You are on page 1of 8

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGENALAN

RUMUSAN KEJADIAN

FILA TABLE

PENJELASAN

TINDAKAN DAN PENYELESAIAN

RUMUSAN KESELURUHAN

RUJUKAN
PENGENALAN

Sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan untuk syarikat elektrik / elektronik


multinasional, kami ditugaskan untuk menyelaraskan siasatan kejadian yang serius.
Sehari selepas insiden itu, kami melakukan lawatan ke tempat kejadian dan
berpeluang untuk melihat-lihat dan bertemu dengan beberapa pekerja yang hadir pada
ketika itu.

Kemalangan terjadi apabila sebuah 'forklifts' telah bertembung dengan seorang


pekerja di sekitar kawasan loading. Dilaporkan telah berlaku kecederaan yang amat
serius dan laporan terkini mengatakan bahawa kaki pekerja yang tercedara itu
terpaksa dipotong. Butiran kejadian masih samar tetapi kelihatannya pekerja itu
masuk ke laluan 'forklifts' ketika ia sedang bergerak dari salah satu lorong di antara
tapak. 'forklifts' tersebut telah membawa pallets yang dipenuhi bata dan didapati
melebihi beban yang sepatutnya.

Kami bertindak dengan menubuhkan sebuah pasukan penyelidikan yang terdiri


daripada kakitangan utama dalam organisasi. Namun terdapat ura-ura yang
mengatakan beberapa ahli pasukan telah mencadangkan satu atau lebih individu harus
dipersalahkan akibat kejadian ini. Walaubagaimanapun, ini adalah peluang untuk
menarik pasukan bersama-sama dan memastikan semua ahli pasukan mempunyai
pemahaman tentang fasa penyiasatan ini

Rajah 1: 'forklifts' yang digunakan.


RUMUSAN KEJADIAN

Kejadian seperti akan pastinya dapat dielakkan dan dicegah jika semua pekerja dan
penggunaan peralatan semasa bekerja mengikut SOP yang betul. Pekerja telah masuk
ke laluan 'forklifts' dan menyebabkan pertembungan antara beliau dan 'forklifts'.
Selain itu, pekerja yang mengalami kemalangan itu mungkin boleh mengelak dari
mengalami kemalangan jika beliau mengambil cakna akan persekitaran di tempat
kerja dan tidak sesuka hati berjalan di laluan yang telah disediakan khas untuk
'forklifts' tersebut. Kemungkinan juga kawasan tersebut tidak mempunyai papan tanda
untuk laluan khas bagi 'forklifts' dan ini menyebabkan pekerja tersebut tidak perasan
yang beliau telah masuk ke laluan 'forklifts'. Selain itu, pekerja itu juga didapati tidak
memakai peralatan keselamatan yang lengkap seperti topi keselamatan dan ini juga
akan menyebabkan impak yang lebih tinggi terhadap kecederaan beliau. Seterusnya,
kesalahan yang dilakukan oleh pemandu 'forklifts' tersebut juga tidak dapat dimaafkan
kerana membawa beban yang melebihi hadnya dan ini mungkin menyebabkan
pemandu 'forklifts' tersebut tidak dapat melihat sebarang hazard yang berada di
hadapan beliau akibat pandangannya telah ditutupi oleh beban yang berlebihan. Selain
daripada itu, Tiada tanda amaran dan bunyi amaran daripada ‘forklifts' sewaktu
'forklifts’ tersebut keluar dari simpang. Pemandu 'forklifts' tersebut juga tidak
membunyikan hon sewaktu hendak keluar dari lorong. Majikan seharusnya
bertanggungjawab diatas kejadian ini dan sekiranya majikan memberikan latihan
serta arahan yang betul, kemalangan ini pastinya dapat dielakkan.

Rajah 2: Papan tanda hazard. Rajah 3: Topi keselamatan


FILA TABLE
PENJELASAN

CARTA FILA
FILA adalah singkatan untuk Fakta, Idea, Hasil Pembelajaran / Isu dan Tindakan.
Jadual tersusun ini membantu mengatasi teknik penyelesaian masalah dan PBL
mudah dilaksanakan dalam tetapan pengajaran dan pembelajaran semasa kerana ia
menawarkan kebebasan dan meningkatkan pemahaman yang lebih baik di kalangan
pelajar. Dengan menggunakan carta FILA, kita dapat menyenaraikan fakta dari
masalah, idea, hasil pembelajaran dan beberapa tindakan untuk menyelesaikan
masalah.
 Fakta (Facts)- ayat dalam teks masalah pada situasi yang diberikan.
 Idea (Ideas) - isu masalah
 Hasil pembelajaran (Learning Outcomes) - cara untuk mengatasi masalah
 Tindakan (Action)- langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah ini

PENJELASAN
HASIL PEMBELAJARAN (LEARNING OUTCOMES)
Hasil pembelajaran adalah pernyataan yang jelas tentang apa yang diharapkan oleh
seorang pelajar untuk dapat dilakukan, mengetahui dan / atau nilai pada penyelesaian
satu unit pengajian, dan sejauh mana mereka diharapkan dapat mencapai hasil
tersebut. Ia menyatakan kedua-dua bahan pembelajaran dan bagaimana
pencapaiannya akan ditunjukkan. Antara hasil pembelajaran yang timbul di FILA
table berikut :

 Apakah piawaian prosedur operasi (SOP) dalam sesebuah syarikat?


 Bagaimana untuk mengajar dan melatih para pekerja di tapak kerja?
 Bagaimana untuk mengajar dan melatih para perkerja tentang rawatan
kecemasan di tapak kerja?
 Syarikat perlu menghantar para pekerjanya ke kursus latihan keselamatan.
 Bagaimana untuk melatih pemandu 'forklifts' tentang piawaian prosedur
operasi untuk pemandu ‘forklifts'?
IDEA (IDEAS)
Satu pemikiran atau koleksi pemikiran yang menghasilkan dalam fikiran. Idea
biasanya dihasilkan dengan niat, tetapi juga boleh dibuat secara tidak sengaja. Idea
sering terbentuk semasa sesi brainstorming atau melalui perbincangan. Antara Idea
yang timbul di FILA table berikut :
 Kekurangan kepekaan terhadap persekitaran kekeliling
 Kekurangan tentang prosedur keselamatan dan langkah berjaga-jaga.
 Pekerja tidak memakai pakaian keselamatan (PPE) yang diperlukan mengikut
SOP.
 Pekerja tidak didedahkan dengan kursus latihan keselamatan.
 Tiada tanda amaran dan bunyi amaran daripada 'forklifts' sewaktu 'forklifts'
tersebut keluar dari simpang. Pemandu 'forklifts' tersebut juga tidak
membunyikan hon sewaktu hendak keluar dari lorong.
 Pemandu ‘forklifts' tersebut meletakkan barang beban terlalu tinggi sehingga
menghalang pemandangan pemandu tersebut.

FAKTA (FACTS)
Definisi adalah pernyataan maksud istilah. Takrif boleh diklasifikasikan kepada dua
kategori besar, takrifan intensif dan definisi extensi. Satu lagi kategori definisi penting
ialah kelas definisi ostensif, yang menyampaikan maksud istilah dengan menunjuk
contoh.
 Sebuah jentera 'forklifts' telah berlanggar dengan seorang pekerja.
 Kemalangan tersebut terjadi di sekitar kawasan pemuatan (loading area).
 Pekerja tersebut megalami kecederaan yang serius. Berdasarkan laporan
terkini, kaki pekerja tersebut perlu dipotong.
 Pekerja tersebut berjalan kaki di laluan jentera ‘forklifts'.
 Jentera 'forklifts’ tersebut keluar dari salah satu lorong diantara tapak bekerja.
 Jentera 'forklifts’ tersebut membawa muatan batu bata yang penuh. Muatan
tersebut setinggi pinggang.
TINDAKAN (ACTION)
Didalam terma fila table, actions adalah bermaksud tindakan yang bakal diambil oleh
pihak tertentu bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau melalkukan pembaikpulih
keadaan. Manakala dalam falsafah, tindakan adalah apa yang dilakukan oleh ejen.
Dalam ucapan umum, istilah ini sering digunakan secara bergantian dengan istilah
"tingkah laku".

You might also like