You are on page 1of 20

ASSIGNMENT CTU 211

VAKSIN DAN MAQASID SYARIAH

Nama Pensyarah:
NURUL HIDAYAH BINTI AZIZ

No. Nama Pelajar No. Pelajar


1. SITI NURSYARAFINA BT MUHAMAD SABRI 2016450028
2. NURSYAMIMI BT MUHAMAD FAUZI 2016637126
3. SITI NURSHAFIQAH BT AHMAD HUSAINI 2016490196
4. SITI SYAZWANI BT SUPIAN 2016696096

1
ISI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Muka Surat


1.0 Penghargaan 3
2.0 Pengenalan 4
3.0 Definisi Vaksin 5
3.1 Kepentingan Vaksin 5
3.2 Bahan dan Jenis Vaksin 6-7
3.3.Kesan Tidak Mengambil Vaksin 8-10
4.0 Definisi Maqasid Syariah 10-11
4.1 Fatwa Tentang Maqasid Syariah 11-13
4.1.1 Hukum Pengambilan Vaksin 13-15
4.1.2 Hukum penggunaan vaksin 15-16
4.1.3 Isu Anti-Vaksin 16-18
5.0 Kesimpulan 19
6.0 Rujukan 20

1.0 PENGHARGAAN

2
Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa
dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dan rakan-rakan untuk menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

Kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami,
ustazah Nurul Hidayah binti Aziz kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pelbagai ilmu yang
dapat kami rungkaikan sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami
yang telah memberi kemudahan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan
sokongan moral yang tidak terhingga sehingga kami berjaya menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, kami mengucapkan ucapan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Terima kasih.

2.0 PENGENALAN

3
Pemberian vaksin di Malaysia telah dipraktikkan sejak sekian lama. Pemberian vaksin
merupakan satu proses pemberian imunisasi untuk membina sistem pertahanan tubuh badan
manusia daripada sebarang penyakit berjangkit dan penyakit yang berisiko untuk diperolehi
seseorang. Di Malaysia, pemberian vaksin dimulakan semenjak daripada dilahirkan sehinggalah
menjelang dewasa dan tidak dilupakan juga kepada warga emas. Semenjak dari dahulu sehingga
kini, isu vaksin halal sentiasa menjadi perhatian dan perbincangan kepada rakyat Malaysia yang
majoritinya beragama Islam.Manakala,semenjak akhir-akhir ini telah mula wujud semula
golongan anti-vaksin di Malaysia.Kerja kursus ini adalah membentangkan vaksin dan maqasid
syariah di Malaysia dan menerang tentang pandangan fatwa dan ulama tentang vaksin halal di
Malaysia. Tujuannya bagi meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang
kepentingan vaksin dan menyakini status vaksin halal di Malaysia seterusnya menolak
kefahaman anti-vaksin di Malaysia supaya kefahaman dan pengaruh golongan ini tidak terus
berkembang.

Vaksin-vaksin terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


adalah berpandukan kepada Perluasan Program Imunisasi (EPI - Expanded Immunisation
Programme) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO- World Health Organization). Vaksin-vaksin
ini diberi secara percuma kepada semua bayi dan kanak-kanak di semua klinik kesihatan
kerajaan dan ia merangkumi 10 jenis vaksin yang boleh menghalang penyakit.Pemberian vaksin
secara menyeluruh adalah penting untuk menjayakan program imunisasi ini.Lebih banyak vaksin
mungkin akan diperkenalkan pada masa akan datang. Jadual imunisasi yang sedia ada ini
mungkin akan diubahsuai dari masa ke semasa bergantung kepada keperluan.Terdapat pelbagai
vaksin baru dan lain-lain jenis vaksin di pasaran Malaysia.Walau bagaimanapun, klinik dan
hospital swasta mungkin menggunakan produk vaksin yang sedikit berbeza daripada yang
digunakan oleh pusat kesihatan kerajaan. Imunisasi adalah salah satu cara yang amat berkesan
untuk melindungi kanak-kanak seterusnya penduduk negara ini dari jangkitan penyakit yang
boleh dicegah oleh imunisasi.

3.0 DEFINISI VAKSIN

4
Vaksin berasal dari bahasa latin vacca (sapi) dan vaccinia (cacar sapi).Vaksin adalah bahan
antigenik yang digunakan untuk menghasilkan imunisasi aktif terhadap suatu penyakit sehingga
dapat mencegah atau mengurangi pengaruh infeksi oleh organisma.Vaksin merupakan virus atau
bakteri yang telah dilemahkan sehingga tidak menimbulkan penyakit.Vaksin juga merupakan
organisma yang telah mati.Vaksin akan melingdungi sistem imunisasi manusia atau haiwan
untuk melawan terhadap serangan patogen tertentu, terutama bakteria, virus, atau toksin.Jika
terdapat bakteria atau virus yang memasuki tubuh badan, maka sistem imunisasi tubuh mula
menghasilkan suatu protein yang dipanggil sebagai antibodi.Antibodi inilah yang dapat
menyerang dan membantu memusnahkan bakteria atau virus tersebut.Pemberian vaksin
diberikan untuk merangsang sistem imunisasi tubuh untuk membentuk spesifik antibodi supaya
dapat melindungi tubuh dari serangan penyakit yang dapat dicegah dengan vaksin.Vaksin tidak
menjamin kekebalan seratus peratus.Sebagai contohnya, anak yang telah menerima vaksin
influenza tahunan atau terbaru masih boleh diserang oleh penyakit yang sama untuk kali kedua.
Vaksin hanya meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.[ CITATION BHO16 \l 17417 ]

3.1 KEPENTINGAN VAKSIN

Vaksin akan mempersiapkan sistem kekebalan manusia atau haiwan untuk bertahan terhadap
serangan patogen tertentu, terutama bakteria, virus, atau toksin. Vaksin juga dapt membantu
sistem kekebalan untuk melawan sel-sel kanser. Pemberian vaksin diberikan untuk merangsang
sistem imunologi tubuh untuk membentuk antibodi spesifik sehingga dapat melindungi tubuh
dari serangan penyakit yang dapat dicegah dengan vaksin. Ada beberapa jenis vaksin. Namun,
apa pun jenisnya, tujuannya adalah sama, iaitu menstimulasi reaksi kekebalan tanpa
menimbulkan penyakit iaitu meningkatkan imuniti tubuh badan manusia. Penyakit berjangkit
adalah penyebab utama berlakunya kecacatan dan kematian di kalangan kanak-kanak. Imunisasi
adalah cara yang efektif dalam mencegah dan mengurangkan penyakit ini.

3.2 BAHAN DAN JENIS VAKSIN

5
3.2.1 BAHAN-BAHAN VAKSIN

Aliminium
Garam aluminium digunakan dalam beberapa vaksin untuk membantu meningkatkan
kekebalan pada orang yang menerima vaksinasi.
Merkuri/Thimerosal
Thimerosal adalah senyawa yang mengandung merkuri yang telah digunakan sejak tahun
1930-an untuk membantu mencegah bakteria mencemari vaksin.
Antibiotik
Antibiotik tertentu dapat digunakan dalam pembuatan vaksin untuk mencegah terdedah
daripada bakteria.
Formaldehida
Formaldehida telah digunakan selama bertahun-tahun untuk memproses virus yang tidak
aktif dan bakteria dalam proses pembuatan vaksin

3.2.2 JENIS-JENIS VAKSIN


Live attenuated vaccine
Sebanyak 226 Vaksin hidup yang dibuat dari bakteria atau virus yang sudah dilemahkan
daya virulensinya dengan cara kultur dan perlakuan yang berulang-ulang, namun masih
boleh meningkatkan reaksi imunologi yang serupa dengan infeksi alamiah.
Inactivated vaccine (killed vaccine)
Vaksin dibuat daripada bakteria atau virus yang dimatikan dengan zat kimia
(formaldehid) atau dengan pemanasan,dapat berupa seluruh bahgian dari bakteria atau
virus atau bahagian dari bakteria atau virus toksoidnya sahaja.
Vaksin toksoid
Vaksin yang dibuat daripada beberapa jenis bakteria yang menimbulkan penyakit
dengan memasukkan racun dilemahkan ke dalam aliran darah.

Vaksin acellular dan subunit

6
Vaksin yang dibuat dari bahagian tertentu dalam virus atau bakteria dengan melakukan
penglonan dari gen virus atau bekteria melalui kombinasi DNA,vaksin vektor virs dan
vaksin antidiotipe.Imunisasi adalah proses meningkatkan ketahanan badan terhadap
penyakit berjangkit samasa secara pasif atau aktif. Imunisasi pasif berlaku apabila
manusia disuntikkan dengan antibodi yang tersedia untuk menghalang penyakit-
penyakit tertentu. Imunisasi aktif pula berlaku apabila badan manusia dirangsang untuk
menghasilkan antibodi dengan pendedahan kepada vaksin atau agen penyakit
berjangkit. Dari segi Islam, vaksin adalah penting kerana Islam amat menitik beratkan
tentang kesihatan dalam segenap aspek kehidupan. Menjaga nyawa adalah agenda yang
kedua penting dalam Islam selepas menjaga akidah. Justeru itu, vaksin yang sudah
diketahui oleh masyarakat untuk menjaga kesihatan merupakan perkara yang dituntut
oleh Islam. Perubahan masa dan pengetahuan berkenaan perubatan moden menjadikan
ilmu immunologi ini penting untuk diketahui dan dikaji untuk
  Vaksin idiotipe

Vaksin yang dibuat berdasarkan sifat Fab (fragment antigen binding) dari antibodi yang
dihasilkan oleh setiap klon sel B yang mengandungi acid amino yang disebut sebagai
idiotipe atau determinan idiotipe yang dapat bertindak sebagai antigen. Vaksin ini dapat
menghalang pertumbuhan virus melalui neutralisasi.

Vaksin DNA (Plasmid DNA Vaccines)

Vaksin dengan pendekatan baru dalam teknologi vaksin yang memiliki potensi dalam
menginduksi imunisasi selular. Dalam vaksin DNA gen tertentu dari mikrob diklon ke
dalam suatu plasma bakteria yang direka untuk meningkatkan ekspresi gen yang
dimasukkan ke dalam sel mamalia. Setelah disuntikkan DNA plasmid akan menetap
dalam nukleus sebagai episom, tidak berintegrasi ke dalam DNA sel (kromosom),
selanjutnya mensintesiskan antigen yang telah menyangdungi kod.Selain itu vektor
plasmid mengandungi sekuens nukleotida yang bersifat imunostimulan yang akan
menginduksi imunisasi seluler. [ CITATION DrS172 \l 17417 ]

3.3 KESAN TIDAK MENGAMBIL VAKSIN

7
Hari ini,ramai ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang vaksin. Mereka terlalu sibuk
dengan urusan harian sehingga ada yang terlupa dan tidak peduli sama ada anak-anak mereka
telah menerima imunisasi yang sepatutnya atau tidak walaupun mereka sedar bahawa anak-anak
mereka sentiasa terdedah dengan pelbagai ancaman penyakit setiap hari.Sikap acuh tidak acuh
ini menjadi pemangkin kepada kemunculan dan peningkatan semula kes penyakit seperti
Tibi,Difteria,Measles dan lain-lain. Penyakit berjangkit ini boleh membawa kepada kecacatan
kekal dan mungkin kematian dalam kalangan kanak-kanak.Kementerian Kesihatan

Malaysia(KKM) telah memulakan program imunisasi bagi mencegah enam penyakit iaitu:

1.TUBERCULOSIS(TIBI)

Tibi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria yang menjangkiti saluran
pernafasan. Penyakit ini tersebar melalui udara semasa batuk atau bersin oleh orang
yang dijangkiti penyakit tibi. Justeru itu,jangkitan ini boleh menjangkiti ahli-ahli
keluarga yang lain yang tinggal serumah. Biasanya keadaaan ini berlaku di kalangan
penduduk miskin dan mereka yang tinggal di kawasan sesak. Kebelakangan ini
penyakit tibi telah meningkat disebabkan kemasukan pendatang asing dan juga
meningkatnya kejadian jangkitan HIV. Komplikasi penyakit ini termasuk jangkitan
kelenjar limfa(lymph node),radang paru-paru,radang selaput otak dan serangan tibi
pada organ-organ lain seperti usus,tulang dan sendi,paru-paru dan buah pingggang.

2.DIFTERIA

Difteria adalah radang pada selaput hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh
toksin(racun) yang dihasilkan oleh bakteria Difteria. Kesannya adalah bengkak pada
saluran pernafasan yang mengakibatkan saluran pernafasan tersumbat dan mungkin
kematian. Penyakit difteria boleh dirawat dengan antibiotik. Antitoksin hendaklah
diberikan dengan segera bagi mengelakkan kerosakan yang kekal pada jantung dan
sistem saraf atau kematian. Hanya degan pemberian imunisasi sahaja dapat melindungi
anak-anak daripada penyakit difteria.

3.PERTUSSIS(BATUK KOKOL)

8
Batuk kokol adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria pertussis yang
menjangkiti kerongkong dan saluran pernafasan. Penyakit ini boleh membawa kepada
batuk yang teruk dan kerap muntah. Keadaan ini mungkin berlarutan sehingga tiga
bulan walaupun telah mendapat rawatan yang sempurna. Kematian disebabkan oleh
penyakit ini kerap berlaku di kalangan bayi berumur enam bulan. Komplikasi pertussis
yang teruk adalah sawan,pendarahan dalam mata,kerosakan atau radang paru-paru dan
kerosakan atau radang selaput otak(meningitis).

4.TETANUS(KANCING GIGI)

Spora tetanus berada di dalam tanah. Penyakit tetanus boleh berlaku apabila terdapat
luka yang tercemar degan spora tetanus. Tetanus juga tersebar melalui penggunaan
gunting dan peralatan lain yang tercemar dengan spora tetanus. Hanya imunisasi yang
boleh mencegah penyakit ini.

5.POLIO(POLIOMYELITIS)

Polio disebabkan oleh virus Polio yang menyerang sistem saraf. Penyakit ini menular
melalui tangan,makanan dan air yang tercemar dengan najis dari orang yang dijangkiti
penyakit polio. Jangkitan polio biasanya menyerang sistem saraf ke otot dan ini boleh
menyebabkan lumpuh. Kadangkala polio menyerang saluran pernafasan yang
menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan ini boleh membawa kematian.

6.MEASLES(DEMAM CAMPAK)

Measles adalah penyakit yang disebabkan oleh virus Measles. Penyakit ini boleh
menjangkiti sesiapa sahaja. Pada amnya orang ramai melihat penyakit ini sebagai
penyakit yang tidak serius tetapi pada hakikatnya penyakit ini boleh mengakibatkan
komplikasi yang teruk seperti radang paru-paru,jangkitan
otak(encephalitis),sawan,jangkitan telinga yang boleh menyebabkan pekak,jangkitan
pada mata dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan buta serta kematian. Kematian
kerap berlaku di kalangan kanak-kanak.

9
Ingat dan percayalah bahawa imunisasi adalah cara paling efektif untuk mencegah dan
mengurangkan penyakit melalui vaksin di negara ini. Semua kanak-kanak berhak mendapatkan
imunisasi yang lengkap.

4.0 DEFINISI MAQASID SYARIAH

Maqasid Syariah merupakan satu teori yang dapat membantu seseorang perawat mengetahui
hukum halal haram sesuatu tindakan perubatan terhadap pesakitnya dan demi mencapai redha
Allah. Imam Ghazali antara yang terawal membahaskan teori ini yang menyatakan bahawa
tujuan hukum syariah adalah penting untuk memelihara lima perkara asas yang penting:

1.Memelihara Agama

Rawatan perubatan menyumbang secara langsung kepada tujuan penciptaan manusia iaitu
ibadah kepada Allah. Badan yang lemah atau sakit tentunya menyukarkan penyempurnaan
ibadah.Ibadah mesti diteruskan walaupun dalam keadaan sakit selagi fikiran masih waras.

2.Memelihara nyawa

Tujuan utama perubatan ialah memelihara nyawa. Perubatan tidak dapat menunda kematian
ataupun menghalang kematian kerana hal itu adalah di dalam kekuasaan Allah SWT. Ia hanya
berperanan untuk meningkatkan kualiti hidup sebelum tibanya ajal. Kemajuan perubatan
menyumbang kepada kesejahteraan hidup dengan memastikan fungsi fisiologikal terpelihara.
Ilmu perubatan bermanfaat di dalam pencegahan,perawatan dan juga pemulihan kesihatan
manusia.

3.Memelihara Keturunan

Kemajuan perubatan menyumbang kepada kelangsungan kehidupan manusia. Penjagaan


kesihatan kanak-kanak sangat penting demi memastikan mereka membesar menjadi manusia
dewasa yang sihat. Rawatan kesuburan telah berjaya memberikan anak kepada pasangan yang
mandul. Penjagaan rawatan antenatal,intra-partum care dan post-partum memastikan kesihatan
ibu berada di tahap yang optimum.

10
4.Memelihara Akal

Kemajuan ilmu perubatan mampu berperanan memelihara akal. Penyembuhan penyakit


fizikal menghilangkan tekanan yang mengganggu fikiran. Rawatan ketagihan alkohol dan arak
mampu mencegah dan mengembalikan tahap kecerdasan minda.

5.Memelihara harta

Kekayaan sesebuah masyarakat itu berkait rapat dengan daya produktiviti warganya yang
sihat. Program pencegahan penyakit seperti imunisasi,promosi gaya hidup sihat dan rawatan
penyakit adalah usaha penting untuk meningkatkan tahap kesihatan masyarakat.
Walaubagaimanapun,rawatan terhadap pesakit kritikal memerlukan biaya yang tinggi. Ini
boleh menimbulkan isu etika kerana dana untuk rawatan mungkin lebih bermanfaat untuk
digunakan pada pesakit yang menghidap penyakit yang boleh disembuhkan.

Oleh itu,vaksin termasuk dalam memelihara nyawa kerana vaksin merupakan langkah-
langkah untuk mencegah penyakit dalam bidang perubatan.

4.1 FATWA MENGENAI VAKSIN

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Maysia kali ke-
107 yang bersidang pada 10-11 Februari 2015 telah membincangkan hukum penggunaan vaksin
Menactra.Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1.Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah


menegaskan bahawa pada prinsipnya ulama bersepakat bahawa makanan termasuk ubat-ubatan
yang dibenarkan oleh Islam untuk digunakan mestilah terdiri daripada bahan-bahan yang baik
(toyyib) dan halal, serta tidak mempunyai unsur-unsur yang mendatangkan mudharat kepada
kesihatan badan dan akal manusia.

2.Muzakarah juga mendapati bahawa dalam proses penghasilan Vaksin Menactra ini, tiada
sebarang komponen bahan mentah yang mengandungi sumber haiwan atau bahanbahan yang
diragui dari aspek syarak digunakan serta tiada perkongsian saluran pemprosesan dengan produk
vaksin yang tidak halal. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum
penggunaan Vaksin Menactra adalah diharuskan.

11
Hukum penggunaan Vaksin Biothrax dan Vaksin Rotateq yang menggunakan unsur babi
dalam proses penghasilannya. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah
membincangkan hukum penggunaan Vaksin Biothrax dan Vaksin Rotateq yang menggunakan
unsur babi dalam proses penghasilannya. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan
vaksin BioThrax dan RotaTeg adalah tidak dibenarkan kerana situasi kini dianggap tidak darurat
dan terdapat bahan atau ubat alternatif selain penggunaan unsur babi dalam pemprosesan kedua-
dua vaksin dan tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan
kedua-dua vaksin ini.

Keterangan/Hujah:

1. Anthrax adalah sejenis penyakit berjangkit yang akut dan boleh menyebabkan kematian
mengejut dan darah keluar dari semua rongga yang terbuka. Jangkitan anthrax boleh berlaku
sama ada pada kulit (cutaneous anthrax), saluran usus (Gastrointestinal anthrax) atau serangan
melalui pernafasan (inhalation anthrax). Vaksin BioThrax digunakan sebagai imunisasi atau
suntikan pelalian bagi membantu melindungi daripada jangkitan anthrax. RotaTeq pula ialah
vaksin bagi mencegah kes rotavirus yang menyebabkan muntah dan cirit birit di kalangan kanak-
kanak.

2. Islam mengharuskan berubat dengan benda-benda yang diharamkan sekiranya dalam keadaan
darurat iaitu tiada ubat alternatif yang lain adalah berpandu kepada Firman Allah Taala: ِ ‫ا ا َ م َّ ِال إ‬
‫ َي‬OO‫ِض‬
ُ ‫ك ا ل َ َمو َّ ب ْ ِم ِه ائ َوْ هَأ ِ ب َ ون ُّل‬ َ ‫ك ا ذ َِّم وا م ُلُ ْكأ َ ت َّالَ أ ْ ُم‬ ُ ‫ق و ِ ْهيَ َل ع ِ َّ ال َّل ُ ْم اس َِر‬ َ َّ‫ك ل َل‬
َ ‫ص ف ْ َد‬ َ ‫ْ ُم ْكيَ َل ع َ َّم َر ا ح َ م ْ ُم‬
‫ُطض ِن إ ٍ ْم ِل ع ِرْ يَ َغ َ َ َّكبَر ين ِ َد ْت ُع ْمال ِ ب ُ َم ْل َع أ َ ُو ه‬ ْ ‫ِث ك َّنِإ َ و ِ ْهيَ ِل إ ْ ُم ْت ِرر‬
َ ‫ل ً يرا‬

Maksudnya : "Dan tidak ada sebab bagi kamu, yang menjadikan kamu tidak mahu makan sari
sembelihan binatang-binatang halal yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal
Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan ke atas kamu,kecuali
apa yang kamu terpaksa memakannya”.(Surah al-An’am : 119)

3. Jumhur Fuqaha’ dari Mazhab Hanafi, al-Malikiyyah, pandangan sohih dari Mazhab Syafie dan
Hanabilah berpendapat berubat dengan suatu yang najis seperti arak adalah haram dan tidak
harus. Dalam konteks ini Prof. Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhayli berpandangan bahawa pada
asasnya, haram kita berubat benda yang najis atau haram.[ CITATION DrS172 \l 17417 ]

12
4.1.1 HUKUM PENGAMBILAN VAKSIN

Penduduk Malaysia pada tahun 2015 dianggarkan berjumlah 30 juta orang dan daripada
jumlah ini 60% adalah beragama Islam (Statistik 2014). Oleh yang demikian, rakyat Islam
Malaysia kebanyakannya sentiasa berasa ragu-ragu dengan kandungan vaksin yang diberikan
oleh kerajaan Malaysia samada sumbernya halal atau adakah kandungannya mengandungi
bahan bahan dari sumber yang haram. Ramai dari golongan yang ragu-ragu ini enggan
mengambil vaksin. Ramai juga golongan ibubapa yang ragu-ragu tahap halal vaksin ini enggan
memberi kebenaran kepada pihak hospital atau klinik kesihatan untuk diberi vaksinasi kepada
anak anak mereka.Hasil daripada keraguan ini kerajaan Malaysia telah mengarahkan supaya
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia mengeluarkan fatwa mengenai vaksin ini. Kebanyakan fatwa
seperti fatwa dari Majlis Fatwa Eropah dan Penyelidikan, Majlis Ulamak Indonesia, Majlis
Fatwa Kebangsaan Malaysia telah membenar dan mengharuskan penggunaan vaksin dalam
kalangan orang Islam.

Jelas disini ramai ulama bersependapat bahawa vaksin dibenarkan untuk kebaikan
sejagat. Berdasarkan fatwa dari segenap pelusuk dunia, kebanyakkan ulama berpandangan
bahawa vaksinisasi adalah satu keperluan untuk menjaga maslahat umat Islam. Penentangan
terhadap isu vaksin mestilah berasaskan kepada dalil Al-Quran dan As-Sunnah. Namun apabila
dilihat dari semua dalil secara umumnya menjuruskan bahawa menjaga nyawa adalah perkara
yang penting dalam Islam berdasarkan kepada asas Maqasid Syariah. Justeru asas penolakan
vaksin bukanlah terbit atau muncul dari kaedah atau asas Maqasid Syariah.Dari sudut negara
contohnya, Saudi Arabia mengenakan vaksin meningitis supaya jemaah haji tidak mendapat
bakteria meningitis yang membunuh jemaah saban tahun. Dari sudut masyarakat, vaksin dilihat
memberi perlindungan bukan sahaja kepada kanak kanak tetapi kepada orang dewasa juga.
Contoh virus rubella yang boleh menyebabkan masalah congenital rubella sindrom kepada bayi
yang lahir, dengan suntikan vaksin kepada orang dewasa ianya sekaligus mencegah carrier state
serta perpindahan virus kepada ibu mengandung.

13
Dari sudut individu, vaksin berfungsi melawan penyakit berjangkit supaya generasi yang
ada lebih kuat berdaya tahan melawan penyakit berjangkit serta tiada kesan sampingan dan
meningkatkan kadar mortaliti dan morbidi akibat wabak tersebut. Jelas disini terdapat banyak
kebaikan dengan adanya vaksin iaitu pencegahan penyakit berjangkit (wabak) daripada merebak
didalam komuniti walaupun ianya tidak mencecah pencegahan secara 100%.Rata-rata majlis
fatwa mengatakan ianya harus atas alasan kepentingan dan kebaikan vaksin dari sudut konsep
pencegahan. Namun begitu terdapat juga ulamak yang menolak hal ini seperti di Kano Nigeria;
natijahnya kes Polio di Kano meningkat secara mendadak.Vaksin boleh diklasifikasi sebagai
ubat yang digunakan untuk meningkatkan kekebalan badan manusia. Ini sesuai dengan hadis
“Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Allah turunkan ubat untuknya.” (HR A Hurairah).
Pengambilan vaksin termasuk dalam isu penjagaan yang disyariatkan oleh Islam. Vaksinasi ini
seumpama persediaan untuk menghadapi peperangan dengan musuh. Islam menyuruh untuk
umat Islam bersedia dengan secukupnya dalam menghadapi musuh Islam.Persediaan tersebut
mestilah apa yang terdaya diusahakan seperti alatan perang yang cukup dan tubuh badan yang
sihat.[ CITATION SIT15 \l 17417 ]

Oleh itu ramai ulamak berpendapat vaksinisasi juga mempunyai konsep yang sama dengan
isu menghadapi peperangan terhadap musuh Islam. Ia juga boleh diambil dalil dari sebuah hadis
Nabi Muhammad yang bermaksud “Sesiapa yang mengambil tujuh biji tamar ajwah, tidak akan
terkena racun dan sihir pada hari tersebut”. Hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa
perlu mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengelak jangkitan dan serangan penyakit
sebelum dari berlaku serangan tersebut.

Ibnu al-Arabi menjelaskan dalam perbincangan hadis ini, beliau mengatakan bahawa
seseorang yang dapat menjangkakan simptom-simptom penyakit, dan bimbang dijangkiti
penyakit tersebut, sesungguhnya diharuskan kepadanya untuk menghilangkan simptom tersebut
dengan melakukan rawatan, sesungguhnya menghilangkan sebab akan menghilangkan kesan-
kesannya. “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu dalam kebinasaan” – Al
Baqarah: 195. Di dalam Quran, ada menekankan segala perbuatan kita mesti tidak kearah
penyebab kepada kebinasaan. Jadi adanya vaksin adalah usaha kita mengelakkan kebinasaan atau
penyakit.Atas dasar kepentingan masyarakat Islam di Malaysia bagi memastikan produk vaksin
itu halal, semua vaksin telah melalui proses saringan, ujian, penyelidikan yang ketat, agar

14
selamat kepada pengguna sebelum sampai ke peringkat umum. Ini secara langsung perlu dilihat
dari struktur maqasid syariah (matlamat yang ingin dicapai demi kepentingan manusia) iaitu
menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.

4.1.2 HUKUM PENGGUNAAN VAKSIN

i) Jika di sana ada alternatif lain, maka tidak boleh menggunakan vaksin yang najis.
Ini kerana sabda Rasulullah SAW daripada Abu Darda’ R.Anhu yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia
telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua
berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara)
yang haram.

ii) Jika di sana tidak ada alternatif yang lain,ia dibolehkan kerana ia termasuk dalam
perkara darurat. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam hal ini. Kaedah
mudarat mengharuskan yang haram. Tetapi kaedah ini diikat dengan kaedah lain
iaitu mengambil darurat cukup yang perlu sahaja. Dalam penetapan hukum yang
melibatkan penggunaan konsep dharurah, terdapat beberapa syarat yang perlu
dipenuhi seperti berikut:
iii) Dharurah menyebabkan kemusnahan ke atas nyawa mahupun harta benda.
iv) Orang yang berada dalam keadaan dharurah itu tidak ada jalan yang lain
dibenarkan oleh syarak untuk mengelakkan kemudharatan itu. Contohnya
seseorang yang amat perlu untuk meminjam wang, maka ia mesti memilih
pinjaman tanpa riba’ kerana zaman ini sudah ada alternatif untuk melakukan
pinjaman dengan tidak menggunakan sistem riba’.
v) Orang yang dalam keadaan dharurah (terpaksa) itu mestilah berusaha tidak
memilih perkara yang terang-terang melanggar prinsip-prinsip asasi syariat Islam
dan usul akidah Islam, seperti haram ia memilih untuk berzina, membunuh,
memilih kufur dan mengambil hak orang lain kerana perkara-perkara berkenaan
pada hakikatnya adalah mafsadah (kerosakan). Ini bererti jika melepaskan
keadaan terpaksa itu tiada jalan yang halal, Cuma yang ada beberapa jalan yang

15
haram, maka ia mesti memilih mudharat yang lebih ringkas dan tidak terang-
terang melanggar perkara-perkara asasi dalam Islam.
vi) Ketika melepaskan keadaan dharurahnya seseorang itu mestilah sekadar
melakukannya kadar yang perlu sahaja, bukan untuk berselesa melakukan perkara
yang terlarang berkenaan berdasarkan kaedah keadaan dharurah diukur dengan
tingkatannya.
vii) Dalam isu tepaksa memakan ubat dari produk haram untuk menjaga kepentingan
nyawa, syarat tambahan yang perlu dipenuhi ialah pengambilan ubat berkenaan
hendaklah disyorkan oleh doktor yang dipercayai pegangan dan amalan agamanya
serta mempunyai kepakaran di samping terbukti tiada ubat lain yang halal untuk
diambil.[ CITATION DrS172 \l 17417 ]

4.1.3 ISU-ISU ANTI VAKSIN

Antara soalan yang sering diajukan adalah

i) Adakah vaksin (Rotavirus) mengandungi benda yang diharamkan seperti enzim


tripsin?
JAKIM bersama KKM telah bersama mengeluarkan kenyataan bersama berkenaan
penggunaan vaksin di Malaysia. Sedikit sebanyak keputusan ini telah melegakan
ramai ibubapa yang tidak mempunyai informasi yang tepat. Kita semua ingin vaksin
yang dihasilkan adalah halal. JAKIM telah memastikan dan memantau keadaan
pemprosesan vaksin dan bersetuju mengakui bahawa status vaksin di Malaysia adalah
halal (harus). Ini mungkin menggunakan pendekatan dharurat. Hanya terdapat
beberapa jenis vaksin sahaja seperti Rotateq yang difatwa tidak halal. Kita tidak boleh
menyatakan semua vaksin adalah haram. KKM pula telah memastikan segala proses
pembikinan dan penghasilan vaksin mengikut piawai yang ditetapkan. Ini melalui
proses yang lama seperti penyelidikan klinikal ke atas binatang dan manusia sebelum
dipercayai dan terbukti berkesan.

16
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata,
“Adapun najis, maka hukumnya dikembalikan kepada asalnya, iaitu benda najis
yang kotor, jika telah berubah hingga menjadi baik, maka dia seperti lainnya
yang berasal dari benda yang halal. Seperti misalnya ada darah atau bangkai
babi yang jatuh ke air tasik bergaram, lalu ianya menjadi garam yang halal
sebagaimana umumnya garam.”

Terdapat banyak percanggahan pendapat diantara ramai ulama diantara vaksin halal
dan haram dan ahkhirnya kesepakatan atau ijtihad para ulama di Malaysia
menyatakan vaksin adalah harus. Hukum harus (maka ianya adalah halal dan
dibolehkan) adalah berdasarkan muzakarah fatwa kebangsaan dan hasilnya kerajaan
memberi arahan program vaksinasi untuk berjalan di seluruh negara. Sebagai rakyat,
arahan ini tidak bercanggah dengan Islam serta arahan berupa program pencegahan
untuk kesihatan dan kemaslahatan umum. Jadi ianya tidak perlu ditentang atau
dihukum. Enzim binatang yang digunakan merupakan pemangkin yang melalui
proses ultrafiltrasi dan pencairan yang tidak bercampur dengan bahan ketika produk
akhir dihasilkan. Vaksin ini telah melalui proses saringan, pencucian dan
pembersihan secara total dan ianya harus untuk digunakan.[ CITATION DrS172 \l 17417 ]

ii) Adakah vaksin mempunyai kesan sampingan atau adverse effects?


Ya, memang benar vaksin ada kesan sampingan seperti masalah alahan atau
neurologi. Jika kesan begini berlaku maka ia perlu dilaporkan segera kepada pihak
farmakovigilan. Jika benar kesan sampingan vaksin yang tinggi dan berlaku mortaliti
atau morbiditi secara statistik, sewajarnya vaksin tidak diberikan atau diharamkan
pada populasi. Ini tidak berlaku di Malaysia atau di dunia sekalipun. Konsep qada’
qadar perlu disemai kepada masyarakat Islam amnya – iaitu mempercayai kita perlu
berusaha untuk pencegahan penyakit secara spesifik dan Allah menentukan
kejayaannya. Doktor biasanya mempunyai indikasi tertentu sama ada vaksin boleh
diberi atau di hentikan. Pesakit perlu letakkan konsep tawakkal pada Allah SWT
dalam segala perbuatan harian. Kita perlu timbang kebaikan dan keburukan vaksin.
Jika kebaikan melebihi keburukan, usaha murni begini adalah usaha untuk memasti

17
anak anak dan generasi kita selamat. Segala kesan yang berlaku (sama ada kesan dari
vaksin seperti allergi/alahan atau vaksin tidak dapat memberi pencegahan atau kesan
penyakit) adalah daripada Allah SWT dan kita perlu menjurus segala amal dan
pergantungan kita padaNya. Kita hanya berusaha dan Allah menentukan segala
perancangan.[ CITATION SIT15 \l 17417 ]

iii) Vaksin mengandungi babi dan adakah ia agenda Yahudi untuk menghancurkan
manusia?
Masalah dengan kebanyakkan golongan antivaksin atau pejuang siber adalah
mengambil petikan hujah secara sepatah-sepatah. Isu babi merupakan isu yang
sentitif dalam golongan masyarakat. Terdapat banyak jenis vaksin yang dihasilkan
untuk penyakit yang khusus di seluruh dunia.kementerian kesihatan Malaysia sebagai
badan pelaksana telah memilih vaksin tertentu sahaja untuk diberi kepada kanak-
kanak di Malaysia dan ia telah disahkan tidak mengandungi sebarang DNA babi.
Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa vaksin di dunia yang mengandungi bahan
enzyme tripsin babi tetapi ia bukanlah vaksin yang digunakan oleh kementerian
Malaysia. Dalam vaksin tersebut terdapat sejumlah enzim tripsin yang digunakan
untuk menstabilkan vaksin dan ia telah menjalani kaedah ‘pembersihan’ sehingga
sifat asalnya telah berubah. Enzim ini digunakan dalam satu peringkat penghasilan
vaksin dan kemudiannya ‘dibersihkan’ dan ‘dihilangkan’ sehingga tidak mengganggu
tahap proses produksi vaksin selanjutnya. Oleh kerana itu, enzim tripsin sebenarnya
tidak terdapat dalam produk akhir vaksin yang diberikan kepada manusia. Enzim
tersebut mengalami proses purifikasi sehinnga terpisah dari produk akhir vaksin.
Dalam erti kata lain, apabila produk akhir dihasilkan ia tidak lagi mengandungi
kandungan babi. [ CITATION BHO16 \l 17417 ]

18
5.0 KESIMPULAN

Islam adalah agama yang praktikal dan mudah. Jika kita meletakkan hukum haram ke
atas benda yang harus adalah seperti kita meletakkan umpama air yang boleh diminum di anggap
sebagai arak. Dalam pada itu jika kita berdepan dengan percanggahan hukum, kita mesti melihat
kelebihan dari aspek maqasid syariat (uruf) masyarakat dan maslahat masyarakat serta panduan
praktikal daripada ilmuan Islam dan pakar pakar perubatan. Sebagai ibubapa, kita semua ada hak
untuk memilih sama ada ingin memberi vaksin atau tidak kepada anak-anak kita, keputusan
ibubapa mencermin usaha murni untuk mencegah anak anak dan generasi akan datang daripada
penyakit berjangkit.

Perbezaan feqah tidak wajar menjadi perpecahan dan pertelagahan ummah kerana ianya
hanya merupakan cabang dalam Islam. Ruh begini diambil oleh Imam Syafie dimana beliau
menghormati ijtihad imam imam yang lain. Penyebaran berita yang negatif adalah salah, kerana
kerajaan dan pihak berkuasa telah memberi kata sepakat yang positif dalam isu vaksin, untuk
meleraikan kekusutan dan kebimbangan rakyat.

19
6.0 RUJUKAN

(n.d.). Retrieved from Program imunisasi di malaysia: http://www.mmgazette.com/program-imunisasi-


di-malaysia-lai-siew-shyuan/

Abdullah, D. S. (2017). Salah faham, mitos dan isu semasa dalam perubatan. selangor: Penerbitan kata
pilar .

ALAUI, S. A. (16 April, 2015). utusan online. Retrieved from utusan online web site:
m.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/salah-faham-tentang-suntikan-vaksin-1.81535

BH Online. (2016). Retrieved from BH Online new straits Times Press (M) Berhad:
https://www.bharian.com.my/node/168089

Khean, k. Y. (2013). Retrieved from http://www.mmgazette.com/anti-vaccination-movement-is-


misinformed

20

You might also like