You are on page 1of 10

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN

MALAYSIA KUCHING
(KESIHATAN AWAM),

SARAWAK.

DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN (T2S1)

LAPORAN AMALI PEMERIKSAAN PREMIS

RESTORAN AVS SDN. BHD.

DKP25

(KPKM 2114)

KUMPULAN 3(A)
NAMA AHLI KUMPULAN

No NAMA NO.MATRIK
1 FERNANDEZ DUIT AK FREDERICK BPPKP2017-0930
2 EXERVIEN STEPHEN BPPKP2017-0929
3 FILEMON BIN MADIM BPPKP2017-0931
4 ELVYNNA TIARA EYNU ANAK BPPKP2017-0928
RICHARD EDDIE
5 SHERMAN TRINSES AK ADRIAN BPPKP2017-0958
6 FRANK STOPYRA AK JOHN BPPKP2017-0932
ISI KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN BIL. MUKA SURAT


1 PENDAHULUAN 1
2 HASIL KAJIAN 1
3 TINDAKAN 1
PEMBETULAN
4 RUMUSAN 1
5 LAMPIRAN 3
i. Gambar

PENDAHULUAN
Pada 17 April 2018, pelatih ILKKM Kuching (KA)
Diploma Kesihatan Persekitaran Tahun 2 Semester 1
telah menjalani amali pemeriksaan premis makanan di
Serian. Pemeriksaan premis bagi kumpulan 3(A) telah
dilakukan di Restauran AVS Sdn. Bhd. yang beralamat
Lot 649, Serian Town District, Serian Bypass, 1534
Square Meters. Kumpulan 3(A) tersebut mempunyai ahli
seramai 6 orang pelatih dan telah diketuai oleh PPKP
U29, Encik Francis Dick. Sebelum pemeriksaan
dilakukan, kami telah diberi taklimat mengenai cara-cara
memberi pemarkahan berdasarkan borang (Borang
Pemeriksaan Premis Makanan Berasaskan Risiko) yang
disediakan. Terlebih dahulu, kami menerangkan tujuan
kedatangan kami kepada pemunya restoran iaitu amali
pemeriksaan premis makanan dimana amali ini
mendedahkan pelatih kepada situasi sebenar dalam sesi
pemeriksaan premis. Dalam membantu memudahkan
proses pemeriksaan premis tersebut, pemunya premis
memberi sedikit maklumat tentang latarbelakang
restoran itu yang mempunyai 8 orang pekerja tempatan
dan beroperasi selama 12 jam dalam sehari iaitu
bermula dari pukul 6 pagi hingga 6 petang.

HASIL KAJIAN
NO PERKARA SEBAB
1 Lantai yang sesuai dan Terdapat jubin yang retak dan
berkeadaan baik (5) pecah.
2 Pakaian perlindungan diri Pengendali makanan yang
pengendali makanan (11) berselipar.
3 Fasiliti dan kaedah Terdapat pinggan dan gelas
pembersihan peralatan (15) yang retak.
Mencuci perkakas
menggunakan air takungan
yang sama.
4 Tandas yang mencukupi dan Tiada bekalan air.
berkeadaan baik/berfungsi
(21)
5 Kemudahan mencuci tangan Tiada bekalan air.
(23) Tidak menyediakan tisu.
6 Kawalan makhluk perosak Terdapat urungan lalat.
yang efektif (26) Terdapat lipas di celah-celah
pinggan.

TINDAKAN PEMBETULAN
NO CADANGAN RUJUKAN (PPKM 2009)
1 Menutup rekahan dengan P18(a) Dikekalkan dalam keadaan
simen atau menggantikan baik,mudah, dibersihkan dan jika
jubin yang retak. perlu dinyahjangkitkan.
2 Memastikan pengendali P32(b) Baju luar yang bersih,
serta pekerja menggunakan sesuai, apron berwarna cerah,
pakaian perlindungan diri penutup kepala, BERKASUT.
yang lengkap.
3 Membuang dan P35(1)(b) Semua perkakas
menggantikan pinggan dan hendaklah dikekalkan dalam
gelas yang rosak. keadaan baik.
4 Pastikan ada bekalan air P28(2)(a) Disediakan dengan air
yang mencukupi. yang mengalir
5 Pastikan ada bekalan air P27(2)(a) Dibekalkan dengan air
yang mencukupi. mengalir yang mencukupi
Menyediakan tuala lap P27(2)(c) Disediakan dengan tuala
tangan/ tisu secukupnya. kertas atau pengering tangan
automatik
6 Pastikan premis sentiasa P16(1) Pemunya hendaklah
dalam keadaan bersih. mengekalkan premis bebas
daripada mana-mana perosak

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, keadaan Restoran AVS SDN.


BHD. berada di tahap kebersihan yang memuaskan.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang
diberi dimerit namun perkara-perkara ini dapat
diselesaikan sekiranya PPKP mencadangkan tindakan
pembetulan yang harus dilakukan dan pemunya kedai
serta pekerja-pekerja saling bekerjasama untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Tahap kebersihan
restoran ini perlu dikekalkan dan boleh
dipertingkatkan lagi demi keselesaan pelanggan dan
kebersihan makanan. Peratusan markah keseluruhan
bagi pemeriksaan restoran tersebut berada di tahap
yang tinggi iaitu 82.8% dimana ianya memenuhi
standard kebersihan premis. Selain itu, pemunya dan
pekerja tersebut memberi kerjasama yang sangat baik
dan memberi maklumat tanpa bantahan bagi
memudahkan proses pemeriksaan premis.

LAMPIRAN
Borang Pemeriksaan Premis Makanan
Keadaan singki yang tidak mempunyai tisu
atau kain bersih.

Terdapat lipas pada piring.


Terdapat pinggan mangkuk yang retak.

Keadaan gelas yang retak.

You might also like