You are on page 1of 5

PENGGUNAAN FALLING CARD DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN

MENGHASILKAN TON WARNA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5

Apakah Isu Kajian Saya?

Penempatan saya sepanjang menjalankan sesi praktikum selama tiga

bulan di Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy telah memberi saya pengalaman

menyaksikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid di dalam kelas-kelas

yang ditugaskan kepada saya iaitu tahun empat dan tahun lima. Melalui

pemerhatian yang dilakukan secara berterusan, saya mendapati masalah yang

dihadapi oleh kebanyakan murid ialah penghasilan ton warna sama ada dengan

menggunakan media kering mahupun media basah dalam bidang menggambar.

Kebanyakan murid menghadapi masalah menghasilkan ton

pada lukisan set pinggan mangkuk. Ini mungkin kerana

murid keliru tentang kawasan yang sepatutnya digelapkan

dan kawasan yang sepatutnya dicerahkan. Tona garisan

yang sekata pada hasil lukisan menjadikan karya kelihatan

kaku dan tidak hidup.

(Catatan Jurnal: 10 Ogos 2016)

. Semasa saya meminta murid menghasilkan ton warna pada lukisan set

pinggan mangkuk mereka, kebanyakan murid mula merungut dan meminta saya

melakukan tugsan tersebut untuk mereka. Apabila saya bertanyakan soalan

tentang sebab mereka merungut, kebanyakan murid memberikan jawapan yang

sama.
Murid 1: Saya tidak pandai cikgu.

Murid 2: Saya tidak tahu bagaimana mahu meletakkan ton warna.

Murid 3: Cikgu tolong buatkan untuk saya sebab saya tidak pandai.

Hal ini amat membimbangkan saya. Rajah di bawah menunjukkan contoh

hasil karya yang telah dihasilkan oleh murid di dalam tajuk ini.

Rajah 1. Contoh hasil karya Murid A

Merujuk Rajah 1 di atas, Murid A dilihat cuba menghasilkan ton warna

pada lukisan set pinggan mangkuk yang dihasilkan oleh beliau. Namun begitu,

terdapat ruang-ruang yang sepatutnya diwarnakan dengan lebih gelap iaitu

ruang-ruang diantara bahagian mangkuk yang berada di hadapan dengan

pinggan yang berada di bahagian belakang tetapi Murid A ini hanya


menghasilkan ton warna yang sekata sahaja bagi semua objek menjadikan

lukisan ini tidak menonjolkan bentuk-bentuk set pinggan mangkuk yang

sepatutnya.

Penggunaan ton warna dalam penghasilan satu karya seni merupakan

perkara yang tidak dapat dipisahkan apabila ingin menghasilkan karya seni yang

kelihatan hidup dan berkualiti. Ini kerana ton warna dapat menimbulkan bentuk

serta ruang sesuatu lukisan dengan lebih baik. Jika diteliti pada contoh karya

pelukis terkenal iaitu Simon Yew, sapuan berus dan penggunaan ton warna yang

harmoni pada karya pemandangan beliau membantu menghasilkan karya yang

lebih bersifat bersahaja (Ismail, 2013).

Masalah yang dihadapi oleh murid-murid saya ini dapat dilihat dengan

lebih jelas lagi apabila saya mula menyemak hasil karya murid tahun 4 semasa

menjalankan aktiviti melukis bentuk -bentuk geometri menggunakan garisan

silang pangkah. Melalui aktiviti ini, saya dapat melihat murid sukar menentukan

ton warna pada bentuk-bentuk geometri yang dihasilkan walaupun telah

diberitahu bahagian mana yang sepatutnya digelapkan dan bahagian mana

sepatutnya dicerahkan. Sebaliknya murid akan menggunakan ton warna yang

sekata pada karya yang dihasilkan menjadikan karya tersebut tidak menunjukkan

bentuk geometri yang sepatutnya.

Rajah di bawah menunjukkan contoh hasil karya murid semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran bertajuk lukisan geometri yang terdapat di dalam

bidang menggambar.
Rajah 2.Contoh hasil karya Murid B

Rajah 3: Hasil karya Murid C

Merujuk kepada hasil karya murid diatas, jelas sekali pencapaian murid

dalam menghasilkan ton warna berada di tahap yang memuaskan sahaja. Hal ini

kerana, hasil kerja Murid B dan Murid C menunjukkan penggunaan garisan untuk
menghasilkan ton warna adalah sekata dan tidak menunjukkan ‘gradient’ ton

warna yang sepaatutnya iaitu dari gelap ke cerah.

Hasil temu bual yang dijalankan bersama guru pembimbing Pendidikan

Seni Visual sekolah ini turut menyatakan perkara ini sememangnya menjadi

masalah yang ketara dalam kalangan murid di sekolah ini. Berdasarkan

pengalaman Puan Shahira (bukan nama sebenar), murid-murid di sekolah ini

biasanya tidak dapat haasilkan ton warna. Walaupun mereka telah mencuba,

namun usaha mereka untuk menghasilkan ton telah menyebabkan hasil karya

mereka mempunyai ‘gap’ atau garisan pembahagi dari satu ton warna ke satu

ton warna.

You might also like