You are on page 1of 2

LAMPIRAN 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN
( Simpan dalam portfolio)

JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 3


( 17/7/2017 hingga 21/7/2017 )

NAMA PELAJAR : ARIFAH BINTI MD DESA

OPSYEN / KUMPULAN : PISMP PSV JUN 2014

NAMA SEKOLAH : SK SRI KELANA

TARIKH : 22/7/2017

1. Isu / masalah / peristiwa


Masalah yang dialami oleh saya pada minggu lepas ialah cara penggunaan laras bahasa di
dalam kelas yang saya mengajar.

2. Pandangan dan perasaan terhadap isu / masalah / peristiwa


Pada pandangan saya, saya telah menggunakan laras bahasa yang betul untuk
berkomunikasi dengan murid. Namun saya mendapati murid-murid sukar untuk memahami
apa yang saya ingin sampaikan kepada mereka. Hal ini menyebabkan saya sedikit keliru
dan risau dengan tahap pemahaman murid semasa kelas saya berlangsung.

3. Analisis isu / masalah / peristiwa


3.1 Punca / sebab
Punca masalah ini terjadi ialah mungkin kerana laras bahasa yang digunakan terlalu tinggi
bagi peringkat perkembangan bahasa dan kognitif mereka. Hal ini menyebabkan mereka
sukar memahami semasa saya menyampaikan maklumat kepada mereka.

3.2 Kekuatan / kelemahan


Antara kekuatan yang saya dapati ialah perkembangan bahasa murid akan cepat
berkembang apabila guru menerangkan maksud sebenar yang ingin disampaikan. Ini
bermakna saya telah memberikan pendedahan awal kepada murid.
Kelemahan yang saya dapati ialah murid memberikan jawapan yang tiada kaitan dengan
soalan yang diajukan oleh saya. Hal ini kerana mereka tidak memahami maksud sebenar
yang saya ajukan.
4. Cadangan idea untuk menyelesaikan isu
Sebagai cadangan, saya perlu mencari dan memikirkan laras bahasa yang mudah
difahami oleh murid saya. Memandangkan saya mengajar murid tahun 1, laras bahasa
yang digunakan perlulah yang betul-betul mudah. Bagi murid tahun 3 pula, walaupun
mereka boleh dikatakan telah menguasai lebih banyak kosa kata, namun saya perlu
memilih laras bahasa yang sesuai dengan perkembangan kognitif mereka kerana mereka
adalah murid yang berada di kelas hujung yang sesetengahnya masih kurang mahir
JUN 2014
mengeja.
5. Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu
Tempoh masa untuk menyelesaikan isu ini mungkin selama satu hingga tiga minggu. Hal
ini kerana saya perlu menyesuaikan diri dengan kelas yang saya mengajar untu betul-betul
mengenali tahap perkembangan murid.
6. Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan
Saya mendapatkan bantuan daripada rakan yang lebih mahir daripada saya. Selain itu,
saya juga merujuk pensyarah bimbingan kerana saya baru menyedari tentang hal
ini.Rujukan daripada internet juga dicari.

7. Tindakan susulan
Penggunaan bahan bantu mengajar yang disediakan perlulah ditambahbaik untuk
membantu tahap pemahaman murid.

Pelajar Guru Pembimbing Pensyarah Penyelia

……………………………… ………………………………… ………………………………..


( ) ( ) ( )

JUN 2014

You might also like