You are on page 1of 2

LAMPIRAN 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN
( Simpan dalam portfolio)

JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 1


( 3/7/2017 hingga 7/7/2017 )

NAMA PELAJAR : ARIFAH BINTI MD DESA

OPSYEN / KUMPULAN : PISMP PSV JUN 2014

NAMA SEKOLAH : SK SRI KELANA

TARIKH : 8/7/2016

1. Isu / masalah / peristiwa


Pada minggu pertama ini saya telah memperoleh jadual kelas tetapi saya hanya sempat
masuk ke satu kelas sahaja untuk sesi suai kenal. Hal ini kerana aktiviti sekolah pada
munggu ini amat penuh seperti Hari Terbuka Sekolah dan Sambutan Hari Raya di sekolah.
Namun begitu, peristiwa yang memberi cabaran kepada saya ialah ketika saya masuk ke
kelas yang bakal saya mengajar iaitu kelas tahun 1 yang mempunyai murid seramai 41
orang.
2. Pandangan dan perasaan terhadap isu / masalah / peristiwa
Ini memberi cabaran kepada saya untuk untuk mengendalikan kerenah murid yang
pelbagai di kelas ini memandangkan saya baru sahaja memasuki sekolah ini. Tambahan
lagi, jumlah murid yang ramai menyebabkan saya sedikit risau dengan pengendalian saya
sepanjang kelas berlangsung.
3. Analisis isu / masalah / peristiwa
3.1 Punca / sebab
Punca hal ini menjadi isu ke atas diri saya ialah kerana saya tiada pengalaman masuk
mangajar kelas tahun 1 yang seramai ini. Hal ini menyebabkan saya hilang fokus untuk
mengawal kelas ini.
3.2 Kekuatan / kelemahan
Kekuatan yang saya dapati ialah saya dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris
memandangkan saya mendapati terdapat murid yang kurang fasih berbahasa Melayu di
dalam kelas ini. Selain itu terdapat murid yang ringan mulut mengucapkan terima kasih
selepas saya memberikan sedikit bantuan kepada mereka
Kelemahan yang terdapat ialah suara saya kurang jelas kedengaran untuk seluruh kelas.
Hal ini menyebabkan terdapat segelintir murid yang mula melakukan hal sendiri kerana
tidak mendengar suara guru. Selain itu kawalan kelas saya masih lagi lemah
memandangkan terdapat murid yang berlari keluar kelas sewaktu saya leka memberi
perhatian kepada murid lain.

4. Cadangan idea untuk menyelesaikan isu


Bagi mengatasi kekurangan ini, saya bercadang untuk membeli loceng dan mikrofon
JUN 2014
supaya murid dapat mendengar suara saya. Loceng pula adalah untuk membantu saya
mengawal kelas.
5. Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu
Saya memerlukan tempoh masa selama dua minggu untuk menyelesaikan isu ini. Hal ini
supaya saya dapat memperoleh barang-barang keperluan yang diperlukan untuk
penyelesaian masalah ini.
6. Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan
Saya telah membeli loceng untuk cubaan pertama. Loceng ini saya akan cuba gunakan
pada kelas yang akan datang untuk menguji tahap keberkesananya

7. Tindakan susulan
Saya perlu mendapatkan mikrofon untuk memastikan suara saya dapat didengari oleh satu
kelas. Selain itu, saya telah mendapatkan khidmat nasihat daripada pensyarah
pembimbing dan guru pembimbing cara bagaimana untuk mengawal kelas ini.

Pelajar Guru Pembimbing Pensyarah Penyelia

……………………………… ………………………………… ………………………………..


( ) ( ) ( )

JUN 2014

You might also like