You are on page 1of 3

LAMPIRAN 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN
( Simpan dalam portfolio)

JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 5


( 31/7/2017 hingga 4/8/2017 )

NAMA PELAJAR : ARIFAH BINTI MD DESA

OPSYEN / KUMPULAN : PISMP PSV JUN 2014

NAMA SEKOLAH : SK SRI KELANA

TARIKH : 5/8/2017

1. Isu / masalah / peristiwa


Pada minggu ini saya hanya sempat masuk satu kelas sahaja berikutan aktiviti yang
dijalankan sempena temasya sukan tahunan sekolah. Majoriti aktiviti untuk kelas seni dan
moral ditangguhkan pada minggu hadapan. Masalah yang saya dapati berdasarkan kelas
yang saya masuk mengajar ialah kebanyakan murid gemar bertanyakan soalan yang sama
walaupun penerangan telah dilakukan berulang-ulang kali. Selain itu, terdapat juga murid
yang bertindak sebelum mendapat arahan daripada saya semasa menghasilkan karya.
2. Pandangan dan perasaan terhadap isu / masalah / peristiwa
Pada pendapat saya, pertanyaan murid terhadap guru merupakan satu perkara yang amat
positif kerana menunjukkan murid mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi dan
menandakan murid mengambil inisiatif yang betul dalam menuntut ilmu. Apabila soalan
yang sama ditanyakan oleh murid yang berbeza, ini menunjukkan murid tidak memberi
perhatian yang sepatutnya sebelum itu. Selain itu, murid yang bertindak sebelum
mendapat arahan daripada saya semasa menghasilkan karya seni sedikit sebanyak
menyebabkan hasil karya kurang kemas kerana mereka telah tersalah langkah.
3. Analisis isu / masalah / peristiwa
3.1 Punca / sebab
Masalah ini mungkin berpunca daripada diri saya sendiri yang tidak mahir melakukan
penjelasan kepada murid-murid dengan menggunakan perkataan yang mudah difahami
oleh mereka. Selain itu, murid-murid juga berkemungkinan inginkan perhatian apabila
mereka melihat guru memberi perhatian lebih terhadap rakan-rakan yang lain. Mereka juga
bertindak tanpa mengikut arahan mungkin kerana mereka merasakan mereka mampu
melakukan dengan betul dan ingin mendapatkan pujian daripada saya.
3.2 Kekuatan / kelemahan
Kekuatan yang dikenalpasti ialah apabila saya menukar teknik pengajaran saya apabila
mendapati murid-murid mula bertanyakan soalan yang sama berulang-ulang kali. Saya
telah menggunakan teknik penyoalan kepada murid dengan bimbingan tanpa menjawab
soalan murid secara terus. Ini secara tidak langsung dapat merangsang pemikiran murid
untuk berfikir dengan lebih kreatif. Perkara ini dilakukan dengan mendapatkan perhatian
JUN 2014
daripada semua murid terlebih dahulu.
Kelemahan yang dapat dilihat ialah kawalan emosi guru yang terganggu. Hal ini mungkin
kerana guru serta murid masing-masing letih apabila sesi pembelajaran bersambung
sebaik sahaja aktiviti sukan selesai.
4. Cadangan idea untuk menyelesaikan isu
Cadangan untuk menyelesaikan isu ini, strategi pengajaran yang berpusatkan guru, murid
dan bahan perlu dipraktikkan. Bagi strategi berpusatkan guru, arahan yang digunakan oleh
guru perlulah jelas dengan menggunakan perkataan yang mudah. Strategi yang
berpusatkan murid pula ialah guru boleh menjalankan aktiviti secara berkumpulan dimana
murid dapat berkongsi idea dan pandangan. Ini juga akan menjimatkan masa guru. Akhir
sekali bagi strategi berpusatkan bahan, guru boleh menunjukkan contoh bahan maujud
atau video kepada murid supaya murid dapat belajar secara langsung dengan adanya
bahan maujud di depan mata.
5. Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu
Tempoh untuk menyelesaikan isu ini mungkin mengambil masa selama dua minggu. Hal ini
kerana saya dan murid-murid juga perlu membiasakan diri dengan kaedah ini. Selain itu,
saya juga perlu belajar mengawal emosi saya semasa melayan ragam murid supaya murid
mendapat input yang sebetulnya dan tidak ada seorang murid yang merasakan diri mereka
diketepikan.
6. Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan
Selain daripada saya sendiri memberi pandangan, saya boleh meminta pendapat murid
sendiri dalam menyelesaikan soalan yang murid tidak faham. Ini dapat dijalankan dengan
bimbingan guru dimana saya mengajukan soalan dan mereka berfikir dengan logik
seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan sendirinya. Di samping itu, contoh
bahan juga boleh dipelbagaikan. Tambahan lagi dengan pujian yang guru berikan juga
dapat menaikkan motivasi murid untuk lebih yakin.
7. Tindakan susulan
Sebagai langkah tindakan susulan, memandangkan murid gemar melakukan perkara tanpa
mendapatkan arahan daripada guru terlebih dahulu, saya mengadakan permainan dengan
murid. Murid yang dapat meneka langkah berikutnya semasa aktiviti seni dijalankan akan
mendapat ganjaran.

Pelajar Guru Pembimbing Pensyarah Penyelia

……………………………… ………………………………… ………………………………..


( ) ( ) ( )

JUN 2014
JUN 2014

You might also like