You are on page 1of 21

PRAKATA

Buku nota bersaiz poket atau “Pocket Book” bertajuk


Teknologi Penyelenggaraan Kebun Getah Dewasa
Untuk Pekebun Kecil ini diterbitkan bagi memudahkan
semua pihak yang terlibat membuat rujukan segera.
“Pocket Book” ini mengandungi teknologi-teknologi
berkaitan penyelenggaraan kebun getah iaitu
kawalan rumpai, pembajaan, penyakit-penyakit
dan serangga perosak utama tanaman getah.

Kandungan dalam “Pocket Book” ini adalah adaptasi


dan olahan semula dari buku Manual Teknologi
Penanaman Getah yang diterbitkan dalam tahun
2004 dan dicetak semula pada tahun 2007 serta
buku bertajuk Teknologi Perladangan Getah dan
Pemprosesan yang diterbitkan pada tahun 2009.

Lembaga Getah Malaysia berharap penerbitan


“Pocket Book” Teknologi Penyelenggaraan Kebun
Getah Dewasa Untuk Pekebun Kecil ini dapat
memberi maklumat dan menjadi panduan khususnya
kepada agen pengembangan dan pengguna-
pengguna lain ke arah membantu pekebun kecil
getah menghayati dan mengam alkan teknologi-
teknologi yang disyorkan untuk meningkatkan hasil
i
dan pendapatan mereka. Kepada semua penulis
buku Manual Teknologi Penanaman Getah dan buku
Teknologi Perladangan Getah dan Pemprosesan
sekali lagi diucapkan terima kasih. Secara tidak
langsung mereka telah menyumbang dalam proses
pemindahan teknologi. Terima kasih juga kepada
Unit Penyelidikan Pengembangan dan lain-lain pihak
yang terlibat dalam penerbitan “Pocket Book” ini.

Datuk Dr Salmiah Ahmad


Ketua Pengarah
Lembaga Getah Malaysia

Disember 2010

ii
SENARAI KANDUNGAN

Kandungan Muka Surat

Prakata i
Senarai Kandungan iii
Pendahuluan 1

KAWALAN RUMPAI DI KAWASAN


TANAMAN GETAH 1

Kebaikan Rumpai 2
Kesan-kesan Rumpai Kepada
Tanaman Getah 2
Kawalan Rumpai Di Kawasan
Getah Dewasa 3
Jenis Rumpai 3
Kaedah Mengawal Rumpai 5
Kekerapan Merumpai 9
Kaedah Penyemburan Racun Rumpai 10
Faktor-Faktor Mempengaruhi
Keberkesanan Penyemburan 13
Langkah-langkah Keselamatan
Bagi Penggunaan Racun Rumpai 13

PENUTUP
15

iii
SENARAI JADUAL

Jadual 1. Jadual Kawalan Rumpai


Dengan Semburan Racun Herba 7

Jadual 2. Racun Rumpai Bagi


Kawasan Getah Dewasa 8

Jadual 3. Kekerapan Merumpai


Bagi Tanaman Getah Dewasa 9

SENARAI RAJAH

Rajah 1. Jenis-Jenis Rumpai Di


Dalam Tanaman Getah 4

Rajah 2. Alat Penyembur Racun


dan Jenis Nozel 12

Rajah 3. Pekerja Meracun Lengkap


Dengan Pakaian dan Peralatan
Pelindung 15

iv
PENDAHULUAN

Penanaman getah mempunyai dua objektif utama, iaitu


untuk mencapai kematangan awal dan memperolehi
hasil yang maksimum. Semua tumbuhan termasuk
getah memerlukan sumber nutrien yang betul dan
mencukupi bagi membolehkan mereka membesar
ke tahap maksimum. Keperluan nutrien ini dapat
ditambah dengan pembajaan diberi pada kadar,
jenis dan masa yang betul. Sebelum dibaja, kawasan
perlulah dibersihkan daripada rumpai supaya baja
yang ditabur tidak sia-sia. Satu lagi perkara yang
menganggu pertumbuhan pokok getah adalah
penyakit pokok getah. Mengenal pasti jenis penyakit
yang betul perlu bagi membolehkan penggunaan
jenis racun dan kadar yang sesuai.

KAWALAN RUMPAI DI KAWASAN TANAMAN


GETAH

Rumpai adalah tumbuhan yang tidak dikehendaki


atau tumbuhan yang tumbuh di tempat yang tidak
sepatutnya ia tumbuh.

1
Kebaikan Rumpai

Kewujudan rumpai dalam ladang getah masih


diperlukan dan mempunyai beberapa faedah
antaranya:-

• Rumpai membantu mengurangkan hakisan


tanah dengan mengurangkan impak
langsung air hujan pada permukaan tanah.
• Rumpai menyejukkan permukaan tanah
dengan mengurangkan impak langsung
sinaran matahari pada permukaan tanah.
• Membantu mengekalkan kelembapan tanah.
• Menambah jirim organik tanah daripada
pereputan daun-daun.
• Membekalkan makanan untuk haiwan.
• Beberapa spesis rumpai digunakan dalam
perubatan tradisional.

Kesan-Kesan Rumpai Kepada Tanaman Getah

• Bersaing dengan tanaman getah untuk


mendapatkan cahaya, zat, air dan kawasan
pertumbuhan.
• Membantutkan tumbesaran pokok getah.
• Melambatkan pokok getah mencapai
kematangan.
2
• Menyukarkan kerja membaja dan kawalan
penyakit.
• Memberi perlindungan kepada makhluk
perosak tanaman getah.
• Menyebabkan kebakaran pada musim
kering.

Kawalan Rumpai Di Kawasan Getah Dewasa

Naungan dalam getah matang adalah lebih tinggi


berbanding getah muda. Oleh itu, pertumbuhan
semula rumpai selepas dikawal adalah lebih
lambat berbanding dalam kawasan getah muda.

Jenis Rumpai. Rumpai yang selalu didapati di


kawasan getah matang dan tua adalah dari jenis
pokok berkayu dan paku-pakis (Rajah 1).

Eleusine indica Ischaemum muticum Mikania micrantha


(Selaput Tunggul) (Rumput Kemarau) (Rumput Sambau)

3
Pennisetum Melastoma Clidemia Hirta
polystachion malabathricum (Akar Kala)
(Rumput Ekor (Senduduk)
Kucing)

Chromolaena Stenochlaena Nephrolepis


odorata palustris biserrata
(Pokok Kapal (Paku Miding) (Paku Anjing)
Terbang)

Rajah 1. Jenis-Jenis Rumpai Di Dalam


Tanaman Getah.

4
Kaedah Mengawal Rumpai

Mengawal rumpai di ladang perlu kerap dilakukan


supaya tidak mudah baginya untuk tumbuh semula.
Usaha seperti ini dapat mengurangkan kesan
saingan rumpai ke atas pokok getah.

Terdapat dua bidang di mana kawalan rumpai


diperlukan – rumpai yang tumbuh di kawasan antara
barisan dan rumpai yang hidup sepanjang baris
tanaman atau teres. Mengikut amalan, kawasan
antara barisan ditanam dengan kekacang penutup
bumi dan mengawal rumpai yang didapati tumbuh
dicelah-celah kekacang penutup bumi adalah
terhad. Untuk mengurangkannya daripada berlaku,
tindakan merawat benih kekacang sebelum ditanam
adalah disyorkan. Kawasan yang tidak ditanam
dengan kekacang penutup bumi sudah pasti
akan dipenuhi oleh rumpai yang memerlukan
pengawalan minimum. Rumpai seperti ini perlu
dikawal dengan menebas supaya ianya tidak
mencapai ketinggian 60 sentimeter.

Membersihkan rumpai di antara barisan secara


menyeluruh tidak digalakkan, terutamanya di lereng-
lereng bukit, kecuali bagi rumpai keras seperti Imperata
cylindrica. Rumpai yang tumbuh di baris tanaman
5
selebar dua meter atau teres memerlukan kawalan
maksimum. Ini boleh dilakukan secara manual dengan
cangkul atau semburan racun rumpai kimia. Pada
masa kini, kerja manual dengan mencangkul didapati
agak mahal dan lambat diusahakan. Tambahan pula,
pertumbuhan semula rumpai adalah sungguh cepat
oleh kerana tunggul-tunggul rumpai yang tinggal di
dalam tanah boleh mengeluarkan pucuk-pucuk baru
dalam beberapa hari sahaja. Kaedah ini boleh juga
merosakkan akar pokok getah dan dengan itu, ianya
tidak disyorkan.

Tempoh kesan kawalan dengan menggunakan


semburan racun rumpai adalah panjang, dan terdapat
beberapa kes di mana ianya mencapai sehingga tiga
bulan atau lebih. Akar pokok tidak terjejas dan kosnya
adalah lebih murah.

6
Di peringkat awal pertumbuhan pokok getah,
kawalan rumpai boleh dikatakan kerap, tetapi
ketika pokok bertambah tua, kekerapannya akan
berkurangan. Ini disebabkan oleh kesan naungan
pokok getah ke atas pertumbuhan rumpai (Jadual 1).
Jadual 1. Jadual Kawalan Rumpai Dengan
Semburan Racun Herba

Rumpai di
Garisan Rumpai di
Tahun Tanaman Antara Barisan
(Bilangan (Bilangan Pusingan)
Pusingan)

1 Empat ke enam Enam

2 Empat ke enam Empat

3 Empat Tiga
4 Empat Dua
5 Empat Satu

6 Tiga Satu

7 Dua Satu
8 Dua Satu
9 Satu -

Racun rumpai untuk digunakan mengikut jenis


rumput adalah seperti Jadual 2.

7
Jadual 2. Racun Rumpai Bagi Kawasan
Getah Dewasa
Kadar bagi
18 liter
Jenis rumpai Jenis racun rumpai Contoh nama Kadar
(Penyembur
dagangan sehektar
galas)

Campuran Glifosat isopropilamina Roundup 3.0 liter 120ml


Rumput dan (ipa)
Rumpai Daun Glufosinat ammonium Basta 15 3.3 liter 132 ml
Lebar
Kecil Glifosat ipa + 2,4-0 ipa Hat-Trick 3.0 liter 120ml
Fluroksipir + glifosat Starmix 1.5 liter 60ml
ipa
Glifosat ipa + Roundup + 1.5 60ml +
metsulfuron liter +
metil
Ally 200F 0.075 3g
kg

Rumput Kasar: Glifosat ipa Roundup 3.0 liter 120ml

Lalang, rumput Glifosat trimesium Touchdown 3.0 liter 120ml


ekor
kucing, rumput Assault
Imazapir 5.0 liter 200 ml
kemarau, dll 100A

Rumpai Berkayu: Triklopir Garlon 250 2.0 liter 80ml

Pokok kapal Starane 1.25


Fluroksipir 50ml
terbang, 200 liter
senduduk, akar Oicamba dimetilamina Banvel400 2.0 liter 80ml
kala,
Pikloram triisopranol
mempelas, dll. Tordon 101 2.0 liter 80ml
amina
+ 2,4-0 triisopranol
amina
Metsulfuron metil Ally200F 0.15 kg 6g

Paku-Pakis: Glufosinat ammonium Basta 15 6.0 liter 240 ml


Resam, paku 2,4-0
3.0
miding, paku 2,4-0 dimetilamina + Amine + 120ml+
liter +
anjing, natrium klorat Sodium 800 g
20 kg
resam ribu, dll chlorate

8
Kekerapan Merumpai

Beberapa faktor boleh mempengaruhi kekerapan


merumpai iaitu :

• Umur pokok getah dewasa (JaduaI 3).


• Kekerapan dan hujan lebat.
• Kaedah kawalan rumpai yang diamalkan.
• Jenis dan ketebalan rumpai.
• Jenis dan kadar racun rumpai yang
digunakan.

Jadual 3. Kekerapan Merumpai Bagi


Tanaman Getah Dewasa
Kekerapan merumpai
Umur pokok
dalam
(tahun) setahun (kali/tahun)
5 2
6 2
7 2
8 1
9 1
10 dan ke atas 1
Catatan : Mengandaikan pokok getah mencapai
dewasa pada umur 5 tahun selepas tanam.

9
Kaedah Penyemburan Racun Rumpai

Menyembur racun rumpai hendaklah dilakukan


mengikut sistem supaya kesan semburan dapat
menghapus rumpai sepenuhnya dan pada masa
yang sama mengelakkan pembaziran campuran
racun rumpai.

• Bagi semburan menyeluruh, kawasannya perlu


dibahagikan mengikut blok. Lebarnya adalah sekali
ganda lebar saiz semburan nozel, dan biasanya
adalah empat meter. Apabila menyembur rumpai di
alur tanaman atau di teres, penyembur hendaklah
berjalan sepanjang alur dan melepaskan semburan
pada masa yang sama. Sebuah pam galas
dengan muatan 18 liter yang dilengkapi dengan
nozel jet kipas untuk semburan menyeluruh dan
jet pembias untuk semburan alur tanaman boleh
digunakan (Rajah 2).

• Campuran racun boleh dibancuh dengan banyak


dalam drum 200 liter atau kuantiti kecil sebanyak
18 liter dengan menggunakan tin minyak tanah
yang mempunyai muatan 20-liter.

• Ketika membuat campuran racun rumpai, air


yang telah disukat hendaklah disediakan terlebih
dahulu.

10
• Sekiranya lebih daripada satu bahan kimia
digunakan, ianya perlu dilarutkan satu persatu
untuk mengelak terjadinya pemendakkan.

• C a m puran hendaklah selalu dikacau d a n


kemudiannya ditapis ketika dipindahkan ke dalam
pam sandang.

• Untuk mendapatkan keputusan yang baik,


penyemburan sepatutnya dilakukan pada awal
pagi atau lewat petang untuk mengelakkan
peruapan campuran kimia semburan.

• Kesan semburan ke atas rumpai adalah selama


dua hingga tiga bulan mengikut keadaan naungan.
Walau bagaimanapun, penyemburan semula
hanya dilakukan apabila kadar pertumbuhan
rumpai mencapai 60 peratus.

Mengawal rumpai dengan kimia bukan sahaja


mahal tetapi turut berbahaya kepada kesihatan
dan mengakibatkan pencemaran alam. Oleh itu,
penggunaannya perlu diminimumkan seperti.

• Apabila terdapat hanya sejenis rumpai yang


tumbuh di ladang, gunakan jenis racun rumpai yang
berkesan untuknya dan elak menggunakan
campuran racun rumpai biasa.

11
• Kadang kala, kekerapan menggunakan sesuatu
jenis racun rumpai untuk spesis rumpai tertentu
mungkin menyebabkan pengumpulan sesuatu
spesis yang rentan kepada racun tersebut.
Pemerhatian ke atas perkara ini perlu diteliti untuk
mengelakkan pembaziran.

Jenis alat penyembur galas. Alat penyembur jenis


galas selalunya diperbuat daripada tembaga, keluli
atau plastik.

Jenis Nozel. Nozel juga ada berbagai jenis nozel


iaitu jenis kipas, kon dan pembias dengan berbagai
saiz. Nozel jenis kipas atau pembias sesuai untuk
meracun di lorong pokok getah dan nozel jenis
kon untuk semburan rumpai berkelompok atau
setempat.

Alat penyembur Jenis-jenis nozel


racun jenis galas
Rajah 2. Alat Penyembur Racun
dan Jenis Nozel.
12
Faktor-Faktor Mempengaruhi Keberkesanan
Penyemburan

• Alat penyembur dan nozel yang


bersesuaian dan dalam keadaan baik.
• Tekanan pam yang sesuai.
• Kepantasan perjalanan yang berpatutan.
• Kerataan penyemburan racun rumpai.

Biasanya kadar isipadu air yang diperlukan adalah


kira-kira 450 liter sehektar keseluruhannya jika
menggunakan nozel 5/64 inci.
Langkah-Langkah Keselamatan Bagi Pengguna
Racun Rumpai

• Simpan racun di tempat berkunci dan jauh


daripada bahan makanan dan kanak -kanak.
• Baca label dengan teliti sebelum mengguna-
kan racun.
• Gunakan pakaian dan peralatan pelindung
apabila menyedia dan menyembur racun.
• Pastikan alat penyembur berkeadaan baik.
• Jangan menyembur racun bertentangan
dengan angin.
• Jika nozel tersumbat, basuh dengan air dan
gunakan anak mancis atau ranting kecil
13
yang ditajamkan dan jangan ditiup atau
menggunakan dawai.
• Jangan merokok, makan atau minum
semasa meracun.
• Jika racun terkena kulit, basuh segera
dengan air bersih.
• Jika racun terkena pakaian, tanggalkan
pakaian berkenaan dan cuci bahagian
badan yang terkena racun serta cuci
pakaian tersebut dengan segera hingga
bersih.
• Jika racun terkena mata, cuci segera
dengan air bersih sekurang-kurangnya
lima belas minit.
• Bekas racun yang tidak dipakai lagi
hendaklah dibasuh tiga kali dan
dirosakkan sebelum ditanam di tempat
yang sesuai.
• Jumpa doktor jika berasa tidak sihat.

14
Rajah 3. Pekerja Meracun Lengkap Dengan Pakaian
dan Peralatan Pelindung.

PENUTUP

Buku nota bersaiz poket ini memaparkan teknologi-


teknologi penyelenggaraan kebun getah dewasa
untuk pekebun kecil, terutamanya teknologi
berkaitan kawalan rumpai, pembajaan, penyakit-
penyakit utama dan serangga utama perosak getah,
iaitu anai-anai. Pengurusan kebun kecil getah yang
efisien dapat mengoptimumkan pengeluaran
hasil dan seterusnya menjamin kesejahteraan
pekebun kecil getah pada amnya.

15

You might also like