You are on page 1of 3

JABATAN PERTANIAN

UNIT PERLINDUNGAN TANAMAN


MAKMAL MUSUH TANAMAN
BRUNEI AGRICULTURAL RESEARCH CENTRE

PENGAWALAN DAN PENGURUSAN BERSEPADU (IPM)


SERANGGA PEROSAK DAN PENYAKIT TANAMAN BUAH-BUAHAN

Brunei Darussalam yang mempunyai cuaca dan iklim tropikanya yang lembab
dan panas sangat sesuai bagi serangga perosak dan kuman penyakit hidup,
membiak dan seterusnya menyerang dan merosakkan tanam-tanaman
termasuk tanaman buah-buahan.

Tanaman buah-buahan terutama dari jenis yang kekal dan mempunyai


jangkamasa hidup dan pertumbuhan yang lama akan sentiasa terdedah
kepada serangan serangga perosak dan kuman penyakit.

Tahap kerosakan disebabkan serangan serangga perosak dan kuman


penyakit bergantung kepada jenis tanaman buah-buahan, kesuburan
tanaman, kebijaksanaan pengurusan ladang dan kecekapan para peladang
mengenal pasti jenis musuh perosak yang menyerang diperingkat awal serta
membuat langkah-langkah kawalan yang berkesan.

Pengawalan dan pengurusan musuh perosak tanaman cara lama yang


bergantung sepenuhnya kepada penggunaan racun kimia semata-mata
didapati banyak mendatangkan keburukan dan kesan sampingan kepada
kesihatan, alam sekitar dan juga terhadap organisma berfaedah serta
serangga dan agen-agen pemangsa yang sedia ada secara semulajadi
mengawal serangga perosak dan penyakit tanaman.

Pengawalan dan pengurusan musuh perosak tanaman yang terbaik,


ekonomik, berkesan dan berupaya memberikan kawalan secara mampan
ialah dengan mengamalkan kaedah kawalan bersepadu (IPM).

Pengawalan musuh perosak bersepadu (IPM) ialah satu sistem atau konsep
pengawalan yang mengabungkan kaedah-kaedah kawalan yang
bersesuaian secara serentak dan bersepadu.

Pengabungan atau pensepaduan kaedah-kaedah kawalan antara lain


termasuklah kawalan kultura seperti penggunaan benih yang rentang/tahan
dari serangan serangga perosak dan penyakit, mengamalkan kebersihan
ladang dan pembajaan yang bersistem, kawalan fizikal iaitu menggunakan
bahan pemikat dan perangkap serangga dan membungkus buah, kawalan
biologi dengan menafaatkan kawalan semulajadi agen-agen pemangsa
dengan mengurangkan penggunaan racun kimia dan kawalan kimia
dengan menggunakan semburan racun kimia dari jenis yang selamat dan
mesra alam jika diperlukan mengikut kadar dan arahan penggunaan yang
disyorkan.
Disamping mengamalkan kawalan secara bersepadu para peladang juga
disyorkan supaya sentiasa membuat pemantauan tanaman buah-buahan
mereka bagi mengesan serangan awal serangga perosak dan penyakit bagi
mengurangkan penggunaan racun kimia dan menghasilkan kawalan yang
berkesan dan ekonomik.

You might also like