You are on page 1of 3

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR RINCHING,


43500 SEMENYIH, SELANGOR

MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


BIL 1/2020

TARIKH : 21 JANUARI 2020


HARI : SELASA
MASA : 1:00 ptg – 2:00 ptg
TEMPAT : BLOK D, PPKI

PENGERUSI : Puan Noridah binti Abdul Aziz


Bilangan Kehadiran : 3 / 3 (Rujuk senarai kehadiran)
Turut Hadir :

Pencatat minit : Ahmad Shahriman bin Abdul Yazib

AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Alu-aluan Ketua Panitia
2. Lantikan Ahli Jawatankuasa 2020
3. Perancangan program tahun 2020
4. Lain-lain

Urus Setia Mesyuarat :

1. UCAPAN ALU-ALUAN KETUA PANITIA


1.1. Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana sudi
menghadiri mesyuarat Panitia Teknologi Maklumat Dan Komunikasi sesi
pertama bagi Tahun 2020 pada tengah hari ini.
1.2. Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat kali ini akan memberi fokus
kepada perkara-perkara berikut:
1.2.1. Pertubuhan Ahli Jawatankuasa Panitia Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi Pendidikan Khas
1.2.2. Program-program yang akan dijalankan serta tugasan guru-guru.

2. PERKARA BERBANGKIT
2.1. Tiada hal-hal lain yang dibincangkan.

3. PERKARA-PERKARA / ISU YANG DIBINCANGKAN / LAPORAN


3.1. Penubuhan Ahli Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas
3.1.1. Ahli Jawatankuasa induk terdiri daripada guru-guru yang mengajar
subjek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi.
3.1.2. Guru-guru lain memain peranan AJK biasa iaitu akan menghulurkan
bantuan sekiranya diminta oleh Ketua Panitia.
3.1.3. Semua guru perlu memasukkan DSKP Terkini dan RPT tahun 2020 ke
dalam Fail Kurikulum
Tindakan:
Semua ahli
3.2. Mesyuarat dan Program panitia yang bakal dijalankan pada Tahun 2020.
3.2.1. Mengadakan mesyuarat Panitia sebanyak 4 kali setahun (Jan, April,
Julai, September)
3.2.2. Antara program yang akan dijalankan ialah Pertandingan buku skrap.
3.2.3. Membuat laporan Program dan 4 keping gambar bagi setiap program.
3.2.4. Guru-guru bercadang untuk fokus terhadap potensi berdasarkan tahap
penguasaan murid Pendidikan Khas yang terhad.
Tindakan:
Panitia Pendidikan Khas Pendidikan Khas
4. HAL-HAL LAIN
4.1. Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL) perlu dibincangakan dalam setiap kali
mesyuarat
 Mengenal pasti kumpulan sasaran
 Memahami punca masalah
 Mencadangkan perancangan intervensi
 Membuat Prioriti Intervensi
 Menyediakan Pelan tindakan
4.2. Pelaksanaan PBD Tahap 1 dijalankan kepada murid-murid tahap satu
bermula bulan Januari sehingga Akhir tahun. Laporan dibuat sebanyak 2 kali
setahun.

5. PENANGGUHAN MESYUARAT
5.1. Ucapan penangguhan oleh pengerusi dan mesyuarat ditangguhkan pada
jam 2:00 petang.
5.2. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang
meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat ini.
5.3. Pengerusi akan memaklumkan tarikh mesyuarat kali kedua bagi sesi 2020.

Disediakan oleh,

..........................................
(AHMAD SHAHRIMAN BIN ABDUL YAZIB )
KETUA PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching
Tarikh : 21 Januari 2020
REKOD KEHADIRAN

MESYUARAT PANITIA :
TARIKH DAN MASA :
MASA :
TEMPAT :

JAWATAN DALAM
BIL NAMA TANDATANGAN
PANITIA

TIDAK HADIR

BI
NAMA GURU CATATAN
L

Disahkan oleh:
Disediakan oleh: Disahkan oleh:

...................................................
............................................... ...............................................
(SABARUDIN BIN ABU BAKAR)
() () Pengerusi
SETIAUSAHA PANITIA ?? KETUA PANITIA ??
Program Pendidikan Khas Integrasi Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) (PPKI)
SK Bandar Rinching SK Bandar Rinching

You might also like