You are on page 1of 8

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KULIAH MINGGU 3.0


SKGP5104
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DAN SISTEM KEADILAN JENAYAH

Edaran Dalaman Sahaja


Shamsuddinbinsuhor
Ringkasan Kuliah

TAJUK: POLIS DAN RINGKASAN SEJARAH


(POLIS; SIAPA POLIS; POLIS DAN UNDANG-UNDANG ).

POLICE

Meaning of “police” in the English Dictionary

the official organization that is responsible for protecting people and property,
making people obey the law, finding out about and solving crime, and catching
people who have committed a crime:

an official force whose job is to maintain public order, deal with crime, and make


people obey the law, or the members of this force:

pəˈliːs/
noun
1. 1.
the civil force of a state, responsible for the prevention and detection of crime and the
maintenance of public order.
"local people have lost faith in the police"
synonyms police force, police officers, policemen, policewomen, officers of the law, the forces
: of law and order, law enforcement officers, law enforcement agency; More
o

verb
1. 1.
(of a police force) have the duty of maintaining law and order in or at (an area or event).
"a ten-point plan to improve policing"
synonyms maintain law and order in, keep the peace in, keep guard over, keep watch on, watch
: over, guard, protect, defend, patrol, make the rounds of More

SEJARAH
Sejarah kepolisan di Malaysia bermula dengan termaktubnya Piagam Keadilan di Pulau Pinang
pada 1807. Sungguhpun demikian, peranan kepolisan telah bermula sejak awal lagi, iaitu pada
zaman kesultanan Melayu di mana wujudnya undang-undang dan penguatkuasaan undang-
undang tersebut. Undang-undang yang wujud pada zaman tersebut lebih menjurus kepada
undang-undang adat ataupun undang-undang syariah sementara penguatkuasaan dijalankan
oleh institusi Temenggong serta para hulubalang. 

 Polis di bawah Kesultanan Melaka


 Melaka di bawah Portugis dan Belanda
 Polis Pulau Pinang
 Melaka di bawah British
 Sejarah Polis Singapura
 Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat
 Pasukan Polis Perak
 Pasukan Polis Selangor
 Pasukan Polis Pahang
 Pasukan Polis Negeri Sembilan
 Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
 Pasukan Polis Johor
 Pasukan Polis Kedah
 Pasukan Polis Perlis
 Pasukan Polis Kelantan
 Pasukan Polis Terengganu
 Pasukan Polis Sarawak
 Pasukan Polis Sabah
 Pendudukan Jepun dan Keruntuhan Pasukan Polis (1942-1945)
 Civil Affairs Police (CAPF) 1945-1948
 Pasukan Polis Malayan Union 1946-1948
 Zaman Gray
 Darurat (1948 - 1960)
 Rundingan Damai Baling
 Jungle Squad
 Jeneral Sir Gerald Temler & Col. Arthur E. Young
 Polis Wanita
 Penganugerahan Diraja
 Malayanisasi
 Pengurniaan Panji-Panji Polis Diraja Persekutuan
 Peristiwa 13 Mei
 Pemberontakan Bersenjata Komunis Ke-2
 Perbarisan Tamat Darurat
 Bukit Kepong
 Sistem Salleh 
Polis di bawah Kesultanan Melaka

Dalam setiap peradaban sesuatu bangsa terdapat badan penguatkuasa yang


melaksanakan undang-undang dan peraturan masyarakat dan negara. Sejarah kepolisan
di Malaysia bermula dengan sejarah kegemilangan kesultanan Melayu. Tidak dapat
dinafikan bahawa telah wujud institusi pegawai yang mempunyai fungsi-fungsi polis sejak
Kerajaan Hindu Majapahit dan Empayar Buddha Sri Vijaya. 

Walaupun wujud rekod-rekod mengenai peraturan dan undang-undang tetapi perincian


tidak banyak diperolehi. Melaka adalah sebuah kerajaan Melayu yang tertua. Semasa
ketiadaan Sultan Melaka, Bendahara mempunyai kuasa mutlak untuk menjatuhkan
hukuman. Temenggung pula bertindak sebagai pegawai. Adalah menjadi tugasnya untuk
menangkap penjenayah, membina penjara dan melaksanakan hukuman-hukuman. Selain
Temenggung, para Penghulu juga mempunyai "pasukan polis" masing-masing. Tugas
utama pasukan ini adalah memungut cukai  dan penguatkuasaan undang-undang dan
menjaga keselamatan kampung.
Sistem yang wujud di Melaka mungkin diikuti oleh negeri-negeri Melayu yang lain. Sebuah
"digest" undang-undang yang disusun untuk Abd Al Ghafur Muhaiyud Din Shah - Sultan
Pahang (1592-1614) - meriwayatkan bahawa Temenggung yang dilantik oleh raja
dipertanggungjawabkan untuk menjaga pelabuhan, menyelesaikan masalah jenayah,
pasar, jalan, pekan, timbangan dan sukatan. Temenggung yang  mempunyai seorang
pengawal peribadi, dikehendaki mengawasi pemeriksaan penjara, berlaku adil, mencari
pengikut-pengikut yang amanah dan berunding dengan rakan-rakan sejawat   Itulah
gambaran umum yang dapat kita lihat menerusi rekod-rekod yang ada, mengenai  sistem
pentadbiran undang-undang klasik Melayu.

 Sistem Salleh
Pondok Polis Sistem Salleh

Tun Salleh Ismail, Ketua Polis Negara Ke 2 Pengasas Sistem Salleh

Sistem Salleh ialah satu konsep yang dikemukakan oleh Tun Salleh
Ismail, Ketua Polis Negara Kedua dalam usaha untuk meningkatkan
keberkesanan tindakan membasmi jenayah dengan melibatkan orang
ramai secara langsung. Sistem mencegah jenayah sebelum itu tidak
begitu berkesan, dan ini ternyata apabila memerhatikan kepada
peningkatan kejadian jenayah dalam pertengahan tahun 1960-an
yang agak membimbangkan.
Pada bulan September, 1967, Cawangan Penyelidikan dan Perancangan PDRM telah merangka
dan menyusun satu konsep baru yang dinamakan "Sistem Salleh", iaitu sebagai mengambil
sempena nama Ketua Polis Negara pada masa itu Tun Salleh Ismail.

Untuk menguji keberkesanan sistem ini, ia telah cuba dilaksanakan di Petaling Jaya pada bulan
Februari, 1968. Percubaan ini ternyata berkesan dan berjaya menurunkan kadar jenayah di
kawasan Petaling Jaya. Arahan dikeluarkan pada 7hb. Jun, 1968 menerusi Perintah Pasukan
PDRM supaya sistem ini dilaksanakan di semua Kontinjen.

Tujuan utama rancangan ini ialah untuk melatih anggota polis supaya lebih bertanggungjawab
dan boleh diterima oleh orang ramai sebagai sahabat. Dengan demikian sistem ini diharapkan
menukar corak anggota polis supaya insaf bahawa perkhidmatan mereka amat diperlukan dan
mereka adalah seorang pengawai penguatkuasa undang-undang.

Arahan itu juga menjelaskan dengan terperinci tujuan-tujuannya, iaitu:

 memupuk perasaan orang ramai melalui cara berdampingan dengan orang-orang yang
menjalankan beat supaya mendapat kepercayaan;

 memberi bantuan dengan segera kepada orang ramai dengan cara bersedia ke atas
panggilan bantuan dan menerima pengaduan-pengaduan;

 memudahkan kerja dengan  menambah dan memperbaiki aliran maklumat;

 menyediakan satu sistem yang menarik dengan tujuan melindungi atau mengurangkan
kadar jenayah.

 menanam semangat kepada pegawai-pegawai polis berhubung dengan tugas-tugas


mereka dengan cara menyatukan pengetahuan yang didapati; 

Pondok Polis Sistem Salleh


Pondok Jalan Gurney Kuala Lumpur 

Sistem ini dilaksanakan dengan cara:

1. Setiap kawasan balai polis dibahagikan kepada patrol, sektor, ward dan zon dengan garis
sempadan yang jelas menunjukkan di mana letaknya kawasan itu, faktor-faktor persaingan, luas
dan sebagainya. Satu beat atau lebih; atau satu patrol atau lebih atau satu beat dan satu patrol
boleh dijadikan satu sektor. Dua sektor atau lebih menjadi satu ward. Dua ward atau lebih
menjadi satu zon.

2. Pegawai-pegawai, Anggota Pangkat Rendah dan konstabel diberi tanggungjawab di atas


kawasan-kawasan tertentu untuk membolehkan mereka faham kawasan masing-masing dan
bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian yang berlaku akibat kecuaian polis.

3. Setiap zon di bawah pengawasan pegawai dan Anggota Pangkat Rendah yang menjaga
ward. Pegawai zon pula bertanggungjawab kepada Ketua Polis Daerah.

4. Anggota Pangkat Rendah/Konstabel yang dipilih mengawal dan menjalankan tugas beat;
patrol dan sektor akan ditempatkan sekurang-kurangnya 12 bulan untuk membolehkan mereka
mengetahui selok-belok kawasan dan penduduk-penduduknya.

5. Pegawai-pegawai, Anggota Pangkat Rendah dan konstabel dikehendaki mengkaji,


berkenalan dan berhubung mesra dengan penduduk kawasan masing-masing untuk mewujudkan
keyakinan orang ramai terhadap mereka. Mereka juga mesti berusaha mengumpulkan sebarang
maklumat mengenai kawasan masing-masing.

6. Kalau boleh, pegawai-pegawai, Anggota Pangkat Rendah dan konstabel akan tinggal di
dalam kawasan masing-masing dan bergerak di kawasan mereka.

7. Dengan adanya pengetahuan yang lengkap tentang setiap penduduk dalam kawasan
masing-masing, sebarang kejadian akan mudah dikesan.

8. Dengan pengetahuan itu juga akan mewujudkan keyakinan dan keselamatan anggota-
anggota polis untuk menjalankan tugas-tugas mereka.
9. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh anggota-anggota polis dikawasan
masing-masing akan mempertingkatkan lagi kecekapan dan mewujudkan sikap
bertanggungjawab di kalangan anggota.

Untuk mewujudkan dan melaksanakan sistem tersebut sepenuhnya, iaitu sebelum dituju
kawasan-kawasan beat, patrol, sektor dan ward kajian yang teliti telah dibuat dari berbagai segi
kedudukan, keluasan, jumlah penduduk dan pecahan bangsa, kadar jenayah, kongsi gelap, peta,
sensitiviti sesuatu kawasan sejarah (pengaduan/perseteruan antara puak), situasi politik serta
kegiatan subversif.

Operasi Sistem Salleh itu diperkemaskan dengan adanya rondaan beat biasa (termasuk jalan
kaki, berbasikal atau bermotorsikal) rondaan berkereta (Mobile Patrol Vehicles)  Anggota-anggota
yang membuat ronda dibekalkan dengan Walkie-talkie bagi memudahkan mereka menghubungi
atau supaya dapat bergerak dan bertindak dengan pantas apabila berlaku sesuatu kejadian yang
tidak diingini.

Sistem Salleh mewujudkan beat pondok polis di bandar atau di kampung-kampung di seluruh
negara. Pondok-pondok polis diwujudkan di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti
keperluannya seperti di kawasan-kawasan kawasan yang sering dikunjungi oleh orang, kawasan
perumahan dan juga kampung-kampung yang dipilih.

Kehadiran anggota polis akan mewujudkan keyakinan orang ramai terhadap polis. Hubungan
yang baik antara kedua pihak akan memupuk sikap saling memahami akan masalah masing-
masing. Dengan cara itu kerjasama dan sokongan ramai kepada polis terutama dalam usaha
mencegah jenayah dapat ditingkatkan lagi dari masa ke semasa.

Pondok-pondok polis ini biasanya diketuai seorang anggota berpangkat koperal dan dua
konstabel. Bagi memastikan kelancaran sistem ini, maklumat diwujudkan dan digerakkan di
setiap balai. Bilik ini diperlengkapkan dengan pelbagai maklumat bagi memudahkan anggota
polis menjalankan tugas rondaan dan beat, antaranya:

1. peta kawasan

2. rekod-rekod kesalahan, jenis kesalahan, `modus operandi' jenayah, butir-butir peribadi


orang yang disyaki, tempat-tempat yang selalu berlaku kejadian jenayah dan sebagainya.

3. maklumat-maklumat lain yang dirasakan perlu.

Keberkesanan Sistem Salleh dalam mengekang, mengawal dan membasmi jenayah tidak dapat
dinafikan. Keyakinan orang ramai terhadap PDRM semakin meningkat. Pada tahun 1968 Tun Abd.
Razak, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam
Negeri berjaya melibatkan kerjasama orang ramai.

Dilihat dari aspek hubungan polis dengan orang awam, Sistem Salleh juga berjaya mewujudkan
satu situasi di mana orang awam tidak lagi menganggap polis sebagai satu institusi yang
ditakuti, malah sebagai kawan yang memberi pertolongan bila diperlukan.
Wujudnya hubungan baik polis-orang ramai, akan memudahkan pihak polis melakukan tugasnya
sebagai pegawai keamanan dan keselamatan negara.

Pondok Polis Changkat Thambi Dollah, Kuala Lumpur

Pondok Polis Kampung Chendana, Kuala Lumpur

 Pondok Polis Hospital Besar, Kuala Lumpur


 Pondok Polis Jalan Campbell, Kuala Lumpur

SUMBER RUJUKAN:
LAMAN SESAWANG PDRM MAC 2018

You might also like