You are on page 1of 16

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG

MATANG PADAWAN,
93050 KUCHING, SARAWAK

KERTAS KERJA PENUBUHAN


KELAB REKREASI DAN PENGURUSAN
SK TEMENGGONG
2019
1.0 PENGENALAN

Penubuhan Kelab Rekreasi dan Pengurusan merupakan suatu inisiatif kearah


pembinaan dan pembentukan aktiviti dan pengurusan yang berkualiti dalam
mengurus dan mengadakan aktiviti untuk guru-guru sekolah dan staf sokongan di
Sekolah Kebangsaan Temenggong.

Penubuhan kelab ini pada dasarnya adalah untuk memudahkan guru merancang
dan mengurus aktiviti-aktiviti dan pada masa yang sama dapat mengurus dan
merancang pembelanjaan untuk kegunaan perbelanjaan dalam aktiviti-aktiviti staff.
Di samping itu, penubuhan kelab ini juga ingin memudahkan urusan kerjasama
dengan organisasi-organisasi luar dalam mengadakan kerja sama aktiviti di dalam
sekolah dan di luar sekolah.

2.0 MATLAMAT PERSATUAN

Memberi peluang kepada guru-guru dan staf untuk mengembangkan potensi


secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek perkhidmatan dan pengurusan
seterusnya menjadikan Kelab Rekreasi dan Pengurusan sebagai medium penting
dalam membentuk modal insan yang berkompeten selaras dengan matlamat
Wawasan 2020 yang menjadi teras pembangunan kemajuan negara Malaysia.

3.0 OBJEKTIF PERSATUAN

3.1 Memenuhi saranan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua warga


pendidik dalam mewujudkan insan yang kreatif dan juga berinovatif.
3.2 Memberi pendedahan kepada para guru dan staff tentang cara menguruskan
sesuatu organisasi dan kaedah berurusan dengan pihak-pihak luar.
4.0 PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI PERSATUAN

4.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.


4.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.

5.0 SUMBER KEWANGAN

5.1 Persatuan juga boleh memperolehi sumber kewangan melalui aktiviti


seperti jualan air dan sebagainya.
5.4 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan
besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
5,5 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam akaun yang
akan disediakan oleh bendahari.
5.6 Pengeluaran wang berjumlah melebihi RM 499.99 memerlukan
persetujuan dua per tiga ahli-ahli.
5.7 Pengeluaran wang yang kurang daripada RM 500.00 tetapi melebihi RM
199.00 hanya perlu mendapat persetujuan AJK tertinggi.
5.8 Bendahari hanya boleh membuat pengeluaran wang di bawah RM 200.00
sahaja dengan kebenaran pengerusi.
5.9 Penyata kewangan akan diaudit dan diedarkan bagi setiap tahun berakhir
pada akhir tahun.
6.0 AHLI JAWATANKUASA

CADANGAN JAWATANKUASA KELAB REKREASI DAN PENGURUSAN

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG

JAWATANKUASA KELAB

Pengerusi :

Naib Pengerusi :

Setiausaha :

Bendahari :

AJK :

1.

2.

3.

4.

7.0 PENUTUP

Penubuhan Kelab ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh semua murid dan
guru-guru. Kewujudan kelab ini melambangkan pemuafakatan yang terjalin . Pihak
jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya dan sepenuh hati berusaha agar segala aktiviti
kelab ini dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan pengurusan yang lebih tersusun.
Semoga atas usaha ini, Allah akan memberkahi dan memberikan rahmat serta keredhaan dari-
NYA di dunia dan akhirat. Insya Allah.
Di Sediakan oleh: Di Sahkan oleh:

…………………………………………. …………………………………………
SUHAIMI BIN HJ HEEP
Guru Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Temenggong Sekolah Kebangsaan Temenggong
Perlembagaan Kelab Kembara & Rekreasi Luar
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

PERKARA 1 NAMA DAN ALAMAT


1.1 Nama Persatuan : Kelab Kembara & Rekreasi Luar
1.2 Alamat : Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Behor Pulai,
01000
Kangar, Perlis

PERKARA 2 MATLAMAT
2.1 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
seterusnya menjadikan Kelab Kembara & Rekreasi Luar sebagai medium
penting dalam membentuk modal insan yang berkompeten selaras dengan
matlamat Wawasan 2020 yang menjadi teras pembangunan kemajuan negara
Malaysia.

PERKARA 3 OBJEKTIF

3.3 Memenuhi saranan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua


IPTA/IPTS/IPG dalam mewujudkan insan yang kreatif dan juga berinovatif.
3.4 Memberi pendedahan kepada para guru pelatih tentang cara menguruskan
sesuatu organisasi dan kaedah berurusan dengan pihak-pihak luar.
3.5 Pergerakan Kelab Kembara & Rekreasi Luar yang didaftarkan di bawah nama
IPG Kampus Perlis mampu mengharumkan nama IPG Kampus Perlis sebagai
sebuah IPG yang menyokong kebitaraan sukan dalam kalangan warga
kampusnya.
3.6 Penubuhan kelab ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kefahaman
para
guru pelatih terhadap kepentingan pengetahuan dan penglibatan dalam
kokurikulum. Ia juga dapat membina kualiti peribadi dan nilai sebagai seorang
guru dan juga bakal guru.

PERKARA 4 KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
4.3 Ahli – ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan aktif bagi menjayakan objektif kelab ini.

PERKARA 5 PENSYARAH PENASIHAT


5.1 Pensyarah Penasihat adalah terdiri daripada pensyarah IPG Kampus
Perlis.
5.2 Pensyarah Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau
membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu

PERKARA 6 AHLI JAWATANKUASA


6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang
tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli
jawatankuasa.
6.3 Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh Pensyarah Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.
6.4 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar
surat perletakan jawatan kepada Pensyarah Penasihat.
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri :-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Ahli Jawatankuasa ( Bilangan bergantung keperluan )

PERKARA 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA


7.1 Pengerusi
7.7.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.
7.7.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat
dari masa ke semasa.
7.7.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan dengan
baik.
7.7.5 Menyemak/membaiki draf minit mesyuarat yang baru (jika ada).
7.7.6 Menurunkan tandatangan untuk disahkan minit mesyuarat yang lepas.

7.2 Naib Pengerusi.


7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang
diberi.
7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat
dari masa ke semasa.

7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli-ahli.
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat
dari masa ke semasa.
7.3.6 Menyediakan surat mohon sumbangan (jika ada).
7.3.7 Menyediakan tempat mesyuarat.
7.3.8 Menurunkan tandatangan di minit mesyuarat yang lepas.

7.4 Penolong Setiausaha


7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat
dari masa ke semasa.
7.4.4 Membantu menyediakan tempat mesyuarat.

7.5 Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab/persatuan
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab atas kesahihannya.
7.5.3 Menyediakan Penyata kira-kira/kewangan bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat
ahli jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung atau mesyuarat jawatankuasa.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat
dari masa ke semasa.
7.5.7 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.

7.6 Ahli Jawatankuasa


7.6.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
7.6.2 Mempengaruhi biro sekiranya dilantik.
7.6.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah Penasihat
dari semasa ke semasa.
7.6.4 Membantu setiausaha menyediakan tempat mesyuarat.

PERKARA 8 KEWANGAN

8.1 Setiap ahli diwajibkan membayar yuran RM 1.00 bagi setiap bulan.
8.2 Jumlah bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan
2/3 ahli semasa mesyuarat agung tahunan.
8.3 Persatuan juga boleh memperolehi sumber kewangan melalui aktiviti.
8.4 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar
boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
8,5 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam akaun yang akan
disediakan oleh bendahari.
8.6 Pengeluaran wang berjumlah melebihi RM 499.99 memerlukan persetujuan dua
per tiga ahli-ahli.
8.7 Pengeluaran wang yang kurang daripada RM 500.00 tetapi melebihi RM 199.00
hanya perlu mendapat persetujuan AJK tertinggi.
8.8 Bendahari hanya boleh membuat pengeluaran wang di bawah RM 200.00 sahaja
dengan kebenaran pengerusi.
8.9 Penyata kewangan akan diaudit dan diedarkan bagi setiap tahun berakhir pada
akhir tahun.

PERKARA 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1 Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat agung


9.2 Sekiranya tidak dapat menghadiri hendaklah menulis surat kepada pengerusi
kelab.
9.3 Ahli yang belum menjelaskan tunggakkan yuran tahun sebelumnya tidak boleh
menyertai semua naktiviti yang dianjurkan oleh kelab pada tahun semasa.

PERKARA 10 AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung tahunan atau
mesyuarat ahli jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.
10.3 Semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab boleh disertai oleh semua ahli kecuali
Ahli-ahli seperti yang dinyatakan dalam PERKARA 9 perenggan 9.3.

PERKARA 11 MEMBERHENTIKAN

11.1 Ahli-ahli yang bersikap tidak senonoh dengan kesopanan atau kenteteraman
Persatuan, boleh dipecat oleh Jawatankuasa Kelab. Ahli yang dipecat berhak
membuat rayuan dalam tempoh 14 hari diberitahu pemecatan, kepada
Mesyuarat Agung untuk keputusan muktamad.

PERKARA 12 PINDAAN PERLEMBAGAAN

12.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.


12.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli bersama ahli
jawatankuasa semasa mesyuarat Agung tahunan.
12.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pengerusi dah Ahli Jawatankuasa dan
ahli akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
12.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh
pengerusi.

PERKARA 13 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


13.1 Mesyuarat Agung tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun sebelum
semester persekolahan bermula.
13.2 Notis tarikh mesyuarat agung tahunan hendaklah dihebahkan kepada ahli-ahli
selewatnya-lewatnya TUJUH hari sebelum tarikh mesyuarat.
13.3 Agenda mesyuarat Agung hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
13.3.1 Ucapan Pengerusi
13.3.2 Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahun lalu
13.3.3 Membentang dan menerima laporan kewangan/aktiviti
13.3.4 Membahaskan perkara berbangkit
13.3.5 Pemilihan Jawatankuasa bagi tahun berkenaan
13.3.6 Ucapan penangguhan
13.3.7 Lain-lain hal.
13.4 Mesyuarat agung tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang
jawatan dalam jawatankuasa serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh
kemajuan dan kebajikan kelab. Pemilihan pemegang jawatan di buat seperti
berikut:
13.4.1 Ahli yang dicalonkan untuk memegang jawatan hendaklah seperti yang
dinyatakan dalam PERKARA 6 perenggan 2 & 4.
13.4.2 Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong
13.4.3 Pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi jawatan yang ditandingi
13.4.3 Calon yang mendapat undian terbanyak dipilih menjawat jawatan yang
dipertandingkan
13.5 Mesyuarat agung khas bagi kelab ini boleh diadakan:
a) Apabila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa
b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang
daripada 1/4 daripada jumlah ahli biasa dengan menerangkan tujuan-
tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.
13.6 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada
satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh permintaan itu.
13.7 Pengumuman dan agenda untuk sesuatu Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah
diedarkan kepada semua ahli-ahli oleh Setiausaha sekurang-kurangnya 14 hari
sebelum tarikh yang ditetapkan oleh mesyuarat.
13,8 Perkara 14 di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan
Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi
selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung
Khas atau permintaan ahli-ahli Mesyuarat hendaklah dibatalkan dan sekurang-
kurangnya enam bulan daripada tarikh ini. Mesyuarat Agung khas atas
permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

PERKARA 14 KUOROM
14.1 Kuorom mesyuarat yang diadakan oleh kelab adalah seperti berikut
14.1.1 Mesyuarat agung tahunan hendaklah tidak kurang daripada 2/3 ahli
14.1.2 Mesyuarat jawatankuasa hendaklah tidak kurang ½ daripada jumlah
bilangan ahli jawatankuasa
14.2 Jika kuorom tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan
untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu
tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Persatuan; dan jika kuorom tidak
cukup juga selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk
mesyuarat itu berkuasa mengubah undang-undang Persatuan atau membuat
keputusan-keputusan mengenai semua ahli.

PERKARA 15 PEMBUBARAN KELAB


15.1 Kelab akan dibubarkan pada mesyuarat agung terakhir bagi tahun semasa.
15.2 Pengarah diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

Lampiran A

1. Challenge Your Fear


Aktiviti Challenge Your Fear merupakan salah satu aktiviti yang
menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat melalui sukan dan rekreasi air.
Program yang berasaskan kekuatan dan ketahanan ini boleh menarik
lebih ramai penyertaan dari kalangan para pelajar IPG Kampus Perlis.
Program dan aktiviti ini akan menyumbang kepada pertumbuhan
penglibatan pelajar terhadap aktiviti di kampus. Selain itu, ia juga dapat
membantu pelajar melakukan aktiviti yang berfaedah di masa lapang.
Antara aktiviti boleh dijalankan ialah berkayak, water confidence, renang
dan banyak lagi. Menerusi program ini, para guru pelatih dapat
mengekalkan kecergasan badan dan juga mengatasi perasaan takut
terhadap air. Hal ini scara tidak langsung dapat membantu guru pelatih
menjadi seorang yang berani menghadapi dan menyahut cabaran.

2. Menuju Ke Bintang

Aktiviti ini dibuka kepada semua ahli Kelab Kembara & Rekreasi
Luar. Aktiviti ini merupakan salah satu program kerjasama antara dua ipg
iaitu IPG Kampus Perlis dan juga IPG Kampus Sultan Mizan. Program
menuju ke bintang adalah aktiviti mendaki Gunung Bintang selama dua
hari satu malam. Rasional program ini adalah untuk membentuk
semangat berpasukan antara ahli kelab kedua – dua IPG. Umumnya,
aktiviti mendaki menuntut komitmen fizikal, mental dan emosi para
peserta. Para peserta juga akan diuji stamina dan keperibadian diri
mereka secara tidak langsung menerusi aktiviti ini. Hal ini, dapat
mendidik diri guru pelatih untuk mengamalkan gerak kerja berpasukan
serta sentiasa bersedia dalam menghadapi pancaroba di alam pekerjaan
kelak.

Selain itu, aktiviti ini juga dapat menjadi medan muhasabah diri
para guru pelatih untuk meningkatkan sahsiah diri masing – masing.
Sehubungan itu, program Menuju Ke Bintang yang bakal dijalankan ini
diharapkan akan menjadi platform kepada dua buah IPG dalam
menjalinkan hubungan baik memperkukuhkan dan memperkasakan
semangat berpasukan sesama ahli.

3. Simpulan Kita

Ikatan dan simpulan sering diguna pakai dalam aktiviti seharian.


Kemahiran ini juga penting dalam kerja-kerja menyelamat. Penggunaan
ikatan dan simpulan tali boleh diaplikasikan pada bila – bila masa, tempat
dan keadaan, seperti oleh pengembara, penyelamat, pendaki gunung,
penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar. Kita juga selalu
menggunakan berbagai-bagai jenis ikatan dan simpulan pada setiap
masa. Tujuan kelas ikatan dan simpulan ini diadakan adalah untuk
memberi pededahan kepada papra peserta tentang cara dan penggunaan
tali temali dalam pelbagai situasi. Kebolehan para peserta menggunakan
tali dengan cekap dapat membantu menyelamatkan masyarakat dalam
situasi – siuasi genting seperti banjir, mendaki dan banyak lagi. Dengan
kebolehan ini juga, para peserta dapat mewakili IPG Kampus Perrlis
dengan menyertai mana – mana squad peyelamat bagi membantu
masyarakat yang terkena bencana khususnya di kawasan tinggi. Selain
itu, berbekalkan kemahiran ikatan dan simpulan ini, para peserta dapat
mencipta dan menginovasi gajet berasaskan alam semula jadi seterusnya
menanamkan semangat cintakan alam dalam diri para ahli.

You might also like