You are on page 1of 21

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegi (127,350 batu). Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur). Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei malah mempunyai sempadan laut dengan Singapura dan Filipina. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia dianggarkan mempunyai kepadatan penduduk seramai 28 juta orang. Malaysia berakar-umbikan kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu dengan negeri Sabah, Sarawak, dan Singapura. Pada tahun 1965, Singapura keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas. Malaysia terletak berdekatan dengan khatulistiwa dan beriklim tropika serta

mempunyai kepelbagaian flora dan fauna, sehingga menjadi salah satu daripada 17 negara megadiversiti. Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar Eurasia. Malaysia ialah sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Pertubuhan Persidangan Islam, dan juga anggota Kerjasama Ekonomi Asia - Pasifik, Negara Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara - Negara Berkecuali.

NURAFIFAH KAMARUDIN S 216300 1

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Kependudukan Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik, yang mana majoritinya sebanyak 50.4% merupakan orang Melayu dan 11% terdiri daripada kaum bumiputera lain. Perlembagaan negara menetapkan bahawa orang Melayu adalah umat Islam yang mengamalkan adat dan kebudayaan Melayu. Taraf bumiputera turut diberi kepada sesetengah orang asli bukan Melayu tertentu, termasuk etnik Thai, Khmer, Cham dan peribumi Sabah dan Sarawak. Lebih separuh penduduk Sarawak adalah bumiputera bukan Melayu (yang mana 30% adalah Iban); begitu juga dengan 60% penduduk Sabah (yang mana 18% adalah Kadazan - Dusun, dan 17% adalah Bajau). Wujudnya juga kelompok - kelompok peribumi kecil di semenanjung yang dikenali sama sekali sebagai Orang Asli. Sementara itu sebanyak 23.7% dari penduduk Malaysia berketurunan Cina, manakala 7.1% lagi berketurunan India. Masyarakat India mula berhijrah ke Malaysia pada awal abad ke19. Majoriti masyarakat India di Malaysia bersuku Tamil. Ramai orang Eropah dan Timur Tengah yang masing-masing berasimilasi ke dalam masyarakat Kristian dan Islam melalui perkahwinan campur. Kebanyakan rakyat Malaysia kaum Serani mengakui berdarah British, Belanda atau Portugis. Kewarganegaraan Malaysia biasanya diberikan secara jus soli. Kewarganegaraan di negeri Sabah dan Sarawak berbeza daripada kewarganegeraan di Semenanjung Malaysia atas sebab - sebab urusan imigresen. Setiap warganegara yang mencecah usia 12 tahun diberi kad pengenalan bercip pintar biometrik yang dikenali sebagai MyKad dan harus sentiasa membawa kad itu sepanjang masa. Islam pula merupakan kata kerja bahasa Arab iaitu Aslama, yang bermaksud " untuk merelakan, menyerah atau tunduk (kepada Tuhan)". Satu lagi perkataan yang diterbitkan daripada akar yang sama ialah salam yang bermaksud sejahtera . Dengan demikian, Islam

NURAFIFAH KAMARUDIN S 216300 2

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

bermaksud penyerahan dan penundukan kepada Allah, dan orang Islam harus menunjukkan ini dengan menyembahNya, menurut perintahNya dan mengelakkan syirik. Perkataan ini kadangkala memiliki pengertian berlainan dalam al-Quran. Dalam sesetengah ayat, kualiti Islam sebagai kepercayaan dalaman ditegaskan:

Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian

keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata. (Az-Zumar 39:22)

Kajian demografi menyeluruh terhadap 232 negara dan wilayah pada 2009 melaporkan bahawa 23% penduduk dunia atau 1.57 bilion orang merupakan umat Islam. Sekitar 80 90% angka ini merupakan Ahli Sunah Waljamaah dan 10 20% adalah Syiah, dengan minoriti kecil tergolong dalam mazhab lain. Kira-kira 50 negara bermajoriti orang Islam, dan sekitar 20% dari semua umat Islam seluruh dunia merupakan Arab. Antara 1900 dan 1970 komuniti Islam telah

NURAFIFAH KAMARUDIN S 216300 3

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

berkembang daripada 200 juta kepada 551 juta dan sekitar 1970 dan 2009 populasi masyarakat telah berkembang lebih tiga kali ganda menjangkau sejumlah 1.57 bilion penganut. Majoriti masyarakat Islam tinggal di Asia dan Afrika. Sekitar 62% orang Islam menetap di Asia, dengan lebih 683 juta penganut di Indonesia, Pakistan, India dan Bangladesh. Di Timur Tengah, negara bukan Arab seperti Turki dan Iran adalah negara majoriti Islam terbesar; di Afrika, Mesir dan Nigeria memiliki masyarakat Islam teramai. Kebanyakan anggaran menyatakan yang rakyat Republik China memiliki antara 20 hingga 30 juta penganut agama Islam (1.5% hingga 2% penduduk). Bagaimanapun, data daripada International Population Center, San Diego State University menunjukkan bahawa China memiliki 65.3 juta orang Islam. Islam ialah agama kedua terbesar selepas Kristian di kebanyakkan negara Eropah dan sedang menghampiri status tersebut di benua Amerika, dengan anggaran antara 2.45 juta dan kira - kira 7 juta masyarakat Islam di Amerika Syarikat. Etnik boleh di definisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep - konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi ( keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi dibawah sistem politik yang sama. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, India, Cina, Kadazan, Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersifat etnosentrik, iaitu mengangap cirri - ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada

NURAFIFAH KAMARUDIN S 216300 4

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral. Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri. Malaysia telah berjaya melangkah keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun. Kini, Malaysia bergerak menuju kearah status negara maju, seperti yang dicita-citakan dan dinyatakan dalam Wawasan 2020. Pergerakan daripada negara mundur kepada negara sedang membangun berlaku dalam tempoh 50 tahun (1957-2007). Ia merupakan suatu jangka waktu yang cukup singkat menurut ukuran sejarah dunia. Pencetusan kepada proses transformasi sosioekonomi yang luar biasa ini ialah peristiwa rusuhan etnik 13 mei 1969 yang telah membuat kesemua rakyat Malaysia tersentak lalu membuka mata bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat kita, khususnya dari segi hubungan etnik, walaupun kita sudah merdeka dan perlahan-lahan sudah mula menikmati keselesaan ekonomi. Daripada pengalaman pahit tersebut Malaysia sedar bahawa kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik. Pada masa yang sama, kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan

NURAFIFAH KAMARUDIN S 216300 5

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

sehingga menimbulkan konflik. Keseimbangan tersebut melibatkan agihan kekayaan ekonomi secara saksama dan perkongsian kuasa yang matang. Dalam tugasan ini akan dijelaskan hubungan etnik di Malaysia dari perspektif Islam iaitu antara hubungan orang Islam dengan orang bukan Islam di mana Islam telah menetapkan peraturan tertentu yang mesti dipatuhi. Malah di dalam Al Quran iaitu surah Al Hujurat ayat 13, ada mengiktirafkan keperlbagaian etnik itu adalah sesuatu yang lumrah dan kepelbagaian itu bukan untuk berkonflik tetapi saling mengenali antara satu sama lain. Ayat tersebut berbunyi seperti berikut ;

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujuraat 49:13)

Islam merupakan satu sistem hidup yang bersifat rabbani dan menganjurkan setiap manusia agar berlaku adil dalam setiap tindakan. Islam juga menyeru agar meletakkan sesuatu

NURAFIFAH KAMARUDIN S 216300 6

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

pada tempat yang sewajarnya, memberikan hak kepada yang berhak menerimanya serta menghukum manusia yang bersalah dengan hukuman yang setimpal tanpa membezakan antara manusia, merupakan perkara perkara yang sangat ditekankan dalam ajaran Islam. Konsep persamaan dalam Islam pula adalah berasaskan kepada kenyataan bahawa kejadian manusia yang pelbagai etnik, bangsa dan keturunan merupakan suatu fitrah kehidupan yang perlu diterima oleh setiap insan. Malah kepelbagaian etnik ini, tentunya melahirkan kepelbagaian budaya, gaya hidup, corak pemikiran serta kepercayaan dan keyakinan menjadikan hidup ini begitu indah untuk dikongsi bersama. Hak persamaan yang diletakkan dalam Islam tidak berdasarkan kepada kedudukan seseorang mengikut jantina, bangsa, pangkat ataupun darjat. Semua manusia mempunyai hak yang sama untuk hidup bermaruah dan mempunyai peluang yang sama banyak untuk mencari rezeki dan kekayaan di bumi Allah, mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan pendidikan, mendapat kedudukan yang sama di sisi undang undang dan mempunyai peluang yang sama untuk melakukan ibadah kepada Allah. Setiap manusia diberkan ganjaran dan balasan atas setiap perbuatan yang dilakukan. Jelaslah Islam tidak mengiktiraf perbezaan fizikal dan lahiriah seperti pangkat, keturunan, etnik dan warna kulit sebagai halangan untuk mendapat perhatian dan perhitungan yang sama dari Allah. (Abdul Monir, 1986) Kebebasan untuk hidup dan meneruskan kelansungan hidup yang diberikan adalah berasaskan kepada kenyataan bahawa kita adalah manusia dan sebagai manusia, kehormatan kita adalah terpelihara. Islam tidak sekali kali membenarkan sebarang bentuk permusuhan berlaku hanya kerana berbezanya bangsa dan etnik atau lantaran berbeza keturunan dan warna kulit. Lebih labih lagi apabila kelompok majority menindas kelompok minority dalam arus pembangunan negara. Islam melihat permusuhan yang disebabkan oleh perbezaan warna kulit

NURAFIFAH KAMARUDIN S 216300 7

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

atau berlainan etnik mampu menghuru harakan masyarakan serta menghancurkan keharmonian hidup di kalangan masyarakat. Islam telah menggariskan bahawa persamaan di kalangan bangsa dan etnik merupakan asas kepada keharmonian dan keamanan kehidupan bermasyarakat khususnya di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan mempunyai kumpulan minority yang perlu dipelihara dan dijaga haknya. Manakala hak kumpulan ini telah dijadikan salah satu daripada prinsip pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oeh mantan perdana menteri yang ke 5 Yang Amat Behormat, Dato Seri Abdullah Badawi di mana ianya teah menjadi kerangka dalam proses pembangunan Malaysia. Di Malaysia, persamaan ini ditekankan di mana setiap orang tanpa mengira etnik dibenarkan bergerak bebas dalam aktiviti ekonomi, pendidikan, social, perundangan mahupun beragama. Hal ini jelas dalam pembagunan negara Malaysia, etnik Cina dan India diberikan peluang untuk menjalankan aktiviti ekonomi, mendapat peluang dalam bidang pendidikan dalam bahasa ibunda mereka dan bebas mengamalkan anutan kepercayaan agama mereka. Menurut Mohd Kamal (1994), walaupun kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar islamisasi seperti Dasar Penerapan Nilai Nilai Islam, namun dasar ini tidak pernah menyisihkan kepentingan dan sensitiviti penganut bukan Islam di Malaysia. Selain daripada hak persamaan, Islam juga amat mengutamakan keadilan dalam setiap tindakan yang di ambil. Melalui keadilan inilah, Islam menganjurkan kehidupan yang harmoni dan saling menghormati. Apabila keadilan di laksanakan di kalangan anggota masyarakat, maka dengan sendirinya pintu permusuhan dan perasaan membenci dapat dihilangkan sedikit demi sedikit. Keadilan yang dilaksanakan itu sendiri merupakan salah satu kaedah bagi menutup ruang

NURAFIFAH KAMARUDIN S 216300 8

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

ruang kemusnahan yang mungkn berlaku di kalangan masyarakat atau mengelakkan pencerobohan ke atas hak hak yang ditetapkan. Keadilan juga bermaksud setiap hukuman perlu dilaksanakan ke atas kesalahan yang dilakukan tanpa mengira sesiapa atau bangsa mana sekalipun tanpa menimbulkan semangat untuk mempertahankannya atau berusaha untuk mengelakkan hukuman tersebut semata mata kerana kaum, bangsa, agama atau etnik sendiri. Yang berhak perlu diberi kelayakannya atau yang bersalah perlulah dihukum kerana kesalahannya tanpa mempersoalkan keturunan, pengkat atau etniknya. Firman Allah s.w.t ;

Wahai orang orang yang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang orang yang menegakkan keadilan Allah, lagi menerangkan kebenaran ; dan jangan sekali kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepad taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. ( Surah Al Maaidah 5 : 8 )

NURAFIFAH KAMARUDIN S 216300 9

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Merujuk kepada keadaan di Malaysia, Malaysia adalah sebuah negara yang mana masyarakatnya bersifat majmuk. Kemajmukan ini tentulah akan menimbulkan perbezaan antara etnik dari segi budaya dan agama. Namun, setiap individu diberi kebebasan beragama dan berbudaya. Orang bukan Islam dibenarkan mendirkan rumah ibadat di mana ramai terdapat penganut agama tersebut. Dalam politik, pemilihan pemimpin ditentukan oleh pilihan raya yang member pengiktirafan keadilan kapada rakyat. Dari segi ekonomi, pengenalan dasar dasar pembangunan Negara seperti Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara, Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebajikan Negara telah mengambil kira pandangan masyarakat walaupun orang Melayu mendapat kedudukan istimewa seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan menerusi Perkara 153. Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan beragama, sungguhpun Islam selaku agama yang paling ramai penganutnya merupakan agama rasmi Malaysia. Menurut perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000, kira-kira 60.4% penduduk menganut agama Islam; 19.2% Buddha; 9.1% Kristian; 6.3% Hindu; dan 2.6% yang lain

mengamalkan Konfusianisme, Taoisme dan agama Cina tradisional yang lain. Yang selebihnya dikira menganut kepercayaan animisme, agama rakyat, dan Sikhisme, melainkan 0.9% yang tidak beragama atau tidak memberikan maklumat. Semua orang Melayu dikira beragama Islam mengikut Perkara 160 Perlembagaan Malaysia. Menurut statistik Banci 2000, 75.9% orang Cina mengaku beragama Buddha, diikuti ramai penganut Taoisme (10.6%) dan Kristian (9.6%), di samping sebilangan kecil HuiMuslim di tempat-tempat tertentu seperti Pulau Pinang. Majoriti orang India Malaysia beragama Hindu (84.5%), diikuti ramai penganut Kristian (7.7%) dan Islam (3.8%), lebih 150,000 beragama Sikh, dan 1,000 penganut lain. Kristian merupakan agama utama

NURAFIFAH KAMARUDIN S 216300 10

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

masyarakat Bumiputera bukan Melayu (50.1%), di samping 36.3% lagi umat Islam dan 7.3% pengikut agama tradisional. Umat Islam diwajibkan menurut keputusan Mahkamah Syariah untuk perihal berkenaan agama Islam. Hakim syariah sewajarnya mengikuti fahaman

perundangan Syafii selaku mazhab utama di Malaysia. Bidang kuasa mahkamah Syariah terhad kepada hal-ehwal umat Islam seperti pernikahan, pewarisan, perceraian, kemurtadan, mualaf, hak penjagaan anak dan lain-lain lagi. Tiada kesalahan jenayah atau awam lain yang terletak dalam bidang mahkamah Syariah yang serupa hierarkinya dengan Mahkamah Sivil. Mahkamah Mahkamah Sivil (termasuk Mahkamah Persekutuan) selaku mahkamah agung negara pun tidak melayan perihal amalan Islam. Islam dengan jelas melarang kepada pembelaan etnik sendiri dalam erti kata membantu dan membela etnik sendiri yang melakukan kesalahan. Larangan ini dijelaskan oleh nabi dalam hadisnya yang bermaksud ; Bukan dari kalangan orang yang menyeru ke jalan asabiah dan bukan di kalangan kami orang yang berjuang di atas jalan asabiah dan bukan di kalangan kami orang yang mati di atas dasar asabiah. Mendengar ungkapan tersebut, sahabat bertanya Apakah yang dimaksudkan Baginda dengan asabiah, wahai

Rasululullah?.

menjawab

Kamu

membantu

saudaramu di atas landasan kezaliman. (Muhamad Syams, 1990) Begitu juga dengan asabiah yang sering disalah tafsirkan apabila sesuatu kaum berpakat dan bekerjasama di atas landasan bangsanya dianggap asabiah. Asabiah pada dasarnya difahami

NURAFIFAH KAMARUDIN S 216300 11

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

sebagai semangat perkauman sempit dan hidup subur di zaman jahiliah kerana rasa cinta yang sangat mendalam terhadap suku kaum sendiri. Ia berlaku tanpa batas di mana mereka sanggup berbunuhan dan berperang asalkan puak mereka menang. Mereka membela kaum sendiri walaupun perbuatan tersebut membawa ketidak adilan dan kezaliman. Asabiah hanya akan menjadi masalah dan menimbulkan masalah sekiranya dijadikan suatu keyakinan pengganti Islam dan disertai kefahaman karut yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Berpandukan kepada hadis ini, hujah yang mengatakan perjuangan memajukan bangsa sendiri sebagai asabiah tidak dapat diterima. Dalam konteks di Malaysia, usaha yang dilakukan demi membawa kemajuan kepada orang Melayu tidak boleh dianggap asabiah. Hal ini kerana dalam semangat setia kawan yang tiada unsure kezaliman di mana usaha membantu orang Melayu dilaksanakan tanpa mengambil hak orang bukan Melayu dan disebabkan orang Melayu jauh ketinggalan dari kaum lain. Rasululullah s.a.w ada menegaskan perkara ini dalam khutbah terakhir (Haji Wida) iaitu ; Sesiapa yang menzalimi Dhimmi (golongan bukan Islam yang tunduk dan patuh kepada pemerintahan Islam) atau yang membuat perjanjian damai atau membebankan mereka dengan yang mereka tidak berupaya, maka akulah yang akan berhadapan dengannya. Menurut Ismail Ibrahim yang merupakan bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, beliau menjelaskan perhubungan etnik mestilah berpaksikan kepada teori ajaran Islam yang komprehensif dan menyeluruh di mana Al Quran menjelaskan hikmah kejadian manusia yang pelbagai etnik. Hal ini agar manusia dapat hidup bersama, berkomunikasi, dan tolong menolong untuk hidup secara aman, membina ilmu dan kekuatan ekonomi serta teknologi dalam segala

NURAFIFAH KAMARUDIN S 216300 12

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

aspek kehidupan. Kebebasan beragama dalam Islam berdasarkan keyakinan untuk memilih agamanya dan nabi menjelaskan kategori Dhimmi tidak boleh disakiti dan diperangi. Sesiapa yang memerangi mereka, ia seolah olah memerangi nabi. Kefahaman asabiah perlu difahami iaitu untuk membantu kaum melakukan kezaliman. Konsep perkongsian kuasa, kebebasan beragama, perlindungan undang undang terhadap kaum yang lemah merupakan dasar yang direstui Islam. Konflik yang berlaku seperti peristiwa 13 Mei 1969 dan Kampung Medan bukan kerana agama tetapi lebih berbentuk perkauman. Jika dirujuk kembali sejarah perhubungan etnik yang berlaku pada zaman Islam iaitu pada zaman Rasulullah, Khalifah ar Rasyiddin, pemerintahan Bani Umaiyah, pemerintahan Bani Abbasiah dan sehinggalah sekarang, orang bukan Islam diberikan hak hak yang tertentu. Malah dalam konteks kontrak sosial juaga ada menyebut bahawa kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa - bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri - memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14 - 18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kadang - kadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. Dalam hal ini, terdapat beberapa prinsip asas yang mendasari bentuk hubungan umat Islam dengan bukan Islam. Prinsip prinsip tersebut ialah ;
1.

Kepercayaan tentang kemuliaan sebagai manusia tanpa mengira agama,

bangsa dan warna kulit. Kemuliaan inilah sebenarnya yang menjamin hak untuk setiap manusia dihormati

NURAFIFAH KAMARUDIN S 216300 13

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

2.

Kepercayaan bahawa perbezaan agama di kalangan manusia berlaku

dengan kehendak Allah yang telah memberi kebebasan dan pilihan kepad makhluk makhlukNya dalam setiap apa yang hendak dilakukan atau ditinggalkan 3. Kepercayaan bahawa umat Islam tidak ditugaskan untuk mempersoalkan

setiap golongan tersebut di akhirat


4.

Kepercayaan bahawa Allah memerintahkan supaya umat Islam sentiasa

berlaku adil dan berakhlak mulia walaupun terhadap orang bukan Islam. Di samping itu, umat Islam juga perlu menyedari bahawa Allah membenci kezaliman walaupun dilakukan oelh umat Islam terhadap orang bukan Islam. Namun, dalam hal ini, adalah menjadi tanggungjawab orang bukan Islam menjaga perasaan orang Islam yang menjadi rakan senegara mereka. Begitu juga dengan kedaulatan negara Islam yang memberikan pengawalan dan perlindungan kepada diri dan harta benda mereka. Maka, mereka ditegah mencaci agama Islam, rasul dan kitab suci. Mereka juga dilarang menyebarkan apa sahaja aqidah atau idea yang bertentangan dengan aqidah negara dan agama yang mana ianya selari dengan Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan kebebasan beragama. Dalam konteks Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik, setiap rakyat perlu hormat menghormati terhadap hak individu dan masyarakat. Fahaman seperti eksterisme, cauvinisme (kepercayaan yang patriotik, berlebihan, dan membuta tuli dalam keunggulan dan keberanian nasional), fanatisisme, etnosentrisme, prejudis, streotaip dan rasisme hendaklah diketepikan (Wan Suhaimi dan Syed Mohammad Hilmi, 2007). Hal ini ada juga dijelaskan di dalam Al Quran seperti berikut;

NURAFIFAH KAMARUDIN S 216300 14

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orangorang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi. (Al-Maaidah 5:32)

NURAFIFAH KAMARUDIN S 216300 15

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman). (Al-Baqarah 2:143)

NURAFIFAH KAMARUDIN S 216300 16

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Setiap rakyat Malaysia perlu menggerakkan hubungan etnik dan sering berinteraksi antara satu sama lain. Di samping itu, orang bukan Islam di Malaysia telah menikmati hak hak mereka seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak tersebut juga selari dengan hak kepada bukan Islam yang diberikan oleh Islam. Antaranya, mereka bebas menganut dan mengamalkan agama dengan aman dan damai, bebas mendirikan rumah ibadat, bebas makan, minum dan berpakaian mengikut kebudayaan sendiri, bebas mencari rezeki, bebas memiliki dan mengurus harta, bebas memilih pemimpin snediri, mendapat hak pendidikan dan kesihatan, terjamin dari segi keselamatan hidup, mendapat keadilan dari segi undang undang dan sebagainya. Sebagai contoh, walaupun sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil terkeluar dari segi pengurusan, namun kerajaan tetap menyalurkan bantuan kepda sekolah tersebut. Namun sebagai rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu sepatutnya tahu dan menjiwai 7 wasiat Raja Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika kota bersatu dan berpegang teguh kepadanya seperti yang di ingatkan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah. Wasiat yang disampaikan semasa raja raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 yang mana antara kandungannya ialah ;
1.

Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi

yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dipanggil Malaysia) 2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan

kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu

NURAFIFAH KAMARUDIN S 216300 17

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehinggan nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama sama kaum lain. 3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu

kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain membanteras kekacauan dalam Negara dan ancaman dari luar Negara 4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan

kedaulatan raja raja Melayu memerintah Negara ini 5. 6. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan Kami tetapkan bahasa Kebangsaan ialah bahasa

Melayu
7.

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan

kepada raja raja Melayu untuk melindungi kedudukan istemewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak) Islam menolak sebarang bentuk perbezaan dan ketidakadilan yang membezakan seseorang dengan seseorang yang lain atas dasar jantina, warna kulit, bahasa, keturunan, Negara, kedudukan keluarga, orang bukan Islam, namun keutamaan tetap diberikan kepada orang Islam. Keistimewaan ini bukanlah satu penganiayaan kepada bukan Islam tetapi untuk menjaga kesucian agama Islam dan keselamatan penganutnya. Hal ini menunjukkan prinsip persamaan dan keadilan dalam Islam telah dilonggarkan untuk memelihara kesucian dan martabat Islam.

NURAFIFAH KAMARUDIN S 216300 18

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan seperti mewujudkan perbezaan dan diskriminasi antara kaum dan ia seolah olah bertentangan dengan konsep persamaan dan keadilan dalam Islam. Walau bagaimanapun, peruntukan orang Melayu ini merupakan jaminan bago prang Melayu untuk sama sama mencapai kejayaan kerana tanpa dibantu sukar untuk Berjaya disebabkan dasar pecah dan perintah yang di amalkan oleh penjajah British. Merujuk kepada statistic yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan seperti dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, jelas menunjukkan orang Melayu masih ketinggalan dari segi ekonomi dan pendidikan berbanding etnik lain. Jika diteliti walaupun orang Melayu mendapat kedudukan istimewa, namun pada masa yang sama hak kaum lain dijamin dan tidak boleh dilucutkan. Selain itu ua adalah persetujuan antara orang Melayu dan bukan Melayu sewaktu menggubal perlembagaan dan bukan keputusan sebelah pihak sahaja. Hal ini ditambah lagi keran peruntukan tersebut adalah bagi menjamin kedudukan orang Melayu yang bermaksud menjamin kedudukan orang Islam. Pada masa yang sama, orang bukan Melayu lebih Berjaya dari segi ekonomi dan pendidikan berbanding orang Melayu. Namun, kedudukan istimewa orang Melayu ini perlu dilaksanakan dengan betul iaitu untuk membantu orang Melayu keluar dari arus kemiskinan tanpa menafikan hak etnik lain. Kedudukan istimewa ini juga perlu dirasai oleh semua orang Melayu dan bukan segelintir orang Melayu seperti yang dianggap oleh etnik lain. Jika ini dilaksanakan, jelaslah ia menepati prinsip keadilan Islam. Perbincangan di atas menunjukkan orang Melayu mempunyai keistimewaan dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya yang menyentuh mengenai Perkara 153. Maka perkara ini perlu difahami oleh setiap lapisan masyarakat khususnya generasi muda agar sentiasa berlapang dada dalam setiap isu yang melibatkan orang Melayu dalam perlembagaan. Ia seperti mana yang pernah dinyatakan dalam Mesyuarat Majlis Raja Raja ke 215 iaitu Islam dan orang Melayu

NURAFIFAH KAMARUDIN S 216300 19

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

merupakan asas utama dalam pembentukan Malaysia. Di samping itu, Islam menganjurkan agar menerima perbezaan agama dan etnik sebagai satu yang lumrah dalam manusia seperti dalam surah Al Hujuraat ;

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujuraat 49:13) Ayat ini menerangkan Islam menyaran agar umatnya mengelakkan cemuhan budaya, etnik dan agama, bersopan santun dan berbudi. Justeru itu, sewajarnya rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik, perlu saling hormat menghormati terhadap hak individu dan masyarakat. Fahaman seperti eksterisme, cauvinisme, etnosentrisme, prejudis, streotaip dan rasisme haruslah diketepikan demi kemakmuran masyarakat majmuk pelbagai etnik di Malaysia.

NURAFIFAH KAMARUDIN S 216300 20

SADN 1043 : HUBUNGAN ETNIK HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

RUJUKAN Kedudukan non - Muslim dalam negara Islam. (1989). Shah Alam: Penerbitan Hizbi. Malaysia, J. K. (2005). Islam Hadhari : Satu Penjelasan. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Sokong Projek Surah.My - Serai Solutions . (n.d.). Tafsiran Al - Quran. Retrieved Ogos 7, 2012, from www.surah.my Yaacob, A. M. (2005). Hak & tanggungkawab pelbagai kaum dari perspektif Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

NURAFIFAH KAMARUDIN S 216300 21

You might also like