You are on page 1of 5

TUTORIAL 1 BBV20303

S1 (a) Lukis dan labelkan binaan bagi kabel penebat PVK.

(b) Pemilihan kabel yang sesuai pada sesuatu pepasangan adalah sangat
penting untuk menjamin keselamatan, kebolehgunaan serta kos yang
optimum. Senaraikan lima (4) faktor yang perlu diambil kira dalam
pemilihan saiz kabel.
 Keupayaan membawa tenaga elektrik dengan cekap;
 saiz kabel mampu membawa arus yang diperlukan oleh beban
tanpa memanaskan kabel.
 Disamping itu susut voltannya tidak melebihi 2.5% / 4.0% voltan
bekalan (IEE 522-8).
 Selamat digunakan pada tempatnya, penebat kabel yang dipilih
bersesuaian dengan keadaan sekeliling tempat kabel itu hendak
dipasang.
 Setiap penebat kabel mempunyai suhu maksimum yang mampu
bertahan contoh kabel pvk sesuai untuk suhu 00C hingga 650C.
Suhu yang lebih atau kurang daripada julat ini menyebabkan
kabel akan rosak.
 Faktor harga juga perlu diambil kira dalam pemilihan kabel

(c) Satu alat pemasak yang menggunakan voltan bekalan 240V perlu
dipasang disebuah rumah kediaman. Alat ini mempunyai beberapa plet
elemen pemanas yang berlainan jenis seperti berikut:

1 x 1.5 kw owen atas,


1 x 2 kw owen bawah,
1 x 2.5 kw pemanggan,
4 x 2 kw plet pemanas.
Berdasarkan kepada Jadual 4B kirakan jumlah kadar arus yang
dianggarkan bagi litar tersebut dan nyatakan saiz alat kawalan yang
sesuaikan.

Jumlah Kuasa Beban = 1.5 + 2 + 2.5 + (2x4) = 14kw

Arus Sebenar = 14kw / 240V = 58.3A

Kelonggaran kepelbagaian untuk alat pemasak

(i) 10 amp yang pertama = 10 A

(ii) + 30% daripada lebihan arus = (58.3 – 10) x 30% = 14.5A

(iii) + 5 amp untuk soket alur keluar yang terdapat di unit


kawalan pemasak = 5A

Jumlah Anggaran Permintaan = 29.5A

Kadar Alat pelindung yang sesuai digunakan = 30A / 32A

S2 (a) Senaraikan dua (2) peraturan IEE yang berkaitan dengan faktor
kepelbagaian.

(i) Menghitung permintaan arus setiap beban dan menggunakan faktor


kepelbagaiannya berdasarkan kepada Jadual 4.2
(ii) Cara ke dua lebih rumit, kerana kita memerlukan penagalaman dan
pengetahuan yang mendalam tentang pemasangan yang hendak
dikira itu

(b) Takrifkan faktor kepelbagaian.

Satu pengiraan anggaran pengurangan kadar arus bagi kabel dan alat-alat
dari kadaran arus yang sebenar, pengurangan ini disebabkan anggapan
bahawa tidak semua beban digunakan serentak. Oleh sebab itu kadaran
arus alat-alat atau kabel tidak semestinya mengikut kadara arus
keseluruhan beban sesuatu pemasangan itu
(c) Lukiskan satu gambarajah skematik untuk pemasangan sebuah rumah
yang mana-mana butir-butir beban adalah seperti berikut:

12 x 60 W lampu.
4 x 125 W kipas siling.
2 x 15 A untuk penghawa dingin 1 Hp.
1 x 1.3 W pemanas air.
1 x 7.5 kW dapor elektrik.
4 x 13 A soket keluaran litar gelang.

Tunjukkan dengan jelas alat pelindung RCCB, suis utama, meter KWJ,
fius perkhidmatan dan saiz-saiz pengalir.

Penyelesaian

1) Litar lampu + Kipas Siling


6A + 6A + 6A = 18A
18A x 66% = 11.9A

2) Air Cond
16A x 2 = 32A

3) Pemanas
16A x 1 = 16A

4) Dapur Elektrik

7.5kw = 7500w

I = P / V =7500 / 240
= 31.25A

Dari Jadual 4D

i) 10A ------------- 10A


ii) (31.25 – 10) x 30% = 6.4A
iii) 13A--------------- 5A

Jumlah Arus anggaran bagu Dapur Elektrik = 21.4A


5) Litar Gelang (5 litar gelang termasuk simpanan)

32A + 16A x 40% = 38.4A

Jumlah = 11.9 + 32 + 16 + 21.4 + 38.4 = 119.74A

Terlalu besar dibahagi 3 --- untuk jadikan kepada 3 fasa

119.7 / 3 = +- 40A

Suis utama = 60A


Saiz Kabel = 10mm2 (Rujuk jadual 9D)

Apabila merekabentuk litar perlu ditambah 10% bagi tujuan pendawaian


akan datang (tambahan).

Untuk lukisan...

S3 (a) Susunan urutan aksesori kawalan penggunasatu fasa sebuah rumah


kediaman adalah seperti Rajah3(a). Nama dan terangkan fungsi aksesori
i, ii, iii, iv dan v.

v.

i. ii. iii. iv.

RAJAH3(a)

i. Unit Pepotong & Penghubung Neutral Pemegang Lesen


ii. Jangka Kwj
iii. MCCB, Suis Fius, Fius Suis - Pengasing / Penyuisan dan
Perlindungan Arus Lebihan
iv. RCD, Peranti Arus Baki – Perlindungan Kebocoran Kebumi
v. Kotak Agihan (Fius, MCB) – Perlindungan Arus Lebihan
(b) Lukis dan labelkan pemutus litar arus baki (PLAB/ELCB/RCCD) satu
fasa. Nyatakan fungsi setiap bahagian utama yang dilabelkan. Terangkan
prinsip kendalian pemutus litar arus baki ini dengan mengaitkan
beberapa teori yang berkaitan apabila berlaku kebocoran.

 Struktur dalaman RCCB terdiri daripada 5 bahagian utama iaitu


suis uji, gelung pengimbang, gelung pemutus litar, suis pemutus
litar dan teras besi toroid. Dalam keadaan biasa, arus wayar live
adalah sama dengan arus pada wayar neutral dan gelung
pengimbang akan menghasilkan medan elektromagnet yang
sekata.

 Apabila terdapat arus bocor ke bumi, medan elektromagnet pada


gelung pengimbang akan menjadi tidak sekata dan ini akan
menghasilkan voltan pada gelung pemutus litar. Apabila arus
bocor ke bumi melebihi nilai sensitiviti RCCB, suis pemutus litar
akan mendapat bekalan voltan yang mencukup dari gelung
pemutus litar untuk memutuskan bekalan elektrik.

You might also like