You are on page 1of 27

PANDUAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN

BAGI CALON BERKEPERLUAN KHAS (CBK)

LEMBAGA PEPERIKSAAN,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2
1.0 PENDAFTARAN CALON

1.1 Pengetua/Guru Besar hendaklah memastikan semua Calon


Berkeperluan Khas (CBK) dan ibu bapa/penjaga dimaklumkan
tentang keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan yang
disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.

1.2 Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab memastikan semua Panduan


CBK perlu didaftarkan mengikut prosedur pendaftaran Pengurusan
Peperiksaan,
semasa. Cetakan 2010

1.3 Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab memastikan data


CBK dimasukkan dengan betul dalam sistem pendaftaran.

1.4 Pengetua/Guru Besar hendaklah mengisi borang khas dalam Lampiran 2


Lampiran 3
tiga (3) salinan (LP/Am 89, 89A, 89B, 89C dan 89D mengikut Lampiran 4
kesesuaian). Borang-borang berkenaan hendaklah disahkan Lampiran 5
Lampiran 6
oleh ibu bapa/penjaga. Salinan Pertama dan Salinan Kedua
borang tersebut hendaklah dihantar bersama-sama
pendaftaran calon kepada Pengarah Pelajaran Negeri (U.p.
Ketua Sektor/Ketua Unit, Sektor/Unit Penilaian dan
Peperiksaan). Salinan Ketiga adalah untuk simpanan pihak
sekolah.

1.5 Semua permohonan keistimewaan, kemudahan dan


perkhidmatan perlulah disertakan dengan dokumen sokongan
seperti laporan perubatan dari hospital kerajaan/hospital
swasta atau Kad Orang Kurang Upaya (OKU) dan diserahkan
kepada Pengarah Pelajaran Negeri (U.p. Ketua Sektor/Ketua
Unit, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan).

1.6 Ketua Sektor/Ketua Unit, Sektor/Unit Penilaian dan


Peperiksaan hendaklah membuat/menyediakan senarai
rumusan permohonan keistimewaan, kemudahan dan
perkhidmatan dari sekolah dan disahkan oleh Pengarah
Pelajaran Negeri sebelum dihantar kepada Pengarah
Peperiksaan untuk kelulusan.

1.7 Pengetua/Guru Besar hendaklah mengemukakan


permohonan tambahan jika terdapat CBK baru selepas tarikh
tutup pendaftaran calon.

1.8 CBK yang tidak membuat permohonan keistimewaan,


kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh
Lembaga Peperiksaan dianggap sebagai calon biasa.

1
2.0 PINDAH PUSAT

2.1 Proses pindah pusat CBK hendaklah mengikut prosedur Panduan


Pengurusan
pindah pusat seperti yang digariskan oleh Lembaga Peperiksaan,
Peperiksaan. Cetakan 2010 - para
5.2

2.2 Pengetua/Guru Besar hendaklah menanda pada ruang Kod


Khas pada Borang Perpindahan Calon (LP/Am 37).

3.0 PENYEDIAAN DAN SEMAKAN INDEN

3.1 Pengarah Pelajaran Negeri hendaklah memastikan semakan


indent by paper dan indent by centre peperiksaan dibuat
dengan betul dan tepat.

4.0 PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

4.1 Pengecualian PBS hanya dibenarkan kepada CBK kohort


Tahun Dua 2011 ke atas dan CBK kohort Tingkatan Satu
2011 ke atas.

4.2 Pengetua/Guru Besar hendaklah membuat permohonan Buku Panduan


Dan Rekod
pengecualian PBS bagi CBK dengan mengemukakan Penilaian Perkara
dokumen sokongan seperti laporan perubatan semasa atau Asas Fardu Ain
(PAFA), Cetakan
kad OKU. Calon beragama Islam tidak diberi pengecualian 2010
Perkara Asas Fardu Ain (PAFA).

4.3 Kelulusan bagi pengecualian PBS ini tertakluk kepada Panduan


Pengurusan
keputusan Pengarah Peperiksaan. Peperiksaan,
Cetakan 2010 –
para 10.1 (e)
4.4 Bagi CBK kohort Tahun Satu mulai 2011 dan CBK
Tingkatan Satu mulai 2012, tiada pengecualian PBS
dibenarkan.

5.0 KAEDAH PENGENDALIAN CBK DALAM PEPERIKSAAN


BERTULIS

5.1 Penggunaan Kertas Soalan Braille

Kertas peperiksaan tulisan Braille dibekalkan khusus untuk


calon buta dan calon rabun yang menggunakan mesin Braille.

Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi dalam mengendalikan


kertas peperiksaan tulisan Braille.

5.1.1 Pelantikan Pengawas

a. Pengarah Pelajaran Negeri bertanggungjawab


menyediakan keperluan Pengawas mengikut
nisbah seperti berikut:

2
i. 01 hingga 08 calon - Dua orang

ii. 09 hingga 15 calon - Tiga orang

iii. 16 hingga 30 calon - Empat orang

iv. 31 hingga 45 calon - Lima orang

b. Sekurang-kurangnya seorang pengawas yang


dilantik berkemahiran membaca tulisan Braille.

c. Sekurang-kurangnya seorang daripada pengawas


tersebut adalah guru yang beragama Islam atau
yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam
untuk membantu calon membaca ayat-ayat al-
Quran dan Hadis bagi kertas Pendidikan Islam.

d. Lantikan hendaklah dalam kalangan guru terlatih


dan bertugas di Sekolah Kerajaan dan Sekolah
Bantuan Kerajaan.

5.1.2 Penyediaan Peralatan

Pengetua/Guru Besar hendaklah menyediakan


peralatan berikut di bilik khas.

a. UPSR

i. 2 unit mesin Braille bagi setiap calon


ii. Meja dengan saiz yang sesuai bagi setiap
calon
iii. Set pembaris Braille
iv. Lampu meja boleh laras (mengikut keperluan
calon)
v. Pita ukur taktil
vi. Kotak tebal pembungkus berukuran yang
bersesuaian dan mencukupi untuk setiap pusat

b. PMR/SPM

i. 2 unit mesin Braille bagi setiap calon


ii. Meja dengan saiz yang sesuai bagi setiap
calon
iii. Talking scientific calculator (with ear phone)
iv. Lampu meja boleh laras (mengikut keperluan
calon)
v. Abacus (mengikut keperluan calon)
vi. Set pembaris taktil
vii. Graph and mathematics demonstration board
viii. Jangka sudut taktil
ix. Alat lukis garis timbul (spur wheel set)
x. Buku sifir empat angka Braille (mengikut
keperluan calon)
3
xi. Alas getah
xii. Filem acetate - sebungkus setiap calon
xiii. Kotak tebal pembungkus berukuran yang
bersesuaian dan mencukupi untuk setiap pusat

5.1.3 Prosedur Pengendalian

a. Calon buta hendaklah ditempatkan dalam sebuah


bilik berasingan yang dilengkapi dengan
kemudahan yang cukup dan sesuai.

b. Pengawas hendaklah memeriksa keadaan mesin


Braille dan peralatan khas untuk pusat
peperiksaan itu pada setiap hari sebelum
peperiksaan dimulakan.

c. Pengawas perlu menulis perkataan yang


dikehendaki atau disebut oleh calon di sebelah
atas perkataan yang salah dijawab (jawapan
Braille) dan hendaklah ditandatangani di ruang
tepi sebelah kiri skrip jawapan peperiksaan.

d. Tambahan masa perlu diberi mengikut Jadual Lampiran 1

Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga


Peperiksaan.

e. Pengawas hendaklah memastikan calon menaip


angka giliran di sudut kiri dan nombor muka surat
di sudut kanan sebelah atas tiap-tiap helai skrip
jawapan peperiksaannya.

f. Pengawas hendaklah memastikan setiap helaian


skrip jawapan peperiksaan disusun mengikut
urutan dan diikat dengan kemas.

g. Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan


peperiksaan bagi semua calon mengikut kertas ke
dalam kotak yang disediakan supaya tidak
merosakkan tulisan Braille.

h. Pengawas hendaklah memasukkan kotak skrip LP/Am 63(B)


jawapan peperiksaan berkenaan ke dalam Lampiran 9
sampul khas LP/Am 63(B) dan melengkapkan
maklumat pada bahagian luar sampul tersebut.

i. Ketua Pengawas hendaklah menghantar sampul


skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia
Kawasan selepas tamat peperiksaan.

4
j. Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul
skrip jawapan peperiksaan calon kepada Ketua
Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan selepas
tamat keseluruhan peperiksaan.

k. Ketua Sektor/Unit Sektor/Unit Penilaian dan


Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri
dikehendaki menghantar semua sampul skrip
jawapan peperiksaan calon ke Lembaga
Peperiksaan tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas
peperiksaan tamat.

5.2 Penggunaan Kertas Peperiksaan Cetakan Besar

Kertas Peperiksaan Cetakan Besar dibekalkan untuk calon


rabun.

Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi dalam mengendalikan


Kertas Peperiksaan Cetakan Besar.

5.2.1 Pelantikan Pengawas

Pelantikan pengawas untuk mengendalikan calon Panduan


Pengurusan Pusat
yang menggunakan kertas soalan cetakan besar Peperiksaan
Bertulis, Cetakan
adalah sama seperti bilangan pengawas yang telah 2010 - para 1.1.4 (d)
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

5.2.2 Penyediaan Peralatan

Pengetua/Guru Besar hendaklah menyediakan


peralatan berikut di bilik khas untuk peperiksaan
UPSR, PMR dan SPM:

a. meja dengan saiz yang sesuai bagi setiap calon

b. kanta pembesar (mengikut kesesuaian murid)

c. lampu meja boleh laras (mengikut keperluan


calon)

d. CCTV (mengikut keperluan)

5.2.3 Prosedur Pengendalian

a. Calon hendaklah ditempatkan dalam sebuah bilik


berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan
yang cukup dan sesuai.

5
b. Tambahan masa perlu diberi mengikut Jadual Lampiran 1

Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga


Peperiksaan.

c. Pengawas hendaklah memastikan setiap helaian


skrip jawapan peperiksaan calon disusun
mengikut urutan dan diikat dengan kemas.

d. Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan


peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan
melengkapkan maklumat pada bahagian luar
sampul tersebut.

e. Ketua Pengawas hendaklah menghantar sampul


skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia
Kawasan selepas tamat peperiksaan.

f. Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul


skrip jawapan peperiksaan calon kepada Ketua
Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan
Pelajaran Negeri selepas tamat keseluruhan
peperiksaan.

g. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan,


Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki
menghantar semua sampul skrip jawapan
peperiksaan calon ke Lembaga Peperiksaan tidak
lewat dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan
tamat.

5.3 Penggunaan Kertas Peperiksaan Moderasi

Kertas Peperiksaan Moderasi dibekalkan khusus untuk calon


bermasalah pendengaran.

Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi dalam mengendalikan


Kertas Peperiksaan Moderasi.

5.3.1 Pelantikan Pengawas

Pelantikan pengawas untuk mengendalikan calon Panduan


Pengurusan Pusat
yang menggunakan Kertas Peperiksaan Moderasi Peperiksaan
adalah sama seperti bilangan pengawas yang telah Bertulis, Cetakan
2010 - para 1.1.4 (d)
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

Sekurang-kurangnya seorang Pengawas yang dilantik


mestilah berkemahiran dalam bahasa isyarat Kod
Tangan Bahasa Malaysia (KTBM) atau Bahasa Isyarat
Malaysia (BIM) supaya dapat memberi arahan yang
jelas kepada calon.

6
5.3.2 Penyediaan Peralatan

Tiada peralatan khas.

5.3.3 Prosedur Pengendalian

a. Calon hendaklah ditempatkan dalam sebuah bilik


berasingan yang dilengkapi dengan kemudahan
yang cukup dan sesuai.

b. Tambahan masa perlu diberi mengikut Jadual Lampiran 1

Masa Tambahan yang ditetapkan oleh Lembaga


Peperiksaan.

c. Pengawas hendaklah memastikan setiap helaian


skrip jawapan peperiksaan calon disusun
mengikut urutan dan diikat dengan kemas.

d. Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan


peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan
melengkapkan maklumat pada bahagian luar
sampul tersebut.

e. Ketua Pengawas hendaklah menghantar sampul


skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia
Kawasan selepas tamat peperiksaan.

f. Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul


skrip jawapan peperiksaan calon kepada Ketua
Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan
Pelajaran Negeri selepas tamat keseluruhan
peperiksaan.

g. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan,


Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki
menghantar semua sampul skrip jawapan
peperiksaan calon ke Lembaga Peperiksaan tidak
lewat dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan
tamat.

5.4 Penggunaan Komputer

Penggunaan komputer dibenarkan bagi kes yang sangat


memerlukan sahaja

Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi dalam mengendalikan


peperiksaan menggunakan komputer.

7
5.4.1 Pelantikan Pengawas

Sekurang-kurangnya dua orang Pengawas dilantik


bagi setiap calon. Salah seorang pengawas mestilah
mahir dalam pengoperasian komputer.

5.4.2 Penyediaan Peralatan

Pengetua/Guru Besar hendaklah menyediakan


kemudahan/alat berikut di bilik khas yang kondusif dan
dilengkapi dengan bekalan elektrik:

a. Komputer

b. Pencetak

c. Kertas cetakan putih saiz A4

d. Perisian MS Word

5.4.3 Prosedur Pengendalian

a. Ketua Pengawas hendaklah mengadakan


lawatan ke pusat berkenaan selewat-lewatnya
sehari sebelum peperiksaan dimulakan untuk
memastikan semua alat keperluan disediakan dan
berfungsi dengan baik.

b. Pengetua/Guru Besar hendaklah menyediakan


komputer yang telah diformat.

c. Ketua Pengawas hendaklah membuat instalasi


perisian yang akan digunakan.

d. Ketua Pengawas hendaklah memastikan calon


menggunakan perisian MS Word, jenis font New
Times Roman, saiz font 11, dengan line spacing
1.5.

e. Ketua Pengawas hendaklah memastikan fungsi


auto (auto correct, auto check) tidak diaktifkan.

f. Ketua Pengawas hendaklah mengesahkan kertas


cetakan putih yang akan digunakan oleh calon.

g. Ketua Pengawas hendaklah memastikan jawapan


calon dicetak dan angka giliran tercatat di sudut
kiri serta nombor muka surat tercatat di sudut
kanan sebelah atas setiap helai skrip jawapan
peperiksaan.

8
h. Ketua Pengawas hendaklah memastikan
komputer dan perisian khas berfungsi dengan
baik serta telah dinyahmaklumat pada setiap hari
sebelum peperiksaan dimulakan.

i. Setelah tamat peperiksaan komputer hendaklah


disimpan di dalam almari berkunci di bilik
Pengetua/Guru Besar untuk kegunaan pada hari
berikutnya. Kunci almari hendaklah disimpan oleh
Ketua Pengawas.

j. Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan LP/Am 63(B)


Lampiran 9
peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan
melengkapkan maklumat pada bahagian luar
sampul tersebut.

k. Ketua Pengawas hendaklah menghantar sampul


skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia
Kawasan selepas tamat peperiksaan.

l. Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul


skrip jawapan peperiksaan calon kepada Ketua
Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan
Pelajaran Negeri selepas tamat keseluruhan
peperiksaan.

m. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan,


Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki
menghantar semua sampul skrip jawapan
peperiksaan calon ke Lembaga Peperiksaan tidak
lewat dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan
tamat.

5.5 Penggunaan Khidmat Pembaca Soalan dan/atau Jurutulis

Khidmat Pembaca Soalan dan/atau Jurutulis dibenarkan bagi


kes yang sangat memerlukan sahaja

Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi jika Khidmat Pembaca


Soalan dan/atau Jurutulis digunakan dalam mengendalikan
peperiksaan.

5.5.1 Pelantikan Pengawas

Pengawas berikut hendaklah dilantik bagi setiap


calon:

9
a. seorang juru rakam audio (wajib)

b. seorang pembaca soalan dan/atau

c. seorang jurutulis

Pembaca Soalan hendaklah dilantik dalam kalangan


guru yang boleh membaca dengan intonasi dan
sebutan yang jelas mengikut medium bahasa kertas
peperiksaan.

5.5.2 Penyediaan Peralatan

Pengetua/Guru Besar hendaklah menyediakan


peralatan berikut:

a. alat perakam audio yang bersesuaian

b. pita rakaman

c. bateri/punca kuasa elektrik yang berterusan

5.5.3 Prosedur Pengendalian

a. Calon yang diberi keistimewaan menggunakan


khidmat pembaca soalan dan/atau jurutulis wajib
menggunakan rakaman audio sepanjang tempoh
peperiksaan.

b. Pengetua/Guru Besar hendaklah menyediakan


sebuah bilik yang sesuai dan kondusif untuk
menjalankan peperiksaan.

c. Pembaca soalan boleh membaca soalan


berulangkali atas permintaan calon.

d. Ketua Pengawas hendaklah memastikan pita


rakaman ditulis Angka Giliran, Nama Kertas dan
Kod Kertas.

e. Ketua Pengawas hendaklah memasukkan pita LP/Am 63(B)


Lampiran 9
rakaman dan/atau skrip jawapan peperiksaan
calon mengikut kertas ke dalam sampul khas dan
melengkapkan maklumat pada bahagian luar
sampul tersebut.

f. Ketua Pengawas hendaklah menyerahkan


sampul khas kepada Penyelia Kawasan selepas
tamat peperiksaan.

10
g. Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul
sampul khas kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian
dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri
setelah tamat keseluruhan peperiksaan.

h. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan,


Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki
menghantar semua sampul skrip jawapan
peperiksaan ke Lembaga Peperiksaan tidak lewat
dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan tamat.

5.6 Penggunaan Guru Pendamping

Khidmat Guru Pendamping diperlukan bagi CBK kategori


Terencat Akal/Sindrom Down, Autisme, ADHD/ADD dan
Sindrom Asperger.

Khidmat Guru Pendamping diperlukan oleh CBK bagi


memastikan calon tersebut lebih fokus dan berada dalam
keadaan terkawal di bilik peperiksaan.

Penggunaan Guru Pendamping oleh CBK dalam peperiksaan


dibenarkan dalam 2 keadaan iaitu:

a. Berada di luar bilik atau dewan peperiksaan. Panduan


Pengurusan Pusat
Kebenaran untuk berada di luar bilik atau dewan Peperiksaan
Bertulis, Cetakan
peperiksaan boleh diperoleh daripada Ketua 2010 - para 6.4.5 (h)
Pengawas pada hari peperiksaan; atau

b. Berada di dalam bilik peperiksaan. Kebenaran


untuk di dalam bilik peperiksaan perlu dipohon
oleh sekolah sebelum peperiksaan.

Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi jika khidmat Guru


Pendamping digunakan dalam para (b) di atas semasa
mengendalikan peperiksaan.

5.6.1 Laporan Pengetua/Guru Besar

Permohonan bagi penggunaan khidmat Guru


Pendamping perlulah disertakan dengan laporan
Pengetua/Guru Besar yang menunjukkan khidmat
Guru Pendamping diperlukan oleh calon tersebut
sepanjang tempoh peperiksaan dijalankan.

11
5.6.2 Pelantikan Pengawas

Sekurang-kurangnya 2 orang pengawas dilantik bagi


setiap calon. Pengawas yang dilantik mestilah berada
bersama-sama Guru Pendamping sepanjang tempoh
peperiksaan.

5.6.3 Penyediaan Peralatan

Tiada peralatan

5.6.4 Prosedur Pengendalian

a. Calon yang diberi keistimewaan menggunakan


khidmat Guru Pendamping dibenarkan berada
bersama dengan Guru Pendamping sepanjang
tempoh peperiksaan.

Walau bagaimanapun Guru Pendamping:

i. hendaklah menandatangani Borang Akta


Rahsia Rasmi 1972 – Lampiran D sebelum
peperiksaan bermula

ii. dilarang membawa apa-apa bahan atau


dokumen yang boleh menimbulkan syak
kepada petugas peperiksaan

iii. dilarang membantu calon sepanjang tempoh


peperiksaan

iv. hendaklah mencatat nama dalam Buku Rekod


Pengawasan (BRP)

v. tidak akan dibayar sebarang bayaran bagi


khidmat beliau sebagai Guru Pendamping

b. Calon, Guru Pendamping dan orang pengawas


yang berkecuali di tempatkan di bilik berasingan.

c. Pengawas hendaklah memasukkan skrip jawapan


peperiksaan calon ke dalam sampul khas dan
melengkapkan maklumat pada bahagian luar
sampul tersebut.

d. Ketua Pengawas hendaklah menghantar sampul


skrip jawapan peperiksaan calon kepada Penyelia
Kawasan selepas tamat peperiksaan.

12
e. Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul
skrip jawapan peperiksaan calon kepada Ketua
Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan
Pelajaran Negeri selepas tamat keseluruhan
peperiksaan.

f. Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan,


Jabatan Pelajaran Negeri dikehendaki
menghantar semua sampul skrip jawapan
peperiksaan calon ke Lembaga Peperiksaan tidak
lewat dari tujuh (7) hari selepas peperiksaan
tamat.

5.7 Pemberian Tambahan Masa

5.7.1 Peruntukan tambahan masa adalah berdasarkan Lampiran 1

kepada Jadual Masa Tambahan yang ditetapkan oleh


Lembaga Peperiksaan.

5.7.2 Ketua Pengawas hendaklah memasukkan skrip LP/Am 63(B)


Lampiran 9
jawapan peperiksaan mengikut mata pelajaran ke
dalam sampul khas dan melengkapkan maklumat
pada bahagian luar sampul tersebut.

5.7.3 Ketua Pengawas hendaklah memastikan skrip


jawapan peperiksaan dihantar kepada Penyelia
Kawasan selepas tamat peperiksaan.

5.7.4 Penyelia Kawasan hendaklah menghantar sampul


skrip jawapan peperiksaan kepada Ketua Sektor/Unit
Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri
selepas tamat keseluruhan peperiksaan.

5.7.5 Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan


Pelajaran Negeri dikehendaki menghantar semua
sampul skrip jawapan peperiksaan ke Lembaga
Peperiksaan tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas
peperiksaan tamat.

5.8 Keperluan-keperluan Lain

5.8.1 Pengetua/Guru Besar boleh memohon keperluan-


keperluan lain calon selain daripada keperluan yang
dinyatakan.

13
5.8.2 Segala permohonan hendaklah dikemukakan selewat-
lewatnya 30 hari sebelum peperiksaan dijalankan.

5.8.3 Segala permohonan keperluan khas hendaklah


dihantar kepada Pengarah Pelajaran Negeri untuk
tujuan pengesahan.

5.8.4 Permohonan akan dipanjangkan oleh Pengarah


Pelajaran Negeri kepada Pengarah Peperiksaan untuk
kelulusan.

6.0 KELULUSAN PERMOHONAN

6.1 Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan surat kelulusan


keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan kepada
Pengarah Pelajaran Negeri.

6.2 Pengarah Pelajaran Negeri akan memanjangkan surat


kelulusan kepada Pengetua/Guru Besar.

6.3 Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab memaklumkan


kelulusan kepada CBK/Ibu bapa/Penjaga.

6.4 Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan/Pengetua/Guru


Besar bertanggungjawab menyediakan keistimewaan,
kemudahan dan perkhidmatan seperti yang diluluskan oleh
Pengarah Peperiksaan.

14
LAMPIRAN

1. Jadual Masa Tambahan


2. Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas – LP/Am 89
3. Borang Calon Pekak/Bisu (P/D) – LP/Am 89A
4. Borang Calon Rabun (R) – LP/Am 89B
5. Borang Calon Buta/Rabun – LP/Am 89C

6. Borang Calon Spastik/Kecatatan Lain (S/C) – LP/Am 89D

7. Borang Pindah Pusat – LP/Am 37

8. Senarai Kategori Calon Kes Khas dan Keperluan Tambahan


9. Muka depan sampul Calon Berkeperluan Khas – LP/Am 63(B)
10. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.23/1998 – Kebenaran Bagi Murid-Murid
Menduduki Peperiksaan Awam

15
JADUAL MASA TAMBAHAN

Calon Buta, Rabun, Pelbagai Kecatatan dan Kemalangan

Masa yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis kertas peperiksaan. Calon yang telibat
dalam kemalangan yang layak mendapat masa tambahan adalah calon yang tidak boleh menulis
dengan tangan yang biasa dugunakan untuk menulis. Lain-lain kecederaan boleh diberi
pertimbangan atas nasihat Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri
Berkenaan.

Bil Masa yang diperuntukkan dalam Jadual Waktu Masa tambahan yang diberi

1 1 jam atau kurang hingga 1 jam 30 minit 30 minit

2 Lebih 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit 1 jam

3 Lebih 2 jam 30 minit 1 jam 30 minit

Calon Bermasalah Pendengaran

Masa tambahan bagi calon ini adalah 25% daripada masa yang diperuntukan bagi setiap kertas
peperiksaan (Rujuk surat siaran KP.LP.004.07.04(1) bertarikh 5 September 2008.

Bil Masa yang diperuntukkan dalam jadual waktu 25% masa tambahan yang diberi

1 1 jam 15 minit

2 1 jam 15 minit 20 minit

3 1 jam 30 minit 25 minit

4 1 jam 45 minit 30 minit

5 2 jam 30 minit

6 2 jam 15 minit 35 minit

7 2 jam 30 minit 40 minit

8 3 jam 45 minit
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA LP/Am 89

BORANG MAKLUMAT CALON BERKEPERLUAN KHAS


PEPERIKSAAN : UPSR/PMR/SPM/STAM

NO PUSAT : TAHUN : NO TELEFON :


NAMA SEKOLAH : NO FAKS :

TAMBAH KERTAS PENGECUALIAN


MASA KERJA KURSUS

KOD CACAT

TULISAN BESAR
NO. SIJIL

MODERASI
JADUAL A

JADUAL B
ANGKA KEPERLUAN

NORMAL
BRAILLE
BIL NAMA CALON KELAHIRAN ATAU KATEGORI

PEKA

PAFA
GILIRAN KHAS
KAD PENGENALAN

10

PENGESAHAN MAKLUMAT JUMLAH


Nama Pegawai: Kod Kategori *Tandakan √ jika beri
Cacat
Tandatangan Pegawai: A Terencat Akal
B Buta
C Cacat Lain
D Bisu
P Pekak
R Rabun
S Spastik/Cerebral Palsy
LEMBAGA PEPERIKSAAN
LP/Am 89A
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BORANG CALON PEKAK / BISU ( P/D )
PEPERIKSAAN : UPSR/PMR/SPM/STAM

ANGKA GILIRAN :
TAHUN

NAMA CALON :

NO. SIJIL KELAHIRAN / : NEGERI

NO KAD PENGENALAN

BIL MAKLUMAT ULASAN

1. Sertakan laporan daripada pakar perubatan mengesahkan kecacatan pendengaran dan pertuturan calon. YA TIDAK
Nyatakan jenis kecacatan pendengaran calon BISU PEKAK
2.
Adakah calon menggunakan alat pembantu pendengaran? YA TIDAK
3. Adakah calon menggunakan bahasa isyarat bagi membantunya semasa membaca dan menulis? YA TIDAK
Sertakan contoh tulisan biasa calon. YA TIDAK
4.
( Catatkan panjang petikan tersebut, masa yang diambil ) patah perkataan jam minit
Sertakan contoh borang objektif yang ditandakan oleh calon. YA TIDAK
5.
( Catatkan jumlah soalan objektif dan tempoh masa diambil untuk menandakannya ) soalan objektif jam minit
Masalah:
Masalah-masalah yang dihadapi oleh calon

6.
Mengatasi:
Cara mengatasi oleh calon/pihak sekolah.

7. Adakah calon memerlukan kertas soalan peperiksaan dalam bentuk SOALAN MODERASI ? YA-MODERASI NORMAL

Pada pandangan tuan/puan, adakah calon ini memerlukan tambah masa dalam peperiksaan. YA TIDAK
8.
Jika "YA" catatkan masa tambahan yang difikirkan munasabah. 15 20 25 40 minit
*Tandakan √ di ruang berkenaan atau isi tempat kosong.
Tandatangan
Guru Besar :

Cap Rasmi Sekolah


dan
Tarikh :
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA LP/Am 89B

BORANG CALON RABUN ( R )


PEPERIKSAAN : UPSR/PMR/SPM/STAM

ANGKA GILIRAN :
TAHUN

NAMA CALON :

NO. SIJIL KELAHIRAN / : NEGERI

NO KAD PENGENALAN

BIL MAKLUMAT ULASAN

1. Sertakan laporan daripada pakar perubatan mengesahkan kecacatan penglihatan calon. ADA TIADA

2. Adakah calon menggunakan cermin mata? YA TIDAK

3. Adakah calon menggunakan kanta pembesar bagi membantunya semasa membaca dan menulis? YA TIDAK MEMBACA MENULIS
Sertakan contoh tulisan biasa calon. ADA TIADA
4.
(Catatkan panjang petikan tersebut, masa yang diambil dan jarak mata daripada bahan tulisan? patah perkataan jam minit jarak cm

Sertakan contoh borang objektif yang ditandakan oleh calon. ADA TIADA
5.
(Catatkan jumlah soalan objektif dan tempoh masa diambil untuk menandakannya) soalan objektif jam minit

Kelancaran calon membaca petikan daripada buku teks. LANCAR TIDAK LANCAR
6.
(Catatkan panjang petikan yang dibaca dan tempoh masa yang diambil) patah perkataan jam minit
Masalah:
Masalah yang dihadapi oleh calon
7. Cara Mengatasi:
Cara calon/pihak sekolah mengatasi masalah ini.

8. Adakah calon memerlukan kertas soalan peperiksaan dalam TULISAN BESAR ? YA-TULISAN BESAR TIDAK
Pada pandangan tuan/puan, adakah calon ini memerlukan tambah masa dalam peperiksaan. YA TIDAK
9.
jika "Ya" catatkan masa tambahan yang difikirkan munasabah. 30 1 JAM
*Tandakan √ di ruang berkenaan atau isi tempat kosong.
Tandatangan
Guru Besar :

Cap Rasmi Sekolah


dan
Tarikh :
LEMBAGA PEPERIKSAAN
LP/Am 89C
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BORANG CALON BUTA / RABUN ( B/R )
PEPERIKSAAN : UPSR/PMR/SPM

ANGKA GILIRAN :
TAHUN

NAMA CALON :

NO. SIJIL KELAHIRAN / : NEGERI

NO KAD PENGENALAN

BIL MAKLUMAT ULASAN

Jenis kecacatan penglihatan. BUTA RABUN

Sertakan laporan daripada pakar perubatan mengesahkan kecacatan penglihatan calon ADA TIADA
1.
Tanpa guna kaca mata mata kiri mata kanan
Keupayaan penglihatan calon mengikut Skala/Carta Snellen
Ketika guna kaca mata mata kiri mata kanan
2. Adakah calon menggunakan cermin mata? YA TIDAK
Adakah calon menggunakan kanta pembesar atau alat-alat lain bagi membantunya semasa membaca
3. YA TIDAK
dan menulis?
Sertakan contoh tulisan biasa calon. ADA TIADA
4.
( Catatkan panjang petikan tersebut, masa yang diambil dan jarak mata dari bahan tulisan )
patah perkataan jam minit jarak cm
Sertakan contoh borang objektif yang ditandakan oleh calon. ADA TIADA
5.
( Catatkan jumlah soalan objektif dan tempoh masa diambil untuk menandakannya ) soalan objektif jam minit
Kelancaran calon membaca petikan dari buku teks. LANCAR TIDAK LANCAR
6.
( Catatkan panjang petikan yang dibaca dan tempoh masa yang diambil ) patah perkataan jam minit
Masalah:
Masalah-masalah yang dihadapi oleh calon
7.
Mengatasi:
Cara mengatasi oleh calon/pihak sekolah.

8. Adakah calon memerlukan kertas soalan peperiksaan dalam TULISAN BESAR atau BRAILLE ? YA-TULISAN BESAR YA-BRAILLE TIDAK
Pada pandangan tuan/puan, adakah calon ini memerlukan tambaha masa dalam peperiksaan. YA TIDAK
9.
Jika "YA" catatkan masa tambahan yang difikirkan munasabah. 30 1 JAM
*Tandakan √ di ruang berkenaan atau isi tempat kosong.
Tandatangan
Guru Besar :

Cap Rasmi Sekolah


dan
Tarikh :
LEMBAGA PEPERIKSAAN LP/Am 89D
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BORANG CALON SPASTIK/KECACATAN LAIN ( S/C )
PEPERIKSAAN : UPSR/PMR/SPM

ANGKA GILIRAN :
TAHUN

NAMA CALON :

NO. SIJIL KELAHIRAN / : NEGERI

NO KAD PENGENALAN

BIL MAKLUMAT ULASAN

1. Terangkan kecacatan yang dihadapi oleh calon.


2. Sertakan laporan daripada pakar perubatan mengesahkan kecacatan calon. ADA TIADA

Adakah kecacatan calon boleh menjejaskan kepantasan calon menulis? YA TIDAK


3.
( Sertakan contoh tulisan biasa calon. Catatkan panjang petikan tersebut dan masa yang diambil ) ADA TIADA patah perkataan jam minit
Sertakan contoh borang objektif yang ditandakan oleh calon. ADA TIADA
4.
( Catatkan jumlah soalan objektif dan tempoh masa diambil untuk menandakannya ) soalan objektif jam minit
Adakah kecacatan calon boleh menjejaskan kelancaran calon membaca? YA TIDAK
5.
( Catatkan panjang petikan yang dibaca dari buku teks dan tempoh masa yang diambil ) ADA TIADA patah perkataan jam minit
Adakah calon ini memerlukan mesin taip/komputer YA-MESIN TAIP YA-KOMPUTER
6.
Sertakan contoh bahan yang ditaip dan catatkan tempoh masa yang diambil. ADA TIADA patah perkataan jam minit
Masalah:
Masalah-masalah yang dihadapi oleh calon dan
7.
Mengatasi:
Cara mengatasi oleh calon/pihak sekolah.

Pada pandangan tuan/puan, adakah calon ini memerlukan tambah masa dalam peperiksaan. YA TIDAK
8.
Jika "YA" catatkan masa tambahan yang difikirkan munasabah. 30 1 JAM
*Tandakan √ di ruang berkenaan atau isi tempat kosong.
Tandatangan
Guru Besar :

Cap Rasmi Sekolah


dan
Tarikh :
LAMPIRAN 8

SENARAI KATEGORI CALON KES KHAS DAN KEPERLUAN TAMBAHAN

KEISTIMEWAAN, KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN


BIL KOD KATEGORI CBK
CBK
TAMB BRAILLE CETAKAN MODERASI KOMPUTER RAKAMAN PEMBACA JURUTULIS GURU
MASA BESAR PENDAMPING
1 A TERENCAT
√ √
AKAL/SINDROM DOWN
2 B BUTA √ √ √ √ √
3 E DISLEKSIA √ √ √ √ √ √
4 T AUTISME √ √ √
5 H ADHD/ADD √ √ √ √
6 L SLOW LEARNER √
7 G SINDROM ASPERGER √ √
8 C CACAT ANGGOTA √ √
9 D BISU √
10 P PEKAK √ √
11 R RABUN √ √ √
12 S SPASTIK/CP √ √ √ √ √

Catatan:

Keistimewaan, kemudahan dan perkhidmatan ini tertakluk atas kelulusan Pengarah Peperiksaan.
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld. XIV/(23)


24 September 1998

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 23/1998:


Kebenaran Bagi Murid-Murid Menduduki Peperiksaan Awam

Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingat dan menegaskan
kepada semua Pengetua dan Guru Besar bahawa murid-murid yang layak, mengikut syarat-
syarat yang sedia ada, adalah berhak mengambil peperiksaan awam. Pengetua dan Guru
Besar tidak dibenarkan sama sekali menyekat mana-mana murid daripada mengambil
peperiksaan, dengan apa alasan sekalipun, walaupun misalnya kerana bimbang pencapaian
murid itu nanti akan menjejaskan prestasi keputusan peperiksaan keseluruhan sekolah.

2. Murid-murid yang ditempatkan dalam kelas inklusif atau kelas percantuman


(Program Pendidikan Khas) di sekolah menengah dan sekolah rendah harian biasa,
hendaklah juga dibenarkan mengambil peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM atau
sepertinya, bersama-sama dengan murid-murid lain. Walau bagaimanapun, dalam
menyediakan analisis pencapaian peperiksaan, pihak sekolah bolehiah membuat analisis
berasingan bagi murid-murid pendidikan khas.

3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua Pengetua
dan Guru Besar di negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.

Sekian.Terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

1
s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus


Timbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn


Timbalan Menteri Pendidikan

4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

8. Ketua Nazir Sekolah

9. Pegawai Perhubungan Awam

You might also like