You are on page 1of 3

Pernyataan Masalah

Komitmen organisasi guru tetap menjadi fenomena yang sangat dibincangkan


dalam tingkahlaku organisasi sekolah diperingkat KPM, JPN, PPD dan Pentadbir
sekolah amnya. Komitmen Organisasi diterjemahkan sebagai “kekuatan hubungan
identiti seseorang dengan melibatkan diri dalam sesebuah organisasi”(Mowday, Porter
& Steers, 1982). Kajian yang telah dikaji oleh Ibrahim, Mohammed Sani, Ghavifekr,
Simin, Ling, Sil, Siraj, Scedah, Azeez dan Mohd Ibrahim (2014) mendapati bahawa
motivasi inspirasi, rangsangan intelektual dan pertimbangan individu merupakan faktor
yang menyumbang ke arah komitmen dan pengekalan profesion perguruan. Komitmen
organisasi guru merupakan variabel penting yang perlu diberikan penekanan kerana
ianya merupakan pengekalan kukuh individu terhadap organisasi sekolah yang
matlamat akhirnya kearah kemenjadian para pelajar. Banyak kajian dijalankan dalam
negara Malaysia berkenaan komitmen pekerja namum kebanyakkan menjurus kepada
kesan akhir iaitu mencapai Visi dan Misi organisasi tersendiri, kajian berkenaan dengan
komitmen organisasi guru yang mengkaji secara mendalam perihal yang menjadikan
guru itu komited untuk mengekalkan dirinya dalam sesebuah organisasi sekolah kurang
dijalankan dalam iklim persekolahan di Malaysia.

Kaitan DV dan IV (Kepimpinan Transformasi VS komitmen Organisasi)

Pemimpin yang mempunyai hubungan yang baik dengan guru mampu


mendapatkan kerjasama yang optimum daripada guru untuk membantu mencapai
matlamat organisasi sekolah (Owen 1995; Hoy & Miskel 1996; Lunenberg & Ornstein,
2000). Konsep pengaruh gaya kepimpinan adalah luas, tetapi fokus perbincangan ini
tertumpu kepada bagaimana Guru Besar sebagai pemimpin dan pengurus sesebuah
institusi pendidikan dapat mempengaruhi komitmen organisasi guru-guru dibawah
Kepimpinan Transformasi. Menurut Deming, kualiti sesebuah organisasi datangnya
80% daripada pengurusan dan 20% daripada pekerja. Menurut Mohd.Yazid Deraman
dalam kajian beliau yang bertajuk “Kepimpinan yang berkesan boleh membawa
perubahan kepada tingkalaku kakitangan organisasi.” Kajian beliau mendapati bahawa
seorang pemimpin berkesan adalah pendorong dan peneraju organisasi yang
berkesan. Ia boleh mendorong kakitangan dan mengubah mereka kearah yang lebih
baik atau lebih hebat dan mencapai wawasan organisasi. Jelas sekali Kepimpinan
Transformasi mampu bertindak sebagai pemboleh ubah yang penting bagi komitmen
organisasi. Dalam kajian Norhayati, beliau yang bertajuk “Impak Psikologi Guru Hasil
Kepemimpinan Pengetua”, membuktikan bahawa pengetua dianggap sebagai individu
yang berkelayakan untuk mentadbir sekolah. Melalui kajian ini juga mampu dibuktikan
bahawa kepemimpinan pengetua adalah pengaruh utama pembentukan tahap
komitmen terhadap sekolah dan kepercayaan guru kepada sekolah.

Dalam kajian Awang Lokey & M. Hasani Dali (2016) menunjukkan perbezaan
skor min yang signifikan bagi variabel komitmen organisasi berdasarkan tahap
kelulusan akademik terhadap kepimpinan transformasional Guru Besar. Hasil ujian
ANOVA yang telah dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan skor min bagi variabel
komitmen organisasi berdasarkan tahap kelulusan, menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan skor min yang signifikan (F=3.04, p<0.05 bagi komitmen organisasi
berdasarkan tahap kelulusan akademik setiap guru. Isu ini selaras dengan dapatan
Horn-Turpin (2009) iaitu terdapat hubungan yang signifikan antara Kepimpinan
Transformasional guru besar dengan komitmen organisasi guru Pendidikan Khas di
Texan, Amerika Syarikat. Hasil kajian ini disokong dengan kajian Mojgan dan Ma’rof
(2012), kepimpinan transformasional guru besar mempunyai hubungan yang positif
dengan komitmen guru.

KAITAN IV DAN MODERATOR (Pengaruh Kepimpinan Transformasi DAN


Penggunaan Sumber Kuasa Guru Besar)

Amalan kepimpinan Transformasi wajar dipertingkatkan dalam kalangan


pentadbir sekolah kerana keberkesanannya dapat meningkatkan kecemerlangan
sesebuah sekolah (Kong Chung Bing, Mohd Izam Mohd Hamzah, 2017). Hallinger
(2003) turut menyatakan bahawa Kepimpinan Transformasi begitu penting dalam
proses transformasi sekolah kerana gaya kepimpinan ini efektif dari segi penggunaan
kuasa pentadbir kepada subordinat. Dalam usaha mengejar visi dan misi guru besar
masih menghadapi pelbagai rintangan dalam usaha memajukan sekolah, antaranya
kurangnya komitmen guru-guru terhadap organisasi sekolah khususnya menjayakan
visi dan misi sekolah keadaan ini menunjukkan guru-guru mula menujukkan trend yang
negatif dan tentangan terhadap organisasi pentadbiran sekolah (Abdul Rahim, 2007).
Maka penggunaan sumber kuasa yang efektif dapat memberi impak yang positif
terhadap organisasi sekolah (Short, Greer & Melvin, 1994). Kebolehan mempengaruhi
bergantung pada unsur penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang pentadbir
(Shuhadah Yaacob, 2000).

Sehubungan itu, bagi memastikan para guru mengekalkan komitmen organisasi


sekolah yang kompeten, guru besar perlulah menerapkan amalan kepimpinan
transformasi yang efektif dalam kepimpinannya memandangkan kepimpinan
transformasi merupakan cabang dalam urustadbir sekolah yang berkesan. Seterusnya
kajian ini juga meneroka dengan lebih lanjut berkaitan penggunaan sumber kuasa
pentadbir terhadap komitmen organisasi guru. Diharapkan kajian ini dapat mengisi
persoalan kajian-kajian sebelumnya.

You might also like