You are on page 1of 4

Pluralisma sangat bertentangan dengan Falsafah Melayu Islam Beraja. Bincangkan.

Falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) ialah falsafah rasmi negara Brunei Darussalam
sejak kemerdekaan negara Brunei Darussalam pada tahun 1984; yang mana Sultan Haji Hassanal
Bolkiah (1984) telah bertitah “Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah
kurnia Allah Subhanahu Wata'ala akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara
Melayu Islam beraja yang merdeka…” Daripada titah tersebut semua isme yang bertentangan
dengan falsafah MIB tidak akan dipergunakan di Negara Brunei Darussalam, termasuk konsep
pluralisma. Falsafah MIB membawa makna bahawa Negara Brunei Darussalam adalah sebuah
negara berpandukan kepada akidah islam dan raja, yang mana Sultan ialah pemerintah tertinggi
negara. Falsafah MIB haruslah diterapkan pada diri semua rakyat Brunei Darussalam dan
diamalkan di dalam setiap perkara.

Konsep pluralisma bermaksud terdapat beberapa kumpulan yang berbeza di dalam satu
masyarakat yang mempunyai kedudukan yang sama rata. Konsep pluralisma ini sangat
bertentangan dengan falsafah MIB kerana Negara Brunei Darussalam sangat menitikberatkan
budaya, bangsa dan bahasa Melayu. Tujuh puak jati Brunei iaitu; puak Melayu Brunei, puak
Dusun, puak Tutong, puak Belait, puak Murut, puak Bisaya dan Puak kedayan ialah Bangsa
Melayu yang mendominasi Negara Brunei Darussalam, manakala puak iban dan selainnya
hanyalah menetap di negara Brunei Darussalam. Selain daripada itu, Bahasa Melayu juga telah
dijadikan sebagai bahasa utama dan tetap negara Brunei Darussalam apabila falsafah MIB
dirasmikan di negara Brunei Darussalam. Walau bagaimanapun, sistem pembelajaran di Negara
Brunei Darussalam ialah Sistem Pendidikan Negara abad ke-21 (SPN21) yang mana ia
menggunakan sistem dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sistem pembelajaran
SPN21 ini membolehkan Negara Brunei Darussalam untuk mencapai wawasan 2035 sebagai
Negara MIB (Yahya & Sa'ari, 2015). Walaupun sistem pembelajaran Negara Brunei Darussalam
menggunakan dwibahasa, bahasa rasmi dan bahasa yang mendominasi Negara Brunei
Darussalam tetaplah bahasa Melayu kerana surat- menyurat dan mesyuarat di dalam sektor
kerajaan diwajibkan untuk mengunnakan bahasa Melayu dan bagi mana- mana pelajar yang
ingin memohon biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri diwajibkan untuk
lulus matapelajaran bahasa Melayu (Mail, 2013; MoE, 1992). Daripada falsafah MIB tersebut
ianya sudah jelas bahawa konsep pluralisma sangatlah bertentangan dengan falsafah MIB dari
segi Melayu kerana puak jati melayu Brunei dan bahasa Melayu ialah bangsa dan bahasa yang
mendominasi negara Brunei Darussalam dan bangsa dan bahasa selain daripada melayu tidak
akan mempunyai kedudukan yang sama rata dengan bangsa dan bahasa melayu di Negara Brunei
Darussalam.

Islam telah menjadi agama rasmi Brunei pada sekitar tahun 1368 ketika Awang Alak
Betatar yang juga dikenali sebagai Sultan Muhammad Syah Memeluk Islam. Islam bermaksud
suatu kepercayaan yang berpandukan Ahlus sunnah Wal-jamaah. Kebawah Duli Yang Maha
Mulia (KDYMM) Baginda Sultan telah berusaha untuk menjadikan Islam sebagai satu- satunya
Ideologi negara untuk menjadikan Islam sebagai pegangan hidup rakyat Brunei Darissalam, yang
mana 98% penduduk asli Brunei beragama Islam dan 40% pendatang yang menetap di Negara
Brunei Darussalam adalah beragama Islam, apabila ditotalkan 78% penduduk di Negara Brunei
Darussalam beragama Islam (Wasiah & Fitri, 2022). Salah satu usaha kerajaan Brunei untuk
menjadikan negara Brunei sebagai negara yang mengutamakan agama dalam setiap perkara ialah
dengan menunaikan solat sunat hajat berjemaah di masjid, surau dan balai ibadat di seluruh
negara sehari sebelum mengadakan sambutan hari kebesaran negara seperti hari kebangsaan.
Oleh di sebabkan agama Islam adalah agama rasmi negara, seluruh hal ehwal pentadbiran di
negara Brunei Darussalam haruslah berpandukan Islam (Effendi, 2022). Walaupun Brunei ialah
negara Islam dan mengutamakan Islam, Negara Brunei Darussalam tidak melarang mereka yang
bukan beragama islam untuk mengamalkan ajaran- ajaran daripada agama mereka kerana agama
Islam tersendiri mengajar untuk menghormati agama lain dan bertoleransi dengannya. Walau
bagaimanapun, konsep pluralisma tetaplah bertentangan dengan falsafah MIB kerana Islam
adalah dan akan tetap menjadi agama rasmi negara sebagai mana yang telah dititahkan KDYMM
baginda sultan pada 1 Januari 1986 dan kedudukan agama selain daripada Islam tidak akan
setaraf dengan agama Islam di Negara Brunei Darussalam.

Sistem pemerintahan di Negara Brunei Darussalam yang berasakan Negara Melayu Islam
Beraja telah pun diciptakan dalam Perlembagaan Negeri Brunei 1959 seperti berikut: KDYMM
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di- Pertua adalah pemerintah tertinggi di Negara Brunei
Darussalam, Perdana Menteri, Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Ketua
Agama Resmi bagi Negara Brunei Darussalam dan Ketua kanun, syarak, resam dan adat istiadat.
Meskipun Baginda Sultan mempunyai kuasa pemerintah tertinggi di Negara Brunei Darussalam,
baginda tetap menerima nasihat dan usulan daripada pembesar- pembesar diraja bagi membantu
Baginda Sultan dalam pemerintahannya untuk menjaga kemakmuran dan keselamatan rakyat
(Effendi, 2022). Sistem Beraja ini juga telahpun digunakan di Negara Brunei Darussalam sejak
1363 ketika Awang Alak Betatar memerintah Brunei Darussalam dan ianya tetap digunakan
sehingga masa kini, menuruti falsafah MIB. Dengan sistem Monarki yakni Beraja ianya
membantu untuk mengekalkan keharmonian rakyat, sepertimana jika konsep pluralisma
dipergunakan ianya boleh menjadikan rakyat berbelah bahagi, yang mana sesetengah orang akan
menyokong parti A dan selebihnya akan menyokong parti B dan oleh kerana sistem negeri itu
ialah pluralisma rakyat tidak akan patut pada hanya seorang pemerintah dan boleh menyebabkan
kesalahan fahaman diantara satu sama lain. Oleh kerana itu, sistem pluralisma sangatlah
bertentangan dengan Falsafah MIB bagi menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan
pemimpin Negara. Selain daripada itu, konsep pluralisma juga sangat bertentangan dengan
falsafah MIB kerana falsafah MIB tersendiri membawa maksud mematuhi perintah Raja.

Kesimpulannya, Negara Brunei Darussalam ialah sebuah negara yang berpaksikan


falsafah Melayu Islam Beraja dan ianya akan kekal selama- lamanya seperti yang telah
dititahkan Sultan pada titah pemasyuran kemerdekaan pada 1 Januari 1986. Seluruh rakyat
negara hendaklah mengamalkan nilai- nilai MIB di dalam diri mereka supaya tidak tersasar
daripada persekitaran Kebruneian. Konsep Pluralisma sangatlah bertentangan dengan Falsafah
Melayu Islam Beraja kerana ianya menyokong dua atau lebih pihak dalam satu masa dan mereka
mempunyai kepentingan yang sama rata. Manakala, falsafah Melayu Islam Beraja ialah Negara
Melayu yang berpandukan akidah Islam dan Raja, yang mana Negara Brunei Darussalam
mengutamakan dan melebihkan Islam, Raja, Bangsa dan Bahasa Melayu di dalam setiap perkara.
Rujukan

Effendi, A. (2022). Melayu Islam Beraja : Ideologi Negara Brunei Darussalam. Tafhim Al-'Ilmi,
13(2), 195-213. http://ejournal.kopertais4.or.id/madura/index.php/tafhim/article/view/
5549/3523

Mail, H. (2013). Dasar- dasar Pendidikan Negara Brunei Darussalam, 1950-2010: Kemunculan
dan Hubungannya dengan Falsafah MIB (Melayu Islam Beraja). Susugalur: Jurnal
Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah 1(2), 151-166.
https://www.journals.mindamas.com/index.php/susurgalur/article/view/64

Wasiah, W., Fitri, F. (2022). Pendidikan Islam Di Brunei Darussalam. Adiba: Journal of
Education, 2(1), 97-108. https://scholar.google.com/scholar?
hl=en&as_sdt=0%2C5&as_vis=1&q=sistem+pembelajaran+dwibahasa+brunei+dan+fals
afah+mib&btnG=#d=gs_qabs&t=1665573719306&u=%23p%3D2Co2OT6EHO4J

Yahya, M., & Sa'ari, C. Z. (2015). Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 Brunei Darussalam
dalam Melestari Ketamadunan Islam Negara Zikir: Cabaran dan Harapan. Afkar- Jurnal
Akidah & Pemikiran Islam, 16(1), 61-92.
http://ijie.um.edu.my/index.php/afkar/article/view/5674/3419

You might also like