You are on page 1of 9

MESYUARAT MPPP BIL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA


LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGAN
PENUBUHAN KELAB KOIR
IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

DISEDIAKAN OLEH:
JABATAN KAJIAN SOSIAL
IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA
KERTAS CADANGAN
PENUBUHAN KELAB KOIR IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas cadangan dikemukakan bagi mendapatkan kelulusan daripada


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
(IPGKBA) bagi menubuhkan Kelab Koir Peringkat IPG KBA 2015.
1.2 Memohon peruntukan dari pihak pengurusan IPGKBA untuk aktiviti
Kelab Koir IPGKBA bagi tahun 2015.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Penubuhan Kelab Koir IPGKBA sebagai salah satu Ekstra Kokurikulum
IPGKBA di luar proforma telah diputuskan dalam Mesyuarat Staf
Akademik dan Staf Pengurusan Bil. 2/2014 pada 19 Jun 2014.
2.2 Penubuhan awal kumpulan koir secara tidak formal telah diusahakan
oleh Exco Perhubungan Domestik dan Antarabangsa, Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar Sesi 2014/2015 atas dasar minat dan pengalaman
para pelajar IPGKBA.
2.3 Pada bulan Jun hingga November 2014, kumpulan koir dengan
keahlian seramai 20 ahli telah menjalankan latihan berasaskan
jemputan persembahan. Walau bagaimanapun, hanya tiga sesi latihan
yang dapat dijalankan selepas waktu kuliah mengikut keselarasan
waktu pelajar.
2.4 Persembahan yang telah dijalankan adalah:
2.4.1 Watikah Pelantikan JPP IPG KBA 2014/2015
2.4.2 Sambutan Hari Bumi Peringkat Wilayah Persekutuan
2.4.3 Sambutan IPBA’s Night
2.5 Mesyuarat Jawatankuasa Penaja telah bersidang pada 16 Januari 2015
dan Mesyuarat Agung Penajaan telah diadakan pada 17 Januari 2015.
3.0 ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Secara amnya, matlamat Penubuhan Kelab Koir


3.1.1 Mencungkil bakat pelajar dalam bidang persembahan nyanyian
3.1.2 Menggalakkan para pelajar agar bergiat aktif dalam bidang seni
suara seperti koir, boria, dan lain-lain lagi berkaitan seni suara.
3.1.3 Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang lebih berfaedah.
3.1.4 Meningkatkan nilai dan tahap apresiasi estetik dalam kalangan
pelajar
3.2 Secara khusus, Kelab Koir memberi peluang kepada pelajar IPGKBA
untuk mengembangkan minat, bakat dan potensi muzikal dalam bidang
muzik khususnya nyanyian secara berensembel.
3.3 Bidang hasil pembelajaran para ahli kelab merangkumi:
3.3.1 Teknik menyanyi yang betul
3.3.2 Kesedaran muzikal melalui nyanyian ensembel
3.3.3 Teknik persembahan
3.3.4 Pengurusan kumpulan koir

4.0 CADANGAN

4.1 Keahlian ahli kelab koir ini terbuka kepada semua pelajar IPGKBA.
Audition akan dijalankan untuk memilih ahli kelab koir. Cadangan
keahlian kelab adalah 30 ahli vokal, dua (2) orang pianist dan seorang
(1) konduktor. Kriteria pemilihan berasaskan kepada bakat dan
keupayaan pelajar dalam bidang nyanyian.
4.2 Kelab Koir ini merupakan kumpulan koir elit yang akan membuat
persembahan untuk aktiviti khas IPGKBA mengikut kesesuaian dan
keperluan semasa.
4.3 Lapan (8) sesi latihan koir dijadualkan setiap semester. Latihan
dijalankan dua (2) minggu sekali di luar waktu kuliah.
4.4 Waktu latihan dijalankan setiap hari Khamis, jam 2.30 – 4.30 petang.
4.5 Tempat latihan bertempat di Studio Muzik, Jabatan Kajian Sosial,
IPGKBA.
4.6 Kegiatan outsource untuk kepakaran dalam menjalankan master class
bidang vokal diperlukan untuk memberi peluang pengalaman dan
pembelajaran yang lebih luas dan profesional dalam bidang nyanyian.
4.7 Cadangan Perlembagaan dan Peraturan Kelab Koir seperti dilampirkan
(Lampiran 1).
4.8 Cadangan Rangka Aktiviti Tahunan 2015 disertakan (Lampiran 2).
4.9 Jawatankuasa Kelab Koir IPGKBA 2015 disertakan (Lampiran 3).

5.0 IMPLIKASI KEWANGAN PELAJAR/PENSYARAH

5.1 Penubuhan Kelab Koir mempunyai implikasi kewangan.


5.2 Anggaran kos keseluruhan berjumlah RM8,000.00. Perincian item
seperti Jadual 1.

Jadual 1: Anggaran Kos Penubuhan Kelab Koir


Item Anggaran Kos (RM)

Semester 1/2015: 5 sesi


Kos Master Class Vokal (RM75 sejam) 750.00
 5 sesi x 2 jam

750.00
Semester 2/2015: 5 sesi
Kos Master Class Vokal (RM75 sejam)
 5 sesi x 2 jam

6,500.00
Baju Koir (One-Off)
Anggaran Kos Sepasang Baju Koir: RM180.00
 (35 ahli x RM180.00)

8,000.00
Jumlah Keseluruhan

5.3 Kos Master Class adalah kos berulang bagi setiap semester dan
tertakluk kepada kos pasaran khidmat kepakaran semasa.
5.4 Kos peruntukan baju koir adalah One-Off. Walau bagaimanapun, kos
adalah tertakluk kepada kerosakan akibat penggunaan dan masa.
6.0 SYOR
Ahli Majlis Mesyuarat Profesional Pentadbiran dan Pengurusan (M3P). Institut
Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa dipohon memberi
pertimbangan dan kelulusan terhadap cadangan menubuhkan Kelab Koir IPG
KBA.

Disediakan oleh,

.................................................................
(DEVIN XAVIOUR A/L JOSEPH ALBERT)
Pengurus Pasukan Koir
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

Disemak oleh,

.............................................................
(NUR AIN WONG BINTI ABDULLAH)
Pensyarah Penasihat
Jabatan Kajian Sosial
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

Disokongkan oleh,

..........................................................
(DR. CHONG POH WAN)
Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Antarabangsa

Diluluskan oleh,

..........................................................
(PUAN HAJAH ROHANA BINTI KAMARUDDIN)
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
Tarikh:
Lampiran 1
PERLEMBAGAAN & PERATURAN
Kelab Koir IPGKBA

PERLEMBAGAAN

PENAUNG : PUAN HAJAH ROHANA BINTI KAMARUDDIN


PENSYARAH PEMBIMBING : PUAN NUR AIN WONG BINTI ABDULLAH
PENGURUS PASUKAN : DEVIN XAVIOUR A/L JOSEPH ALBERT
PENGERUSI KELAB : MUHAMAD ADIB AMIN BIN MOHD YUSOF
NAIB PENGERUSI KELAB : ASHA SHALINI A/P SURIANARAYANAN
SETIAUSAHA : SHAARIEGAA A/P GANESARAO
BENDAHARI : SHAHIDAH BINTI MEERAH MYDIN
KEAHLIAN : 35 pelajar IPGKBA
YURAN KELAB : RM10.00 satu semester

PERATURAN

1. Mesyuarat Agung Kelab Koir dijalankan setahun sekali.


2. Jawatankuasa yang dilantik berkhidmat selama 1 tahun sebelum perlantikan
jawatankuasa baru bagi sesi tahun berikutnya.
3. Yuran semester berjumlah RM10.00. Kutipan yuran dilaksanakan dua (2) kali
setahun. Jumlah kutipan setahun berjumlah RM20.00.
4. Yuran ini digunakan untuk pengurusan aktiviti kelab koir pada setiap
semester.
5. Kelab Koir ini merupakan kumpulan koir elit yang akan membuat
persembahan untuk aktiviti khas IPGKBA mengikut kesesuaian dan keperluan
semasa.
6. Keahlian terbuka kepada semua pelajar IPGKBA
7. Keahlian kelab koir seperti berikut:
a. 30 ahli vokal
b. Dua (2) orang pianist, dan
c. Seorang (1) konduktor
8. Kriteria pemilihan ahli:
a. Pelajar yang berbakat dan keupayaan pelajar dalam bidang nyanyian
bagi ahli vokal
b. Pelajar yang mempunyai pendidikan formal sebagai pemain piano atau
kibod bagi calon pianist
c. Pelajar yang mempunyai “musicality” dan berbakat dalam membimbing
pasukan koir semasa persembahan bagi calon konduktor
d. Pelajar yang berminat dan komited dalam bidang koir
9. Latihan dijalankan dua (2) minggu sekali.
10. Latihan ditetapkan pada setiap hari Khamis, jam 2.30 – 4.30 petang
11. Latihan dikendalikan di Studio Muzik, Jabatan Kajian Sosial di bawah
Pensyarah Pembimbing yang dilantik mengikut tahun semasa.
12. Kehadiran semua ahli adalah wajib
Lampiran 2
AKTIVITI TAHUNAN KELAB KOIR IPGKBA 2015

Bil Tarikh Aktiviti

1. Minggu 1 Feb Latihan

2. Minggu 4 Feb Latihan

3. Minggu 2 Mac Latihan

4. Minggu 3 Mac Latihan

5. Minggu 3 Mac Persembahan

6. Minggu 1 Apr Latihan

7. Minggu 3 Apr Latihan

8. Minggu 1 Mei Latihan

9. Minggu 3 Mei Peperiksaan Akhir Semester

Nota:
1. Jadual Aktiviti tertakluk kepada pindaan perubahan semasa
2. Persembahan tertaklum kepada keperluan semasa
Lampiran 3
AHLI JAWATANKUASA KELAB KOIR 2015
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

PENAUNG : PUAN HAJAH ROHANA BINTI KAMARUDDIN


PENSYARAH PEMBIMBING : PUAN NUR AIN WONG BINTI ABDULLAH
PENGURUS PASUKAN : DEVIN XAVIOUR A/L JOSEPH ALBERT
PENGERUSI KELAB : MUHAMAD ADIB AMIN BIN MOHD YUSOF
NAIB PENGERUSI KELAB : ASHA SHALINI A/P SURIANARAYANAN
SETIAUSAHA : SHAARIEGAA A/P GANESARAO
BENDAHARI : SHAHIDAH BINTI MEERAH MYDIN

AHLI KELAB KOIR


1. AHMAD MUBARAK BIN ISHAK
2. C.KIRRUBANANTHINY A/P CHANDRAN
3. DANNY DALE JULIUS
4. HAZLINDA BINTI AHMAD ZAHIDI
5. HUNG JUN FANG
6. JANE A/P ANTHONY PRAGASAM
7. JASLI BIN JAMIL
8. JESSICA WANG JIA EN
9. KESHAVA VARTHINI A/P DORMOLINGOM
10. NANEE DARSHINI A/P V.SUKUMARAN
11. NGANESWARY A/P TANABALASINGAM
12. NOR AFIFAH BINTI MAT MERDEKA
13. NUR ADLIN BINTI YUSOF
14. RAMIZA BINTI TA-IBON
15. REVATHY A/P MANICKAM
16. SERDEV SINGH

You might also like