datu-datu. Berdasarkan SAS Brunei telah berjaya menakluki Negeri-
negeri Kinabatangan, Makasar, Bulungan, Sadungan, Sulu dan Manila. Kemungkinan SAS
memasukkan peluasan Empayar Brunei yang dilakukan oleh Sultan Bolkiah, Sultan Brunei
yang ke-5 ke dalam zaman Awang Alak Betatar, kerana dalam SAS ini kisah Sultan Bolkiah
juga diceritakan apabila baginda menerima bantuan dari Awang Asmara (anak Awang Senuai)
yang membawanya ke Selangor untuk meminang Puteri Lela Mencanai. Kemasukan kisah
Sultan Bolkiah ke dalam Syair Awang Semaun menggambarkan kekeliruan periwayat
(pencerita) tentang jangka masa peluasan wilayah Brunei itu dilakukan.

Apabila berlakunya pembahagian wilayah Borneo Utara semasa pemerintahan Sultan


Muhyiddin, telah wujud perkongsian pentadbiran di antara Kesultanan Brunei dan Kesultanan
Sulu. Secara tradisinya, tidak pernah wujud tiga pentadbir8 dalam satu wilayah. Namun, yang
menariknya keadaan ini berlaku dalam pentadbiran Borneo Utara. Kesulitan utama dalam
menyelanggarakan pentadbiran di Borneo Utara ialah masalah kebebasan masyarakat
peribumi yang gemar keluar masuk dari satu kawasan ke kawasan yang lain sehingga
menyukarkan pentadbir mengklasifikasikan penduduk yang berada di bawah naungannya.
Menurut Ranjit Singh (2003), hal ini terjadi berikutan ketidakjelasan sempadan di antara
ketiga-tiga zon pentadbiran tersebut.99 Pada dasarnya, sepanjang pemerintahan Kesultanan
Brunei di Borneo Utara tidak wujud sebarang bentuk konsep negeri di wilayah tersebut. Hal
ini kerana semenjak dari abad ke-16 lagi sistem pentadbiran di Borneo Utara adalah terpisah
sehingga membentuk empat zon pentadbiran yang tersendiri atau berasingan, iaitu

98
Perlantikan ketua peribumi dan golongan datu ini berlaku kerana hubungan baik yang terbina di antara Sultan
dengan ketua peribumi dan datu Suluk. Jika diteliti dengan lebih terperinci, sebenarnya penguasaan pembesar
terhadap sesebuah wilayah bukanlah terletak pada tanah yang dimilikinya tetapi kawalan terhadap
penduduknya. Keadaan ini berlaku kerana penduduk merupakan sumber pendapatan kepada pemiliknya. Oleh
itu, dapatlah diandaikan bahawa sekiranya seorang penduduk berpindah ke kawasan lain, pembesar yang
menguasai wilayah di tempat asalnya akan menghantar wakil untuk mengutip cukai daripadanya. Lihat D.E
Brown, op.cit., hlm 79-85; Nicholas Tarling, Britain, the Brookes & Brunei, London: Oxford University Press, 1971,
hlm. 3-5.
99
Tiga pentadbiran yang dimaksudkan terdiri daripada Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu dan ketua bebas.
Sabihah Osman, Pentadbiran Pribumi Sabah 1881-1941, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1985, hlm. 13-
15.

44
pentadbiran berasaskan kesukuan, sistem pentadbiran kesultanan yang merujuk kepada
pentadbiran Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu, serta sistem pentadbiran ketua bebas.

Sistem politik Kesukuan merupakan satu sistem yang dikelolakan di peringkat


kampung. Sistem ini diamalkan oleh masyarakat Dusun, Murut dan sub etnik lain yang tinggal
dalam kelompok kecil serta terpisah daripada masyarakat lain akibat daripada faktor bentuk
muka bumi yang bergunung-ganang, sungai besar dan jeram. Sistem politik yang terbina
adalah berasaskan kepada ikatan kekeluargaan yang diketuai oleh Orang Tua (O.T). Ketua
Kampung ini bertanggungjawab dalam mengekalkan keamanan dan memberikan
perlindungan kepada penduduk yang berada di bawah kawalannya. Lazimnya, pemilihan
Ketua Kampung adalah berdasarkan persetujuan secara musyawarah dalam kalangan
penduduk berkenaan. Kebanyakan ahli yang menganggotai majlis musyawarah terdiri
daripada golongan tua yang berwibawa, berkemahiran dan berpengetahuan luas tentang adat
dalam masyarakatnya. Sistem pentadbiran Kesultanan merangkumi pemerintahan Kesultanan
Brunei di bahagian pantai barat dan Kesultanan Sulu di bahagian pantai timur. Manakala
sistem pentadbiran ketua bebas pula wujud ekoran daripada pengaruh kepimpinan,
keberanian dan ketokohan yang boleh mencabar kewibawaan Sultan atau pembesar di
persisiran pantai. Kebanyakan ketua bebas ini juga terdiri daripada individu yang datang dari
jauh dan berasal dari keluarga diraja Brunei, Sulu serta individu yang berketurunan Arab
bergelar ‘Syarif’. Biasanya, kawasan bebas ini didiami oleh para pengikut ketua bebas
tersebut.100

Bermula dari sinilah secara asasnya, Sultan Brunei telah meletakkan kedaulatan bagi
negaranya pada wilayah tanah jajahan dan keseluruhan penduduknya kecuali tanah yang
dimiliki oleh golongan pembesar dan pengikutnya. Dalam usaha baginda untuk melicinkan
pentadbirannya di Borneo Utara, baginda telah melaksanakan sistem pembahagian tanah
tradisional yang memperlihatkan ramai golongan pembesar memiliki tanah persendirian di
wilayah Borneo Utara dan ironinya mereka bebas untuk mengawal selia wilayah tersebut
tanpa perlu terikat dengan kawalan istana.101 Perlu difahami bahawa sistem pentadbiran yang
diamalkan di Brunei ini sebenarnya menyerupai sistem pentadbiran di Tanah Melayu. Fakta
ini dapat dilihat daripada konteks pelaksanaan autoriti dan bidang kuasa pembesar di Tanah
Melayu yang tampaknya lebih mempunyai kuasa autonomi dalam meletakkan penguasaan
pentadbiran wilayahnya di tangan wakil Sultan.

100
Sabihah Osman, (1985), op.cit., hlm. 5.
101
Ibid., hlm. 15.

45
Secara dasarnya, kebanyakan wakil yang mentadbir di wilayah naungan Sultan ini
bebas untuk melakukan pentadbiran sewenangwenangnya di wilayah milik Sultan. Hal ini
kerana dari segi bidang kuasa, setiap wakil yang diamanahkan oleh Sultan Brunei mempunyai
kuasa yang sama tetapi bidang kuasa mereka terhad berbanding dengan bidang kuasa yang
dimiliki oleh Sultan. Bidang kuasa ini bukan sahaja dalam soal mencukai tetapi juga dalam
soal hukuman ke atas kesalahan anak buah mereka seperti hukum bunuh, jenayah dan
sebagainya.102 Walau bagaimanapun, wakil Sultan masih perlu untuk meminta kebenaran
terlebih dahulu daripada Sultan sebelum menghukum anak buah mereka terutamanya
mengenai perkara yang berkaitan dengan kes bunuh atau seumpamanya.103 Berdasarkan
kepada kenyataan tersebut, jelaslah bahawa dalam bidang kuasa antara pembesar dengan
Sultan nampaknya kuasa Sultan masih lagi mengatasi kuasa pembesar. Bertitik tolak dari
konsep inilah, seandainya berlaku ketidak serasian di antara pembesar negara dengan Sultan
yang memerintah, maka Sultan berhak menggunakan kuasa autoriti baginda untuk menolak
atau membatalkan sesuatu keputusan kerana baginda berkuasa terhadap keseluruhan
wilayahnya. Perkara ini juga turut diperincikan oleh Brown, yang menyatakan bahawa kuasa
pembesar di setiap jajahan adalah hampir sama. Hal ini dapat dilihat melalui autoriti seseorang
pembesar yang memiliki tanah jajahan Kuripan dan jajahan Tulin dengan tanah jajahan
Kerajaan yang dimiliki oleh Sultan. Setiap pembesar mempunyai autoriti yang penuh terhadap
kawasan jajahan masing-masing namun, masih perlu perkenan daripada Sultan Brunei untuk
melakukan sesuatu tindakan yang melibatkan pelaksanaan undang-undang.104

Perlu diketahui juga bahawa para pembesar yang memiliki wilayah di Borneo Utara ini
sebenarnya terdiri daripada golongan Pengiran istana yang telah dipertanggungjawabkan oleh
Sultan Brunei untuk menjalankan pentadbiran, mewujudkan sistem pengadilan,
menguatkuasakan undang-undang Brunei, memungut cukai perdagangan dan cukai
penduduk.105 Malangnya, pemilikan wilayah secara total oleh para pembesar ini memberikan
beberapa implikasi yang positif dan negatif dalam pemerintahan Kesultanan Brunei, antaranya
ialah seorang Pengiran yang mempunyai hak Tulin ke atas wilayahnya akan menjadi ketua
bebas yang lazimnya boleh mencabar kedudukan istana kerana dasar utama yang membentuk
pentadbiran Kesultanan Brunei di Borneo Utara banyak bergantung kepada system pemilikan

102
Ibid., hlm. 27.
103
Sebarang masalah jenayah yang tidak diselesaikan di peringkat wilayah jajahan, Sultan berhak
memerintahkan supaya dihakimkan di peringkat kerajaan pusat untuk diadili. Dalam melaksanakan undang-
undang, Sultan Brunei dibantu oleh Pengiran Bendahara dan Pengiran Temenggung. Lihat Pengiran Md. Yusuf
bin Pengiran Abd. Rahim, Adat Istiadat Brunei Darussalam, Brunei Museum Journal, Vol. 3 (3), 1975, hlm. 64;
D.E. Brown, op.cit., hlm. 87.
104
D.E. Brown, op.cit., hlm. 170 dan 195.
105
F.G. Whelan, A History of Sabah, Singapore: McMillan and Co, 1970, hlm. 188.

46
tanah yang dilaksanakan secara menyeluruh di wilayah tanah jajahannya. Manakala kekuatan
pemerintahan Kesultanan Brunei pula sebenarnya terletak pada ketaatan dan kesetiaan para
pembesar terhadap institusi Kesultanan Brunei itu sendiri. Dari segi teorinya, tindakan Sultan
Brunei melaksanakan sistem pemilikan tanah ini sangat berkesan untuk mengikat ketaatan
dan kepatuhan pembesarnya terhadap institusi Kesultanan Brunei memandangkan para
pembesarnya akan memperolehi kekayaan, pengaruh dan kekuasaan sehingga tidak ada
sebab untuk mereka berpaling dari kerajaan pusat.

Selanjutnya, Kesultanan Brunei telah memperkenalkan pentadbiran berasaskan sistem


pemilikan tanah di Borneo Utara. Sistem ini sebenarnya telah dilaksanakan semenjak daripada
zaman pemerintahan Sultan Saiful Rijal lagi dan kemudiannya diteruskan sehinggalah abad
ke-18. Sistem pemilikan tanah ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu harta
Kerajaan, Kuripan dan Tulin atau pesaka. Tanah yang dikategorikan sebagai tanah Kerajaan
ialah tanah yang akan menjadi hak Sultan sepanjang pentadbirannya termasuklah hal ehwal
yang berkaitan dengan pengutipan cukai selagi mana baginda masih berada di atas tampuk
pemerintahan negara. Seandainya dalam tempoh pemerintahan tersebut baginda mangkat
atau dilucutkan jawatan maka hak memungut cukai akan diserahkan kepada Sultan yang
baharu.106 Secara ringkasnya, bolehlah dikatakan bahawa hasil utama Sultan dalam hak tanah
Kerajaan ini ialah cukai tanah jajahan, cukai kepala dan cukai khas perdagangan.107 Pemilikan
tanah Kuripan pula ialah pemilikan harta yang dikuasai oleh wazir atau pembesar. Kuasa
pemilikan tersebut hanya boleh diberikan ketika mereka masih hidup dan masih memegang
jawatan dalam kerajaan. Namun begitu, sekiranya pegawai tersebut meninggal dunia, maka
hak milik wilayah berkenaan perlu diserahkan kepada pemerintah sehinggalah Sultan Brunei
melantik semula pegawai baharu untuk menggantikan kekosongan tersebut.

106
Nicholas Tarling, op.cit., hlm. 4; W.H. Treacher, British Borneo: Sketches of Brunai, Sarawak, Labuan and North
Borneo, Reprinted from the JMBRAS. Singapore: The Government Printing Department, 1891, hlm. 37.
107
Pengutipan cukai merupakan sumber pendapatan negara yang penting, terutamanya kepada Sultan dan
pembesarnya. Pada abad ke-14 Sultan Brunei telah mengadakan kutipan cukai ke atas rakyatnya dengan
melantik seorang jurukira yang mahir untuk menjaga hasil kutipan cukai. Aktiviti pengutipan cukai ini diteruskan
sehinggalah pada abad ke-16. Kemunculan jawatan Pengiran Digadong, Bendahari dan Orang Kaya Digadong
bukan sahaja berperanan mengendalikan perbendaharaan Sultan tetapi juga pentadbiran cukai. Kutipan cukai
ini terus berlaku semasa pemerintahan Sultan Muhyiddin. Baginda mempunyai kuasa untuk mengutip cukai di
seluruh wilayah jajahan. Tugas pemungutan cukai ini dilakukan oleh pegawai-pegawai dilantik . Penduduk yang
enggan menjelaskan cukai akan dihukum. Namun begitu, cukai ini hanya dikenakan ke atas penduduk yang
berada di wilayah jajahan tetapi bukan kepada penduduk yang duduk di kerajaan pusat. Selain daripada kutipan
cukai di wilayah jajahan, pendapat kerajaan Brunei juga diperolehi melalui aktiviti perdagangan. Lihat Amin
Sweeny, op.cit., hlm. 25-27.

47
Tuntasnya, hak milik Kuripan adalah berdasarkan kepada jawatan dan bukannya
warisan.108 Kenyataan ini turut diperjelaskan oleh Nicholas Tarling109 yang menyatakan
bahawa pemilikan tanah Kuripan adalah hak milik jawatan dan tidak boleh diwariskan kepada
anak atau waris lain. Tanah ini perlu diserahkan semula kepada Sultan sekiranya pembesar
tersebut meninggal dunia. Bagi tanah Tulin atau pesaka pula merupakan tanah yang hanya
boleh diwarisi oleh golongan Pengiran atau Sultan secara persendirian. Sekiranya Pengiran
yang memiliki kawasan Tulin meninggal dunia, pemilikan tersebut akan diserahkan kepada
keturunannya dan proses ini dikenali sebagai Pesaka. Harta pemilikan ini berupa sungai-
sungai atau penduduk yang dikenali sebagai Sungai Tulin atau hamba Tulin. Bagi wilayah
milikan Tulin, Sultan Brunei tidak boleh mengutip sebarang bentuk pendapatan dari kawasan
tersebut. Sultan juga tidak boleh mengurniakan tanah dalam ketegori ini kepada sesiapapun
tanpa merujuk kepada pemiliknya. Hal ini kerana pemilikan bagi kategori ini akan diuruskan
oleh pemiliknya secara persendirian namun pelaksanaannya masih lagi tertakluk kepada
undang-undang Kesultanan Brunei.110 Baginda juga telah meletakkan batas kekuasaan politik
bagi sesebuah wilayah melalui hulu dan hilir sungai.111

Sebagaimana yang telah diperjelaskan sebelum ini, kewujudan sistem pembahagian


tanah ini secara rasionalnya adalah untuk memastikan keluarga dan kaum kerabat baginda
turut memiliki sebahagian aset yang dimiliki oleh Sultan Brunei bagi mengelakkan berlakunya
ketidakpuashatian dalam kalangan saudara mara baginda. Pada masa yang sama baginda
juga ingin memastikan semua wilayah jajahan Brunei adalah kepunyaan Sultan dan kaum
kerabatnya sahaja kerana melalui pembahagian tanah inilah kaum kerabatnya akan dapat
meningkatkan pendapatan mereka menerusi hasil cukai yang diperoleh dari wilayah jajahan
yang telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada mereka.112 Menariknya dalam pemerintahan
Kesultanan Brunei di Borneo Utara ini, kebanyakan wilayahnya adalah jenis tanah Tulin.
Keadaan ini telah menyukarkan Sultan Brunei untuk menyerahkan mana-mana wilayah
kepada kuasa lain tanpa kebenaran pemiliknya.113 Kesulitan Sultan untuk menguasai wilayah
Tulin inilah menyebabkan wujudnya penentangan para pembesar Brunei apabila British North
Borneo Company mengambil-alih Borneo Utara daripada Kesultanan Brunei.

108
Amin Sweeny, op.cit., hlm. 25-27.
109
Nicholas Tarling, op.cit., hlm. 4-5.
110
Siti Aidah Hj Lokin, op.cit., hlm. 24; D.S. Ranjit Singh, 2003, op.cit., hlm. 67.
111
Kuala sungai atau pangkalan merupakan tempat persinggahan yang penting bagi sesebuah negeri atau
wilayah kerana ianya boleh diiktiraf sebagai pintu masuk bagi sesebuah negeri. Oleh itu, kebanyakan
pembahagian hak tradisional ditentukan oleh ulu dan kuala sungai bagi menentukan sempadan wilayah atau
daerah. Sabihah Osman et.al, op.cit., hlm.27.
112
Amin Sweeny, op.cit., hlm. 55
113
Ibid.

48
Keunikan empayar Kesultanan Brunei ini juga boleh dilihat apabila sepanjang era
kesultanan di Kepulauan Borneo, persengketaan mengenai persempadanan jarang berlaku di
antara Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu dan Kesultanan Bulungan. Hal ini kerana setiap
Kesultanan yang ada di Kepulauan Borneo tersebut menganggap kekuasaan ke atas
masyarakat dilambangkan melalui sistem pajak dan ufti berbanding kekuasaan ke atas tanah.
Situasi ini menggambarkan bahawa sempadan di antara wilayah sememangnya telah wujud
tetapi tidak jelas kerana hanya ditandai oleh unsur alam yang dianggap kurang signifikan
untuk diperbalahkan.114 Justeru itu, kekuasaan Kesultanan Brunei tidak pernah dicabar atau
diserang oleh mana-mana Kesultanan di Borneo khususnya Kesultanan Sulu serta kuasa
Melayu lain di nusantara. Persoalan mengenai ketiadaan kuasa luar mencabar kekuasaan
Kesultanan Brunei di Kepulauan Borneo ini berlaku ekoran daripada wujudnya perkaitan
kekeluargaan Kesultanan Brunei dengan Kesultanan di Filipina, Jawa, Sumatera dan Tanah
Melayu.115 Kesultanan Sulu umpamanya, tidak pernah menyerang atau menawan mana-mana
wilayah Tulin Brunei bahkan juga tidak pernah menakluk atau menjajah wilayah di Kepulauan
Borneo, sedangkan Kesultanan Brunei telah menakluki keseluruhan Kepulauan Borneo
sehinggalah ke selatan Filipina. Kekuatan dan pengaruh yang ada pada Kesultanan Brunei
menyebabkan tidak ada satu wilayah Tulin pun berani untuk membebaskan diri dari
Kesultanan Brunei. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa Kesultanan Sulu pernah
cuba untuk mencabar Kesultanan Brunei pada tahun 1878 disebabkan oleh tuntutan wilayah
di pantai timur Borneo Utara namun, tuntutan tersebut telah dinafikan oleh Kesultanan Brunei
sehinggalah munculnya pihak Barat mengiktiraf pemilikan Kesultanan Sulu terhadap wilayah
tersebut. Bagi negeri di Tanah Melayu pula biarpun pernah wujud konflik yang melibatkan
permasalahan kerabat diraja, namun hakikatnya semua kuasa Melayu tersebut telah satu
persatu mulai lenyap dijajah oleh pihak Barat. Oleh itu, boleh dikatakan di Borneo tidak ada
satu Kesultanan pun yang boleh mencabar status quo penguasaan Brunei ke atas Borneo
Utara, Sarawak dan dalam Brunei sendiri. Kuasa Barat yang pernah cuba untuk menyerang
dan mencabar Brunei hanyalah kuasa Sepanyol dan diikuti oleh kuasa British.

Selain itu, keunikan dasar pemerintahan Kesultanan Brunei ini juga dapat digambarkan
apabila Sultan Brunei tidak perlu membuat pengawalan secara langsung ke atas wilayah

114
Eko Prayitno Joko, Isu Pemilikan Wilayah Pantai Timur Sabah: Satu Penelusuran Daripada Sudut Sumber
Sejarah, Jurnal Kinabalu, Vol. 20, 2014, hlm. 19.
115
Aripin Said, Panglima Gajah Tunggal, Dato Setia Raja Tok Jebek Bin Tok Akil: Geneologi keluarga dengan
Pengiran Bagauddin, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Darussalam: Pusat Sejarah Brunei, 2012,
hlm. 17; Rafidah Binti Abdullah, Sejarah Pengiran Bagauddin di Pahang dan Hubungannya dengan Brunei, Sabah
dan Sarawak, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Darussalam: Pusat Sejarah Brunei, 2012, hlm.
139.

49
jajahannya di Borneo Utara. Berdasarkan kenyataan tersebut timbul persoalan yang
memerlukan jawapan tentang bagaimana pentadbiran tersebut dapat dilaksanakan tanpa
kehadiran pentadbir pusat di wilayah jajahan naungan Kesultanan Brunei. Secara kasarnya,
satu prinsip asas yang diguna pakai oleh golongan Pengiran yang memiliki wilayah Tulin dan
Kuripan di Borneo Utara supaya tidak perlu berada di wilayah jajahan masing-masing adalah
meminta bantuan daripada wakil Sultan sama ada didatangkan dari negara Brunei atau
masyarakat Melayu Brunei yang sudah sedia menetap lama di wilayah berkenaan. Terdapat
juga sebilangan golongan Pengiran yang melantik wakil dalam kalangan ketua peribumi di
Borneo Utara, seperti Datu Amir Bahar (ketua kaum Bajau di Papar), dan Datuk Bahar (ketua
kaum Dusun di Kimanis). Sebagai balasannya golongan ini akan diberikan gelaran, seperti
Datuk Pengiran, Datuk dan Orang Kaya.116 Oleh itu, secara praktikalnya sememangnya agak
mudah untuk Kesultanan Brunei melaksanakan pentadbirannya di Borneo Utara dengan hanya
menjalankan pembahagian wilayah. Namun dari segi pelaksanaannya sistem ini sebenarnya
banyak kelemahan kerana golongan Pengiran yang mempunyai hak Tulin ke atas tanah
jajahan Brunei mempunyai lebih banyak kuasa autoriti dalam pentadbiran wilayahnya
sehingga mereka ini mampu untuk menyaingi kedudukan Sultan Brunei yang lemah.
Contohnya, seperti peristiwa Perang Saudara yang berlaku di antara Sultan Abdul Hakkul
Mubin dan Sultan Muhyiddin.

Menyentuh tentang keberkesanan dan keberlangsungan pentadbiran Kesultanan


Brunei wujud juga persoalan berkaitan dengan penglibatan masyarakat Melayu Brunei dalam
politik pentadbiran Kesultanan Brunei di Borneo Utara. Sepanjang tempoh pentadbiran
Kesultanan Brunei di Borneo Utara, peranan dan sumbangan masyarakat Melayu Brunei ini
sangat besar terutamanya dalam membantu mengukuhkan pengaruh dan kekuasaan
Kesultanan Brunei di wilayah jajahannya. Meskipun kebanyakan mereka ini adalah golongan
penghijrah namun masyarakat lain mengiktiraf pengaruh dan kekuasaan mereka di wilayah
berkenaan. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat Melayu Brunei diberikan banyak
keistimewaan dalam pembayaran cukai seperti cukai yang rendah, kebebasan untuk
berdagang dan kehidupan yang bebas dalam wilayah Kesultanan Brunei. Kadang-kala para
pembesar juga mengecualikan masyarakat Melayu Brunei untuk membayar cukai kerana
wujudnya hubungan kekeluargaan di antara mereka.117 Biarpun masyarakat Melayu Brunei ini
menetap jauh dari kerajaan pusat, namun hubungan kekeluargaan yang terbina di antara
para pembesar Brunei dengan kaum kerabatnya sentiasa utuh dan terus dipelihara bagi

116
D.S. Ranjit Singh, 2003, op.cit., hlm. 69
117
Ampuan Mumin Bin Ampuan Tuah, 97 Tahun, Kampung Benoni Papar, 24 April 2010.

50
memastikan mereka akan turut sama menikmati limpahan kedaulatan serta kekayaan
Kesultanan Brunei.118

Ketaatan masyarakat Melayu Brunei terhadap Sultan dan para pembesar Brunei
sememangnya tidak dapat dipertikaikan. Hal ini terbukti apabila mereka ini sanggup berulang-
alik dari Borneo Utara ke Brunei semata-mata hanya untuk memberikan bekalan barang
dagangan kepada para pembesar yang berada di negara Brunei. Kejayaan pentadbiran
Kesultanan Brunei di Borneo Utara juga banyak dibantu oleh kegiatan ekonomi dan sosial
yang dijalankan oleh masyarakat Melayu Brunei dalam wilayah jajahannya. Biarpun, secara
tradisinya masyarakat ini begitu sinonim dengan aktiviti pelayaran, pedagangan dan nelayan,
namun di Borneo Utara mereka menjadi pedagang yang lebih aktif. Kekuasaan dan pengaruh
mereka terbina melalui aktiviti perdagangan dengan masyarakat lain di Borneo Utara. Hal ini
kerana pedagang Melayu Brunei terkenal dengan kekayaannya memiliki modal dan kapal layar
yang besar, barang dagangan mewah serta mempunyai ramai pengikut berbanding dengan
pedagang-pedagang lain. Oleh kerana itu, masyarakat ini lebih cepat dikenali ramai sehingga
memudahkan proses pendominasian dilakukan terhadap aktiviti ekonomi dan sosial di Borneo
Utara. Sewaktu masyarakat Melayu Brunei ini menetap di Brunei, mereka tinggal dalam
komuniti kampung air yang gemar membina perkampungan di atas air laut, namun selepas
mereka bermigrasi ke Borneo Utara masyarakat ini mula membina penempatan di sepanjang
persisiran pantai dan hilir sungai yang membolehkan mereka mengawal lalu lintas ke kawasan
pedalaman. Keadaan ini telah menjadikan masyarakat ini sebagai orang tengah di antara
kaum peribumi di pedalaman dengan dunia luar.119

Selain itu, golongan bangsawan masyarakat Melayu Brunei yang kaya dan
berpengaruh di Borneo Utara juga turut mengamalkan amalan perhambaan. Sistem
perhambaan yang diamalkan di Borneo Utara adalah sama sepertimana sistem perhambaan
yang dilaksanakan di negara Brunei. Kebanyakan hamba ini terdiri daripada orang tawanan
perang dan orang yang diculik. Hamba yang menjadi tawanan perang dan diculik dari kawasan

118
Kebanyakan masyarakat Melayu Brunei yang bermigrasi ke Borneo Utara merupakan golongan bangsawan
istana yang terdiri daripada golongan Ampuan dan Pengiran. Oleh sebab itu, hubungan pembesar dan
masyarakat ini sentiasa terpelihara dan dijaga oleh para pembesar. Sepanjang pemerintahan Kesultanan Brunei
di Borneo Utara, kebanyakan masyarakat Melayu Brunei hidup senang dan mewah berbanding dengan
masyarakat lain. Pengaruh dan kekayaan yang diberikan oleh para pembesar Brunei ini menyebabkan
masyarakat Melayu Brunei di Borneo Utara dihormati oleh kaum lain. Pengaruh dan kekuasaan mereka ini
semakin kukuh apabila wujudnya unsur magis yang melibatkan kekebalan masyarakat Melayu Brunei dalam
bertarung sehingga masyarakat peribumi lain menjadi takut dan gerun dengan kepahlawanan yang ada dalam
diri masyarakat Melayu Brunei. Ibid.
119
Robert Nicholl, European Sources for the History of the Sultanate of Brunei in the Sixteenth Century, Bandar
Seri Begawan: Muzium Brunei, 1990, hlm. 4.

51
pedalaman ialah kaum Kedayan dan Bajau. Kebanyakan hamba ini dimiliki oleh golongan
Ampuan dan Pengiran. Terdapat juga konsep hamba yang dikenali sebagai hamba berhutang.
Seseorang itu akan dikategorikan sebagai hamba berhutang apabila hutangnya itu tidak dapat
dijelaskan. Hal yang sama juga turut diperakui oleh Brown, yang menyatakan bahawa
masyarakat tradisi Brunei mengamalkan sistem perhambaan yang terdiri daripada orang
tawanan perang atau diculik dari kawasan pedalaman. Sistem perhambaan ini hanya
diharamkan selepas Syarikat Borneo Utara British (SBUB) mengambilalih Borneo Utara.120

Berdasarkan kepada penjelasan yang dinyatakan, maka dapatlah ditafsirkan bahawa


era pemerintahan Kesultanan Brunei ini boleh ditandai sebagai ‘Zaman Keagungan’ pada masa
pemerintahan Sultan Bolkiah. Pada ketika itu golongan bangsawan Melayu Brunei telah
menguasai aktiviti perdagangan di seluruh empayar Brunei dari abad ke16 hinggalah abad ke-
19. Penguasaan dan kejayaan pentadbiran Kesultanan Brunei di Borneo Utara juga
memberikan gambaran tentang kebergantungan Sultan Brunei terhadap peranan pembesar
yang ditugaskan untuk mentadbir jajahannya sama ada secara langsung atau tidak langsung
di Borneo Utara.

3.3.2 SOSIAL

Dalam abad ke-15 dan ke-16 Masihi perkembangan agama Islam sangat pesat di Asia
Tenggara termasuklah negeri Brunei. Agama Islam telah merubah fahaman, keadaan
kehidupan rakyat dan corak pentadbiran pemerintahan raja-raja Brunei yang mana
sebelumnya mereka dipengaruhi oleh agama Hindu dan Buddha. Sebagai bukti jelas wujudnya
pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang Islam di Brunei. Terdapat undang-undang
Islam yang bertulis dan dikanunkan seperti Hukum Kanun Brunei.121 Sultan-sultan Brunei telah
melaksanakan undang-undang Islam secara berperingkat sehinggalah undang-undang Islam
menjadi undang-undang dasar Negara Brunei Darussalam.Walau bagaimanapun kedatangan
British ke Brunei dan penerimaan sistem residen tahun 1906 telah membawa perubahan
kepada pentadbiran negara dan undang-undang.

Undang-undang yang terpakai sebelum kedatangan British ke Negara Brunei


Darussalam dan sebelum undang-undang dan sistem kehakiman mereka diterima Brunei telah
pun mempunyai undang-undang dan sistem kehakiman yang berwibawa dan berdaulat.122

120
D.E. Brown, op.cit., hlm. 89; Owen Rutter, The Pirate Wind Tales of the Sea-Robbers of Malaya, Singapore:
Oxford University Press, 1986, hlm. 45.
121
Dato Dr. Haji Mahmud Saedon Awang Othman, Pentadbiran Undang-Undang Islam di Brunei, Kertas Kerja,
Seminar Antarabangsa Pentadbiran Undang-Undang Islam, IKIM, 23-24 hb. July 1996, hlm. 2.
122
Dato Dr. Haji Mahmud Saedon Awang Othman, Perlaksanaan dan Pentadbiran Undang-Undang Islam di
Negara Brunei Darussalam: Satu Tinjauan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm. 71.

52
Undang-undang yang dilaksanakan pada waktu itu ialah adat (adat istiadat dan Resam),
syarak dan Hukum Kanun.

Undang-undang adat sama ada dipengaruhi oleh ajaran Islam atau tidak, telah
menjadi pegangan hidup masyarakat sebelum kedatangan British ke alam Melayu termasuk
Brunei. Apabila orang Melayu menganuti agama Islam, maka undang-undang Islam telah
diterima dan adat Melayu mula diubahsuaikan supaya tidak bertentangan dengan undang-
undang Islam.

Sungguhpun adat tidak menjadi suatu sumber undang-undang Islam, akan tetapi
Islam membolehkan adat diterima dan diikuti oleh penganut-penganut agama Islam, selagi
adat itu tidak bercanggah dengan undang-undang Islam. Mana-mana adat yang dianggap
baik, bermanfa’at dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam boleh diterima dan dijadikan
amalan oleh orang-orang Islam.123

Di Negara Brunei Darussalam adat yang menjadi rujukan kepada masyarakat ialah
Adat Istiadat dan Resam. Misalnya Adat Istiadat Diraja Brunei,124 di antaranya mengandungi
beberapa perkara seperti sultan, panggilan nama kehormatan, susunan dan adat istiadat
pembesar-pembesar negara, adat Perpuspaan, adat menggelar, ciri, susunan duduk dan
adat dalam Majlis Dirija, alat-alat dan perhiasan-perhiasan kebesaran diraja dan peraturan
menyembah kehormatan.

Orang yang bertanggungjawab mengenai adat istiadat, Resam dan Kanun ialah
Pengiran Pemancha (Wazir) dibantu oleh Pengiran Peduka Tuan (Cheteria Empat) serta
Pengiran Siraja Muda (Cheteria Lapan ), serta dibantu oleh Pehin Jawatan Dalam dan Pehin
Jawatan Luar (kedua-duanya Menteri Empat).125

Zaman pemerintahan Sultan Abdul Kahar126 ibni Sultan Bolkiah, baginda telah
menguatkan undang-undang adat yang dinamakan Undang-Undang Resam.127 Sungguh pun
sultan-sultan yang terdahulu telah mengamalkan Hukum Kanun tetapi baginda berpendapat
penggunaan Undang-Undang Resam bersama dengan Hukum Kanun lebih mendatangkan

123
Ahmad Ibrahim & Dr. Mahmud Saedon Awang Othman, Ke arah Islamisasi Undang-undang di Malaysia,
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur, 1988, hlm. 1.
124
P.M Yusof, Adat Istiadat Di-Raja Brunei (Darussalam), tanpa penerbit, Mac 1958. Lihat Pehin Jawatan Luar
Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Md. Zain Haji Serudin, Melayu Islam Beraja Suatu Pendekatan,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei, 1998, hlm. 12.
125
Ibid., hlm. 5.
126
Sultan Brunei yang ke 6. Memerintah di sekitar tahun 1524-1530 Masehi. Lihat Pehin Orang Kaya Amar Diraja
Dato Seri Utama (Dr.) Awang Haji Mohd. Jamil al-Sufri, Latar Belakang Sejarah Brunei, hlm. 33.
127
Yura Halim dan Jamil Umar, Sejarah Brunei, Percetakan Brunei, Brunei, 1958, hlm. 46.

53
kebaikan kepada rakyat. Kerana bidang kuasa Hukum Kanun itu tidak melihat kapada sesuatu
keadaan.128 Suatu kesalahan yang didapati sabit akan dikenakan hukuman yang tertentu
menurut peruntukan dalam Hukum Kanun Brunei. Tetapi jikalau sesuatu hukuman itu telah
dijatuhkan kemudian ada permuafakatan umpamanya pembesar-pembesar negara merayu
kepada sultan, supaya hukuman itu diringankan atau dibatalkan.

Sebagai contoh kes Pengiran Seri Laila129 lwn. Pengiran Bendahara Sakam.130 Dalam
kes ini, Pengiran Bendahara Sakam telah merampas pengantin perempuan131 dari suaminya132
ketika berlangsungnya majlis persandingan. Di dalam Mahkamah, Pengiran Seri Laila
menuduh perbuatan Pengiran Bendahara Sakam melanggar hak kehormatan manusia, tidak
menghormati undang-undang negara, adat istiadat dan menghilangkan kehormatan
pembesar-pembesar negara. Pengiran Bendahara Sakam dalam pembelaannya mengaku
salah tetapi perbuatan itu bertujuan untuk memberi perangsang kepada perwira-perwira
negara supaya berani mempertahankan hak masing-masing. Mahkamah mendapati Pengiran
Bendahara Sakam bersalah dan dihukum mengikut hukuman yang tersebut di dalam Hukum
Kanun Brunei. Rayuan telah dihadapkan, Sultan Saiful Rijal133 telah memberi pengampunan
dan kebebasan kepada Pengiran Bendahara Sakam berdasarkan Undang-Undang Resam.134

Sementara pemakaian dan perlaksanaan hukum syarak lebih menonjol di zaman


pemerintahan Sultan Syarif Ali.135 Ketika Sultan Syarif Ali136 ditabalkan menjadi raja, baginda

128
Ibid.
129
Berlaku dalam tahun 1575 Masihi. Lihat Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama (Dr.) Awang Haji
Mohd. Jamil al-Sufri, Chatatan Sejarah Perwira2 dan Pembesar2 Brunei, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei,
1973, hlm. 14-15. Lihat juga Yura Halim dan Jamil Umar, Sejarah Brunei, hlm.50-53
130
Anakada kepada sultan Abdul Kahar dengan isteri baginda seorang puteri Raja Bajau, Sabah. Beliau bergelar
Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara. Pengiran Bendahara Sakam adalah seorang yang gagah berani,
cekal hati serta sangat bijak dalam hal muslihat ilmu peperangan sehingga tidak ada tandingannya. Untuk
mengenang jasa beliau menyelamatkan Brunei dari dikuasai oleh Sapenyol dalam Perang Kastila tahun 1580
masehi, Sultan Saiful Rijal memberikan gelaran Raja Bendahara iaitu gelaran khas diberikan kepada bakal sultan.
131
Pengantin perempuan anak kepada Pengiran Seri Ratna.
132
Pengantin lelaki anak kepada Pengiran Seri Laila.
133
Sultan Brunei ke 7. Memerintah di sekitar 1533-1581 Masehi. Lihat Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri
Utama (Dr.) Awang Haji Mohd. Jamil al-Sufri, Latar Belakang Sejarah Brunei, hlm. 33.
134
Mengikut peruntukan Undang-Undang Resam seseorang yang sangat berjasa, ikhlas hati dan berguna kepada
negara, jika ia terlanjur membuat kesalahan, kalau ia dihukum, boleh diampunkan jika rakyat memohonkan
ampun baginya, kerana suatu undang-undang itu diperbuat oleh raja dengan persetujuan rakyat. Jika rakyat
sudah mempersetujuinya ini bererti hukuman boleh dibatalkan kerana raja memang sedia ada kuasa
pengampunan. Lihat Yura Halim dan Jamil Umar, Sejarah Brunei, hlm 53.
135
Siti Zaliha Haji Abu Salim, Perkembangan Undang-Undang Di Brunei Sebelum Bermulanya Sistem
Pemerintahan Beresiden, Jurnal Beriga, April-Jun 1995, Bil. 47, hlm. 65.
136
Sultan Brunei yang ke 3. Memerintah di sekitar tahun 1425-1432. Baginda berasal dari keturunan Sayidina
Hasan, cucu kepada Nabi Muhammad. s.a.w. Lihat P.L Amin Sweeney, Silsilah Raja-Raja Berunai, JMBRAS, Vol.
41. Part 2, 1968, hlm. 12. Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama (Dr.) Awang Haji Mohd. Jamil al-Sufri,
Tarsilah Brunei Sejarah Awal Dan Perkembangan Islam, Jabatan Pusat Sejarah, Kementerian Kebudayaan Belia
Dan Sukan, Brunei, hlm. 118

54
mula mengatur pentadbiran undang-undang mengikut peraturan hukum syarak.137 Pemakaian
hukum syarak sebagai pegangan dan undang-undang dilaksanakan secara beransur-ansur.
Sultan Syarif Ali di awal pemerintahannya berusaha mengukuhkan ajaran agama Islam dan
baginda juga membina masjid. Dalam Silsilah Raja-Raja Berunai menyebutkan seperti berikut;
“ ... Maka Sharif Ali itulah kerajaan, dinamakan akan dia Paduka Seri Sultan Berkat dan ialah
mengeraskan shari’at Rasul Allah s.a.w dan berbuat masjid.”138

Dalam tahun 1871 Masihi139 W.H Treacher, Pemangku Konsul General British dalam
lawatan sulungnya ke Brunei dengan menggunakan kapal perang angkatan laut British telah
mencatatkan bahawa undang-undang Brunei pada waktu itu ialah undang-undang yang
berasal dari al-Qur’an.140 Undang-undang yang dimaksudkan itu ialah beberapa peruntukan
hukum syarak yang terdapat di dalam Hukum Kanun Brunei. Hukum Kanun Brunei dan
Undang-Undang serta Adat Brunei Lama (Old Brunei Law and Custom) merupakan dua
naskhah undang-undang Islam bertulis dan dikanunkan. Kedua-duanya menjadi bukti
berlakunya pelaksanaan undang-undang Islam di Brunei Darussalam.141

Hukum Kanun Brunei dipercayai ditulis di zaman pemerintahan Sultan Hassan.142


Namun ada kemungkinan besar penulisannya telah dimulakan sebelum dari itu tetapi belum
ada bukti kukuh mengenainya. Walau bagaimana pun pelaksanaan dan pengamalan Hukum
Kanun sudah bermula dari zaman dahulu lagi. Dalam pendahuluan Hukum Kanun Brunei143
menunjukkan ianya sudah diamalkan sejak sebelum Islam lagi. Tetapi setelah agama Islam
berkembang di Brunei, Hukum Kanun itu telah dipinda atau ditambah sesuai dengan kehendak
hukum syarak.144

137
Yura Halim dan Jamil Umar, Sejarah Brunei, hlm. 22.
138
P.L Amin Sweeney, Silsilah Raja-Raja Berunai, JMBRAS, Vol. 41, Part 2, 1968, hlm. 11.
139
W. H Treacher, “British Borneo : Sketches of Brunei, Sarawak, Labuan and North Borneo”, JMBRAS , Vol.
20, 1880, hlm. 31.
140
Ibid., hlm. 39.
141
Dato Dr. Haji Mahmud Saedon Awang Othman, Perlaksanaan Dan Pentadbiran Undang-undang Islam di
Negara Brunei Darussalam: Satu Tinjauan, hlm. 21.
142
Sultan Brunei ke 9. Memerintah di sekitar tahun 1598-1659 Masehi. Pada masa pemerintahan baginda telah
mengamalkan dan melaksanakan beberapa adat istiadat, peraturan-peraturan negara dan Hukum Kanun.
Walaupun tidak disebutkan Hukum Kanun itu ditulis pada masa pemerintahan baginda tetapi oleh kerana tulisan
tersebut didapati bersama-sama dengan tulisan-tulisan yang ditulis di zaman baginda, besar kemungkinan
Kanun di tulis di zaman itu juga. Lihat Pehin Orang Kaya Amar Di Raja Dato Seri Utama Awang Haji Mohd. Jamil
al-Sufri, Chatatan Sejarah Perwira2 dan Pembesar2 Brunei, hlm. 37.
143
Dalam Pendahuluan Hukum Kanun menyebutkan: “Ada pun diketahui oleh mu akan adat ini turun temurun
daripada zaman Sultan Iskandar Zulkarnean datang sekarang. Maka adalah iaitu akan tauladan akan ganti raja
pada hal memerintah segala adat terhimpun pada segala menteri”.
144
Pehin Orang Kaya Amar Di Raja Dato Seri Utama Awang Haji Mohd. Jamil al-Sufri, Chatatan Sejarah Perwira2
dan Pembesar2 Brunei, hlm. 37.

55
H .R Hughes-Hallet pula berpendapat zaman perintahan Sultan Hassan merupakan
zaman permulaan kepada pemakaian Undang-Undang Hukum Kanun.145 Kenyataan ini
mungkin berdasarkan beberapa faktor; pertama walaupun tidak tercatat tarikh penulisannya
tetapi naskah Hukum Kanun didapati di dalam pemerintahan baginda. Kedua; mungkin di
zaman baginda berlakunya pengubahsuaian Hukum Kanun yang diamalkan sebelum Islam
kepada undang-undang yang berdasarkan hukum syarak.146 Ketiga mungkin di zaman baginda
berlakunya penyusunan dan penulisan Hukum Kanun dengan lebih kemas dan teratur.

Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalilul Akbar,147 Undang-Undang Hukum


Kanun Brunei telah sempurna dilaksanakan dan dikuatkuasakan.148 Sultan Abdul Jalilul Akbar
telah berwasiat agar anaknya Sultan Jalilul Jabbar melaksanakan dan menguatkuasakan
Undang-Undang Hukum Kanun Brunei dalam menjalankan pentadbiran negara.

Sebagai contoh pelaksanaan Undang-Undang Hukum Kanun Brunei ialah kes curi.
Perbuatan ini dilakukan oleh beberapa orang pencuri yang telah berjaya mencuri beberapa
jenis barang termasuklah sebuah jam tangan emas dan selaras senapang daripada kapal
perang British yang berlabuh di sungai Brunei. Tiga orang yang terlibat dalam kejadian itu
telah ditangkap dan dijatuhi hukuman potong tangan.149 Kes lain pula ialah hukuman bunuh150
ke atas seorang penjenayah bernama Maidin.151 Kesalahannya ialah melakukan rompakan,
rampasan harta benda dan membunuh beberapa orang peniaga yang berulang-alik dari
Brunei ke Labuan dan juga sepanjang pantai yang di bawah kuasa takluk Brunei.152

Berdasarkan keterangan di atas, jelas sebelum kedatangan British, Brunei telah


diperintah berdasarkan Undang-Undang Hukum Kanun Brunei yang berasaskan hukum syarak

145
H. R. Hughes-Hallet, A Sketch of the History of Brunei JMBRAS, Vol. XV111, part 11, 1940, hlm. 31.
146
Hajah Masnon bt. Haji Ibrahim, Perlaksanaan Undang-undang Keluarga Islam di Brunei dan Perbandingannya
dengan Undang-Undang Keluarga Islam di Sarawak, Tesis MA, Universiti Kebangsaaan Malaysia, 1988, hlm.
37.
147
Sultan Brunei ke 10 memerintah di sekitar tahun 1598-1659 Masihi. Lihat Pehin Orang Kaya Amar Diraja
Dato Seri Utama (Dr.) Awang Haji Mohd. Jamil al-Sufri, Latar Belakang Sejarah Brunei, Jabatan Pusat Sejarah,
Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan, Brunei, 1990, hlm. 33
148
Dato Dr. Haji Mahmud Saedon Awang Othman, Perlaksanaan Dan Pentadbiran Undang-undang Islam di
Negara Brunei Darussalam: Satu Tinjauan, hlm. 24.
149
W. H Treacher, “ British Borneo : Sketches of Brunei, Sarawak, Labuan and North Borneo”, JMBRAS ,
1880, Vol. 20, hlm. 40.
150
Hukuman bunuh bagi kesalahan itu dijalankan sama ada dengan cara menjerutkan tali ke leher pesalah atau
dibunuh dengan menggunakan keris. Lihat Dato Dr. Haji Mahmud Saedon Awang Othman, Perlaksanaan dan
Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Negara Brunei Darussalam : Satu Tinjauan, hlm. 26.
151
Dia adalah anak kepada salah seorang pembesar Brunei yang disayangi oleh sultan.
152
W. H Treacher, “ British Borneo : Sketches of Brunei, Sarawak, Labuan and North Borneo”, JMBRAS , 1880,
Vol. 20, hlm. 41.

56
yang telah dikanunkan. Pemakaian dan perlaksanaannya adalah meluas dan menyeluruh.153
Setelah diteliti dan dikaji akan Hukum Kanun Brunei itu dan dibandingkan dengan ajaran
Islam, maka didapati bahawa Hukum Kanun Brunei itu sebahagian besarnya berdasarkan
ajaran Islam, khasnya dalam perkara perkahwinan dan perceraian, kesalahan jenayah dan
mahkamah, demikian juga dalam hal jual beli dan riba. Manakala sebahagian yang lain pula
berdasarkan adat, seperti yang dinyatakan dalam mukaddimah Hukum Kanun tersebut, dan
adat itu pula mungkin dari India atau ada unsur Hindu.154

Dengan kedatangan Islam Bahasa Melayu berkembang menjadi Bahasa ilmu. Ia


berkembang menjadi bahasa rasmi dan akhimya menjadi bahasa “Lingua Franca” di Alam
Melayu.Tanda terawal kehadiran Islam di rantau ini ialah dengan penemuan Batu Nisan di
Brunei pada tahun 440 Hijrah. Bukti pertama penggunaan Bahasa Melayu yang
mengungkapkan pengaruh agama Islam ialah pada tahun 702 Hijrah, berikutan penemuan
Batu Bersurat di Terengganu. Kandungannya dengan jelas menunjukkan bahawa Islam
sebagai agama rasmi di rantau ini.

Perkembangan Bahasa Melayu dapat dibahagi kepada dua bahagian, iaitu:

i. Melalui Pertuturan

ii. Melalui Penulisan

Melalui Pertuturan, berlaku interaksi dan campuran antara Bahasa Arab — Melayu
menambahkan lagi perbendaharaan kata bahasa Melayu. Kedatangan Islam menyebabkan
perbendaharaan kata Arab yang berunsurkan agama digunakan seperti kerusi, kitab, masjid,
al-Quran dan lain-lain digunakan sebagai sebahagian dan bahasa Melayu.

Melalui Penulisan, sebelum kedatangan Islam boleh dikatakan tiada tulisanyang praktis
digunakan. Islam membawa satu sistem tulisan menggunakan tulisan jawi atau Arab. Bahasa
Melayu kuno yang menggunakan tulisan Palava digantikan dengan huruf jawi. Tulisan jawi
digunakan secara meluas di Alam Melayu. Ia menjadi dimensi baru dalam tradisi
pengembangan ilmu khususnya ilmu agama dalam masyarakat. Melalui tulisan jawi bidang
sastera Melayu mula berkembang.

153
Haji Mahmud Saedon Awang Othman, Perlaksanaan dan Pentadbiran Undang-Undang Islam di Negara Brunei
Darussalam : Satu Tinjauan, hlm. 26.
154
Haji Md. Zain Haji Serudin, Melayu Islam Beraja Suatu Pendekatan, hlm. 11.

57
Penulisan kesusasteraan Islam dan bahasa Arab telah disadurkan ke dalam Bahasa
Melayu dengan pesat apabila banyak hikayat lama dikarang dan disebarluaskan. Tulisan-
tulisan sastera Arab juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Penyebaran agama Islam yang berpusat di Melaka ke daerah-daerah lain juga


menyebabkan Bahasa Melayu tersebar di seluruh kepulauan Melayu. Ia menjadi bahasa
penghantar penyebaran Islam. Martabat Bahasa Melayu meningkat dan berkembang dengan
meluas di kalangan masyarakat. Kitab-kitab Melayu dalam tulisan jawi telah tersebar ke
tempat-tempat baru seperti Sri Langka, Malagasi dan Afrika Selatan.155

3.3.3 EKONOMI

Brunei telah menyaksikan suatu perubahan yang besar dan ketara terutama selepas mencapai
kemerdekaan dari British pada tahun 1984. Kerajaan yang telah dipimpin oleh Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
telah membawa perubahan sedikit demi sedikit ke arah mengislamisasikan hampir semua
aspek yang ada di dalam kerajaan Negara Brunei Darussalam.156

Bank bermula di Brunei dengan terasasnya sebuah Post Office Savings Bank. Pada
masa tersebut tidak ada bank Islam yang wujud. Selepas peperangan dunia kedua, Hong
Kong and Shanghai Banking Corporation telah mula membuka cawangannya di Brunei.
Kemudian diikuti pula oleh Standard Chartered Bank pada bulan Mei 1958. Pada masa
tersebut, semua undang-undang kewangan dan perbankan adalah mengikut undang-undang
English. Kemudian selepas itu banyak bank-bank lain telah ditubuhkan seperti Bank Malayan
Banking (1960), United Malayan Banking Corporation (1963), National Bank of Brunei Berhad
(1964), Citibank (1971), Overseas Union bank (1973) dan Island Development Bank (1980).
Baiduri Bank Berhad pula sebagai salah sebuah bank tempatan Brunei telah bermula pada
tahun 1994.157

155
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1, halaman 149
156
Perkara paling besar yang dicapai bagi Negara Brunei Darussalam ialah pengisytiharaan Perintah Kanun
Hukuman Jenayah Syariah 2013 sebagai undang-undang Negara Brunei bermula pada tahun 2013.
Walaubagaimana pun, semuanya dilaksanakan oleh Baginda secara berperingkat-peringkat untuk mengelakkan
kejutan dan perubahan mendadak yang mungkin berlaku. Perubahan secara sedikit demi sedikit ini dapat
diterima oleh kebanyakan rakyat jelata dengan mudah. Lihat warta Kerajaan Brunei, muatturun di:
http://www.agc.gov.bn/AGC%20Images/ LAWS/Gazette_PDF/2013/BM/b069.pdf
157
Hjh Salma bin Hj Abdul Latiff. 2004. Islamic Banking in Brunei and The Future Role of Centre for Islamic
Banking, Finance and Management (CIBFM). Di dalam Islamic Banking and Finance; Fundamental and
Contemporary Issues. Prosiding Konferen IRTI (Islamic Research and Training Institute) Jeddah and UBD
(Universiti Brunei Darussalam) pada 5-6 Januari 2004.

58
Bank Islam bermula di Brunei dengan arahan yang telah dibuat oleh Kebawah Duli
Sultan yang meminta supaya diwujudkan bank sebagai langkah untuk melaksanakan fardhu
kifayah kepada umat Islam. Bermula dari perintah pada tahun 1990 tersebut, beberapa
mesyuarat telah diadakan dan akhirnya pada tahun 1991, bermulalah penubuhan sebuah
institusi kewangan Islam yang pertama di Brunei dengan nama T.A.I.B (Tabung Amanah Islam
Brunei).158 Kemudian selepas itu bermula pula penubuhan sebuah bank Islam pada tahun
1993 dengan nama Bank Islam Brunei (I.B.B). Pada tahun 2005, Bank Islam Brunei ini pula
telah bergabung dengan Islamic Development Bank Bank dan menukar namanya kepada BIBD
(Bank Islam Brunei Darussalam). Pada masa ini, B.I.B.D mempunyai 900 orang pekerja dan
mempunyai aset 9.5 billion ringgit Brunei.159

Penekanan terhadap pelaksanaan kewangan Islam di Brunei amat dititikberatkan oleh


Kebawah Duli Sultan. Untuk membuktikan perkara ini, dapat dibaca dari ucapan yang
disampaikan oleh Baginda ketika pelancaran Tabung Amanah Islam Brunei pada 29
September 1991. Antaranya: “..Di tangan umat Islam terdapat kemahiran dan kekayaan,
termasuk kemahiran untuk melaksanakan hukum. Orang orang Islam sudah menubuhkan
banknya sendiri, iaitu bukti jelas bahawa hukum Islam dapat melaksanakan apabila kita mahu,
di mana perkara ini dahulunya dianggap mustahil jika tanpa riba. Kemudian di satu aspek
yang lain, kejayaan seperti ini juga membuktikan bahawa ugama Islam adalah sesuai bagi
setiap zaman dan tempat..”160

Perkembangan Negara Brunei telah meningkat setahun demi tahun. Jadual yang telah dibuat
oleh laporan I.M.F (International Monetary Fund) telah membuktikan bahawa sejak
pelaksanaan dan penubuhan sistem perbankan Islam di Brunei, ia terus memacu laju
bertambah makmur dan meningkat.161

Brunei mempunyai potensi besar untuk menjadi salah satu hub ekonomi yang penting
kepada pulau. Berdasarkan kepada kemampuan dan perkembangan ekonomi yang
dimilikinya, ia akan mampu untuk menyumbang kepada perkembangan Borneo seluruhnya.
Perkembangan selepas pelaksanaan sistem ekonomi Islam telah melonjakkan Brunei ke arah
tersebut.

158
DSS Awang Hj Metussin Bin Haji Baki. 2000. Quranic Verses on Transactions, Published by State Mufti’s Office,
pp 87. Juga lihat profil TAIB dimuatturun pada 25 Ogos 2017 di http://www.taib.com.bn/abouttaib/ profile.htm
159
Lihat profil BIBD di http://www.bibd.com.bn/about/corporate-profile/ dimuatturun pada 25 Ogos 2017. 9.5
billion Ringgit Brunei adalah bersamaan 6.9 billion Dolar Amerika pada masa ini.
160
Salma L., Razali M. Z. and Ismail D. 2003. The Prospect of Islamic Business Transactions in Negara Brunei
Darussalam. Brunei: Universiti Brunei Darussalam.
161
Laman sesawang IMF: www.imf.org

59
Mark Gamier, ketua rombongan Kerajaan British dalam lawatan perniagaan ke Brunei
pada tahun 2016 menekankan kebolehan Brunei di dalam aspek ini. Kewangan Islam
mempunyai kelebihannya di Brunei kerana keamanan dan kestabilan politik yang diperolehi
berbanding dengan negara-negara lain di sekitarnya. Antara bidang yang mampu
dikembangkan sebagai contohnya ialah membina perusahaan halal yang sangat diperlukan
oleh dunia sekarang dan mempunyai nilai ekonomi yang amat besar.162

Melalui sistem kewangan Islam, Brunei telah mula mengeluarkan sistem Sukuk. Dato
Paduka Dr Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan telah
menyebutkan bahawa Kerajaan Brunei telah mengeluarkan Sukuk Al-Ijarah sejak tahun 2006
dan sehingga April 2017 ianya telah mencapai jumlah $10.7 billion.163

3.4 KESIMPULAN

Kesimpulannya, setelah Islam datang ke Brunei, ia menjadi agama yang dominan di Brunei,
mengubah aspek kehidupan masyarakat keranna telah diperkenalkan system baru dalam
Islam. Telah dinyatakan, sebelum membuat Islam di Brunei, hampir seluruh Asia Tenggra
telah dibawah kekuasaan dan pengaruh kerajaan Hindu. Kerajaan ini telahg mengusai Asis
Tenggra selema beberapa abad hingga kejatuhannya dalam abd ke-13. Dalam masa itu,
kerajaan ini telah berjaya memebrikesan yang kuat dan kekal kepada wilayah yang kerajaan
ini pernah diperintah dan Brunei adalah salah satu daripada wilayah tersebut. Kesannya
bukannya sekuat sepertimana yang dijumpai di Indonesia tetapi ciri-cirinya masih dapat
dijumpai dalam adat istiadat Brunei begitu juga dengan tingkah laku yang lain. Ini penting
dinyatakn sebelum melanjut kepada Islam ke Brunei kerana mesti memahami asal usul Brunei.
Dengan memberikan aspek politik, ekonomi dan sosial di Brunei sebelum dan selepas Islam,
boleh lihat dengan jelas bahawa Islam memang memainkan peranan yang penting akan tetapi
kesan kerajaan Hindu itu masih kekal dan digunakan bukan sahaja dalam kehidupan harian
masyarakat bahkan dlaam pemerintahan Brunei.

162
Dimuatturun dari laman sesawang Brunei di https://www.brudirect.com/news.php?id=6056.
163
Lihat http://borneobulletin.com.bn/sultanate-great-potential-develop-islamic-finance-says-deputy-
minister/ dimuatturun pada 25 Ogos 2017.

60
BAB 4: IMPLIKASI ISLAM DI ZAMAN KEEMASAN TERHADAP BRUNEI
DARUSSALAM DI ERA MODEN

4.1 PENGENALAN

Setelah membuat pembicaraan mengenai kedatangan Islam ke Asia Tenggra/Brunei dan


membuat pejelasan mengenai perubahan dan kekalna yang didapati dari zaman pra-islam
Brunei dan pada zaman sekarang, kajian ini akan melanjut kepada soalan utama kajian ini
iaitu: apakah implikasi Islam terhadap Brunei sekarang.

Islam suatu aspek yang penting dalam kehidupan harian bagi masyarakat Brunei masa
ini, Islam hampir mempengaruhi semua aspek dalam Brunei Darussalam. Kepentigannya
meliputi hampir semua termasuk hal politik, ekonomi dan sosial. Brunei pada ini menurt
negara barat adalah Third World Country/ Developing Nation dan betul Brunei masih dalam
tahap membangunkan negara tetapi kemajuan Brunei amat menakjubkan.

Kemajuan dalam system pendidikan yang pada awalnya yang tersedia kepada golongan
atasan/ orang diraja sekarang semua penduduk boleh mendapat pengajian kerana ia adalah
satu hak. Perjalanan pendidikan di Brunei adalah panjang, bermulai dengan ianya tersedia
kepada golongan yang tertentu dan sekarang ia adalah sesuatu yang mandotori, dengan
pertolongan daripada undang-undang untuk mengkukuhkan hal ini.

Bagi undang-undang, sepanjang sejarah Brunei adalah berdasarkan kepada Islam. Di


Brunei dua hukum digunakan iaitu Hukum Kanun dan Hukum Syariah. Pada masa ini hukujm
Syariah lebih digunakan tetapi Hukum Kanun tetap dirujuk dalam menentukan permasalahan
yang berlaku.

4.2 SISTEM POLITIK

Bertolak daripada konsep dewaraja, lahirlah konsep daulat dalam politik dan Kerajaan Melayu
yang boleh disusurgalurkan sejak zaman pemerintahan Srivijaya. Menurut R.J. Wilkinson164,
sebelum orang Melayu menggunakan perkataan ‘daulat’ (diambil daripada bahasa Arab),
mereka menggunakan perkataan ‘dirgahayu’ yang bererti lanjut usia yang juga mempunyai
makna yang sama dengan daulat, iaitu raja dan kerajaan.

Perkataan daulat diambil daripada perkataan Arab atau Osmaniyyah, iaitu daulah yang
bermaksud perkara atau hal yang berkaitan dengan kuasa, kerajaan, empayar, dinasti,
pemerintahan negara atau negeri. Penekanan konsep daulat dan derhaka inilah yang

164
Wilkinson R.J. ‘Sri Menanti.’ Wilkinson’s Papers on Malay Subjects, series 2, 1914

61
mendorong perasaan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja yang memerintah.
Inilah yang menyebabkan raja didudukkan di tempat yang istimewa dan tinggi dalam sosio
dan politik negara. Mana- mana anggota masyarakat yang bangun menentang akan mendapat
hukuman (Muhammad Yusoff, 1994-1995).

Jika pengaruh Hindu-Buddha menekankan konsep dewaraja dalam institusi beraja di


alam Melayu, pengaruh Islam yang dikatakan mula bertapak pada abad ketujuh dan
kemudiannya berkembang luas pada abad ke-11 pula terus mengangkat martabat sultan
dengan memberikan pengiktirafan selaku khalifah Allah atau wakil Allah dan payung Allah
dalam melaksanakan pemerintahan sesebuah kerajaan di muka bumi.165 Tegasnya, sultan
adalah pengantara Allah dengan rakyat di bawah pemerintahan baginda166. Fenomena yang
sama juga berlaku kepada perajaan Brunei apabila pengaruh Islam mula bertapak di sekitar
abad ke-13 hingga ke-16.167 Walau bagaimanapun, kedatangan Islam selaku agama baru bagi
menggantikan agama Hindu-Buddha di alam Melayu tidak mampu menghapuskan
sepenuhnya pengaruh Hindu-Buddha dalam institusi beraja malahan aspek yang serasi
dengan budaya masyarakat Brunei telah dikompromikan dengan nilai-nilai tradisi yang sedia
ada.

Dalam Sejarah Melayu, sultan bukan sahaja sebagai khalifah Allah tetapi juga dianggap
selaku bayangan Allah bahkan sultan digandingkan dengan Nabi Muhammad sallallahu alaihi
wasallam sebagaimana yang terkandung dalam wasiat Tun Perak, salah seorang Bendahara
Melaka yang terkenal168:

Maka kata hukama, adalah raja yang adil itu dengan Nabi Sallallahu alaihi wassallam
umpama dua butir permata pada sebentuk cincin, lagipun raja itu umpama ganti Allah di
dalam dunia dengan ia zullullahu fi 11am (bayangan Allah). Apabila berbuat kebaktian
kepada raja seperti berbuat kebaktian kepada Allah Subhanahu Wataala.

Hal yang sama juga berlaku kepada Kesultanan Melayu Brunei. Perkara ini jelas
terpapar dalam teks terasul semasa istiadat berpuspa atau pertabalan Sultan-sultan Brunei.
Peranan teks ini hampir sama dengan ciri yang dibacakan semasa istiadat pengurniaan gelaran

165
S.Q. Fatimi. Islam Comes to Malaysia. Singapore: Malaysian Sociological Research Institute Ltd., 1963, hlm.
69-70
166
Morrison, Hedda. Sarawak. London: Macgibbon & Kee, 1957, hlm. 52
167
Hall D.G.E. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, hlm. 263
168
Shellabear, W.G. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1984

62
ke atas pembesar Brunei, cuma terasul memang dikhaskan untuk sultan dihari pertabalan
baginda. Dalam teks terasul ini menyebutkan169 (P.M.Yusuf, 1975):

Sudah dengan kehendak Allah tuanku menjadi raja dalam Negeri Brunei ini

Sudah dengan kehendak Allah tuanku menjadi junjungan rakyat Negeri Brunei ini

Sudah dengan kehendak Allah tuanku menjadi pemimpin rakyat Negeri Brunei ini

Sudah dengan kehendak Allah tuanku menjadi penaung rakyat Negeri Brunei ini

Sudah dengan kehendak Allah tuanku menjadi turus tunggak Negeri Brunei ini

Sudah dengan kehendak Allah tuanku menjadi Yang Dipertuan bagi negeri Brunei ini

Mudah-mudahan Kebawah Duli Tuanku kekal karar di atas singgahsana Kerajaan


Brunei turun temurun memerintah dan memimpin rakyat Negeri Brunei Darussalam.
Amin ya raabal alamin.

Setakat ini, teks terasul tersebut belum ada kajian mendalam mengenainya, misalnya
bila dan siapa yang mula-mula menggunakannya. Namun menurut P.M. Yusuf170 (1975:43),
teks ini telah digunakan secara turun-temurun oleh Kesultanan Melayu Brunei. Bersandarkan
pendapat ini, dipercayai bahawa teks ini bukanlah satu yang baru, ia merupakan teks
tradisional yang telah diwarisi oleh Kesultanan Melayu Brunei sekian lama, lagipun teks terasul
ini peranannya berkait-rapat dalam istiadat berpuspa yang merupakan satu majlis penting
yang bagi mengesahkan seorang sultan sebagai pemerintah Brunei tertinggi dengan gelaran
Yang Dipertuan yang biasanya diadakan setiap kali pertabalan seorang sultan yang baru.171
Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa penggunaan teks terasul ini terus berlaku dalam abad ke-
19 kerana adat berpuspa terus diamalkan pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad
Tajuddin (1795- 1804) (1804-1807), Sultan Abdul Momin (1852- 1885), dan Sultan Hashim
(1885-1906).

Sungguhpun dalam teks terasul ini tidak menyentuh secara langsung mengenai Sultan
Brunei sebagai khalifah Allah, bayangan Allah atau ibarat sebentuk cincin dengan pertama
antara sultan dengan rasul, namun apa yang tersirat dalam teks terasul sudah cukup jelas
memberikan gambaran yang sultan itu adalah khalifah Allah atau wakil Allah di dunia ini.
Justeru teks tersebut menyebutkan bahawa Sultan Brunei menjadi kepala negara adalah atas

169
P.M.Yusuf “Adat Istiadat Diraja Brunei Darussalam" dim. Brunei Museum Journal, Vol.IV No.3, 1975
170
Ibid, hlm. 43
171
Ranjit Singh, D.S. & Jatswan S. Sidhu, Historical Dictionary of Brunei Darussalam. London : The Scarecrow
Press, Inc. Lanham, Md. 2000, hlm. 63

63
kehendak Allah, oleh itu dengan sendirinya boleh diinterpretasikan Allah telah mentakdirkan
dan memilih sultan sebagai pemerintah tertinggi Brunei. Hal ini jelas apabila Pengarang Syair
Awang Semaun memberikan gelaran Sultan Bolkiah sebagai ‘Duli Khalifah’, begitu juga
Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh, pengarang Shaer Rakis, juga memberikan gelaran
serupa kepada Sultan Abdul Momin. Ini menunjukkan bahawa Sultan-sultan Brunei juga
dianggap sebagai khalifah Allah.

Teks terasul ini juga mengandungi nilai-nilai falsafah politik dan kerajaan yang
menekankan bahawa lantikan sultan adalah tanggungjawab yang amat berat. Sultan
walaupun menjadi kuasa tertinggi negara tidak boleh menggunakan kuasanya sewenang-
wenangnya, segala tindak-tanduk baginda mestilah berlandaskan ajaran al-Quran dan Sunnah
Nabi. Seandainya sultan itu adil, baginya pahala dan wajib bagi rakyat untuk berterima kasih
(Mohd. Jamil Al-Sufri, 1996).172 Sultan yang adil mendapat pahala namun jika baginda bersifat
zalim dan tidak adil, baginda akan mendapat dosa. Oleh yang demikian, mana-mana
kepercayaan atau agama memang terdapat prinsip yang tidak membenarkan ketidakadilan
mengotori penggunaan kuasa, apatah lagi jika ia dilihat dalam kerangka Islam.

Dalam mengukuhkan kekhalifahan yang dikaitkan dengan sultan Brunei, nasab mereka
telah dijalinkan dengan keturunan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam menerusi Sultan
Syarif Ali, Sultan Brunei yang ketiga. Baginda dikatakan berasal dari Taif yang mempunyai
titisan darah nabi yang diperolehi baginda menerusi keturunan Saidina Hassan cucu Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam (Amin, 1968:11).173 Walaupun dakwaan ini sukar untuk dibuktikan
kebenarannya, namun tidaklah menjadi persoalan penting kepada masyarakat tradisional
Brunei kerana yang mustahak bagi mereka ialah martabat sultan mereka adalah setaraf dan
mempunyai pertalian darah dengan pemimpin terkenal dan berwibawa lebih-lebih lagi apabila
ia dikaitkan dengan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, seorang manusia diyakini maksum
oleh seluruh umat Islam (Haron, 1993:89-95).174

Dalam pada itu, sultan juga mempunyai tanggungjawab untuk menjalankan


pemerintahan Brunei atas empat elemen penting, iaitu kanun, syarak, resam, dan adat istiadat
(Mohd Jamil Al Sufri, 1973:114-115).175 Ini menunjukkan bahawa dalam Kerajaan Brunei,
sultan mempunyai landasan tertentu dalam melaksanakan pemerintahan negara. Baginda
tidak boleh lari daripada kehendak Undang-undang Islam, iaitu baginda sebagai ketua agama

172
Tarsilah Brunei Zaman Kegemilangan dan Kemasyuran. Brunei: Jabatan Pusat Sejarah, 1996
173
Amin, 1968:11
174
Haron, 1993:89-95
175
Mohd Jamil Al Sufri, 1973:114-115

64
dan orang yang paling berkuasa dalam menggerakkan jentera pentadbiran dan urusan
keagamaan. Baginda juga perlu mengikut landasan adat istiadat yang telah diamalkan sejak
sekian lama dalam Kesultanan Melayu Brunei. Baik konsep dewaraja mahupun daulat pada
asasnya kedua- duanya mempunyai prinsip yang sama, terasnya adalah menempatkan
kedudukan raja pada kedudukan paling tinggi dan mulia. Menurut Khoo Kay Kim (1993),
konsep daulat sebenarnya tidak mudah untuk ditakrifkan, bahkan dalam Sejarah Melayu,
Undang-undang Melaka, dan Undang-undang Melayu (Pahang) tidak menjelaskan konsep ini
dengan terperinci.

Walaupun konsep daulat ini dikatakan sukar untuk diertikan namun ada juga sarjana
yang cuba menghuraikan dan menghubungkannya dengan kekuasaan Raja-raja Melayu.
Muhammad Yusoff Hashim176 (1989:140-142) berpendapat bahawa konsep daulat menjadi
intipati kepada hak pemerintah dalam menggunakan kuasanya untuk memerintah sesebuah
kerajaan atau negara. Daulat seseorang raja juga sebagai unsur tuah, kemuliaan,
keistimewaan, dan kelebihan yang ada pada diri peribadi raja itu (Muhammad Yussof,
1989).177 Sementara itu, Zainal Abidin Wahid178 (1966:208-209) mengertikan konsep daulat
bukanlah semata-mata suatu gambaran kuasa undang- undang yang terletak di tangan
Sultan-sultan Melayu, tetapi mencakupi aspek agama dan budaya. Daulat memberikan sultan
banyak hak dan keistimewaan, meletakkannya dalam masyarakat tanpa boleh dicela atau
dikritik. Daulat juga menuntut rakyat agar menumpahkan perasaan taat setia yang tidak
berbelah bahagi kepada sultan.

Konsep daulat dan derhaka dalam sistem politik Kesultanan Melayu Brunei dikatakan
memang sudah diwarisi sejak turun- temurun. Andaikata diterima kewujudan Syair Awang
Semaun dalam akhir abad ke-16, ia boleh dikatakan satu teks tradisi paling awal yang
menyebut perkataan daulat secara langsung, apabila dicatat “Berkat daulat Betara
Khalifah...turun-temurun menjadi raja. Sekalian tidak mendapat bala”. Terbentuknya negara
Brunei adalah hasil daripada perpaduan rakyat yang secara sukarela telah menyerahkan kuasa
kepada raja (sultan). Penyerahan kuasa ini berlandaskan prinsip raja tidak boleh zalim dan
sebagai imbalannya rakyat tidak boleh derhaka kepada raja. Apabila kuasa sudah diserahkan,
dengan sendirinya Sultan Brunei telah mempunyai daulat yang mempunyai hubungan yang
rapat dengan konsep rakyat tidak boleh derhaka. Dengan itu, muncullah perpaduan antara
raja dan rakyat atas dasar raja untuk rakyat dan rakyat untuk raja. Menurut Hukum Kanun

176
Yusoff Hashim176 (1989:140-142)
177
Ibid
178
Zainal Abidin Wahid, 1966:208-209

65
Brunei, Sultan-sultan Brunei selaku ketua negara mestilah mempunyai empat kriteria utama,
iaitu pengampun, pemurah, perkasa, dan melaksanakan hukum dengan kahar atau tegas
(Mohd Jamil Al Sufri, 1973).179 Biarpun dalam kanun ini tidak dicatatkan secara langsung
perkataan daulat, namun jika diambil kira pengertian daulat itu, segala keistimewaan dan
kelebihan yang ada pada seorang raja, segala yang tercatat dalam kanun melalui empat ciri
yang disebutkan sudah boleh dianggap Sultan Brunei memang memiliki konsep daulat dalam
pemerintahan mereka.

Ini bererti konsep daulat telah ada dalam Kesultanan Melayu Brunei pada abad ke-15,
jika sekiranya kewujudan Hukum Kanun Brunei diterima pada abad tersebut. Walau
bagaimanapun, kunci utama dalam mempertahankan konsep daulat dan derhaka adalah
penting memiliki sifat-sifat adil dalam melaksanakan pemerintahan dan undang-undang
negara, baik sultan yang menduduki singgahsana mahupun di kalangan pembesar negara
yang terlibat dengan pentadbiran kerajaan. Konsep daulat ini kemudiannya dipeijelaskan lagi
dalam istiadat berpuspa atau pertabalan Sultan Brunei. Sebagai contoh semasa perpuspaan
Sultan Muhammad Jamalul Alam II (1906-1924) pada 1919. Ketika baginda sedang
bersemayam di lapau atau balai pengadapan, Pengiran Bendahara mengucapkan kata-kata
“Daulat Yang Dipertuan, dilanjutkan Allah usia” dan seterusnya mengarahkan parahadirin
menyembah (Amin, 1968:81-82).180 Dengan seruan dan sembah ini membawa makna bawa
seluruh rakyat telah memberikan pengakuan dan pengiktirafan ke atas sultan sebagai
pemimpin mereka dan mempunyai daulat.

Sultan Brunei sebenarnya amat perlu memupuk agar perasaan taat setia kepada
baginda sentiasa subur dan berkembang di kalangan rakyat demi meneguhkan dan
memantapkan kekuasaannya. Mana-mana sultan yang tidak berjaya meraih ketaatan rakyat,
diibaratkan kuasa politik sultan itu bagaikan telur di hujung tanduk. Pada abad ke-19 perkara
ini jelas berlaku apabila rakyat di wilayah Brunei sudah tidak mahu taat lagi kepada sultan
kerana mereka telah memandang sultan tidak berlaku adil ke atas mereka, akhirnya mereka
berani memberontak. Ini bererti mereka telah mengenepikan konsep pantang derhaka kepada
sultan. Kebangkitan pemberontakan telah berlaku seperti di Sarawak Asal, Saribas, Sadong,
Limbang, Padas Besar, Belait, dan akhirnya Tutong. Kebangkitan ini bukan sahaja
menyusahkan kehidupan rakyat jelata tetapi juga kelas pemerintah. Tegasnya lambang
kedaulatan sultan adalah tempat rakyat menumpang dan berlindung serta menumpukan taat
setia yang tiada berbelah-bahagi, sebagaimana yang terpapar dalam terasul puspa (Mohd

179
Mohd Jamil Al Sufri, 1973
180
Amin, 1968:81-82

66
Jamil Al Sufri, 1968).181 Mungkin ia boleh dikatakan sebagai satu wadah atau magna carta
antara seorang sultan dengan rakyat yang mengasihinya. Kedaulatan Sultan-sultan Brunei
juga dikaitkan dalam masyarakat Brunei sebagai pembawa rahmat. Sultan Brunei yang
berdaulat dianggap mampu memberikan kesejahteraan dan kesenangan hidup rakyat (Abdul
Hamid, 1995/1996). Dengan itu jelaslah konsep daulat dan derhaka merupakan dua unsur
penting dalam Kesultanan Melayu Brunei yang telah diamalkan sekian lama hinggalah
menjelang abad ke-19. Dua konsep kembar ini penting kerana konsep ini telah digunakan
untuk mengangkat status sultan setinggi-tingginya.

4.3 SISTEM PENDIDIKAN

Pada awalnya pendidikan Islam Brunei diungkayahkan dalam bentuk pendidikan tidak formal
yang kemudiannya mengalami perubahan menjadi satu pendidikan yang lebih formal182 dan
teratur, apabila kaedah pendidikan Barat yang dibawa oleh British telah mewarnai dan
mempengaruhinya.

Pendidikan agama Islam merupakan sistem pendidikan yang mengajarkan aspek


keagamaan seperti membaca al-Quran, belajar hukum-hakam Islam terutama dalam bentuk
asas, sejarah Islam, tauhid dan adab. Pendidikan Islam mempunyai matlamat untuk
melahirkan umat Islam yang teguh keimanannya kepada Allah agar kehidupan mereka
berbahagia bukan saja di dunia bahkan yang lebih penting di alam akhirat nanti. Bagi
sebahagian golongan yang menentang adanya kehidupan akhirat ini beranggapan
kepercayaan seperti ini adalah karut dan tidak boleh diterima oleh akal rasional manusia.
Tetapi bagi umat Islam ianya wajib dipercayai dan pasti wujud kerana di sanalah pengadilan
sebenar ke atas umat manusia untuk dinilai dan ditimbang segala perlakuanyang dibuat
semasa menjalani kehidupan di dunia. Sementara itu sistem pendidikan sekular dalam
perbincangan ini membawa makna sebagai sistem persekolahan yang mengajarkan mata-
mata pelajaran seperti matematik, sains, sejarah, geografi, perdagangan dan sebagainya.
Pendidikan seperti ini muncul di sekolah-sekolah Melayu, Inggeris, Cina, misi dan vokasional.
Sistem pengajaran dan pembelajarannya lebih menumpukan kepada hal-hal kehidupan dunia

181
Mohd Jamil Al Sufri, 1968
182
Secara umumnya setiap orang sepanjang usianya akan menghadapi tiga jenis proses pendidikan; pertama
pendidikan tak formal, kedua pendidikan bukan formal dan ketiga pendidikan formal. Pendidikan tak formal
merupakan pendidikan yang diperolehi menerusi pengalaman, percakapan, pendengaran dan pembacaan.
Pendidikan bukan formal pula segala bentuk kegiatan pendidikan yang teratur bagi sesuatu golongan
berdasarkan keperluan mereka. Umpamanya kelas agama di masjid, kelas muzik dan kursus dalam
perkhidmatan. Manakala itu pendidikan formal satu corak pendidikan yang diselenggarakan oleh kerajaan
melalui Jabatan Pelajaran atau Kementerian Pendidikan seperti sekolah rendah, menengah, maktab dan
unversiti. Lihat, Sufean Hussin, Pendidikan di Malaysia, sejarah, sistem dan falsafah, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1993, hlm.308-310, 315-316.

67
tanpa cuba menghubungkan dengan elemen-elemen keagamaan. Apa yang berlaku hasil
tindak tanduk manusia dan juga perubahan yang berlaku muka bumi dianggap sebagai
perkara semula jadi. Sebelum terbentuknya persekolahan Melayu, masyarakat Islam Brunei
memang sudah mempunyai sistem pendidikan Islam mereka sendiri. Sebahagian pengkaji
berpendapat bahawa pendidikan tersebut dipercayai sudah bermula serentak dengan proses
islamisasi ke atas masyarakat Brunei. Senario ini bukan cuma berlaku di negara ini malahan
ia juga terjadi kepada negeri-negeri lain di Alam Melayu seperti di Indonesia, Tanah Melayu
dan Filipina. Pendidikan merupakan kaedah yang terbaik untuk menyebarkan dan
memahamkan ajaran Islam ke atas penganutnya.183 Oleh kerana dianggap begitu penting,
makanya menuntut ilmu agama dalam Islam adalah wajib ke atas umatnya bagi menguatkan
ketakwaan dan keimanan kepada Allah sebagai mana yang dituntut oleh agama ini. Namun
begitu dalam ajaran Islam, menuntut ilmu keduniaan juga penting demi kesejahteraan umat
di Islam semasa menjalani hidup di dunia ini.

Pada tahap-tahap awal kedatangan Islam ke Brunei, pendidikan Islam dipercayai telah
disampaikan oleh para mubaligh luar yang berkunjung ke negara ini. Mereka ini sama ada
terdiri dari mubaligh Arab, Parsi ataupun India. Sehingga kini, tarikh permulaan kedatangan
Islam ke Brunei telah menjadi isu kontorversi yang tidak berpenghujung di kalangan pengkaji
tempatan mahupun pengkaji luar negeri. Bagi pengkaji tempatan berpendapat, Islam sudah
muncul dan berkembang di Brunei sekitar abad kesepuluh hingga keempat belas. 184 Manakala
itu, pengkaji-pengkaji Barat seperti Tregonning, Hall, Cady dan Tarling berpendapat bahawa
Islam hanya berkembang pada kurun yang keenam belas di Brunei selepas Melaka jatuh ke
tangan Portugis pada tahun 1511 Keruntuhan Kesultananan Melayu Melaka telah memberi

183
Ismail Hamid, Perkembangan Islam di Asia dan Alam Melayu, Heinemann (Malaysia) Sdn. Kuala Lumpur, 1986,
hlm.170; Sufean Hussin, Pendidikan Malaysia, ibid., hlm.2; Mohd Zain bin Haji Serudin. Pandangan Islam
mengenai pendidikan. Kertas kerja Seminar Pendidikan, anjuran Persatuan Guru-guru Melayu Brunei, 30
Oktober – 1 November 1981, hlm.22, gelaran penuh beliau ialah Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri
Utama Dr. Ustaz Haji Mohd. Zain bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Agama Brunei.
184
Mahmud Saedon bin Awg Othman, Jejak-jejak, kumpulan kertas kerja, Akademi Pengajian Brunei, Universiti
Brunei Darussalam Brunei, 2003, hlm. 11, gelaran penuh beliau, Dato Paduka Seri Setia Profesor Dr. Haji Awang
Mahmud Saedon bin Awang Othman, telah kembali ke rahmatullah pada 24 Jun 2002; Pengiran Haji Mohammad
bin Pengiran Haji Abdul Rahman, Islam di Brunei Darussalam, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 1992, hlm.47,
gelaran penuh beliau ialah Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman,
sekarang memegang jawatan Timbalan Menteri Pendidikan Brunei; Mohd Jamil bin Haji Umar, Latar belakang
sejarah Brunei, Jabatan Pusat Sejarah, Brunei, 1990, hlm.7, gelaran penuh beliau ialah Pehin Jawatan Dalam Seri
Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd Jamil Al Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri
Paduka Haji Awang Umar, jawatan sekarang Pengetua Jabatan Pusat Sejarah Kementerian Kebudayaan Belia dan
Sukan Brunei;

68
kelebihan kepada Kesultanan Melayu Brunei, apabila ia telah muncul sebagai pusat
pengkembangan Islam penting yang sebelum ini didominasi oleh Melaka.185

Apabila anak-anak tempatan yang sudah memiliki ilmu agama, mereka juga
memainkan peranan dalam menyampaikan ajaran Islam ke atas masyarakat Brunei, di
samping peranan yang dimainkan oleh mubaligh luar. Ilmu yangdiperolehi oleh anak-anak
tempatan bukan saja didapati dari mubaligh luar yang datang ke negeri tetapi ada di antara
mereka yang merantau ke sebarang laut. Mereka mengajarkan kepada masyarakat tempatan
seperti ilmu Fardu Ain, perkara asas dan mudah difahami seperti rukum Islam, rukun iman,
hari-hari kebesaran Islam, dan pengajaran membaca al-Quran.186Aktiviti pendidikan ini, pada
awalnya beroperasi dan berpusat di rumah-rumah persendirian. Oleh kerana orang yang
memeluk agama ini semakin ramai dari masa ke semasa, maka rumah-rumah persendirian
sebagai pusat kegiatan pendidikan Islam sudah tidak sesuai lagi. Oleh itu dibukalah tempat-
tempat baru seperti di balai-balai6, surau-surau dan seterusnya ke masjid-masjid.

Sungguhpun begitu, kegiatan menyampaikan pendidikan Islam di rumah-rumah


persendirian tidak bermakna telah pupus kerana ianya memang masih diteruskan di Brunei.
Hal ini jelas menjelang abad kesembilan belasan. Seorang ulama yang berasal dari
Banjarmasin telah menetap di Brunei, beliau ialah Dato Ahmad bin Haji Abdul Latif. Beliau
dikatakan telah berhijrah ke Brunei di zaman pemerintahan Sultan Abdul Momin (1852-1885).
Apabila beliau sampai ke Brunei, beliau telah menetap di Kampong Burung Pingai, salah
sebuah kampung di Kampong Air. Setelah penduduk Kampong Burung Pingai mengetahui
yang Dato Ahmad merupakan seorang yang berkebolehan dalam bidang agama, maka mereka
pun meminta beliau supaya menjadi guru agama. Tawaran ini di terima dengan hati yang
terbuka oleh beliau. Dato Ahmad telah menjadikan rumahnya sebagai kegiatan pendidikan
Islam. Ibadat sembahyang, membaca al Quran dan tauhid merupakan perkara-perkara yang
telah diajarkan oleh beliau kepada pelajar-pelajarnya. Kemasyuran Dato Ahmad sebagai
tenaga pengajar dalam bidang agama telah terdengar ke kampung-kampung lain di
sekitarKampong Air. Ini telah menarik minat kepada penduduk kampung-kampung lain selain
Kampong Burung Pingai untuk mempelajari agama pada Dato Ahmad. Perkhabaran tentang
Dato Ahmad mempunyai ilmu agama yang tinggi ini telah samapai ke telinga Sultan Abdul

185
K.G. Tregonning, From earliest time to 1511, University of London Press, London, 1957, hlm.211; D.G.E. Hall,
Sejarah Asia Tenggara, terjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1979, hlm.263; J.F.Cady, South
East Asia: Its historical development, Mc Graw Hill, U.S.A. 1963, hlm.167; N. Tarling, South East Asia: past and
present, F.W. Cheshire, Melbourne, 1966, hlm.44.

186
Mahmud Saedon bin Awg Othman, Jejak-jejak, hlm. 284; Mohd Zain bin Haji Serudin. Pandangan Islam
mengenai pendidikan. hlm.22

69
Momin. Lantaran itu baginda telah berkenan untuk melantik beliau sebagai Pegawai
Perkembangan Agama Islam di Brunei.

Memandangkan kewibawaan beragama yang dimiliki Dato Ahmad begitu menyerlah,


maka sultan berkesudian untuk mengurniakan gelaran kepada beliau dengan gelaran Datu
Seri Maharaja. Ini bermakna Sultan Abdul Momin bersedia untuk menaikkan kedudukan beliau
sebagai salah seorang Manteri Agama dalam Kerajaan Brunei. Gelaran Datu Seri Maharaja
merupakan gelaran khas kepada golongan Manteri Agama dalam struktur pentadbiran
Kesultanan Melayu Brunei. Bagaimanapun Dato Ahmad menolak gelaran yang akan
dikurniakan oleh sultan ini. Selain Dato Ahmad menjadikan rumah beliau sebagai pusat
kegiatan pendidikan Islam, hal yang sama juga telah dilakukan Tuan Imam Abdul Rahman bin
Awang Matserudin (1872-1945) di Kampong Bukit Salat.187

Transformasi pendidikan agama telah berlaku di Brunei Darussalam sejak abad


kesembilan belas hingga tahun 1983. Pendidikan agama yang pada mulanya beroperasi di
rumah-rumah, balai-balai, surau dan masjid kemudiannya berkembang maju apabila ia
dilakukan secara pendidikan formal. Transformasi ini berlaku sesuai dengan cabaran
perubahan sosio-ekonomi dan politik Brunei ternyata telah melibatkan golongan ulama dan
kerajaan. Sejak sekolah rendah agama ini ditubuhkan dalam tahun 1956 sehingga tahun 1983,
ianya telah mengalami perkembangan pesat, baik dari segi keramaian murid, guru dan
bangunan sekolah. Kemunculan sekolah rendah agama di tengah-tengah masyarakat Islam
di Brunei ternyata telah memberikan sumbangan besar ke arah penghayatan ajaran Islam di
kalangan generasi muda di negara ini. Sekolah rendah agama yang ditubuhkan oleh kerajaan
di merata-rata tempat di seluruh negeri telah dapat memberikan peluang kepada lebih ramai
kanak-kanak untuk mempelajari ajaran agama Islam. Sebelum kewujudan sekolah ini tidak
ramai kanak-kanak dapat mempelajari agama dengan lebih baik dan teratur. Kemunculan
sekolah rendah agama ini juga boleh dikatakan sebagai mengimbangi pengaruh pendidikan
sekular kerana pendidikan Brunei sebelum adanya sekolah ini sistem pendidikan Brunei telah
didominasi oleh pendidikan Melayu dan Inggeris. Oleh itu timbul kebimbangan akan muncul
satu generasi Islam yang pakar dalam berbagai bidang hasil dari pendidikan sekular tetapi
repuh dalam pegang agama. Jadi dengan adanya pendidikan agama yang ditanamkan sejak
peringkat kanakkanak lagi sekurang-kurangnya ia akan menjadi benteng kepada golongan

187
Simat bin Angas, Suhaili bin Haji Hassan & Haji Ismail bin Ibrahim, Tokoh-tokoh agama di Brunei Darussalam:
Pengenalan ringkas, Jabatan Muzium Brunei, 1992, hlm.15, 31-32; Hajah Joriah binti Haji Metali, Dato Haji
Ahmad, dlm. Pusaka, Berita Jabatan Pusat Sejarah Brunei, Bil.1, 1988, hlm.63.

70
muda dari melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya
Melayu.

Perkara ini jelas seperti pandangan yang pernah dikemukakan oleh Pehin Yahya bekas
Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Brunei:188

Sejak sekolah rendah agama diadakan dari tahun 1956 hingga 1983 ianya telah
meninggalkan kesan posititf terhadap kehidupan beragama di negara inikehidupan
beragama telah menjadi sebati dengan rakyat negara ini di mana religious consciousness itu
wujud berakar umbi di mana-mana dalam kehidupan. Dengan erti kata lain majoriti orang
Islam akan sedar bahawa dalam setiap hal dalam kehidupan ada hukum halal haram dan
dosa pahalanya. Inilah kesan yang besar dan paling berjaya. Kesan yang paling ketara ialah
pelajaran agama telah memberi saham yang banyak kepada kaum perempuan (kanak-kanak
atau orang dewasa). Hal ini terbukti bila kita melihat keramaian murid-murid sekolah agama
dan keramaian guru-guru agama bahkan kelas-kelas dewasa dan kemudiannya setelah itu
pegawai-pegawai agama yang berkelulusan dari Universiti al Azhar lebih banyak terdiri
daripada kaum wanita.

Oleh kerana pelajar yang belajar di rumah-rumah ulama-ulama Brunei pada akhir abad
kesembilan belas semakin ramai, maka rumah mereka sebagai pusat kegiatan pendidikan
Islam sudah tidak sesuai lagi. Dengan yang demikiantempat baru adalah diperlukan untuk
menampung pelajarnya yang semakin bertambah. Oleh itu ada, di antara mereka telah
membangunkan tempat khas untuk mengajarkan ilmu-ilmu Islam kepada pelajarnya yang
dikenali sebagai balai. Hal ini pernah dilakukan oleh Pehin Khatib Muhammad bin Hassan
(18601941), apabila rumah beliau di Kampong Lurong Sikuna, yang menjadi pusat aktiviti
pendidikan Islam sudah tidak mampu lagi menampung pelajarnya yang semakin ramai.

Akhirnya untuk mengatasi masalah ini beliau telah membina sebuah balai. Di sinilah
beliau mengajar pelajarnya dengan lebih selisa. Hal yang sama juga dilakukan oleh Pehin Datu
Imam Abu Bakar bin Abdul Rahman (18801937), di Kampong Kianggeh yang terletak di
bandar Brunei.189 Lain-lain Pehinpehin Manteri Agama yang mempunyai balai ialah Pehin
Dato Imam Haji Mokti, di Kampong Burung Pingai, beliau meninggal dunia pada tahun 1946,
Pehin Siraja Khatib Haji Abu Hanifah di Kampong Saba, beliau meninggal pada tahun 1956

188
Yahya bin Haji Ibrahim, Melayu Islam Beraja, hlm.33-34.
189
Simat bin Angas & rakan-rakan, Tokoh agama Brunei, Ibid., hlm.21, 28, 50.

71
dan Khatib Saad bin Juru Apong di Kampong Pandai Besi, meninggal dunia pada tahun
1968.190

Sistem pendidikan balai hanya wujud di Kampong Air di mana terletaknya kerajaan
pusat Kesultanan Melayu Brunei, Sistem pendidikan ini jelas telah memberikan sumbangan
yang besar dalam meningkatkan pemahaman dan penyebaran ajaran Islam di negara ini
sebelum kewujudan sistem persekolahan atau pendidikan formal. Ulama-ulama Brunei yang
biasanya terdiri dari Pehinpehin Manteri Agama191 seperti Pehin Datu Imam Haji Mokti bin Haji
Nasar (1864-1946), Pehin Khatib Abdul Razak bin Abdul Rahman Sambas (1875-1943), Pehin
Siraja Khatib Abdul Razak bin Hassanudin (1879-1939), menyebarkan ajaran Islam melalui
balai-balai yang mereka bina. Institusi ini biasanya dibangunkan berdekatan dengan rumah
mereka. Pelajar ulama-ulama ini tidak hanya terbatas kalangan penduduk Kampong Air
bahkan ada yang datang dari jauh, sebagai contoh, Pehin Khatib Abdul Razak mempunyai
pelajar yang datang dari Sabah.192

Balai sebagai institusi pendidikan agama telah memainkan peranan penting dalam
penyebaran ilmu-ilmu Islam di Brunei. Sistem pengajian balai ini boleh dibahagikan kepada
dua kateogri iaitu pengajian umum dan pengajian lanjutan. Pengajian umum menyediakan
pelajaran Zikir Brunei, Ratib Saman, mengaji Quran dan hadrah. Di samping itu pelajaran
tentang ibadat sembahyang juga diajarkan. Perkara ini memang menjadi keperluan
masyarakat Islam bagi melepaskan dari tuntutan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Pelajar yang
mengikuti pengajian umum ini tidak semestinya pelajar yang berkebolehan menulis dan
membaca jawi.

Sementara itu, pengajian lanjutan memerlukan calon-calonnya terdiri daripada mereka


yang berkebolehan menulis dan membaca jawi. Mereka diajarkan Ilmu Fiqh, Faraidh, Babun
Nikah, Nahu dan Qawaid, Tasawuf dan Akhlak. Bidang ini membolehkan pelajarnya menjadi
Kadi, Juru Nikah, dan guru.agama15 Dalam pengajian balai ini, kitab-kitab rujukan yang

190
Temu bual Mohd Jamil bin Haji Abas dengan Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awg Haji Mohd Yusof
di Masjid Omar Ali Saifuddien Bandar Seri Begawan Brunei pada 5 Februari 1991.
191
Ulama-ulama Brunei tidak semestinya berjawatan Pehin Manteri Agama, ada juga di kalangan mereka terdiri
dari golongan Pengiran dan ada juga yang bertaraf Wazir. Sebagai contoh ulama di kalangan Pengiran ialah
Maulana Pengiran Haji Abdul Momin bin Pengiran Sabtu, dikatakan pernah menuntut ilmu agama di Mekah
sekitar 1800-1820. Beliau mempunyai ramai pelajar di sekitar Kampong Air. Maulana Pengiran telah meninggal
dunia kira-kira pada tahun 1880. Sementara itu ulama Brunei bertaraf Wazir ialah Pengiran Digadong Pengiran
Haji Mohd Salleh bin Pengiran Anak Haji Mohammad (1890-1969). Beliau pernah menuntut ilmu agama di balai
ulama Brunei. Disebabkan beliau mempunyai pengetahuan agama yang baik, maka beliau dilantik untuk
memegang jawatan penting dalam pentadbiran agama kerajaan Brunei. Pada tahun 1940 pernah dilantik
sebagai Kadi Besar, 1948 dilantik menjadi Majlis Jemaah Penasihat Syariah, menjadi ahli Majlis Agama Islam
pada tahun 1955 dan menjadi Penasihat Agama dari tahun 1959 hingga 1968. Ibid., hlm.7, 9, 59-61
192
Simat bin Angas & rakan-rakan, Tokoh agama Brunei, hlm.18, 40.

72
dipakai sama seperti yang digunakan di pusat-pusat pengajian agama di Alam Melayu yang
lain, umpamanya Matla’ Badrin, Sabilul Muhtadin, Furu’ Masail, Bughyah Al-Tullab, Hidayah
Al-Salikin dan Siar Al-Salikin.193 Sistem pendidikan agama balai ini sama sekali tidak bertujuan
material. Ulama-ulama sebagai guru tidak mengharapkan sebarang ganjaran material
daripada pelajar, semua ini terpulang kepada para pelajar sama ada mahu memberikan
sumbangan atau tidak. Ini menunjukkan ulama-ulama yang mengajarkan ilmu agama ini
benar-benar berkhidmat kerana Allah bukan kerana lain-lain perkara seperti ganjaran
kebendaan.

Pada tahun 1955, kerajaan Brunei telah mendatangkan dua orang pegawai agama dari
negeri Johor dengan tujuan untuk mengkaji dan menilai keberkesanan pendidikan Islam di
Brunei. Hasil penilaian mereka mendapati bahawa salah satu sebab kelemahan pendidikan
Islam di sekolah-sekolah Melayu dan Inggeris ialah masa pelajaran agama tidak mencukupi.
Perkara ini terbukti apabila ujian rambang dilakukan ke atas pelajar-pelajar didapati majoriti
dari mereka tidak tahu mengucap dua kalimah syahadat, rukun Islam dan mengambil air
wuduk. Sedangkan perkara seperti ini mudah diingat dan lagi memang wajib diketahui oleh
pelajar yang beragama Islam. Ini ternyata agama sebagai satu matapelajaran di sekolah-
sekolah Melayu dan Inggeris kurang berkesan dalam memberikan didikan agama kerana masa
yang tidak mencukupi. Kesuntukan masa ini berlaku sebenarnya mempunyai hubungkait
dengan masalah kekurangan guru. Dengan itu dicadangkan supaya ditubuhkan sekolah
rendah agama atau sekolah rendah agama khas dengan masa belajarnya di sebelah petang
dari pukul dua hingga lima. Sesi pertama dari pukul dua hingga tiga tiga puluh petang bagi
pelajar darjah I dan II. Pelajar yang diterima bagi kelas ini serendahnya darjah III di sekolah
Melayu. Sesi kedua dari pukul tiga tiga puluh hingga lima petang bagi pelajar darjah III hingga
V. Sementara sesi ketiga dari pukul dua hingga lima petang bagi pelajar darjah VI. Darjah
VI merupakan kelas paling tinggi dan terakhir bagi sekolah rendah agama. Apabila pelajar
tidak menghadapi masalah seperti gagal dalam peperiksaan untuk naik darjah, maka mereka
boleh menamatkan sekolah rendah agama sehingga darjah VI. Pada ketika ini pelajar tersebut
sedang berada dalam tingkatan II disekolah Melayu atau Inggeris. Jangka masa belajar yang
panjang ini dikirakan akan dapat memberikan kesan fahaman yang lebih baik terhadap ajaran
Islam di kalangan para pelajar.194 Sementara itu bagi pelajar yang sudah menamatkan darjah
VI di sekolah rendah agama, mereka masih berpeluang untuk mengikuti pendidikan agama di

193
194
Pegawai –pegawai agama Johor itu ialah Osman bin Mohd Said dan Ismail bin Omar Abdul Aziz yang
kemudiannya dilantik sebagai Mufti Kerajaan Brunei. Lihat Penyata lawatan pegawaipegawai agama Johor ke
sekolah-sekolah Melayu dan agama negeri Brunei. SCRWO 11/55. Brunei, 1955.

73
peringkat sekolah menengah sebagai satu mata pelajaran.Berdasarkan pandangan di atas,
maka kerajaan dengan rasminya telah menubuhkan sekolah rendah agama di seluruh negara
pada bulan September 1956. Tujuan utama sekolah ini dibentuk seperti mana yang telah
dijelaskan oleh SOAS III berikut:195 Sudah patut masanya tiap-tiap sekolah Melayu dan
Inggeris yang ada dalam Negeri Brunei ini diadakan pelajaran agama di sebelah petang oleh
kerana menolakkan berbagai-bagai bencana dan fitnah pesona yang didatangkan oleh pihak
yang tidak sukakan atas ketenteraman dan keelokan akhlak anak-anak bumiputera-puteri
negeri ini, khususnya dalam pelajaran agama itu berbagai ajaran dan didikan cara-cara
memperbaiki perjalan hidup supaya tidaklah seorang itu tercebur dalam lembah kehinaan
yang tidak disukai oleh semua bangsa yang beragama dalam muka bumi ini. Adalah pelajaran
ugama itu faedahnya dapat menjauhkan daripada deskan pelajaran-pelajaran diayah dan
ilmu-ilmu palsu. Titah baginda ini boleh dianggap sebagai teras kepada dasar pendidikan
agama di sekolah rendah agama. Tujuan ini kemudiannya dikemaskinikan oleh Jabatan Hal
Ehwal Agama pada tahun 1973 seperti berikut:196

1. Mendidik kanak-kanak supaya dapat memahami dan mempercayai serta mengamalkan


ajaran-ajaran agama Islam dengan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa. 2. Mengajar
pelajaran-pelajaran agama supaya dapat menanamkan semangat kesedaran beragama dijiwa
kanakkanak.

3. Memimpin kanak-kanak supaya mereka cenderung dan berminat kepada ajaran-ajaran


agama sehingga boleh memikul tanggungjawab yang sepenuhnya bila mereka dewasa.

4. Membentuk budi pekerti kanak-kanak supaya mereka menjadi rakyat yang tinggi dan
sempurna budi pekerti berasaskan ajaran-ajaran agama Islam yang sejati.

5. Melatih dan mengasuh kanak-kanak bagi mengerjakan suruhan-suruhan dan menjauhi


larangan supaya mereka menjadi orang-orang Islam yang taat dan patuh dalam
melaksanakan perintah dan hukum-hukum Allah.

195
Jabatan Hal Ehwal Agama Brunei, Penyata sekolah-sekolah agama kerajaan Brunei bagi tahun 1956-1958,
tanpa tarikh, hlm.iv.
196
Jabatan Hal Ehwal Agama Brunei, Panduan am kerja guru-guru agama Brunei 1973, 10 Julai 1973, hlm. 2-3.

74
6. Mendidik kanak-akanak supaya menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab
dalam berkhidmat kepada negara dan bangsanya berdasarkan ajaran-ajaran agama Islam.

Sungguhpun sumber tradisi tempatan tidak banyak memperkatakan mengenai


peranan golongan Menteri Agama dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Brunei pada abad
ke-19, namun kemunculan mereka masih dapat dikesan melalui elemen-elemen secara tidak
langsung seperti gelaran Menteri Agama, unsur-unsur Islam yang terdapat dalam teks Silsilah
Raja-raja Berunai, ciri gelaran, Syair Rakis, dan surat-surat sultan. Menteri-menteri Agama
boleh dikesan menerusi nama dan gelaran mereka seperti Khatib Haji Abdul Latif dan Datuk
Imam Aminudddin. Daripada nama dan gelaran ini tidak diragukan lagi kewujudan Menteri
Agama dalam struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Brunei. Jawatan Khatib dan Datuk
Imam menandakan wujudnya jawatan-jawatan lain dalam kelompok Menteri Agama seperti
Datuk Seri Maharaja selaku Kepala Menteri Agama, Kadi, Mufti, dan Udana Khatib (Amin,
1968). Golongan inilah yang menjalankan tugas dalam kerajaan pusat mengenai pentadbiran
hal ehwal agama Islam. Antara tugas yang dipegang oleh golongan agama ini ialah membaca
doa selamat, membaca ciri gelaran, berzikir, bertadarus di bulan puasa, membaca khutbah
Jumaat, menjalankan upacara akad nikah hingga kepada hal-hal kematian. Mereka juga
berperanan dalam penyebaran syiar Islam ke atas masyarakat Brunei. Oleh kerana Menteri-
menteri Agama terdiri daripada orang-orang yang berkebolehan dan berpengetahuan tinggi
dalam bidang agama, mereka mempunyai pengaruh yang besar dan dihormati dalam
masyarakatnya.

Kemunculan Menteri-menteri Agama juga boleh dikesan apabila terdapatnya unsur-


unsur Islam dalam teks Brunei tradisional. Unsur Islam yang paling jelas ialah pengunaan
tulisan jawi dalam manuskrip seperti Silsilah Raja-raja Berunai dan adanya tulisan ayat-ayat
al-Quran, ciri gelaran, dan surat-surat sultan. Perkara seperti ini lazimnya hanya boleh dibuat
oleh Menteri-menteri Agama. Mereka bukan sahaja berkemahiran dalam ilmu agama malahan
mempunyai kebolehan menulis dalam huruf jawi. Contoh yang paling jelas Silsilah Raja-raja
Berunai yang disalin dan ditulis oleh Khatib Haji Abdul Latif dan Datuk Imam Aminuddin,
kedua-duanya adalah Menteri Agama yang hidup pada awal abad ke-19. Lebih mengagumkan
lagi ada di antara mereka ini yang pandai berbahasa Arab. Hal ini boleh dibuktikan apabila
penulis dan penyalin Silsilah Raja-raja Berunai telah menterjemahkan nama sultan dari Bahasa
Arab ke Bahasa Melayu (Amin, 1968). Kewujudan kumpulan Menteri Agama juga berkait-rapat
dengan pembinaan masjid, surau, dan balai ibadat. Pada akhir abad ke-19 terdapat Menteri-
menteri Agama yang mempunyai balai ibadat sendiri khususnya di Bandar Brunei, sekitar

75
Kampung Air. Menteri- menteri Agama menyampaikan ajaran agama di masjid, surau dan,
balai.

Balai memainkan peranan sebagai tempat anak-anak buah kampung berkumpul bagi
mengadakan majlis keagamaan terutama majlis bertadarus di bulan ramadan (Abdul Latif,
1982). Antara Menteri Agama yang mempunyai balai sendiri ialah Khatib Abdul Razak (TM
1879-939), yang terletak berdekatan rumahnya di Kampong Burung Pingai dan Khatib
Muhammad (lahir pada tahun 1860-an) yang memiliki balai di Kampong Lorong Sikuna (Simat,
1992).

Hasil usaha Menteri-menteri Agama dalam penyebaran agama Islam telah


mengembangkan pengaruh pendidikan agama tidak hanya di kalangan rakyat bawahan
bahkan juga di kalangan pembesar Brunei. Pengaruh Islam kepada sultan boleh dikesan
menerusi nama-nama sultan yang mempunyai unsur-unsur Islam, teks ciri gelaran biarpun
masih ada pengaruh India tetapi cuba diimbangi dengan pengaruh Islam misalnya dengan
memasukkan doa dan ayat al-Quran. Begitu juga dalam surat-surat sultan, adanya ayat-ayat
Al-Quran dan penggunaan tarikh-tarikh tahun Hijrah. Pengaruh Islam di kalangan pembesar
Brunei boleh dilihat melalui Shaer Rakis karangan Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh.
Beliau mewakili pembesar Brunei dari golongan ceteria yang menjiwai Islam. Dalam syair
tersebut, pengaruh dan unsur-unsur Islam begitu ketara dan menonjol di samping
menggambarkan kematangan berfikir beliau terutama dalam hal-hal politik dan pemerintahan
Kesultanan Melayu Brunei.

4.4 HUKUM-HUKUM

Sebagai sebuah kerajaan, Brunei sudah tentu mempunyai undang- undang sendiri. Menurut
Leyden (1905) bahawa pada awal abad ke-19 struktur pentadbiran Kerajaan Brunei telah
menggunakan Undang-undang Brunei. Dalam institusi Perajaan, sultan selaku kuasa tertinggi
mempunyai kuasa untuk mengubal undang-undang dan tidak ada sesiapa yang boleh
mempertikaikan undang-undang yang telah termaktub.

Kewujudan undang-undang dalam sistem politik struktur pentadbiran Kesultanan


Melayu Brunei juga terbukti apabila ditemui Hukum Kanun Brunei. Sultan dibantu oleh
Pengiran Bendahara dan Pengiran Temenggung serta beberapa orang ceteria dan menteri
dalam melaksanakan undang-undang di peringkat kerajaan pusat. Kerajaan ber-usaha untuk
melaksanakan undang-undang dengan seadil-adilnya, hal ini jelas diakui oleh Peter Leys
dengan mengatakan meskipun pihak berkuasa Brunei terlalu perlahan dalam menyelesaikan
kes-kes jenayah awam tetapi apabila penjenayah ditangkap, ia akan dikenakan hukuman

76
seadil-adilnya (Templer, 1853) Hukum Kanun Brunei yang dipercayai telah menjadi sumber
undang-undang sejak Sultan Saiful Rizal, sebenarnya terus digunakan menjelang abad ke-19.
Ini kerana manuskrip tersebut didapati masih dimiliki oleh pembesar-pembesar Brunei pada
abad tersebut seperti Pengiran Pemanca Muhammad Salleh Ibnu Sultan Omar Ali Saifuddin
II, Pengiran Yakub Ibnu Sultan Muhammad Tajuddin, dan banyak lagi dipunyai oleh pengiran-
pengiran dan ketua-ketua tempatan di wilayah Brunei, terutama di kawasan Sabah (Captain
Rodney Mundy, 21 January 1847, F.O. 12/5).

Daripada 50 fasal kandungan Hukum Kanun Brunei, terdapat 23 fasal mempunyai


unsur-unsur Islam dan selebihnya memiliki unsur undang-undang adat. Hukum Kanun Brunei
didapati telah menyentuh hampir semua aspek kesalahan undang-undang yang lazimnya
berlaku alam masyarakat Brunei misalnya kesalahan membunuh, mencuri, berzina, nikah
kahwin, masalah tanah, binatang ternakan, dan sebagainya. Percampuran antara Undang-
undang Islam dengan Undang-undang adat memanglah perlu kerana penduduk Brunei pada
ketika itu tidak keseluruhannya beragama Islam. Oleh itu adalah wajar bagi Kerajaan Brunei
memperuntukkan undang-undang khas untuk rakyat yang bukan beragama Islam (lihat
lampiran H). Dari Hukum Kanun Brunei ini ternyata Sultan Brunei mempunyai hak untuk
mengampunkan kesalahan tertentu seperti yang tercatat pada fasal keenam197 (Mohd Jamil
Al Sufri, 1968):

Ada pun segala yang tiada dapat diampuni oleh segala hakim itu atas tiga perkara, suatu
dosa membunuh orang, kedua mengambil isteri orang, ketiga orang maharajalela, itulah
tiada dapat segala menteri mengampuni dia melainkan raja juga itu mengampuni segala
manusia yang salah itu.

Kesalahan yang tersebut di atas dianggap sebagai jenayah berat hingga memerlukan
campur tangan sultan. Selain itu, sebarang hukuman tertentu lebih-lebih lagi satu hukuman
berat seperti hukuman bunuh yang hendak dijalankan oleh pembesar negara mestilah terlebih
dahulu mendapat kelulusan sultan. Walau bagaimanapun, memang ada peruntukan tertentu
dalam kanun yang membenarkan pembesar Brunei menjatuhkan hukuman tanpa terlebih
dahulu merujuk kepada sultan tetapi ia mestilah dilakukan dalam keadaan tertentu sahaja
(Mohd Jamil Al Sufri, 1968:116).198

197
Mohd Jamil Al Sufri, 1968
198
Mohd Jamil Al Sufri, 1968:116

77
4.5 SENI

Sesuatu bangsa atau masyarakat dan seninya itu tidak dapat dipisahkan. Begitu juga dengan
masyarakat Brunei Darussalam yang berbangsa melayu dan beragama Islam itu
sememangnya kaya dengan kesenian yang pelbagai bentuk dan rupa yang telah dikenali di
seluruh pelusuk dunia.

Di antara bidang kesenian yang popular dikalangan masyarakat Brunei Darussalam ini
ialah tulisan Jawi, ukiran serta reka bentuk yang pelbagai corak dan menarik atau pun dikir
Syarafil Anam.

Tulisan jawi merupakan satu lagi cara bagi masyarakat Brunei Darussalam bagi
mendekatkan diri kepada kesenian Islam dan ia adalah salah satu aktiviti yang selalu diadakan
terutamanya ketika hari-hari kebesaran Islam. Pertandinganpertandingan juga turut diadakan
baik di peringkat negara mahu pun di peringkat serantau bagi mengekalkan dan
memartabatkan tulisan jawi ke seluruh pelusok dunia. Pada zaman teknologi yang canggih
ini, penggunaan alat-alat elektronik turut digunakan bagi memudahkan dan mencantikkan lagi
tulisan Jawi di samping untuk menarik minat para belia bagi menceburi bidang penulisan Jawi
ini.

Dalam hal yang berkaitan, perhiasan rumah yang mempunyai unsur-unsur yang
berbentuk keIslaman lebih digemari berbanding perhiasan rumah yang terdiri daripada
tanduk-tanduk binatang, patung-patung serta ukiran-ukiran yang berbentuk patung, namun
kini ia sudah digantikan dengan unsur-unsur yang berbentuk keislaman. Nama-nama dan
kalimah-kalimah dari ayat-ayat suci al-Qur’an lebih menjadi pilihan bagi keberkatan serta
keamanan tempat kediaman.

Reka bentuk yang selalu dihasilkan oleh masyarakat Brunei Darussalam adalah sering
bermotifkan keislaman. Begitu juga dengan gerbang-gerbang yang didirikan semasa perayaan
Hari Kebangsaan dan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berdiri megah dengan tidak
melupakan unsur-unsur keislaman.

Tidak dilupakan juga, seni dikir Syarafil Anam. Menurut Pehin Udana Khatib Dato
Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman
(2008), dikir Syarafil Anam adalah rangkaian kata berirama yang berbentuk puisi atau syair.
Ia bertemakan puji-pujian untuk Nabi Muḥammad Ṣallallahu cAlaihi Wasallam yang
menggambarkan signifikan kelahiran baginda, keelokan rupa dan akhlak perangai baginda,

78
kemuliaan nasab keturunan baginda dan seumpanya lagi yang dikisahkan dengan bahasa
yang indah dan padat dengan kiasan yang membangkitkan ketakjuban pembaca dan para
pendengar.

Kebudayaan Brunei Darussalam sangat kuat dipengaruhi oleh unsur-unsur agama


Islam dan adat istiadat Brunei Darussalam yang menjadikan wajah dan susuk Brunei
Darussalam sebagai masyarakat, bangsa dan negara sangat manis dipandang kerana
bersendikan agama Islam. Dari itu, wajarlah cabang kesenian yang bercorak agama seperti
dikir itu dikembangkan dan menjadikan ia sebagai suatu tradisi ilmu seni dikir turun-temurun.
Selawat-selawat ke atas Nabi Muḥammad Ṣallallahu Alaihi Wasallam dalam masa berdikir
adalah bertetapan dengan seruan Allah Subhanahu Watacala supaya kita umat Nabi
Muḥammad Ṣallallahu Alaihi Wasallam sentiasa mengucapkan selawat sebagai suatu yang
mendampingkan diri kita kepada Baginda.

4.6 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan bagi bab ini, implikasi Islam kepada Brunei telah nyata, kedatangan Islam
telah mengubah bukan shaja Brunei tetapi kepada negara-negar yang lain yang telah
mendapat kedatangan daripada rombongan-rombongan pedagang Islam. Islam telah
mengubah corak pemerintahan para sultan, membuatkan mereka lebih tumpu kepada
memgangunkan negara dan masyarakat kepada sesuatu yang lebih Islam. Daripada itu, Islam
telah perindah kepada perkara yang lain dalam masyarakat seprti pendidikan. Pendidikan
adalah perkara yang penting bagi Sultan supaya mendapat penduduk yang berkemampuan,
pendidikan boleh melairkan kemahiran dalam masyarakat dan ketika zaman Sultan Bolkiah,
banyak mubaligh telah lahir, mereka ini dihantar kepada wilayah kesultanan Brunei untuk
mendidik dan mengarah kawasan tersebut. Pelbagai pusat dakwah dibina untuk lebih
mengembangkan Islam, pusat ini mmeberikan pengajaran percuma kepada semua penduduk.
Sistem ini kemudiannya lebih berkembang dizaman sekarang dimana dipertikaikan
kepentingan pelajaran kepada kanak-kanak dan ini bukan hanaya kepada pelajaran agama,
di zaman ini adalah keperluan untuk mendapatkan pendidikan am yang secukupnya kerana
itu adalah kewajiban bagi semua orang, suatu hak yang dimiliki di seluruh dunia. Islam juga
telah membentuk huku-hukum yang digunakan dan juga kepada perkara harian.

79
BAB 5: PENUTUP

5.1 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, bahagian dalam bab 1 adalah merupakan pengenalan terhadap kajian
yang dijalankan berdasarkan kepada objektif yang dinyatakan untuk dibincangkan. Islam
merupakan aspek kemajuan bagi pemerintahan kesultanan Brunei dari sultan yang pertama
hingga kesekarang sultan yang ke-29. Setaip sultan dalam kesultanan Brunei telah mmeberi
keunikan ketika pemerintahan mereka diantaranya ialah Sultan Sharif Ali pengasas bagi
penubuhan Islam di Brunei, Sultan Bolkiah yang membawa Brunei kepada zaman keemasan,
melakukan beberapa kebijakan yang menyangkut tata pemerintahan: 1) menyusun institusi
pemerintahan agama kerana agama memainkan peranan penting dalam memandu negara
Brunei ke arah kesejahteraan rakyat; 2) menyusun adat istiadat yang dipakai dalam semua
upacara, baik suka maupun duka di samping menciptakan atribut kebesaran dan perhiasan
raja; 3) menguatkan undang-undang Islam, yaitu Hukum Qanun yang mengandung 46 pasal
dan 6 bagian. Islam, ia bukan hanya membawa Brunei kepada kemajuan tetapi juga kepada
tempat lain di dunia.

Di bab yang ke dua, diterangkan bagaimana islam telah sampai kepada rantau Asia
Tenggara dan kepada Brunei. Yang tentu dalam kedatangan Islam ialah ia buat oleh para
saudagar yang datang ke rantau ini untuk membuat perdagangan dengan orang tempatan.
Saudagar-saudagar yang datang ini sama ada orang daripad Timur Tengah, China atau India,
ini lah teori bagaiman Islam datang ke Asia Tenggra. Pada mulanya Islam dipercayai datang
kepada Asia Tenggra daripada tempat asalnya iaitu oleh orang Arab akan tetapi ada beberapa
sejarawan memberi pendapat bahawa China atau India menyampaikan dakwah Islam
menurut apa yang telah dijelaskan dalam bab ini. Dalam situasi Brunei, ada yang mengatakan
Islam datang lebih yang disebabkan pulau Borneo berhampiran dengan jalan pelayaran
diantara timur dan barat. Ada juga mengatakan islam datang secara rasmi setelah kejatuhan
empyar Majapahit kerana Islam tidak diterima oleh penduduk yang tinggi pengaruh Hindu.
Setelah Islam telah betapa di Brunei dengan pengislaman Sultan Brunei yang pertama, Sultan
Muhammad Shah, maka para rakyat mengikuti dia dan Brunei menjadi sebuah negara Islam.
Islam telah kekal di Brunei sampai Brunei telah menjadi sebuah empayar Islam di pulau
Borneo serta kawasan yang berhampiran.

Bab yang ketiga adalah persambungan kepada bab yang dua dimana kan menjelaskan
perhubungan Islam dan Brunei. Perbezaan di bab ini ialah akan melihat perbandingan diantara
dua zaman iaitu zaman sebelum islam datang ke Brunei dan Brunei selepas kedatangan Islam.

80
Brunei telah wujud lama lagi daripada apa yang kita ketahui hanay nama yang berbeza
dipanggil, mengikuti apa yang dicatatkan oleh dinasti-dinasti China sehingga abad ke-14. Di
zaman sebelum Islam, masyarakat Borneo telah mengikuti ajaran Hindu kearan pada masa
itu majapahit telah mengusai broeno berserta dengan kawasan yang berhampiran. Dilihat
bahawa Majapahit ini telah mempunyai kuasa penuh bagi wilayahnya. Orang tempatan
mengunakan Bahasa Sanskrit, kepercayaan serupa dengan agam Hindu iaitu kepercayaan
kepad roh disetiap benda, berdoa kepada laut, matahari dan bulan. Ini tetap berlaku hingga
ke abad yang ke-13 setelah kejatuhan Majapahit tetapi kesan yang ditinggal masih kekal
dalam kawasan yang pernah dikuasa. Selepas islam datang ke brunei, secara rasminya selepas
pengislaman Sultan Muhammad Shah, Brunei telah berubah dalam beberapa perkara tapi ada
masih kesan peningghalan daripada zaman Majapahit yang masih kekal di brunei sehingga
sekarang.

Seterusnya, dalam bahagian pada bab 4 adalah menjelaskan secara terperinci implikasi
yang buat terhadap Brunei. Dalam bab ini, kajian ini akan melihat kerpada zaman keemasan
Brunei keran di zaman tersebut adalah zaman perkembangan Islam, zaman yang membentuk
dan mengubah Brunei kepada sesuatu negara yang Islam yang bertamadun. Dalam zaman
keemasan ini hukum-hukum telah diperbaruhi, pusat Islam dibina dan rakyak telah di didik
mengikuti ajaran Islam. Dianatar perkara yang dijelaskan dalam bab ini ialah system
pendidikan, perjuangan untuk memberi pendidikan kepada semua rakyat brunei yang pada
satu ketika masa yang diperolhi oleg golongan-golongan yang tertentu. Sistem politik Brunei
juga dijelaskan pada bab ini untuk melihat apa perubahan yang berlaku dari zaman Majapahit
hingga kedatangan Islam, pemerintahan masih berupa system monarki mutlak seperti dahulu
hanya Islam menjadi tumpuan bagi setiap pemerintah. Hukum-hukum dari zaman pra-
islam(Majapahit) telah diubah supaya tidak bertentangan kepada Islam dan hukum tersebut
masih digunapakai masa ini. Dan akhir sekali melihat kepada implikasi islam terhadap seni
yang dibuat zaman pra-islam dan sekarang, pada masa sekarang kebanyakan seni
dipengaruhi oleh islam, membuat caligrapi daripada ayat-ayat Al-Quran dan Hadith.

81
5.2 KESIMPULAN

Kesimpulannya, sepanjang sejarah Brunei, bermulai di abad ke-14 hingga ke zaman moden
ini, Brunei menutamakan Islam dalam aspek kehidupan. Jelas bahawa usaha sultan
melanjutkan pemerintahan mereka mengikuti Islam, mereka ini membawa perkembangan
kepada Brunei.

Implikasi Islam telah nyata setelah apa yang dinyatakan dalam bab-bab sebelum ini,
system pendidikan Brunei masa yang berasal daripada penghajian di tempat pondok telah
dipermudahkan lagi dengan system persekolahan agama yang diadakan setiap petang. Ini
bagi kanak-kanak yang berumur 7 hingga 15, satu kewajiban bagi semua yang beragama
Islam. Selain daripada itu di brunei juga memiliki beberapa sekolah bagi hanya untuk
mengajar Islam seperti Sekolah Arab Saidina Ali, ada juga institusi pendidikan tinggi yang
mengajar agama Islam secara mendalam seperti Universiti Sultan Sharif Ali. Aspek yang lain
yang ada implikasi islam juga didapati dalam aspek ekonomi Brunei seperti bank-bank Islam
seperti T.A.I.B, Baiduri dan B.I.B.D. Bank-bank wujud untuk tujuan menolong kewangan
Islam, tabung haji dan lain-lain. Sistem ini baru digunakan semasa awal pemerintahan Sultan
Haji Hassanal Bolkiah bertujuan untuk mengembangkan ekonomi Brunei melalui perlabuhan
luar negeri. Hukum-hukum yang digunakan di Brunei juga kuat merujuk kepada hukum Islam
tetapi kerana Brunei bekas bawah kekuasaan British, Brunei harus juga mengikuti common
law Britain, ini bagi orang yang bukan Brunei dan bukan orang Islam.

Penutup bagi ini ialah Brunei semasa zaman keemasan merupakan zaman yang
penting bagi Brunei, membolehkan Brunei menguasi persisiran pantai Borneo dan Filipina,
juga menyembarkan Islam kepada wilayah yang ditakluki ini. Corok pemerintahan sultan-
sultan telah membawa kepada kemajuan Brunei, masa Brunei muncul adalah seiring dengan
kejatuhan Kesultanan Melaka dan kerana itu membolehkan Brunei bagi menjadi pusat dakwah
dan perdagangan yang mengganti Melaka. Borneo dalam situasi yang startegik, satu negara
baru yang cukai rendah dan tiada Portugis, itulah diperlukan oleh para saudagar yang berlayar
ke rantau ini. Kedapatahn Brunei dalam melakukan perdagangan memberi Brunei insentif
untuk membuat lebih daripada pa yang mereka lakukan, itulah permulaan keningkatan Brunei.

82

You might also like